You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH

1.0 PENGENALAN
Sambutan Minggu Antidadah diadakan setiap tahun di sekolah seluruh negara selaras dengan
arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan dilaksanakan di peringkat
sekolah. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis
negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan terutama
kepada murid sekolah rendah, menengah,institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan tidak
ketinggalan komuniti masyarakat amnya.

Untuk menjayakan matlamat PPDa, telah merancang aktiviti tertentu untuk di laksanakan
selama seminggu sebagai menyokong pelancaran sambutan minggu antidadah kebangsaan.
Melalui program yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi
ini sebaik-baiknya agar dapat memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara
menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan
menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada
komuniti dan masyarakat.

2.0 TEMA
“ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”

3.0 MATLAMAT
3.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta
membahayakan keselamatan masyarakat dan negara.
3.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan mendapat pendedahan
tentang kemahiran memilih gaya hidup sihat dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
3.3 Mencegah dan menjauhi dadah satu kewajipan dan tanggungjawaban kendiri.
4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:


4.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah
4.2 Menanam sikap benci kepada dadah dalam diri pelajar
4.3 Mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah
4.4 Supaya pelajar faham bahawa dadah punca keruntuhan akhlak remaja
4.5 Memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan
datang

1
5.0 KUMPULAN SASAR
Semua murid .

6.0 TARIKH
9 April Hingga 13 April 2018

7.0 TEMPA
DEWAN SEKOLAH

8.0 STRATEGI PERLAKSANAAN / AKTIVITI PROGRAM


8.1 Mesyuarat Jawatankuasa
8.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
8.3 Majlis pelancaran
8.4 Aktiviti Minggu Anti Dadah

Bil Aktiviti Tarikh Pengacara majlis Sasaran

1. Mesyuarat Jawatankuasa 29 /3/20 18 GPK HEM Semua AJK

2. Penyediaan pamplet 5/4/2018 GBK

3. Majlis Pelancaran 9/4/2018 JAWATAN KUASA Semua murid semasa


PELANCARAN/GIMIK perhimpunan

4. Aktiviti sepanjang program:

i) Gerak sihat tanpa dadah 10/4/2018 En.Shaiful Semua murid


(Senamrobik) (7.45am-8.15am) En .Saiidi

ii) Pertandingan mewarna dan 11/4/2018 Cik.Aziana Semua Murid


melukis poster anti dadah. (7.45am-8.15am) Cik .Azizah

iii) Perarakan badan


beruniform (2.30ptg-3.30 ptg)

iv) Ceramah dan pameran 12/4/2018 Pn.Sivasanggari Semua Murid


(7.45am-8.15am)
v) Kuiz 13/4/2018 Pn.Sivasanggari Semua Murid mengikut
(7.45am-8.15am) kelas

5. Penyampaian Hadiah & Majlis 16/4/2018 PN.MAIZATUN semua murid semasa


Penutup perhimpunan

2
Peralatan

BIL PERALATAN KUANTITI


1 PA System 1
MIkrofon /speker /lcd
Peralatan lain Jumlah murid
2. Kertas lukisan

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Sila rujuk lampiran A

10.0 TENTATIF

Sila rujuk lampiran B

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Hadiah Dan Cenderahati
Cenderahati
82.80
Pertandingan mewarna dan melukis Banner Pendidikan
Pencegah.
TAHAP 1: 18X 2.30= 18
TAHAP 2: 18X 2.30= 18

PELANCARAN
3 Banner 100.00

4 JUMLAH 182.80

3
12.0 SUMBER KEEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. PCG Unit Bimbingan & Kaunseling RM 182.80

JUMLAH RM 182.80

13.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua
pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya

Disediakan oleh, Tarikh: 11 MAC 2018

……………………………..........…
(PN.C.SIVASANGGARI )

Disemak oleh,
................................................
(PN.NOOR HAFIZA BT MOHD JOHAR)
PK HEM

Disahkan oleh,
...........................................
( PN.NORLIZA BT MOHD YUSOFF)
GURU BESAR

You might also like