RANCANGAN
PENDIDIKAN INDIVIDU
PENULISAN RPI
NURASYURA
ROHALIZA
MOHD HILMI
AMIR AZHAR
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )
adalah satu program yang berkaitan
dengan Pendidikan Khas dan
perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi
memenuhi keperluan pembelajaran murid
dengan keperluan khas. Program ini
dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat
dalam bentuk rancangan setiap murid.
Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI
adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa
dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan
murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan
itu dapat dipenuhi.
Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak
tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang
perlu disediakan untuk murid itu. Manakala
menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah
satu program pengajaran berasaskan penilaian
pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi
keperluan-keperluan individu murid kurang
upaya.
Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu
jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru,
ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai.
Ia mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan
pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas
itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang
terlibat dalam perancangan dan penyediaan
perkhidmatan.
RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang
diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di
dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi,
jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi
menentukan pencapaian murid.
FORMAT PENULISAN
RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi
perkara-perkara berikut :
1. Jawatankuasa
· guru besar
· guru khas
· ibu bapa
· para profesional dll.
2. Matlamat
· jangka panjang
· jangka pendek
3. Pencapaian Murid
· jangka masa untuk mencapai objektif
· pilih bidang-bidang yang penting sahaja
· tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu
masa.
4. Objektif
· objektif merupakan pencapaian sasaran dalam
jangka masa yang ditetapkan
· objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan
tepat
· objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut
keutamaan.
5. Prosedur dan Kriteria Penilaian
· kriteria Penilaian boleh juga
dijadikan sebagai sebahagian daripada
objektif
6. Strategi Pengajaran
· bahagian ini menentukan murid
dapat mencapai objektif pengajaran
· perlu ditulis oleh AJK yang terlibat
dengan penggubalan RPI.
7. Resos
· guru perlu memastikan resos ini tersedia pada
waktunya. RPI juga perlu
menyatakan dengan jelas objektif yang akan
dicapai dan resos yang akan
digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat
digunakan untuk mencapai
objektif berkenaan.
8. Orang yang bertanggungjawab
· menyatakan individu yang bertanggungjawab
untuk memastikan murid
mencapai objektif pembelajaran.
9. Inklusif
· harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab
mengapa murid-murid
berkenaan diinklusif ke kelas biasa
10. Catatan
· digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-
pihak yang berkaitan
· digunakan sebagai rekod
· digunakan untuk mencatat penggunaan resos
· ditulis selepas penilaian dijalankan
PROSEDUR
PENYEDIAAN RPI
1. Penyediaan RPI
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah
pendokumentasian. Perlu diingat bahawa dalam
pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus
yang harus diikut.
2. Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-
komponen berikut :
· Objektif yang khusus untuk murid
· Strategi pengajaran yang terperinci
· Profesional atau individu yang akan
bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.
· Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.
· Prosedur penilaian yang terperinci.
INTERVENSI
Dalam peringkat ini, segala resos dan
kemudahan bantuan perlu disedia,
diselaras dan dipantau untuk membantu
pencapaian pengajaran guru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
ialah :
· penyelarasan penggunaannya.
· mengenalpasti individu yang
bertanggungjawab tentang pelaksanaan
· penyelarasan program
· bantuan dan sokongan kepada guru.
· pemantauan dan penilaian program.
PENILAIAN
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu
dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul dan diedarkan
kepada ahli. Maklumat yang tepat tentang
pencapaian dan perkembangan murid perlu
dibentang oleh guru.
Segala maklumat ini perlu dibincang bersama oleh
ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan. Jika
perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk
mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya
objektif dan matlamat telah dicapai, program
perancangan yang seterusnya perlu dirangka
sesuai dengan matlamat berikutnya.