You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMAHIRAN ASAS

TARIKH:

02 Januari 2023 – 31 januari 2023

ANJURAN:
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SK LABUAN
1.0 Tajuk Kertas kerja

Kertas kerja sempena Bulan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 2023, anjuran
Panitia RBT, SK Labuan Kota Belud Sabah.

2.0 Pengenalan

Bulan Reka Bentuk dan Teknologi diadakan bagi membuka ruang


kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran RBT.
Bidang ini biasanya di label sebagai bidang yang kurang penting di kalangan
murid. Ini berpunca daripada ketiadaan kemahiran atau keupayaan berfikir
dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini


dengan lebih mesra, Bulan RBT diadakan. Harapan program ini agar murid-
murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan
pembelajaran RBT dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 Objektif Program

3.1 Membuka minda murid bahawa reka bentuk dan teknologi adalah
fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

3.2 Menyedarkan murid bahawa reka bentuk dan teknologi adalah


pelajaran yang menyeronokkan.

3.3 Mencungkil bakat terpendam di kalangan murid.

3.5 Membuka peluang meneroka alam reka bentuk dan teknologi di luar
bilik darjah melalui pertandingan dan aktiviti.

3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di


dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.0 Tarikh Aktiviti

02 Januari 2023 – 31 Januari 2023

6.0 Tempat Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman dan luaran.


7.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Pn. Sinon bte Longguyu

Penyelaras Program : En. Masral bin Hj.Abdul Rahman

Setiausaha : En. Bownston Lesuin

Juru Gambar : En. Roslee Seli

Ahli Jawatankuasa : En. Julai bin Salam

Pn. Nurmayun Linggawang

Cik Dg.Ainattun Najwa binti Amidi

8.0 Penyertaan

Semua warga SK Labuan terutama murid dari darjah 4 hingga darjah 6 akan
terlibat dengan program ini.

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 1320.

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM KOS SEUNIT (RM) JUMLAH KOS (RM)

Hamper alat tulis


untuk 10 orang
1 RM100.00 X 3 RM300.00

Hamper alat tulis


untuk 10 orang
2 RM80.00 X 3 RM240.00

Hamper alat tulis


untuk 10 orang
3 RM50.00 X3 RM150.00

4. Hamper Makanan RM80.00 X 1

RM50.00 X 1

RM30.00 X 1 RM160.00

10 Keperluan lain projek RM470.00

Jumlah RM1320.00
10.0 Penutup

Bulan RBT ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami
akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan
positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga
yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan
pihak pentadbir kami berharap prestasi subjek Reka Bentuk dan Teknologi di
sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh :

..............................…………………………

(EN.MASRAL BIN HAJI ABDUL RAHMAN)


PANITIA RBT
SK LABUAN

Disahkan oleh :

..........................................………

(PUAN SINON BTE LONGGUYU)


GURU BESAR
SK LABUAN KOTA BELUD

You might also like