You are on page 1of 1

GOTONG-ROYONG BERSIH KAWASAN SEKOLAH

Pada Sabtu, 16 Jun 2012, pihak sekolah dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Guru
(MPIBG) telah berjaya mengadakan satu program gotong-royong membersihkan kawasan sekitar
sekolah. Sebelum program bermula, para guru serta ibu bapa 'mengisi perut' dengan bersarapan di
kantin sekolah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Aktiviti gotong-royong tersebut bermula jam 9.00 pagi dengan mengumpulkan barang-barang
terbuang, dahan-dahan pokok dan daun-daun kering untuk dibakar. Dalam masa yang sama,
beberapa orang bapa dan kakitangan lelaki membersihkan semak-samun di tepi pagar sekolah
berhampiran kolam yang telah sekian lama terbiar. Selain ibu bapa dan guru-guru, terdapat juga
pelajar yang turut membantu menjayakan aktiviti ini. Kesungguhan mereka menunjukkan betapa
kasih dan sayangnya mereka terhadap sekolah ini.

Setelah penat melakukan aktiviti, ibu bapa dan guru-guru mengambil peluang untuk berehat seketika
dan membasahkan tekak masing-masing. Walaupun keletihan, namun terpancar wajah ceria mereka
yang ikhlas melaksanakan amal kebaikan ini.

Aktiviti kemuncak ialah menebang pokok gelang berhampiran surau sekolah. Usaha menumbangkan
pokok tersebut dilakukan secara bekerjasama antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Program
gotong-royong ini berakhir jam 1.00 petang selepas semua yang hadir menjamu selera dengan
makan tengah hari yang telah disediakan di kantin sekolah. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak
terima kasih dan amat berbesar hati dengan segala kerjasama dan permuafakatan yang diberikan
antara ibu bapa dan guru. 

Laporan Aktiviti Gotong-Royong

Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17
pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.

Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk kampung Sri Aman tentang
langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong.

Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk
kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu
dan sebagainya.

Salah satu daripada kumpulan diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu
dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam
sekitar.

Selepas selesai aktiviti gotong-royong,kaum wanita turut sama manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang
terlibat berehat dan makan tengah hari.Selain itu,satu ucapan juga diberi oleh wakil penduduk Sri Aman atas
kerjasama kami untuk membersihkan kawasan sungai.

Aktiviti ini tamat pada pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana dapat
melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Disediakan oleh, 17 Mei 2008

Helena

Setiausaha,

Persatuan Alam Sekitar. 

You might also like