You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN BULAN


KEBANGSAAN DAN DERMATHON PERINGKAT
SEKOLAH 2017.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia kepada warga SMK Seksyen 7.
Yang Berusaha Pn Hajah Siti Salmiah bt Yaakob, Pengetua
SMK Seksyen 7.
Yang Dihormati Datin Sabariah bt Idris, Penolong Kanan
Pentadbiran.
Yang Dihormati Pn Nor Haliza bt Haron, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid.
Yang Dihormati Pn Faridah Akhma bt Zulkifli, Penolong
Kanan Kokurikulum.
Barisan Guru Kanan  Mata Pelajaran, barisan kaunselor, guru-
guru dan murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang
penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kebangsaan

1
dan Dermathon Peringkat SMK Seksyen 7 bagi tahun 2017
dengan penuh kedamaian dan keamanan.

Guru-guru dan murid sekalian, 

Sesungguhnya, kehadiran warga SMK Seksyen 7 pasti akan


menyemarakkan lagi program kita pada pagi ini. Realitinya,
majlis pada hari ini amat bermakna bagi kita sebagai rakyat
Malaysia. Saya amat berharap majlis seumpama ini dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim, persefahaman,
kemesraan dan kerjasama sesama  kita sekaligus menjamin
perpaduan dan keharmonian warga SMK Seksyen 7.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa
induk serta ahli jawatankuasa kecil sambutan Majlis
Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Seksyen 7
kerana usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan merencana,
merancang, menyusun sekali gus menzahirkan pelbagai
aktiviti yang telah direalisasikan pada sepanjang program ini
berlangsung pada peringkat sekolah. Saya yakin hasil
permuafakatan dan canaian idea yang bernas ahli
jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang telah

2
dibentuk ini maka lahirlah pelbagai program dan aktiviti yang
dirasakan cukup mantap dalam melahirkan warga SMK
Seksyen 7 yang mempunyai semangat cinta akan negara.

Guru-guru dan murid sekalian,

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini


kesemuanya berpaksikan satu matlamat iaitu menyemai
semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan kita
semua sebagai warganegara. Ibarat kata bidalan, jika tidak
lalu dandang di air, di gurun dirangkakan. Inilah saatnya bagi
kita semua menumpahkan taat setia dan meluahkan kecintaan
buat negara Malaysia yang tercinta. Sebagai warganegara, kita
seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada
rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat
mengecap kehidupan dalam suasana yang harmonis, aman
serta sejahtera.

Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup


lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam
menjalin hubungan sekali gus perpaduan kaum.
Oleh itu, nikmat ini perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara
dalam diri kita semua agar kemerdekaan Malaysia dapat
dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta
3
maruah menjadi taruhan. SMK Seksyen 7, sebagai institusi
melahirkan modal insan yang cemerlang sudah menjadi tugas
dan tanggungjawab kita semua untuk menjadi nadi serta
penggerak utama dalam arus pembangunan negara.  Kita juga
seharusnya menggembleng tenaga secara bersepadu dalam
mencorakkan murid-murid yang berjiwa patriotisme dan
kental akar umbi nasionalismenya. Mereka inilah yang bakal
menjadi barisan pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti. 

Guru-guru dan murid sekalian,

Pada hari ini juga merupakan Majlis Penutupan Program


Dermathon yang dilancarkan pada 16 Ogos 2017. Di sini saya
selaku YDP PIBG mewakili barisan AJK yang lain
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada warga SMK Seksyen 7 atas komitmen yang
diberikan dalam menjayakan Program Dermathon.
Alhamdulillah kutipan yang diterima amat
memberangsangkan. Sumbangan yang diberi ini dapat
membantu usaha sekolah untuk membaikpulih infrastruktur ke
arah mencapai konsep Pembelajaran Abad ke-21. Insha Allah.

Guru-guru dan murid sekalian,

4
Dalam kita menikmati kehidupan yang aman damai tanpa
persengketaan, kita tidak pernah lupa kepada nasib malang
yang menimpa masyarakat Rohingya yang ditindas dan diusir
dari negara mereka sendiri. Penderitaan mereka amat terkesan
di hati kita semua. Lantas, pada pagi ini juga kita melancarkan
kutipan Tabung Rohingya bagi menjayakan wadah
SINAR4ROHINGYA-Solidariti Untuk Kemanusiaan.
Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan dapat membantu
memberi kesedaran, keinsafan, menyuntik semangat dan
meningkatkan penghayatan warga SMK Seksyen 7 atas misi
kemanusian serta perjuangan kaum Rohingya. Terima kasih
atas sumbangan yang diberikan.

Sebelum mengakhiri ucapan pada pagi ini, sekali lagi saya


ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli
jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kecil yang telah
melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang  Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan dan Dermathon Peringkat SMK Seksyen 7
bagi tahun 2017.

5
Guru-guru dan murid sekalian,

Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan


Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Dermathon
Peringkat SMK Seksyen 7 bagi tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

You might also like