You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PENGAWAS PSS, AJK KANTIN, AJK SURAU SMK SEKSYEN 7, 2018


ATURCARA TINDAKAN

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera…

Yang Berbahagia, Datin Hajah Sabariah bt Idris, Penolong Kanan


Pentadbiran Smk Seksyen 7,
Yang Berusaha, Barisan Penolong Kanan,
Yang Dihormati, barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru dan
murid-murid yang dikasihi sekalian….

Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-
sama berkumpul dalam majlis perhimpunan ini bagi menyempurnakan
Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber, Ahli
Jawatankuasa Nilam, Ahli Jawatankuasa Surau dan Ahli Jawatankuasa
Kantin bagi sesi 2018.

UCAPAN GURU BESAR

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan
Yang Berbahagia Datin Sabariah bt Idris untuk memberi ucapan
Dipersilakan…
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Yang Berbahagia
Datin Sabariah atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Datin
Sabariah bersama Barisan Penolong Kanan yang lain untuk acara memotong
riben.
Dipersilakan..

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan Penyampaian Watikah


Pelantikan AJK Surau, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, AJK NILAM dan
AJK Kantin SMK Seksyen 7 sesi 2018.
Majlis dengan segala hormatinya menjemput Yang Berbahagia Datin Hajah
Sabariah bt Idris, Penolong Kanan Pentadbiran diiringi oleh Yang Berusaha
Pn Norhaliza bt Haron untuk menyampaikan watikah .
Dipersilakan
1. Wakil AJK Surau
-
-
2. Wakil Pengawas Pusat Sumber
3. Wakil AJK Kantin

Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Datin Sabariah atas
Penyerahan Watikah Pelantikan sebentar tadi…

BACAAN IKRAR

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar sebagai tanda kesungguhan


mereka bagi melaksana dan memikul amanah yang diberikan dalam
membantu pengurusan Pusat Sumber, surau dan kantin sekolah.

Dengan ini, dipersilakan ………………………………………………bagi


mengetuai bacaan ikrar.

Dipersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ………………………………….


atas bacaan ikrar itu tadi…

BERSURAI

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis


Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, AJK
Kantin da AJK Surau bagi sesi 2018. Semoga dengan pelantikan ini akan
dapat memotivasikan para pengawas PSS dan AJK untuk melaksana dan
menjalankan tugas yang diamanahkan…
Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak serta atas
kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

Majlis diserahkan semula kepada Pengacara Majlis…

You might also like