You are on page 1of 4

PERBEZAAN PAKAIAN SERAGAM KADET (NC)

DAN AHLI DEWASA (NA)

PAKAIAN SERAGAM KADET (NC)

PEREMPUAN LELAKI
PAKAIAN AHLI DEWASA (NA)
UNIFORM KADET AMBULANS LELAKI
1. Kemeja putih wajib dimasukkan ke dalam seluar hitam.
2. Strap bahagian bahu perlu dijahit di hadapan garisan lengan dan disertakan
dua butang hitam kecil. Bahagian atas strap perlu menyentuh kelim bahu.
3. Empat butang hitam besar diletakkan di bahagian hadapan. Jarak antara
butang hendaklah di antara 65 hingga 100mm (2.5 hingga 4 inci) dan
bersesuaian dengan ukuran badan.
4. Dua poket dengan penutup beserta dua butang hitam kecil dilekapkan di
bahagian dada kemeja.
5. Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian tengah poket sebelah kiri.
6. Singlet putih perlu dikenakan di sebelah dalam kemeja.
7. Tag nama perlu di letakkan di atas poket sebelah kanan.
8. Lencana Grand Prior perlu diletakkan di tengah-tengah antara bahu dan siku
sebelah kiri.
9. Lencana-lencana kecekapan perlu ditempatkan dalam tiga baris di lengan
sebelah kiri, 25mm (1 inci) di bawah lencana bahu. 
10.Lencana kecekapan boleh terus dikenakan oleh kadet yang bertukar ke divisi
dewasa sehingga berumur 21 tahun.
11.Lencana-lencana kecekapan tidak perlu dipamerkan selepas dianugerahkan
Lencana Grand Prior.
12.Lencana Special Service Shield perlu ditempatkan di atas poket kanan
dengan jarak 13mm (0.5 inci) antara bahagian bawah lencana dan tag nama.
13.Lencana Cadet Leader's Strip perlu dipakai di kedua-dua lengan betul-betul
di bawah lencana bahu.
14.Lencana Rank Chevron perlu dipakai di bahagian tengah antara bahu dan
siku sebelah kanan. tempatkan lencana ini di bawah lencana Setiausaha dan
Penjaga Stor.
15.Lencana Setiausaha dan Penjaga Stor perlu dipakai di bahagian tengah
antara bahu dan siku sebelah kanan.
16.Tali penyandang/lanyard hitam hanya boleh dipakai di sebelah bahu kiri
oleh kadet yang bergelar Pegawai Tidak Bertauliah.

     
UNIFORM KADET PERAWATAN PEREMPUAN
(juga terdapat baju berlengan panjang untuk kadet bertudung)

1. Lencana poket perlu ditempatkan di bahagian hadapan dada sebelah kiri.


Aturan pemakaian lencana adalah sama seperti uniform kadet ambulans
lelaki.Sekiranya bertudung, kadet harus memakai baju yang berlengan
panjang dan tidak boleh mengenakan penutup lengan bersama-sama dengan
baju berlengan pendek.

2. Seluar panjang hitam polos berzip hadapan potongan lurus sahaja yang
dibenarkan.Ukur lilit bahagian bawah kaki seluar tidak boleh melebihi
480mm (19 inci).Tujuh gelung tali pinggang perlu ada di bahagian pinggang
seluar.Panjang seluar mesti 25mm (1 inci) daripada tanah berserta dengan
kasut.Perlu ada dua poket tepi dan dua poket belakang berpenutup yang
dilekapkan menggunakan butang hitam kecil.

You might also like