Professional Documents
Culture Documents
Kata Perintah
1. Kata perintah ialah kata yang digunakan supaya seseorang mematuhi sesuatu perintah,
arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Latihan
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “ ___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi taklimat,”
kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.
A. Tolong …. Minta C. Tolong …. Sila
B. Sila …. Tolong D. Sila …. Minta
3. “ ___________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,” kata Helmi kepada rakan-
rakannya.
A. Sila C. Jangan
B. Tolong D. Usah
4. “ ___________ ambil makanan yang terhidang di meja itu,” kata Sudin kepada kawan-
kawannya.
A. Tolong C. Harap
B. Minta D. Sila
5. Orang ramai ___________ agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing
untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.
A. diarah C. dikerah
B. digesa D. didesak
6. “__________ bercakap kuat-kuat kerana akan menganggu pesakit,” Kata jururawat itu
kepada Adli.
A. Jangan C. Minta
B. Sila D. Tolong
7. ___________ percaya akan khabar angin yang belum tentu sahih Kebenarannya.
A. Jemput C. Usah
B. Harap D. Sila
8. Kata Cikgu Tan kepada murid-murid Tahun 6 Ungu,”___________ jawab kesemua soalan
Matematik dalam masa 15 minit sahaja”.
A. Jangan C. Jemput
B. Sila D. Tolong
9. ___________ penduduk di kawasan pedalaman itu akan menerima bekalan air dan elektrik
kelak.
A. Minta C. Harap
B. Usah D. Jemput