You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

BENGKEL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU BAHASA MELAYU


( PROGRAM TAMBAH A)
DIBAWAH INISIATIF DTP
SEKOLAH MENENGAH
SIRI 1/TAHUN 2015

1.0 RASIONAL

Bersandarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025,


melalui Gelombang 1 (2013 – 2015), Objektif utama ialah untuk mengubah sistem dengan
memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama melalui
menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, iaitu dengan
meningkatkan kecekapan guru Bahasa Melayu.
Sejajar dengan kehendak PPPM iaitu setiap murid akan mempunyai 6 ciri utama
yang diperlukan untuk berupaya bersaing dalam peringkat global, iaitu Pengetahuan,
Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan kerohanian dan
Indentiti Nasional. Bagi mencapai hasrat ini, antara sebelas anjakan utama untuk
tranformasi sistem pendidikan ialah memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, Program “Tambah A” dilaksanakan
demi mencapai hasrat dan tujuan di atas iaitu salah satu daripada pengukur kepada aspek
kemenjadian murid. Untuk itu, keputusan cemerlang murid dalam Bahasa Melayu semasa
peperiksaan adalah pengukurnya.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Peningkatan bilangan murid yang mendapat gred A+ dan A subjek Bahasa Melayu
dalam peperiksaan SPM dan juga dalam Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 tahun
2015.
b. Meningkatkan penguasaan guru terhadap format soalan dan teknik pemarkahan dalam
soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu
c. Membantu mendapatkan konsep dan inovasi pengajaran yang terkini melalui
perkongsian pengalaman dan meningkatkan kemahiran mengajar guru bagi subjek
Bahasa Melayu.
d. Mewujudkan keprihatinan guru dalam membimbing pelajar yang akan menduduki
peperiksaan awam iaitu guru mengenal pasti kelemahan pelajar

1 KERTAS KERJA PROGRAM “TAMBAH” BM MENENGAH 1/2015


3.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Tarikh :29 Julai–31 Julai ( 3 Hari )
Tempat : Damai Eco Ranch,Lohan Ranau
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 ptg.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Guru-guru BM tingkatan 4 dan 5 bagi 11 buah sekolah menengah
(seramai 35 orang)

5.0 PENCERAMAH
a. Pn.Roslinah Apin
b. Pn.Norhayati Lal Muhammad

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Pn.Siti Hamni Hashim - PPD Ranau


Penyelaras Kursus : En.Maksum Y.Sharriffudin – KU UPA
Pn.Rapedah Hasan – Pegawai Bahasa
Setiausaha : Puan Roslinah Bte Apin
Bendahari : En.Sanin Samat – Unit Kewangan
Ahli Jawatankuasa Kerja:
En.Asman Saman
En.Moktar Maulah
Pn.Lisah Hamrie

Pendaftaran/ Urus setia:


Pn.Noraziah Porisin
Pn.Siti Alineh Dulasi

2 KERTAS KERJA PROGRAM “TAMBAH” BM MENENGAH 1/2015


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


(RM)

1 Makanan dan minuman 42 orang


Minum Pagi : RM 4 X 42 X 3 Hari RM 504.00
Makan Tengah hari : RM 7 X 42 X 3 RM 882.00
hari RM 504.00
Minum Petang : RM4 X 42 X 3 hari
JUMLAH RM1500.00

3 Tuntutan Perjalanan Murid RM 8250 RM 8250

4. mkTuntutan Perjalanan RM6600


Guru dan AJK

4 Alat Tulis & Peralatan RM2750.00. RM 2750.00

5 Sewaan tempat RM 11000 11000

Jumlah RM 6176.00

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan berjalan lancar mengikut perancangan yang
telah disusun. Semoga program/bengkel ini akan menjadi pemacu dan pemangkin kepada
kecemerlangan akademik sekolah. Indikator utama kepada kejayaan program ini adalah
apabila berlakunya peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaan. Kerjasama daripada
semua pihak didahului dengan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ……………………………………

( ROSLINAH BTE APIN ) ( PN.SITI HAMNI HASHIM )


Pegawai SISC+(BM) Men Pegawai Pendidikan Daerah

3 KERTAS KERJA PROGRAM “TAMBAH” BM MENENGAH 1/2015

You might also like