You are on page 1of 2

Ambang Kemerdekaan “Malaysia Prihatin”

TEKS UCAPAN ALUAN PK PENTADBIRAN


SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-64
SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh dan
Salam Sejahtera

Yang Berusaha Hajah Rusita binti Sahari


Pengetua SMK Seksyen 8 Kota Damansara,

Yang Berusaha Puan Rosida binti Salehuddin


Penolong Kanan HEM,

Yang Berusaha En. Mohamad Rodzi bin Shafii


Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran


Kaunselor Sekolah, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan limpah kurniaNya kita dapat
bersama-sama berkumpul bagi menyambut ambang kemerdekaan peringkat sekolah
pada hari ini. Sememangnya kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah kerana terus
dikurniakan suasana kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa sambutan Hari Kemerdekaan merupakan acara
tahunan bagi kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara bagi membentuk rakyat
Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme. Kita patut berasa bertuah kerana
SMK Seksyen 8 Kota Damansara baik guru-guru mahupun murid-murid terdiri daripada
pelbagai kaum. Elemen perpaduan yang terdapat dalam warga sekolah SMK Seksyen
8 Kota Damansara menjadi bukti bahawa kita semua dapat hidup di bawah satu
bumbung tanpa ada sifat perkauman.

Sambutan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna yang besar kepada kita
semua sebagai rakyat Malaysia. Perasaan cinta dan sayang harus ditanam dalam diri
setiap rakyat Malaysia agar kedaulatan negara akan terus terjamin. Diperingkat
sekolah, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat
patriotisme dalam kalangan murid-murid. Pelbagai aspek diberikan penekanan dalam
menanam sifat cinta kepada tanah salah satunya ialah Sambutan Ambang
Kemerdekaan pada hari ini.
1
Ambang Kemerdekaan “Malaysia Prihatin”

Hadirin sekalin,

Pelbagai program telah diatur dan dirancang oleh Jawatankuasa Pelaksanaan


Sambutan Bulan Kemerdekaan sekolah kita. Walaupun program yang dirancang untuk
sambutan bulan kemerdekaan ini secara dalam talian, saya percaya suasana
kemeriahan tetap akan dirasai. Kita harus mengorak langkah sederap untuk sama-
sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negara kita.

Saya berharap agar semua murid dapat memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan
dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak
sekolah. Penglibatan murid-murid bukan sekadar untuk mendapatkan hadiah tetapi
pengisian setiap program itu dapat menaman semangat cinta kita kepada negara.
Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada kita semua agar mengekalkan
kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini. Manfaatkanlan segala pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi sepanjang sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan
ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa penganjur yang
bertungkus lumus untuk menjayakan Sambutan Ambang Kemerdekaan peringkat SMK
Seksyen 8 Kota Damansara bagi tahun 2021. Saya juga difahamkan AJK pelaksana
telah membuat persiapan dan persediaan yang begitu rapi sepanjang sambutan bulan
kemerdekaan pada tahun ini. Sesungguhnya kerjasama baik yang ditunjukkan ini boleh
diterjemahkan sebagai perjuangan untuk menunjukkan semangat patriotisme kepada
negara tercinta.

Sekian Terima Kasih,

You might also like