You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

UJIAN DIAGNOSTIK DAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1, 2018

1.0 PENGENALAN
Program ini dijalankan agar ibubapa murid tahun 1 mendapat pendedahan awal
tentang persekolahan anak-anak mereka. Selain itu, murid-murid dikehendaki
menjalani ujian diagnostik untuk mengesan penguasaan asas mereka dan
membolehkan pihak sekolah menyusun kelas yang sesuai mengikut aras
pengetahuan pelajar. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada
murid-murid tentang budaya dan suasana alam persekolahan sebenar.

2.0 RASIONAL
Ujian Diagnostik dijalankan bertujuan mengesan tahap penguasaan dan kemahiran
murid tahun 1. Taklimat ibu bapa bertujuan memberi pendedahan awal
persekolahan anak-anak bagi memudahkan urusan pendaftaran . Murid-murid pula
perlu didedahkan dengan suasana dan budaya alam persekolahan yang baru.

3.0 OBJEKTIF

 Ujian diagnostik bertujuan membantu guru-guru mengenalpasti secara


khusus kemahiran asas murid dan menyusun kelas mengikut aras dan
pencapaian murid agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

 Taklimat ibubapa bertujuan untuk mendedahkan kepada ibubapa maklumat


yang tepat tentang persekolahan tahun 1 dan mengedarkan dokumen-
dokumen yang diperlukan untuk urusan pendaftaran pada sesi persekolahan
2018.

 Memberi pendedehan kepada murid-murid tahun 1 agar lebih bersedia untuk


menempuh alam persekolahan sebenar.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 1 dan ibubapa atau penjaga sesi 2018.
5.0 PELAKSANAAN
Tempat Ujian Diagnostik : Kelas-kelas di tingkat atas blok A.
Tempat Taklimat : Dataran Berbumbung. ( Depan )
Tempat Pendaftaran : Dataran Berbumbung. ( Belakang )
Tempat lawatan murid : Sekitar sekolah ( Kelas, tandas, kantin, surau, bilik guru,
pejabat dan lain-lain. )

Hari : Jumaat
Tarikh : 29 Disember 2017
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

6.0 ANJURAN
Unit Hal Ehwal Murid

7.0 AHLI JAWATANKUASA


Seperti di Lampiran A

8.0 TENTATIF PROGRAM


Seperti di Lampiran B

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Anggaran Harga 1 unit Jumlah


1 Banner 1 set RM 80.00 RM 80.00
2 Kertas pelekat 7 set RM 5.00 RM 35.00
  JUMLAH RM 115.00

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

................................................... ................................................
Pn Roshana bt Mohamad Yusof
Penyelaras Program

You might also like