You are on page 1of 6

3.

2 Penyebaran Islam di Asia Tenggara

Tajuk ini akan menyampaikan maklumat tentang cara penyebaran Islam di Asia

Tenggara. Terdapat tujuh jenis penyebaran agama Islam di Asia Tenggara antaranya

perdagangan, perkahwinan, pengislaman raja dan golongan bangsawan, kelahiran kerajaan

Islam, pusat kebudayaan, peranan mubaligh dan keistimewaan agama Islam. Kaedah pengajaran

yang dicadangkan adalah melalui kaedah perbincangan. Oleh sebab tajuk tidak dapat dihabiskan

dalam satu sesi pengajaran, guru boleh memecahkan pengajaran dan pembelajaran tajuk ini

kepada dua kali.

3.2.1 Cadangan Kaedah mengajar Penyebaran Islam di Asia Tenggara(part 1)

Cadangan Set Induksi (5 minit)

Pada sesi pengajaran yang pertama, guru boleh memulakan pengajaran dengan

menunjukkan peta Asia Tenggara dengan mengunakan sliad. Guru boleh menunjukkan peta yang

merangkumi semua nama Asia Tenggara.

Cadangan Aktiviti Penerokaan (20 minit)

Selepas itu, guru akan mengunakan kaedah perbincangan dan sumbang sara semasa sesi

penerokaan. Kaedah perbincangan dan sumbang saran merupakan satu kaedah pengajaran

alternatif yang amat digemari oleh para pengajar tidak kira sama ada di sekolah mahupun di

kolej dan universiti. Kaedah ini merupakan pendekatan pengajaran yang mengandungi banyak

elemen pembelajaran berpusatkan murid. Penggunaan kaedah ini dapat menggalakkan interaksi

pelbagai hala dalam bilik darjah iaitu interaksi di antara murid dengan guru, dan di antara murid

dengan murid. Kaedah ini membolehkan murid meluahkan pandangan masing-masing semasa

1
perbincangan. Melalui kaedah perbincangan juga, murid boleh belajar menguasai kemahiran

abad ke-21 antaranya berdaya tahan, mahir berkomunikasi, kerja sepasukan, pemikir dan

sebagainya. Justeru, kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk

melaksanakan pengajaran secara berpusatkan murid. Oleh itu, kaedah perbincangan amat sesuai

digunakan dalam tajuk ini.

Sebelum memulakan perbincangan, guru dikehendaki untuk memberi sedikit

pengetahuan tentang apa yang akan murid berlajar pada hari ini, supaya murid bersedia dengan

aktiviti perbincangan. Murid dikehendaki membentangkan hasil kerja selepas perbincangan

tersebut. Guru dikehendaki memberi arahan terlebih dahulu dengan jelas kepada murid supaya

murid mengetahui apa yang perlu dibuat dalam perbincangan. Pengagihan kumpulan adalah

dengan mengunakan kad warna yang ditulis role model yang berbeza. Guru akan menjelaskan

peranan masing-masing. Contohnya, ketua merupakan orang yang akan mengetuai kumpulan

tersebut, manakala setiausaha akan bertanggungjawab mencatatkan isi-isi penting atas kertas

majung, wartawan akan bertugas menjadi orang penbentang, brain stomer akan

bertanggungjawab mencari isi-isi penting, jurusemak akan menyemak isi-isi yang diberi dan

logistic akan bertanggungjawab menjaga masa dan mengambil barang yang diperlukan dari guru.

Guru akan mengagihkan pelajar kepada empat kumpulan. Kumpulan merah akan

membincangkan penyebaran Islam melalui perdagangan, kumpulan biru akan membincangkan

penyebaran Islam melalui perkhawinan, kumpulan kuning akan membincangkan penyebaran

Islam melalui pengislaman raja dan golongan bangsawan manakala kumpulan hijau akan

membincangkan penyebaran Islam melalui kelahiran kerajaan Islam Guru akan mengarah murid

untuk tampil ke hadapan dan memilih kad masing-masing. Warna yang sama akan membentuk

satu kumpulan yang sama. Selepas itu, murid akan diberi masa 10 minit untuk berbincang

2
tentang cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara lalu membuat peta minda di atas kertas

majung. Wartawan dari kumpulan masing-masing akan membentangkan selepas masa tamat.

Guru boleh menjadi pemamtau dari semasa ke semasa perbincangan .

Selapas perbincangan masa tamat, guru akan memilih kumpulan yang akan membentang

secara rawak. Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk menbentangkan hasil kerja masing-

masing. Selepas perbentangan setiap kumpulan, guru akan menambahkan isi-isi penting jika

diperlukan supaya murid lebih memahami. Kertas majung akan dilekatkan di papan kenyataan

kelas supaya boleh menjadi rujukan murid pada masa seterusnya.

Cadangan Aktiviti Pengayaan (10 minit)

Selapas perbincangan, murid akan balik ke tempat duduk masing-masing. Guru boleh

mengunakan kuiz untuk membuat penilaian fomartif supaya menguji tahap pemahaman murid.

Melalui penilaian formartif guru boleh mengetahui tahap penguasaan murid terhadap tajuk ini

dan membuat rancangan pengajaran untuk kelas seterusnya.Terdapat lima soalan dalam kuiz ini.

Soalan yang diberikan adalah dari aras mudah ke aras tinggi. Soalan aras rendah adalah untuk

menguji tahap pemahaman terhadap tajuk yang diajar manakala soalan berbentuk aras tinggi

adalah soalan KBAT yang melibatkan murid untuk menganalisis dan menilai semasa menjawab.

Ganjaran akan diberi kepad amurid yang menjawab soalan dengan betul supaya murid lebih aktif

dalam menjawa bsoalan. Selepas murid menjawab soalan, guru akan memberikan sedikit

peneguhan dan menambahkan isi jika perlu supaya murid lebih memahami dan mampu

menjawab soalan tersebut dalam peperiksaan.

Cadangan Aktiviti Penutup (5 minit)

3
Guru akan menyuruh seorang murid untuk membuat kesimpulan tentang apa yang telah

dipelajari pada hari ini dan guru akan membuat kesimpulan kecil. Sebelum kelas tamat, guru

akan memberi kerja rumah sebagai peneguhan.

3.2.2 Kaedah mengajar Penyebaran Islam di Asia Tenggara (Part 2)

Cadangan Set Induksi ( 5 minit)

Guru boleh membuat silang-kata sebagai set induksi. Silang-kata tersebut merangkumi

lima soalan yang berkaitan dengan cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara yang telah

diajar pada kelas yang lalu. Guru akan menyuruh untuk membaca soalan dan menjawab soalan

silang kata.

Cadangan Aktiviti Penerokaan (20 minit)

Semasa penorokaan, guru boleh mengunakan cara pengajaran dan pembelajaran Two

Stay the rest stray. Cara pembelajaran ini membolehkan dimana murid belajar memecahkan

masalah bersama anggota kelompoknya, kemudian murid dari kelompok tersebut bertukar

informasi ke dua anggota kelompok lain yang tinggal. Dalam model pembelajaran two stay the

rest stray, murid dituntut untuk memiliki tanggungjawab dan aktif dalam setiap kegiatan

pembelajaran. Sebelum memulakan aktiviti, guru akan memberi arahan supaya murid

mengetahui apa yang perlu dibuat dalam aktiviti ini. Guru akan mengagihkan murid-murid

kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan satu, kumpulan dua dan kumpulan tiga. Kumpulan satu

akan membincangkan tentang cara penyebaran agama Islam melalui pusat kebudayaan,

Kumpulan akan membincangkan tentang peranan mubaligh dan kumpulan tiga akan

membincangkan tentang keistimewaan agama Islam. Murid diberi masa sepuluh minit untuk

berbincang dan menyiapkan peta minda. Pada masa yang sama guru akan memantau dari satu

4
kumpulan ke kumpulan yang lain. Murid dikehendaki untuk memilih dua orang wakil untuk

berada di tempat perbincangan masing-masing sebagai pembentang untuk membentangkan hasil

perbincangan.

Selepas masa perbincangan tamat, aktiviti two stay the rest stray akan bermula. Selain

daripada dua orang perbentang, murid yang lain dalam kumpulan akan pergi ke kumpulan lain

untuk mendapat maklumat daripada kumpulan tersebut. Perbentang hanya mempunyai 2 minit

untuk membentangkan apakah yang telah dibincangkan kepada ahli kumpulan lain. Ahli

kumpulan satu akan pergi ke kumpulan kedua, ahli kumpulan ketiga akan pergi ke kumpulan

ketiga manakala ahli kumpulan ketiga akan pergi ke kumpulan satu. Bunyi wisel akan

dibunyikan apabila masa tamat, dan ahli kumpulan perlu pergi ke station seterusnya untuk

mendengat perbentangan daripada kumpulan yang seterusnya. Selepas mendengan perbentangan

daripada dua kumpulan yang lain, ahli kumpulan akan pulang ke tempat masing-masing. Ahli

kumpulan diberi masa 3 minit untuk membincangkan tentang maklumat yang telah diberi

melalui perbentangan daripada kumpulan lain. Selepas masa tamat guru akan bertanyakan soalan

dan murid akan menjawab soalan guru, dengan ini guru boleh menguji tahap pemahaman murid

melalui aktiviti tadi.

Cadangan Aktiviti Pengayaan (10 minit)

Murid akan kekal di dalam kumpulan masing-masing. Guru akan membuat pertandingan

kuiz antara kumpulan. Terdapat sepuluh soalan yang telah disediakan. Guru akan memberi

arahan supaya murid mengangkat tangan terlebih dahulu akan menjawab soalan tersebut. Markah

akan dikira mengikut kumpulan dan markah yang tertinggi akan sebagai pemenang. Soalan kuiz

adalah dari tahap rendah ke tahap tinggi.

5
Cadangan Aktiviti Penutup (5 minit)

Guru akan menyuruh seorang murid untuk membuat kesimpulan tentang apa yang telah

dipelajari pada hari ini dan guru akan membuat kesimpulan kecil. Sebelum kelas tamat, guru

akan memberi kerja rumah sebagai peneguhan.

You might also like