You are on page 1of 19

LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021

SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

2. MALAYSIA KEKAL BERDAULAT


2.1 Negara Berdaulat
2.1.1 Konsep dan ciri
2.1.2 Pembentukan Negara Malaysia

SOALAN ANEKA PILIHAN

Konsep dan Ciri Negara

1. Yang manakah ciri asas sesebuah negara? (STPM 2013)


A Diterajui oleh parti politik tertentu
B Ditadbir secara demokrasi berparlimen
C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

2. Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara? (STPM 2014)


I Raja yang berdaulat
II Penduduk yang tetap
III Sistem ekonomi yang kukuh
IV Sistem kerajaan yang teratur

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

3. Yang manakah yang menjadikan Malaysia negara berdaulat? (STPM 2015)


I. Penduduk yang berbilang kaum
II. Parti politik yang memimpin negara
III. Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV. Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara

B. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

4. Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah Negara berdaulat? (STPM2016)


I. Sistem pentadbiran yang telus
II. Bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa asing
III. Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV. Kepimpinan Negara yang berwawasan dan berkarisma

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D . II dan IV

5. Malaysia dikatakan sebuah negara berdaulat kerana mempunyai..


A wawasan
B bendera sendiri
C sempadan yang luas
D rakyat berbilang kaum

1
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

6. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri negara demokrasi?

I Segala kuasa pemerintahan terletak pada kerajaan pusat


II Presiden ialah ketua negara
III Hak dan kebebasan rakyat terjamin
IV Pihan raya yang bebas dijalankan untuk memilih kerajaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

7. Antara berikut, yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?

I Sistem Parlimen di Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster


II Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan
III Perdana Menteri dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya
IV Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

8. Yang manakah benar berkaitan jenis kerajaan persekutuan?

A Gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri beraja sahaja


B Kuasa kerajaan negeri dan pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran
C Kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan kerajaan
persekutuan dan negeri diberi kuasa autonomi
D Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang melibatkan badan eksekutif,
kehakiman dan perundangan di negeri-negeri yang bergabung

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kombinasi yang tepat?

Negara Bentuk Kerajaan


A. Malaysia Raja berpelembagaan
B. Brunei Berparlimen
C. Myanmar Beraja
D. Filipina Persekutuan

2
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

Pembentukan Negara Malaysia

10. Yang manakah yang menunjukkan faktor pembentukan Malaysia ?

I Menghalang pengaruh komunis


II Meningkatkan populasi penduduk
III Menikmati kemajuan ekonomi bersama
IV Mengadakan pilihan raya antara wilayah

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D . II dan IV

11. Antara yang berikut, yang manakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold?

I. Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk menentukan dasar imigresennya.


II. Jaminan tentang hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
III. Sabah dan Sarawak diberi kuasa dalam urusan hal ehwal luar
IV. Agama Islam ialah agama rasmi di Sabah dan Sarawak.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

12. Yang manakah benar tentang fungsi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK)?

I memberitahu orang ramai mengenai Malaysia


II mengumpulkan penerimaan orang ramai mengenai Malaysia
III mempupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum
IV menyediakan memorandum mengenai pendekatan memupuk perpaduan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

13. Mengapakah British menyokong pembentukan Malaysia?

I. Mengimbangkan kaum
II. Menyeragamkan pentadbiran
III. Menjamin kepentingan terkawal
IV. Menyekat pengaruh komunis

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

3
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

SOALAN BERSTRUKTUR

14 Nyatakan empat fungsi kerajaan dalam mentadbir negara. (STPM 2018) [4]

i _________

ii

iii _________

iv

15. Nyatakan apakah yang anda faham tentang konsep negara? [2]

__________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________

16. Nyatakan tiga reaksi penduduk Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. [3]

i _________

ii

iii _________

17. Nyatakan tiga ciri sistem kerajaan Malaysia [3]

i _________

ii

iii _________

18. Senaraikan empat ciri kerajaan demokrasi berparlimen. [4]

i _________

ii

iii _________

iv

4
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

2.2 Perlembagaan Persekutuan


2.2.1 Peruntukan Perlembagaan Persekutuan
- Kandungan/peruntukan utama: Kewarganegaraan, Kebebasan asasi, sistem
pemerintahan.
- Kepentingan Perlembagaan Persekutuan.
- Pindaan Perlembagaan Persekutuan.

SOALAN ANEKA PILIHAN

Kandungan/peruntukan utama: Kewarganegaraan, Kebebasan asasi, sistem pemerintahan

1. Yang manakah ciri Perlembagaan Persekutuan?


I Tidak boleh dipinda
II Mempunyai sifat ketertinggiannya
III Mempunyai 13 Bahagian dengan 188 Perkara
IV Mengandungi undang-undang bertulis.

A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D . III dan IV

2. Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan? (STPM 2013)


I Tidak boleh dibuat pindaan
II Asas kepada pembentukan kerajaan
III Merupakan undang-undang tertinggi
IV Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

3. Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?


(STPM 2013)
A Encik P tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak
B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui
C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram
D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam
tahanan

4. Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


(STPM 2014)
A. Parlimen mengatasi Perlembagaan
B. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
D. Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan

5.
Jenis kewarganegaraan Pemohon
I Masukan X  Seorang warganegara India
 Suaminya seorang warganegara
Malaysia
II Pendaftaran Y  Bayi dilahirkan di Malaysia
 Bapanya bertaraf pemastautin tetap

5
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

III Kuatkuasa Undang-undang Z  Seorang jurutera warganegara


Bangladesh
 Telah bekerja di Malaysia selama 15
tahun

Yang manakah padanan yang betul antara jenis kewarganegaraan dengan pemohon ?

X Y Z
A I II III
B II III I
C III I II
D III II I

6. Yang manakah berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan? (STPM 2016)

Senarai Negeri Senarai Bersama


A penyu Kebajikan masyarakat
B perikanan Penjaja beredar
C Perparitan Perpustakaan
D kesihatan perumahan

7.
 Puan Y ialah seorang wanita warga asing yang berkahwin dengan lelaki
warganegara Malaysia
 Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonan untuk
mendapatkan kewarganegaraan Malaysia

Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?


(STPM 2016)
A. Masukan
B. Pendaftaran
C. Percantuman Wilayah
D. Kuat kuasa undang-undang

8. Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?


(STPM 2017)
A. Perlembagaan tidak boleh dipinda
B. Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan
C. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang
D. Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah
dengan perlembagaan

9. Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan
Persekutuan? (STPM 2017)
A Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
B Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap
C Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
D Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula

6
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

10. Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi: (STPM 2018)


 Senarai Persekutuan
 Senarai Negeri
 Senarai Bersama

Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan

A. Penurunan kuasa
B. Pemusatan kuasa
C. Pengasingan Kuasa
D. Pembahagian kuasa

11. Yang manakah yang tertakluk bidang kuasa negeri? (STPM 2018)
A. Penerbitan majalah keagamaan
B. Pembukaan pusat pemulihan akhlak
C. Permohonan permit melombong pasir
D. Tuntutan penceraian pasangan bukan islam

12. Yang manakah menunjukkan ketertinggian perlembagaan?

I Perkara-perkara dalam perlembagaan tidak boleh dipinda.


II Kuasa parlimen ditentukan oleh perlembagaan
III Kedudukan Yang di-Pertuan Agong lebih tinggi daripada perlembagaan
IV sebarang undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

13.
Perlembagaan Perkara sensitif tidak
Malaysia boleh dipersoalkan

Berdasarkan perkara di atas, apakah perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh
mana-mana pihak?

I Sistem pemerintahan negara.


II Kedudukan Agama Islam dan bahasa Melayu.
III Soal Kewargenegaraan.
IV Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

14. Seseorang wargaegara asing yang ingin memperoleh kewarganegaraan Persekutuan dengan
cara kemasukan mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

I berumur lebih daripada 18 tahun


II mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu
III telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
IV tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

7
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

15. Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang


warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali

A. Dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu.


B Ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam
perbuatan yang menghianati negara.
C. Dia tidak setia kepada raja dan negara.
D dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela.

16. Dengan cara apakah isteri seorang wargenegara Malaysia, atau anak berumur 15 tahun yang
salah seorang ibu atau bapanya warganegara Malaysia dapat peroleh kewarganegaraan
Malaysia?

A. Kuatkuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C Kemasukan atau naturalisasi.
D Percantuman wilayah

17.  Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan sudah menjadi
warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
 Orang yang dilahirkan di Negara Malaysia pada 6 Julai 1982

Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori di atas?

A. Kuatkuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Kemasukan
D. Percantuman Wilayah

18. Apakah syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh seseorang warganegara Malaysia jika dia
mahu menolak kewarganegaraannya?

I Mesti mencapai umur melebihi 21 tahun.


II Mesti menguasai sesuatu bahasa asing.
III Sudah mendapat kewarganegaraan negara lain.
IV Berniat dan merancang untuk berkhidmat di negara lain

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

19. Dengan cara apakah Meaklin dianggap sebagai warganegara Malaysia mengikut
Perlembagaan Persekutuan?

Nama Meaklin Toyad Pairin


Keturunan Iban, bumiputera di Sabah
Tempat tinggal Sabah
Tempat lahir Kota Kinabalu
Tarikh lahir 4 september 1960

8
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

A. Kuatkuasa undang-undang
B. Pendaftaran
C. Kemasukan
D. Percantuman Wilayah

20. Lee Lian Hua, seorang warganegara Hong Kong berkahwin dengan Donald Wong, seorang
warganegara Malaysia, Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Lee Lian Hua
dapat menjadi warganegara Malaysia?

I Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun.


II Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia
III Dia membuat permohonan melalui cara kemasukan
IV Dia berkelakuan baik

A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D . III dan IV

21. Kerajaan boleh memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera
dengan
I Menyuruh pegawai kerajaan bukan Melayu bersara awal untuk memberikan
peluang kepada bumiputera
II Menarik balik lesen dan biasiswa bukan bumiputera untuk diserahkan kepada
bumiputera
III Mengadakan sistem kuota bagi bumiputera memegang jawatan perkhidmatan awam
IV Memperuntukan peluang khas bagi bumiputera mendapatkan lesen-lesen tertentu.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

22. Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa
kebangsaan bagi maksud rasmi. Yang manakah antara penyataan yang berikut tidak benar?

I Apa-apa bahasa lain boleh digunakan, diajarkan, atau dipelajari bagi maksud bukan
rasmi
II Bahasa ibunda kaum-kaum yang lain tidak disekat perkembangannya
III Bahasa inggeris dijadikan bahasa kedua
IV Bahasa pengantar dalam semua sekolah mesti bahasa Melayu

A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D . III dan IV

23. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mestilah

I menganut agama Islam


II bertutur dalam bahasa ibunda
III mengamalkan adat istiadat Melayu
IV dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas Hari Merdeka

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

9
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

24. Yang manakah antara berikut adalah benar jika terdapat percanggahan antara undang-
undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

A. Undang-undang Persekutuan akan dibatalkan


B. Undang-undang Perkutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk
mendapatkan persamaan
C. Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan
terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja.
D. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri

25.  Menentukan sistem pemerintahan adil dan saksama.


 Mengamalkan sistem raja berpelembagaan.
 Meliputi Bahagian 1-4

Penyataan di atas merujuk kepada

A Perlembagaan
B Raja berpelembagaan
C Demokrasi berparlimen
D Undang-undang persekutuan

26.
 Meliputi catatan dokumen.
 Menjadi rujukan apabila berlaku percanggahan undang-undang X
antara negeri dengan persekutuan

X dalam penyataan di atas merujuk

A Perlembagaan bertulis
B Perlembagaan tidak bertulis
C Pindaan Perlembagaan Negeri
D Pindaan Perlembagaan Persekutuan

27. Yang manakah menunjukkan ciri-ciri tepat tentang Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri?

Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri


A Undang-undang Negeri yang berbeza Terdiri daripada 183 Perkara
dengan Undang-undang Persekutuan
dibatalkan
B Terdiri daripada 183 Perkara. Undang-undang negeri dibuat oleh
Yang di-pertua Agong
C Perlembagaan yang dijalankan secara Undang-undang Negeri yang berbeza
bertulis dengan Undang-undang persekutuan
dibatalkan
D Terdiri daripada 183 perkara Agama Islam merupakan agama rasmi.

10
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

28. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia merangkumi?

I Perkara berkaitan kebebasan asasi


II Perkara berkaitan kesihatan
III Perkara yang berkaitan pilihanraya
IV Perkara yang berkaitan cara mengatasi kemalangan.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

29. Penyataan yang manakah benar tentang akta?


I Merupakan undang-undang bertulis
II Undang-undang yang telah diwartakan
III Undang-undang yang telah digubal oleh Majlis Peguam Negara
IV Undang-undang yang telah diluluskan oleh Majlis Peguam Negara.

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

30. Suatu rang undang-undang yang sah boleh dikuatkuasakan selepas

A Diluluskan oleh kabinet


B Disiarkan dalam warta kerajaan
C Diluluskan oleh Majlis Parlimen
D Diperkenankan oleh Yang di-Pertua Agong

31. Ketertinggian Perlembagaan

Yang manakah berkaitan penyataan di atas?

I Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara


II Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi mana-mana Kerajaan Negeri
III Perlembagaan memberi kuasa mutlak kepada pemerintah untuk bertindak secara
bebas
IV Perlembagaan Negeri mempunyai kuasa muktamad terhadap pelaksanaan dalam
negeri

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

32.
Bapa – Pemastautin tetap tetapi belum memperoleh hak kewarganegaraan.
Ibu – Bukan warganegara

Apakah taraf kewarganegaraan anak mereka jika anak tersebut dilahirkan di Malaysia
menurut penyataan di atas?

A Bukan warganegara
B Warganegara secara kemasukan
C Warganegara secara pendaftaran
D Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

11
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

33. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pindaan tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang di-
Pertua Negeri seperti

I Perlantikan Senator
II Perlantikan wakil rakyat
III Pemberian pingat kebesaran
IV Kawasan pembinaan perumahan

A. I dan II B. II dan IV C. I dan III D . III dan IV

34.
 Berminat untuk tinggal di Persekutuan
 Telah bermastautin di Persekutuan selama 10 tahun daripada 12 tahun sebelum permohonan

Pernyataan di atas merujuk kepada syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara ?

A. Pendaftaran
B. Kuatkuasa undang-undang
C. Penggabungan wilayah
D. Naturalisasi

35. Pilih padanan yang benar tentang pembahagian kuasa berikut

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama


i Pertahanan Muzium Biasiswa
ii Kerjaraya Penyelidikan Kesihatan
iii Pendidikan Hari kelepasan negeri Hiburan awam
iii Ternakan kewangan Tanah

A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D . III dan IV

36. Antara penyatataan berikut, yang manakah benar tentang pembahagian kuasa perundangan
yang disenaraikan dalam Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama


Perkhidmatan
A Hari Kelepasan Am Perikanan Laut Dalam
Bomba
Kajian,Siasatan dan
B Muzium Kebudayaan dan Sukan
Penyelidikan
Pemeliharaan Menangkap ikan di
C Keselamatan Sosial
Warisan sungai
Kebajikan
D Tanah Kebajikan Orang Asli
Masyarakat

12
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

37. Kuasa untuk mentafsir perlembagaan dan undang-undang di Malaysia terletak di bawah
bidang kuasa

A Mahkamah Persekutuan
B Majlis Raja-Raja
C Dewan Rakyat
D Kabinet

38. Megikut perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, sesuatu undang-undang boleh terbatal jika

A Hanya dipersetujui oleh Ahli Dewan Rakyat


B bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
C tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
D tidak dipersetujui oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat

39.
Rang Undang-Undang Fungsi
I Rang undang-undang P Dibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat
Persendirian
II Rang Undang-undang Ahli Q Undang-undang campuran yang
Persendirian mempunyai kepentingan tertentu
II Rang Undang-undang R Bercorak tempatan dan melibatkan orang
I Hibrid yang terhad bilanganNya
I Rang Undang-undang S Undang-undang berkaitan dasar negara
V Awam

I II III IV
A P S R Q
B R P Q S
C S P R Q
D Q S P R

40. Puan Y berasal dari China dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948. Puan Y memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara

A Masukan
B Pendaftaran
C Penggabungan wilayah
D Kuatkuasa undang-undang

41. Yang manakah merujuk kepada bidang kuasa dalam Senarai Persekutuan ?
I Penternakan
II Pelancongan

13
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

III Perumahan
IV Perikanan

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

42. Yang manakah merujuk kepada bidang kuasa dalam Senarai Bersama bagi Sabah dan
Sarawak ?

I Kebajikan Masyarakat
II Jabatan Ukur Tanah
III Perkapalan
IV Wasiat

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

43. Perkara-perkara berikut yang manakah diletakkan di bawah kuasa kerajaan Persekutuan?

A Penangkapan ikan dan penyu di sungai


B Perpustakaan, muzium dan barang purba
C Penapisan akhbar tempatan dan luar negara
D Kelulusan dan pemberian lesen pembalakan

44. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan?
I Hasil duti eksais
II Hasil harta karun
III Hasil bayaran pendaftaran
IV Hasil perlombongan.

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D . III dan IV

45. Yang manakah merupakan perkara tambahan yang diberikan kepada negeri Sabah
dan Sarawak dalam Senarai Negeri menurut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia?

I Pelabuhan
II Pelancongan
III Penyelidikan pertanian dan perhutanan
IV Undang-undang dan adat istiadat bumiputera

A. I dan III B. I dan IV C. II dan III D . II dan IV

Kepentingan Perlembagaan Persekutuan.

46. Mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah kerajaan?

I sebagai rujukan kepada kerajaan ketika membuat keputusan


II sebagai panduan kepada kerajaan untuk mengekalkan kedudukannya
III sebagai jalan penyelesaian kepada kerajaan untuk menyelesaikan sesuatu isu
IV sebagai panduan pengagihan kuasa antara institusi kerajaan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

14
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

Pindaan Perlembagaan Persekutuan

47. Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja? (STPM 2015)
A. Jemaah Menteri
B. Bahasa Kebangsaan
C. Keanggotaan Parlimen
D. Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

48.
I Mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III Kementerian merangka Dasar rang undang-undang

Berdasarkan penyataan di atas, urutan yang manakah yang betul tentang proses penggubalan
undang-undang negara? (STPM 2018)

A. I, III, II
B. II, I, III
C. III, II, I
D. III, I, II

49. Penyataan yang manakah berkaitan pindaan perlembagaan?

I Perubahan tambahan perlembagaan.


II Perubahan undang-undang negara dengan sokongan 2/3 orang dalam Parlimen.
III Perubahan sekyen dalam perlembagaan yang dimansuhkan.
IV Perubahan dalam pelantikan pegawai kerajaan.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D . III dan IV

50. Pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua per tiga ahli Parlimen dan
persetujuan Majlis Raja-Raja adalah untuk perkara-perkara berkaitan dengan

I keistimewaan Parlimen
II perubahan sempadan pilihan raya
III peruntukan tambahan kewarganegaraan
IV pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D . III dan IV

51 Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang memberi persetujuan tentang pindaan
yang melibatkan Sabah dan Sarawak?

A. Yang diPertuan Agong


B. Yang Dipertua Negeri
C. Perdana Menteri
D. Menteri Dalam Negeri

15
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

SOALAN BERSTRUKTUR

En. Z telah ditahan dalam serbuan polis kerana disyaki


terlibat dalam satu kes jenayah.

15. Berdasarkan situasi di atas, nyatakan empat hak Encik Z menurut peruntukan Kebebasan Diri
dalam Perlembagaan Persekutuan. (STPM 2014) [4]

i _________

ii

iii

iv

16. Nyatakan tiga sebab Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara.
(STPM 2015) [3]

i _________

ii

iii

17.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan
Doktrin Pengasingan Kuasa

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Doktrin Pengasingan Kuasa?


(STPM 2015) [1]
_________

(b) Nyatakan tiga sebab amalan di atas dilaksanakan di negara ini. [3]

i _________

ii

iii

16
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

18. Nyatakan dua majlis yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
(STPM 2015) [2]

i _________

ii ______

19. Terangkan dua kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara yang berdaulat. [4]
(STPM 2016)
i _________

ii

20.
Encik X:
 Seorang warganegara Filipina
 Telah bermastautin di Malaysia selama 15 tahun .

Kemukan tiga syarat lain yang melayakkan Encik X untuk menjadi warganegara Malaysia
secara masukan. (STPM 2017) [3]

i _________

ii

iii

21. Jelaskan dua cara penamatan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia.


(STPM 2018) [4]

i _________

ii

22. Jelaskan dua ciri utama sistem raja berperlembagaan. [2]

i.

ii.

17
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

23. Nyatakan tiga ciri perlembagaan Malaysia.. [3]

i.

ii.

iii.

24. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.


Nyatakan tiga ciri keluhuran perlembagaan [3]

i.

ii.

iii.

25. Huraikan dua hak asasi seorang individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan [4]

i.

ii.

26. Nyatakan empat ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia. [4]

i.

ii.

iii.

iv.

27. Jelaskan dua sumber undang-undang bertulis di Malaysia [2]

i.

ii.

iii.

18
LATIHAN TOPIKAL PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2021
SALMIAH RAMLI (RASAHATI)

28 Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan


2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja. [4]

i.

ii.

iii.

iv.

29. Huraikan dua hak asasi seorang individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan [4]

i.

ii.

19

You might also like