You are on page 1of 4

- Kesilapan besar dalam masyarakat ialah apabila takut bahawa semakin kuat fahaman dan amalan agama individu

semakin
berbahaya mereka kepada agama lain, kerana sebetulnya orang yang kuat agama akan membahagiakan semua dan menghormati
agama orang lain.” Islam agama rasmi manakala agama lain (Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, kepercayaan Kongfusius.

PUNCA

• Pendidikan dan persekitaran sosial tidak sihat menyumbang kepada didikan moral dan agama
tidak berlaku secukupnya.

• Isu sosial ketara ialah fenomena kawasan penempatan padat seperti kawasan setinggan, rumah-
rumah flat, kondo rakyat, rumah murah dan penempatan haram.

• Masyarakat Malaysia menghadapi masalah kewangan, pengurusan pendidikan, pembangunan


kawasan industri dan projek perumahan dimana ramai antara mereka berpindah ke pekan serta
bandar untuk mencari nafkah.
KESAN

• Menghadapi masalah kewangan untuk menampung keperluan kehidupan di Bandar. Kesannya


berlaku keciciran dalam pendidikan anak-anak dan potensi melakukan aktiviti jenayah adalah tinggi.

• Konflik agama boleh tercetus sekiranya peningkatan gejala sosial seperti pergaulan bebas, tiada
pemantauan dari keluarga, masalah dadah, mencuri, pecah rumah, pergaduhan dan lain-lain jenayah
tidak dibanteras.

CARA MENGATASI

• Kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar keunikan
ini menjadi satu kelebihan Negara di mata dunia. Antara pendekatan yang perlu ialah melalui Dialog
antara agama dan mengharmonikan hubungan pelbagai komuniti agama.

• Semua masyarakat beragama perlu menghayati dan mengamalkan ajaran agama masing-masing
seperti menghormati Perlembagaan Negara, berkongsi kuasa politik dan ekonomi secara adil dan
membina sistem pendidikan yang dipersetujui bersama.
HUBUNGKAIT

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Falsafah Pendidikan Islam berusaha melahirkan individu yang baik, seterusnya melahirkan
warganegara yang beriman dan beramal soleh

• Berusaha untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani.

• Insan yang lahir dari sistem pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam akan bersifat
taqwa, ikhlas, ihsan, itqan, istiqamah dan seterusnya menerbitkan sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji
seperti berkasih-sayang, hormat-menghormati, dan berkeperibadian tinggi.

MATLAMAT PENDIDIKAN

• Berdasarkan matlamat ini, maka Pendidikan Islam harus diperkenal atau diajar sebagai al-din untuk
memperlihatkan kesempurnaan Islam sebagai satu sistem hidup yang shumul (sempurna dan lengkap).
Pendidikan Islam bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat atau pengetahuan semata-mata,
tetapi hendaklah diamalkan dan dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah
SWT.
RUKUN NEGARA

• Rukun Negara yang memperuntukkan Kepercayaan kepada Tuhan

• Kerana ia mengsejahterakan hidup. Agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia Islam, Kristian, Hindu,
Sikh, Buddhisme, Taoisme, Konfusius dan tradisional/animisme/paganisme. Agama di Malaysia secara
asasnya memenuhi keperluan pemerintahan, kesenian, kewujudan tamadun, sumber nilai moral,
pendorong dan pengesahan program pembangunan, penyatuan, semangat kebangsaan dan perpaduan
nasional.

KESIMPULAN

Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan harmoni. Sebagai rakyat Malaysia dengan pelbagai identiti agama, etnik
dan budaya kita mesti berusaha untuk menangani perbezaan kita dengan rendah hati, kewajaran dan keadilan.
Masyarakat perlu menyokong kerajaan dalam tindakan menguatkuasakan Kedaulatan Undang-Undang dan
menggalakkan secara aktif perpaduan negara dengan mengambil tindakan segera terhadap kenyataan pembakar dan
tindakan yang provokatif dan boleh membawa kepada konflik dan ketegangan dengan kesan-kesan yang serius yang
menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.

RUJUKAN

MUHAMMAD ARIFF BIN IBRAHIM https://www.academia.edu/37013793/


D20192091926 Pengaruh_Falsafah_Pendidikan_Islam_Terhadap_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_do
cx
ISMP PENDIDIKAN JASMANI http://studentsrepo.um.edu.my/5265/1/BAB_1.disertasi.pdf

You might also like