You are on page 1of 7

Bahagian B

[ 15 markah ]
Jawab semua soalan.

1. Nyatakan 3 ciri sebuah negara berdaulat. [3]

I. Mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah


II. Sempadan yang jelas
III. Kerajaan yang berupaya mengawal hal ehwal dalam Negara
IV. Kebebasan mengadakan hubungan dengan Negara-negara luar
(Pilih 3 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)
2. Senaraikan 2 cara seseorang memperolehi kewarganegaraan Malaysia. [2]

I. Kuatkuasa undang-undang
II. Pendaftaran
III. Naturalisasi / Kemasukan / Pewarganegaraan / Permohonan
IV. Penggabungan/Percantuman Wilayah
(Pilih 2 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)

3. Doktrin Pengasingan Kuasa merupakan salah satu ciri Sistem Kerajaan

Persekutuan.

a. Nyatakan dua badan yang terlibat dalam doktrin ini. [2]

I. Pentadbiran / Eksekutif
II. Perundangan
III. Kehakiman
(Pilih 2 isi sahaja _ 1Isi 1Markah)

b. Apakah tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa? [1]

Tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa ialah

I. mengelakkan pertindihan bidang kuasa


II. mengelakkan penyalahgunaan kuasa
III. membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi
oleh badan yang lain
(Pilih 1 isi sahaja)
4. Dengan merujuk rajah di bawah, jawab soalan-soalan berikut.

STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA

Yang di-Pertuan Agong

Perundangan Eksekutif Kehakiman

Parlimen X Mahkamah Atasan


dan Mahkamah
Rendah
Jemaah Menteri
Dewan Dewan
Rakyat Negara

Kementerian

Jabatan

(Disesuaikan daripada Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia,


INTAN, 2006, halaman 69-73)

a. Nyatakan syarat untuk memegang jawatan X [3]


I. Ahli Dewan Rakyat
II. Mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
III. Warganegara Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang

(Nyatakan Semua Isi _ 1Isi 1Markah)

b. Tugas X (Perdana Menteri) [4]


I. Menyenaraikan ahli Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
II. Mempengerusikan Kabinet
III. Mengetuai kerajaan dalam menyelesaikan masalah negara
IV. Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
V. Membuat laporan kepada Yang di-Pertuan Agong tentang pentadbiran
Negara
VI. Menjadi jurucakap dalam hal ehwal dalam dan antarabangsa
VII. Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
Bahagian B

1. (a) Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang individu akan kehilangan taraf


kewarganegaraan disebabkan oleh dua cara. [2]
Nyatakan dua cara kehilangan taraf kewarganegaraan tersebut.
i) Cara penolakan
ii) Cara pelucutan

b) Seseorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia boleh


memohon untuk menjadi warganegara Malaysia sekiranyanya beliau memenuhi
beberapa syarat.

Jelaskan dua syarat tersebut.

i)masih bersuamikan warganegara Malaysia


ii) bermastautin 2 tahun atau lebih di Malaysia,
iii)berniat untuk bermastautin tetap
iv) berkelakuan baik

2 Terangkan dua cara bagaimana kerajaan dapat mengetahui perbelanjaan wang


awam mendatangkan nilai untuk wang kepada kerajaan

i) melantik Ketua Audit Negara untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun
kerajaan
ii) menubuhkan jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) untuk memastikan
akauntabiliti pengurusan wang awam/meneliti laporan akaun wang awam
3 Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah atas kes jenayah boleh membela diri
dengan memberi keterangan. Nyatakan tiga pilihan cara yang boleh dilakukan oleh
tertuduh untuk memberi keterangan tersebut.
i) Keterangan bersumpah
ii) Keterangan dari kandang (dock)
iii) Berdiam diri
4 .Salah satu kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah
merancang dan mengurus kawasan tempatan. Namun demikian, terdapat beberapa PBT
yang kurang maju berbanding PBT yang lain.
Cadangkan dua langkah bagi meningkatkan sistem penyampaian PBT bagi memastikan
kemajuannya.

i) Pembangunan sumber manusia iaitu dengan memberi latihan kemahiran yang


berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat
ii) mengamalkan konsep Kepimpinan Melalui Teladan dengan mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah,
salahguna kuasa, masalah disiplin, mensabotaj organisasi dan sebagainya
iii) Memantapkan sistem dan prosedur kerja dengan menyelaras dasar dan polisi di
setiap Bahagian PBT untuk mencapai visi dan misi serta membolehkan sistem
penyampaian berjalan lancar dan berkesan di setiap bahagian
iv) penegasan terhadap objektif dan matlamat PBT berlandaskan satu misi dan visi
v) menggunakan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
vi) melaksanakan transformasi organisasi secara menyeluruh

Bahagian B

( 15 markah )

Jawab semua soalan.

1. Senaraikan tiga ciri negara berdaulat

– Merdeka

- Beridentiti

- Berwibawa

- Mempunyai Perlembagaan

- Berkuasa sendiri

(3m)
2. Nyatakan tiga perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang pindaannya
memerlukan sokongan majoriti 2/3 Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.

- Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

- Kedaulatan Raja-raja

- Kewarganegaraan

- Kedudukan bahasa kebangsaan

- Penggubahan sempadan antara negeri


(3m )

Parlimen

Dewan Rakyat Dewan Negara

3. Nyatakan tiga tugas X dalam rajah di atas.

- Bertitah dalam pembukaan rasmi penggal Parlimen

- Memanggil mesyuarat Parlimen

- Menangguhkan pengal Parlimen

( 3m )
SURUHANJAYA

TETAP SEMENTARA

Suruhanjaya
SPR SUHAKM Perkhidmatan SPRM Khas

a b c d

Merujuk kepada rajah di atas, jawab soalan di bawah.

4. (a) Namakan Suruhanjaya perkhidmatan dalam Suruhanjaya tetap.

- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

- Suruhanjaya Pendidikan

- Suruhanjaya Kehakiman dan Undang-undang

- Suruhanjaya Pasukan Polis

- Majlis Angkatan Tentera


( 4m)

(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan Suruhanjaya.

- Membolehkan sesuatu pentadbiran yang berkaitan hal ehwal awam dilaksanakan

dengan adil

- Memberikan keyakinan tentang kredibiliti suruhanjaya untuk menjalankan


tugas dengan cekap dan memastikan kualiti pekerjaan yang tinggi.
- Memastikan kesaksamaan dalam pelantikan ke jawatan tetap, pengesahan,
pertukaran, menjalankan kawalan tatatertib, kenaikan pangkat, pencen
kakitangan kerajaan
- Memberikan laporan tahunan kepada YDPA dan salinan laporan kepada
Majlis Parlimen ( 2m)

You might also like