You are on page 1of 3

Jur102

Kupasan Berkaitan Penghayatan Etika & Peradaban Masyarakat Majmuk Di Malaysia.

Cadangan

Malaysia masih gagah berdiri sebagai negara contoh hubungan kaum yang harmoni

berbanding negara lain yang sentiasa bergolak walaupun tidak terdiri daripada rakyat

berbilang bangsa. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian

budaya, bangsa dan agama. Hubungan harmoni yang menerapkan etika dan peradaban yang

terpuji serta terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan perpaduan

negara.Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan

satu keistimewaan dan juga daya tarikan rujukan kehidupan terhadap negara luar.

Perkara ini diperkuatkan lagi apabila musim perayaan di Malaysia sama ada Hari raya

Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Thaipusam disambut seluruh rakyat di negara ini.

Pemberian cuti dua hari mahupun seminggu di Malaysia merupakan inisiatif pihak kerajaan

untuk bertolak ansur terhadap rakyat di Malaysia bagi mengunjungi sanak saudara yang jauh.

Hal ini menjadi etika yang efektif pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam komuniti

persekitaran. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang

memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan

(ipendidikan, 2024). Semestinya, aktiviti kemasyarakatan sebegini dapat memupuk semangat

perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat. Ianya juga boleh menjadi wadah yang

terbaik seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu

padu biarpun berlainan bangsa mahupun agama.

Selain itu, Cadangan untuk menerapkan penghayatan etika dan peradaban masyarakt majmuk

di Malaysia adalah melalui Program Khidmat Negara. Menerusi Modul Kenegaraan, para
pelatih PLKN diberi pendedahan khusus tentang hal ehwal kenegaraan, asas sistem politik

Malaysia, proses pembinaan negara bangsa, di samping penekanan terhadap peningkatan

perasaan cintakan negara dan pemupukan semangat pengorbanan untuk negara. Para

pelatih diajar dan didedahkan dengan terperinci tentang konsep negara, tanah air, rakyat,

kerajaan dan kedaulatan. Pemahaman menyeluruh tentang konsep-konsep tersebut cukup

signifikan dalam menyerap naluri dan perasaan golongan muda terhadap negara. Sebagai

contoh, pendekatan pengajaran melalui elemen tanah air, para pelatih akan dibantu untuk

membina serta memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap tanah tumpah darah mereka

supaya sanggup mempertahankannya daripada apa jua cabaran. Para pelatih juga perlu

membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya dan

sempadan negara. Di samping itu, melalui kupasan elemen rakyat, para pelatih dapat

mengetahui asal usul pelbagai kumpulan ras dan etnik, melahirkan rasa hormat dalam

kalangan sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu padu melalui

aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami

persamaan dan pelbagai lagi (Ismail, Abdullah, & Nor, 2014).

Pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama ialah pendidikan

formal manakala kategori kedua ialah pendidikan tidak formal. Pendidikan formal berlaku di

sekolah dan institusi pendidikan sedangkan pendidikan tidak formal berlaku melalui

penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat (Baharin, 2020). Dalam usaha untuk

memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan

topik-topik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama

dalam konteks masyarakat majmuk. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), kurikulum Pendidikan Agama

Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan

diperkukuhkan supaya merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai dan

hubungan baik sesama insan. Melalui Pendidikan, Masyarakat mampu menghayati nilai etika

dan peradaban Masyarakat lain.

You might also like