You are on page 1of 5

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PISMP AMBILAN JANUARI 2011 UNIT J1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TAHUN

2013.

Pada hari Isnin bersamaan 18 Mac 2013, unit J1 telah mengelolakan sebuah Karnival Permainan Tradisional di padang bola Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Karnival Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Sebelum karnival ini dikelola, beberapa proses telah dilakukan oleh pihak pengurusan Unit J1.

Antaranya ialah mengadakan mesyuarat dengan semua ahli unit J1 bagi membuat perlantikan ahli jawatankuasa kerja dan pelaksana. Dalam mesyuarat tersebut, pemilihan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa lain telah dibuat. Hasil daripada undian yang dibuat, akhirnya kata putus telah dibuat. Che Mohd Jamil telah dipilih menjadi pengerusi bagi karnival ini, manakala Megat Lokman dipilih menjadi naib pengerusi, diikuti Amira sebagai setiausaha dan akhir sekali Wan Muhammad Hafiz selaku bendahari program. Dalam mesyuarat ini juga, pembahagian tugas telah dibahagikan secara sama rata. Setiap ahli unit J1 telah diberikan tugasan seperti menjadi ahli jawatankuasa alatan, persiapan tempat, makanan minuman, dokumentasi, cenderahati, fotografi dan juga juru hebah.

Setelah pembahagian tugas dilakukan, semua ahli J1 telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu permainan tradisional untuk dimainkan di dalam karnival permainan tradisional tersebut. Kumpulan kami telah memilih permainan selipar tiga atau tuju selipar sebagai aktiviti di dalam karnival tersebut. Permulaannya, kami telah mengadakan perbincangan sesama ahli kumpulan untuk memastikan sama ada permainan ini bersesuaian ataupun tidak. Kemudian pengagihan tugas diberikan

kepada skop yang lebih kecil dari segi pembinaan gelanggang permainan, syarat, peralatan yang perlu digunakan, dan lain-lain lagi. Apabila setiap ahli daripada kami menyediakan segala maklumat yang telah dibahagikan, kami mula menggabung dan menyusun maklumat tersebut dengan lebih sistematik dan berbentuk ilmiah.

Beberapa kali perjumpaan telah dilakukan oleh para pelatih unit J1 ini untuk membincangkan persediaan yang perlu dibuat untuk karnival tersebut. Persiapan dari segi hiasan tempat telah dirancang dengan sebaik mungkin. Di samping itu, senarai peralatan untuk permainan dan tempat dibuat untuk mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan. Sistem suara, meja, kerusi dan lain-lain telah ditempah terlebih dahulu untuk meminta kelulusan daripada pihak IPG untuk digunakan semasa karnival tersebut berlangsung.

Karnival tersebut berlangsung bermula pada pukul 10.30 pagi dan bertempat di padang bola. Semua pelatih telah bekerjasama untuk membuat persiapan tempat. Karnival tersebut telah bermula dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian daripada pensyarah pembimbing iaitu Encik Mohd Mokhtar Bin Sulaiman. Aktiviti permainan tradisional ini dimulai dengan permainan konda kondi kemudian diikuti dengan tuju selipar, tuju para, batu seremban dan akhir sekali tarik upih. Sebelum menjalankan permainan-permainan tradisional tersebut, syarat dan cara bermain akan diterangkan terlebih dahulu kepada semua. Markah pula akan dicatat di bahagian catatan mata secara sistematik.

Selepas

semua

permainan

dijalankan,

pengumuman

keputusan

dan

penyampaian hadiah dilangsungkan. Kumpulan yang memperoleh mata tertinggi bagi setiap permainan akan dihadiahkan sebuah hamper. Akhir sekali, majlis penutupan dilakukan dan diakhiri oleh pensyarah pembimbing. Cenderamata telah diberikan kepada pensyarah daripada para pelatih sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Tepat pada jam 1.30 petang, karnival berakhir. Semua pelatih telah mengadakan jamuan makan kecil-kecil. Segala peralatan disimpan di tempat asal yang dipinjam. Kami bersama-sama bergotong-royong membersihkan tapak karnival untuk memastikan kebersihan kawasan IPG dapat dikekalkan. Setelah selesai bergotongroyong akhirnya semua diminta berkumpul di astaka.

Sesi post-mortem dilakukan untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan yang dapat dilihat di sepanjang proses pelaksanaan karnival ini dijalankan. Perbincangan dilakukan untuk mengelakkan permasalahan yang sama berulang di dalam aktiviti seumpama ini kelak. Malah, para pelatih dapat membuat penambahbaikkan untuk memperbaiki pengurusan karnival tersebut kearah yang lebih baik.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERMAINAN TRADISONAL SELIPAR TIGA Kelebihan Selepas amali permainan tradisional dijalankan pada 18 Mac 2013 (Isnin) dijalankan bersama unit J1, kami telah membuat kesimpulan tentang permainan tradisional ini mengenai kelebihan dan kelemahan permainan tradisional selipar tiga ini. Kami telah mendapat maklum balas yang baik dari ahli kumpulan dan ahli kumpulan yang lain. Banyak juga kelebihan dan kelemahan yang kami peroleh sepanjang mengendalikan aktiviti permainan tradisional selipar tiga ini. Daripada aktiviti permainan ini, antara kelebihan yang kami simpulkan iaitu aktiviti ini amat menyeronokkan dan menarik untuk diaplikasikan di sekolah. Selain itu juga, permainan ini merangsang daya pemikiran setiap pemain untuk menyusun strategi untuk menyusun selipar tersebut dalam masa yang singkat tanpa mati salah seorang pun ahli kumpulan yang diserang oleh pihak penyerang.

Apabila kita melakukan sesuatu itu secara berkumpulan, secara tidak langsung, dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk mempertahankan kumpulan masing-masing. Di samping itu, hubungan silaturrahim dapat dieratkan tambahan pula permainan ini banyak menggunakan pergerakan psikomotor. Pergerakan psikomotor ini juga membantu menyihatkan badan dan permainan ini sesuai untuk aktiviti riadah. Semasa bermain, sifat toleransi juga dapat dijalinkan untuk membentuk sebuah pasukan yang dapat membantu sesama ahli kumpulan untuk menyusun selipar itu sehingga berjaya.

Permainan ini mudah dan selamat sekiranya cara permainan tersebut mengutamakan kriteria keselamatan setiap pemain. Syarat wajib yang perlu ditetapkan oleh pengelola permainan ialah memastikan peralatan yang digunakan semasa membaling selipar tersebut adalah lembut dan tidak menyakitkan dan balingan hanya dapat dilakukan dari paras pinggang ke kaki dan risiko kecederaan kemungkinan rendah.

Kelemahan

Di samping terdapat kelebihan yang ada dalam permainan ini, terdapat juga kekurangannya. Tetapi kekurangannya dapat dilihat dari segi pengurusan permainan yang telah kumpulan kami kelolakan. Kami telah mengenalpasti kelemahan tersebut antaranya kami tidak menerangkan secara jelas mengenai undang-undang permainan dan menyebabkan para pemain menjadi keliru dan sukar memahami cara permainan dilaksanakan. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti kelemahan yang amat ketara iaitu dari segi pembahagian kumpulan. Walaupun kami telah menetapkan untuk meletakkan 8 orang satu kumpulan, tetapi pembahagian nama ahli kumpulan tidak kami nyatakan. Itulah kelemahan yang paling ketara yang telah ditegur oleh pensyarah kami, iaitu Encik Mokhtar. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak segala nasihat tersebut akan kami ambil untuk dijadikan sebagai titik tolak untuk memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Di samping itu juga, dari segi saiz sebenar kedudukan tempat permainan juga terdapat sedikit perubahan disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku ketika persiapan tempat dilakukan serta penggunaan bip untuk menentukan yang mana pihak pertahanan ataupun pihak penyerang juga terdapat sedikit kekeliruan berikutan warna bip kadang-kala tidak dapat membezakan ahli kumpulan pertahanan mahupun penyerang. Kami telah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah juga agar penggunaan warna yang kontras adalah digalakkan agar perbezaan tersebut jelas kelihatan untuk memudahkan pemain mengenalpasti ahli kumpulan masing-masing.

You might also like