You are on page 1of 5

http://ppkibpskdurianmas1.blogspot.com/2013/02/pendidikan-khas-dimalaysia.

html
http://tontonanumum.blogspot.com/2010/10/pengurusan-dan-pentadbiranpendidikan.html

2.6.10 CARA MENGATASI ADHD


Antara cara intervensi yang boleh dijalankan ialah:
Sokongan Persekitaran
i. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatian
ii. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang
diharapkan
iii. Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan
cara memberi murid peluang bergerak.
Intervensi Tingkah Laku
i. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkan
ii. Strategi pencegahan iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai
ketika baru bermula atau ketika masih ringan
iii. Token ekonomi memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic
dan lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan
barang yang disukai
Intervensi Pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkap


Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut
Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran

Rawatan
Menggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap.

AUTISME

2.31 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME


Perkembangan kanak-kanak autisme boleh dilihat daripada banyak aspek seperti:

Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah
berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian
kecil yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang
mengkagumkan.
Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula
berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus
overselectivity iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara
berlebihan.
Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi
mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini
dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak
boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang panjang dan juga tidak
berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat sebagaimana kebiasaan orang
lain.
Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap
perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan
mengimbas kembali untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak
dapat melihat perkaitan antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat
atau memahami jenaka, membuat analogi dan seumpamanya.
Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu
yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang
luar biasa, contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis.
Perkembangan Bahasa
Dibahagikan kepada:
A. Nonsegmental Phonology
Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang
nonsegmental atau prosodi iaitu:
i. Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
ii.

secara berlebihan
Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti

iii.
iv.

biasa
Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad
Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan

B. Bahasa Idiosinkratik

Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan


atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan
menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.
C. Masalah Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap
menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti
he atau she. Kata ganti nama kedua you digunakan untuk dirinya dan I untuk
orang lain. Keadaan ini berlaku kerana mereka sukar memahami dan
mengunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.
D. Ekolalia
Ekolalia bermaksud

kanak-kanak

autisme

mengulang-ulang

apa

yang

dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh
dibezakan iaitu:
i. Ekolalia serta-merta pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila
ii.

perkataan disebut.
Ekolalia lewat diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan

iii.

tersebut.
Ekolalia ringan pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang
dipertuturkan.

Perkembangan Komunikasi
Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang
dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke
tempat itu. Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan
oleh orang lain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain.
Perkembangan Sosial
Boleh dikategorikan kepada:
i.

Penghindaran sosial iaitu kanak-kanak autistik akan mengelak daripada


sebarang bentuk interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri apabila ada orang

ii.

hendak berinteraksi dengan mereka.


Bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi
tidak pula menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain

iii.

apabila memerlukans sesuatu.


Kekok ketika bersosial, berlaku apabila individu autistik cuba berkawan tetapi
tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Ini disebabkan mereka hanya

bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga
mempunyai idea, perasaan, sikap dan emosi.
Perkembangan Emosi
Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain
kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara
yang tidak disalah faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau
tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang
melampau.

2.6.2 CARA MENGATASI


Proses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini
dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan
bagi kanak-kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah
kurang tumpuan dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium
untuk membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka.
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untuk
menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau
menghapus tingkah laku kurang sesuai. Antara teknik yang digunakan ialah
pengasingan, kejelakan, time-out, memberi ganjaran dan sebagainya. Pendidikan
yang berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi boleh
membantu mengembangkan potensi mereka. Perkhidmatan intervensi awal ini
adalah penting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Antara
intervensi awal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan
pembentukan Individualized Family Service Plan (IFSP), yang akan memenuhi
keperluan dalam bidang kemahiran sosial, kemhairan urus diri, komunikasi, dan
pengurusan tingkah laku.

Pengurusan bermaksud organisasi yang dibentuk dan mempunyai hala tuju iaitu
visi dan misi yang mahu dicapai. Misalnya, sebuah sekolah Pendidikan
Khas/Program Pendidikan Khas merupakan tempat untuk anak-anak khas
menimba ilmu, guru memberi perkhidmatan dan sumbangan dalam bentuk
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mencerminkan imej sekolah Pendidikan Khas. Individu yang
dipertanggungjawabkan hendaklah memainkan peranan dengan penuh
kesungguhan dan kesedaran. Wajar difahami, masyarakat khususnya ibu bapa
dan penjaga anak-anak khas serta masyarakat awam amnya meletakkan
harapan yang tinggi dalam membantu meningkatkan potensi individu setiap

murid. Fungsi sekolah Pendidikan Khas tentunya berbeza dengan organisasiorganisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

You might also like