You are on page 1of 6

E-PRAKTIS

Bab
Institusi Pemerintahan
15
SOALAN STRUKTUR
1 Lengkapkan rajah di bawah.

Keistimewaan Maharaja Vietnam

(a) (b)

(c) (d)

2 Lengkapkan maklumat mengenai kemaharajaan Vietnam.


(a) Jelaskan maksud konsep “anak syurga”.

(b) Nyatakan tiga keistimewaan yang diperoleh daripada konsep mandala.


(i)
(ii)
(iii)
(c) Berikan maksud konsep “mandat dari syurga”.

3 Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat mengenai peranan maharaja Vietnam.

Peranan Huraian
(a) Politik
(i)
(ii)

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 1
Peranan Huraian
(b) Ekonomi
(i)
(ii)

(c) Sosial
(i)
(ii)

4 Lengkapkan rajah di bawah dengan maklumat mengenai peranan raja Thailand.

Peranan Raja Thailand

(a) Politik (b) Ekonomi (c) Sosial

(i) (i) (i)


(ii) (ii) (ii)
(iii) (iii) (iii)
(iv) (iv) (iv)

5 Lengkapkan rajah hierarki pembesar Vietnam di bawah.

Maharaja

(a)

(b)

(c)

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
6 Lengkapkan hierarki pembesar Thailand dalam rajah di bawah.

Raja

Chao

(a)

(i) (ii) (iii)

SOALAN ESEI
1 Huraikan sistem pembesar di Vietnam sebelum kedatangan kuasa Barat.

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 3
JAWAPAN cadangan
SOALAN STRUKTUR
Soalan 1
(a) Konsep “anak syurga”
(b) Konsep mandala
(c) Konsep “bandar raya kemaharajaan”
(d) konsep “mandat dari syurga”

Soalan 2
(a) Konsep ini memperlihatkan bahawa kerajaan hanya sebahagian daripada seseorang raja
pemerintah. Maka hidup atau mati sesebuah kerajaan adalah bersama raja tersebut.
Raja akan menjadi sumber segala kebaikan dan kesusahan masyarakat. Kebolehan dan
kebijaksanaan peribadi seorang raja merupakan penentu kuasa dan kedudukan
kerajaannya. Sekiranya raja gagal memaparkan kuasa moralnya dan berlaku kesusahan
kepada masyarakat, kuasa dan kedudukan raja akan dicabar oleh pemimpin lain yang
dapat menunjukkan hak dan kewibawaannya untuk menggantikan raja tersebut.
(b) (i) Raja diperlihatkan sebagai tuhan yang berkuasa penuh terhadap penguasa-
penguasa bawahan mandalanya
(ii) Penguasa-penguasa pula memberi ketaatsetiaan rakyatnya kepada raja dan boleh
dikerah
(iii) Boleh mengutip ufti
(c) Konsep “mandat dari syurga” memperlihatkan bahawa wujudnya ketuanan China ke
atas maharaja Vietnam. Oleh itu, Maharaja Vietnam membayar ufti tahunan secara
tetap ke China. Malah wakil maharaja China akan menabalkan setiap maharaja
Vietnam sebelum baginda dianggap sebagai maharaja yang sah dan berwibawa.

Soalan 3
(a) (i) Berkuasa mutlak dalam pentadbiran dan pemerintahan
(ii) Hanya maharaja boleh menjatuhkan hukuman bunuh
(iii) Memerintah dengan adil dan saksama
(b) (i) Penaung kepada aktiviti ekonomi negaranya
(ii) Menguasai sistem ekonomi negara
(c) (i) Mengetuai dan mengekalkan adat resam dan adat istiadat
(ii) Pemimpin agama Buddha
(iii) Menjaga kebajikan rakyat

Soalan 4
(a) (i) Berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran
(ii) Menjadi ketua hakim, ketua angkatan tentera, dan perundangan
(iii) Hukuman bunuh hanya boleh dilakukan oleh raja

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019
(iv) Menyatukan rakyat dan memelihara keamanan serta menjaga kesejahteraan rakyat
(b) (i) Berkuasa terhadap semua tanah kerajaan
(ii) Menganugerahkan tanah kepada kerabat diraja untuk ditadbir
(iii) Menguasai segala hasil negara
(iv) Menjalin hubungan baik dengan kawasan pengeluaran ekonomi
(c) (i) Penaung agama Buddha
(ii) Pelindung hasil kesusasteraan negara
(iii) Mengekalkan adat resam tempatan
(iv) Bertindak adil berdasarkan konsep dharma-raja

Soalan 5
(a) Quan/Mandarin
(b) Pembesar daerah
(c) Pembesar kampung

Soalan 6
(a) Khunnang
(i) Krom Mahattai
(ii) Krom Kalahon
(iii) Krom Khlang

SOALAN ESEI
SOALAN 1
Pendahuluan
• Pada awal tahun 1800, pembesar di Vietnam datang daripada keluarga sarjana lama,
terutama dari utara dan selatan.
• Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam lebih teratur dan
mendapat kedudukan istimewa dalam pentadbiran.
• Sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki yang tersendiri dan dibahagikan kepada
tiga peringkat, iaitu pembesar pusat, pembesar daerah, dan pembesar peringkat kampung.

Isi-isi Penting
(a) Pembesar pusat
• Dikenali sebagai Mandarin, iaitu golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan
awam di China. Mereka mengetuai quan atau kementerian.
• Majlis Tertinggi atau Noi Coc yang dipengerusikan oleh maharaja dibantu oleh enam
buah kementerian, iaitu Kementerian Hal Ehwal Awam, Kementerian Kerja Raya,
Kementerian Kewangan, Kementerian Upacara, Kementerian Kehakiman, dan
Kementerian Peperangan.
• Badan Penapis atau do sat vien memerhati pegawai yang tidak taat kepada maharaja
dan mengenal pasti pegawai-pegawai yang mencabar baginda dengan mengeluarkan
memorandum kepada istana kerana berkelakuan tidak baik.

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 5
(b) Pembesar daerah
• Mentadbir daerah. Jawatan ini adalah secara warisan.
• Pelantikan mereka bergantung kepada pemilihan raja yang memerintah.
• Pembesar akan diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan sama ada
sebatang sungai utama atau satu daripada cabangnya.
• Di kawasan ini, pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol daripada perdagangan
sungai, pemberian konsesi dan monopoli serta hak memungut hasil dan tenaga
daripada penduduk-penduduk daerahnya.
• Pembesar di peringkat daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara
keagamaan dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera, dan bertanggungjawab
dalam soal keselamatan.
(c) Pembesar peringkat kampung
• Pembesar paling bawah ialah pembesar peringkat kampung (komun) yang terdiri
daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman.
• Setiap orang merupakan anggota komun. Komun-komun merupakan agensi yang
menyatukan seluruh tenaga ahlinya dalam bidang ekonomi, politik, sosial, dan agama
sebagai satu unit.
• Dalam lingkungan sebuah kampung, wujud adat kampung manakala kawasan luar
dari lingkungan kampung pula wujud undang-undang maharaja.
• Mengikut tradisi, autonomi di peringkat kampung sangat dipandang tinggi.

Kesimpulan
• Sistem pembesar menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan beraja di Vietnam.
• Kedatangan kuasa Barat telah mengetepikan penglibatan pembesar dalam pentadbiran
dan digantikan oleh pegawai-pegawai Barat

ACE AHEAD Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800–2000) Semester 3


6 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

You might also like