You are on page 1of 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: PENDIDIKAN KESIHATAN

Minggu : 12 Tingkatan : 3 Hydra


Tarikh : 17 Jun 2022 Hari : JUMAAT Masa : 9:00pagi – 10:00pagi
Bidang Kemahiran / Kandungan : PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS)
3.0 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
Standard Pembelajaran :3.1.1 Menjelaskan punca kemarahan
3.1.2 Menunjuk cara mengurus kemarahan
Objektif Pembelajaran : Disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Kognitif
 Mengenalpasti punca-punca kemarahan secara
bukan lisan dalam aktiviti berkumpulan

 Menjelaskan cara mengurus kemarahan secara lisan

Psikomotor
 Melakonkan cara mengawal kemarahan dengan situasi
yang diberikan oleh guru secara berkumpulan pada fasa
kemuncak

Afektif
 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti
dalam kumpulan pada fasa kemuncak
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM(EMK)


Bahasa
Kelestarian Alam Sekitar
Nilai Murni /
Sains dan Teknologi
Patriotisme
Kreativiti dan Inovasi /
Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Bahan Bantu Belajar (BBB) : Komputer Riba, Nota Rujukan (sumber: buku teks), Kertas
Manila, pita pelekat, Kertas warna
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran :
Fasa
Tayangan Video
Pengenalan
“Hulk: I’m Always Angry”

Fasa Aktiviti 1: Mix-N-Match


Perkembangan Aktiviti 2: Poison Box

Fasa Kemuncak Action Go !

i. Lembaran kerja
Fasa Penutup
Rujuk Lampiran A
Penilaian Pengajaran & Pembelajaran : Tandakan ( / ) pada ruangan berkenaan;

JENIS PENILAIAN
Latihan Bertulis
Pemerhatian
Kuiz
Lisan
Lembaran Kerja
Kerja Kumpulan
Pembentangan
Lain-Lain (Nyatakan):
………………………………………………….

Rujuk Lampiran B
Refleksi : Refleksi ditulis secara umum dan perincian menggunakan borang
refleksi Model UPSI

Rujuk Lampiran C

Disediakan oleh: 
 
 
________________________ 

MOHD IZWAN BIN SHAHRIL 


Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan 
SMK Blok 6, Tg. Malim, Perak 
 
 
 
 Disahkan oleh: 
 
   Azali Rahmat 
________________________ 
AZALI BIN RAHMAT 
Pengetua 
SMK Blok 6, Tg. Malim, Perak
LAMPIRAN A

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


FASA KANDUNGAN CATATAN
 Kedudukan Guru dan
Murid
1. Guru bertanya khabar dan kehadiran murid dalam kelas
2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan mengikut meja yang merangkumi 6 orang untuk
satu kumpulan.
FASA PENGENALAN 3. Guru menayangkan video tentang kemarahan yang dilakonkan oleh watak Hulk kepada kelas.
 Link video:
https://youtu.be/FrPN92Bd0jA

 3. Guru bertanya adakah murid Petunjuk :


pernah mengalami perasaan itu
dalam kehidupan mereka. Murid
4. Guru memberi penerangan tentang topik Kemarahan:
 Kemarahan adalah sifat emosi negatif yang mungkin disebabkan oleh cemburu, kekecewaan, Guru
rasa tertipu, terkilan atau kurang senang dengan sesuatu keadaan, perkara atau individu.

 Kedudukan Guru dan Murid


Aktiviti 1
‘Mix-N-Match’

1. Guru mengedarkan bahan nota rujukan daripada Buku Teks PJPK Tingkatan 3 bagi topik PEERS:
Pengurusan Mental dan Emosi kepada setiap kumpulan.
2. Guru mengedarkan kad manila dan kad jawapan yang berkaitan punca-punca kemarahan
kepada setiap kumpulan.
3. Secara berkumpulan, murid perlu berbincang kad jawapan punca-punca kemarahan yang betul
untuk di tampal atas kad manila tersebut.
4. Murid perlu menyiapkan aktiviti tersebut pada masa yang telah ditetapkan.
5. Selepas tamat masa yang ditetapkan, guru akan menunjukkan jawapan di skrin.
6. Murid akan menyemak jawapan bersama-sama guru.
7. Kumpulan yang banyak mempunyai jawapan betul akan dikira sebagai pemenang.

Petunjuk :

Murid

Guru

 Mengenalpasti
punca-punca
kemarahan
secara bukan
lisan dalam
aktiviti
berkumpulan
*Kedudukan Guru dan
FASA PERKEMBANGAN Aktiviti 2 Murid sama seperti aktiviti di
Poison Box atas.
1. Murid perlu berada dalam kumpulan seperti aktiviti 1.
2. Guru akan mengedarkan Poison Box yang mempunyai beberapa kertas tentang cara mengawal
kemarahan.
3. Setiap murid akan pegang Poison Box tersebut dan menghantar kepada rakan sebelah sehingga
muzik berhenti.
4. Apabila muzik diberhentikan murid tersebut yang pegang Poison Box akan bangun dan perlu
membuat reaksi muka marah dahulu dihadapan rakan-rakan.
5. Selepas itu, murid perlu mengambil satu kertas di dalam Poison Box dan perlu membaca dengan  Menjelaskan cara
kuat. mengurus
6. Guru meminta semua murid mengulangi jawapan yang diberikan oleh murid tersebut bersama- kemarahan secara
sama.
lisan
7. Aktiviti akan diteruskan sehingga Poison Box tidak mengandungi sebarang kertas.
- Kedudukan
Aktiviti: murid dan guru
Action Go !

1. Guru memberikan setiap kumpulan situasi yang berbeza


 Kump 1 : Cemburu terhadap kawan yang selalu mendapat pujian dari guru
 Kump 2 : Kalah dalam pertandingan di peringkat yang tinggi
FASA KEMUNCAK  Kump 3 : Menerima ejekkan yang terlalu banyak daripada kawan
 Kump 4 : Ditipu oleh kawan baik
 Kump 5 : Ibu bapa tidak mengambil berat dan sering disisih

2. Murid perlu melakonkan cara untuk mengatasi kemarahan mengikut situasi yang diberikan.
3. Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai karakter yang berbeza (positif dan negatif) dan hanya
seorang sahaja yang perlu menjadi orang yang mengawal kemarahan.
4. Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang.
5. Selepas tamat lakonan, kumpulan tersebut perlu menyatakan jawapan cara mengawal
kemarahan apakah yang digunakan sebentar tadi di dalam kelas.
6. Guru meminta semua murid dalam kelas untuk mengulangi jawapan tersebut.

Petunjuk:
Guru

Murid
1. Guru melakukan penilaian dengan mengedarkan lembaran kerja kepada murid pada akhir
pembelajaran.
2. Murid diberikan masa untuk menjawab.
FASA PENUTUP 3. Selesai melakukan lembaran kerja, guru akan membincangkan jawapan bersama-sama murid. Rujuk Lampiran B
4. Pada masa yang sama, murid yang menulis jawapan yang salah perlu membetulkan jawapannya.
5. Guru minta semua murid untuk mengulangi jawapan yang betul

Refleksi
1. Guru membuat rumusan terhadap topik yang telah diajar.
BORANG REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(MODEL UPSI)
Kelas : Topik :
Masa : Tarikh :
Kehadiran :
KRITERIA DEFINISI OPERASI
U – Understanding
(Pemahaman)

P - Procedure
(Prosedur)

S – Strategy
(Strategi)

I - Intervention
(Peneguhan)

Ulasan Keseluruhan

Disediakan oleh:

( )
STANDARD PENYATAAN MODEL UPSI
KRITERIA DEFINISI OPERASIONAL
U - Understanding  Mengupas sejauh mana tahap pengetahuan murid bagi objektif yang telah
(Pemahaman) ditetapkan berdasarkan domain pengajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
 Penilaian perlulah berpandukan kepada aspek kejelasan dan pengukuran objektif
yang jelas serta boleh diukur.

P - Procedure  Melihat proses pengajaran yang terancang dengan mengambil kira konsep
(Prosedur) pelaksanaan aktiviti atau penyampaian maklumat daripada aras rendah ke aras sukar.
 Sejauhmana murid dapat mengikuti aktiviti yang telah dirancang.

S - Strategy  Sejauhmana strategi pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan murid


(Strategi) berdasarkan topik pembelajaran.
 Adakah pendekatan strategi pengajaran sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran memberikan keseronokan kepada murid untuk terus
belajar.
I - Intervention  Adakah murid yang tidak menguasai diberikan intervensi khas agar tidak ketinggalan
(Peneguhan) dengan murid yang lain.
 Apakah kaedah yang digunakan bagi mengatasi murid yang tidak dapat menguasai
pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Ulasan  Komen secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.


Keseluruhan  Adakah perancangan dalam rancangan pengajaran harian dapat dilaksanakan seperti
yang ditetapkan.
 Saranan pengajaran dan pembelajaran akan datang.
KPD 3026
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI (TINGKATAN 3)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIK

PUTERI NUR SALWA NADIAH BINTI HARON D20192091940

PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DR. MOHD IZWAN BIN SHAHRIL

You might also like