You are on page 1of 6

PROGRAM KESEDARAN TENTANG

PENDIDIKAN INKLUSIF

TAHUN 2018

TARIKH : 18 OKTOBER 2018

MASA : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG

LOKASI :

MAKMAL KOMPUTER,
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA
KANGAR, PERLIS.

TEMA :

“KE ARAH KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI


BERTARAF ANTARABANGSA”

1
1.0 LATAR BELAKANG

Bertunjangkan kepada Anjakan 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM 2013-2025), murid berkeperluan khas (MBK) tidak boleh dipinggirkan
daripada menikmati akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
sebagaimana murid arus perdana. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dalam proses
melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) MBK mulai tahun 2017.
Melalui PPI Holistik yang dirancang, ianya berupaya meningkatkan penyertaan dan
memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik
bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan
mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.

PPI (Model Holistik) diadaptasi daripada projek rintis tahun 2015-2016 yang
menetapkan penglibatan keseluruhan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) di
sekolah dalam melaksanakan PPI. Penglibatan keseluruhan pihak berkepentingan
memastikan PPI menjadi amalan dan budaya pendidikan yang positif dalam memberi
hak sama rata kepada MBK untuk di didik bersama-sama murid arus perdana secara
inklusif separa mahupun inklusif penuh. PPI dilaksanakan secara menyeluruh dengan
penglibatan semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti. Model PPI
merangkumi bidang akademik dan bukan akademik dengan menyediakan khidmat
sokongan di dalam atau di luar bilik darjah. Penekanan ini diberikan bagi membolehkan
MBK mengikuti bidang akademik dan bukan akademik bersama-sama murid arus
perdana.

2
Sehubungan dengan itu, Program Kesedaran tentang Pendidikan Inklusif ini
dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran serta menyebar luas maklumat berkaitan
pendidikan khas umumnya dan juga PPI. Secara khususnya bermula pada peringkat
sekolah. Program ini bukan sahaja melibatkan murid sekolah, malah turut melibatkan
semua guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Secara umumnya program kesedaran ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan
pemahaman kepada keseluruhan pihak yang berkepentingan mengenai pendidikan
khas umumnya serta peranan warga sekolah dalam menjayakan Program Pendidikan
Inklusif secara khususnya.

3.0 OBJEKTIF BENGKEL

Di akhir program:

3.1 Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang


pelaksanaan PPI (Model Holistik) di sekolah;

3.2 Guru melaksanakan PPI (Model Holistik) berdasarkan Garis Panduan PPI
MBK dan Modul Pelaksanaan PPI;

3.3 Ibu bapa atau penjaga mendapat pengetahuan tentang peluang


pendidikan anak-anak berkeperluan khas;

3.4 Murid mendapat pengetahuan tentang pendidikan khas serta boleh


memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan PPI (Model Holistik).

3.5 Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai


perlaksanaan PPI kepada semua lapisan masyarakat sekolah.

3
4.0 KUMPULAN SASARAN

Jumlah peserta bengkel ialah seramai 250 orang peserta. Pecahan peserta adalah
seperti berikut :

Bil Peserta Bilangan (orang)


1 Pentadbir 5
2 Jurulatih Utama Pusat 1
3 Jurulatih Utama Negeri 1
4 Guru Perdana 34
5 Guru Pendidikan Khas 13
6 Guru Pra Sekolah 2
7 Guru Pra Integrasi 1
8 Pembantu Pengurusan Murid 8
9 Murid Aliran Perdana (3tq/4tq) 65
10 Murid Berkeperluan Khas 51
11 Ibu Bapa / Penjaga 55
12 Anggota Kumpulan Pelaksana 4
13 Pengawal Keselamatan 4
14 Pekerja Swasta 6
JUMLAH 250

5.0 JADUAL PROGRAM IBU BAPA / PENJAGA

TARIKH/ MASA TAJUK CATATAN


HARI
18/10/2018 8.00 a.m - 8.30 a.m Pendaftaran
8.30 a.m - 8.35 a.m Ucapan Pengerusi Majlis
8.35 a.m - 8.40 a.m Bacaan Doa
8.40 a.m - 8.50 a.m Ucapan Tuan Guru Besar
8.50 a.m - 9.00 a.m Ucapan GPK Pend. Khas
9.00 a.m - 10.00 a.m Taklimat JUP Sesi 1
Bersama MBK
dan ibu bapa,
murid aliran
perdana
10.00 a.m - 12.00 p.m Motivasi Keibubapaan (PPIH)
12.00 p.m - 12.05 p.m Penyampaian Cenderahati
dan jamuan makan
12.05 p.m -12.20 p.m Jamuan makan
12.30 p.m Bersurai
2.00 p.m - 2.30 p.m Pendaftaran sesi kedua Sesi 2
Bersama guru
dan anggota

4
kumpulan
pelaksana, PPM
2.30 p.m - 2.35 p.m Ucapan Pengerusi Majlis
2.35 p.m - 2.40 p.m Bacaan Doa
2.40 p.m - 2.50 p.m Ucapan oleh Tuan Guru
Besar

2.50 p.m - 3.00 p.m Ucapan oleh GPK Pend.


Khas
3.00 p.m - 4.00 p.m Taklimat JUN
’’Pendidikan holistik untuk
semua’’
4.00 p.m - 4.15 p.m Sesi soal jawab
4.15 p.m - 4.30 p.m Jamuan
4.30 p.m Bersurai

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kos pelaksanaan seminar adalah menggunakan peruntukan di bawah inisiatif #34:


Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan MBK.

Anggaran kos perbelanjaan adalah seperti yang berikut :

Bil Peserta Pengiraan Jumlah


(orang x RM8.00x hari) (RM)
1 Pentadbir 5 orang x RM8.00 x 1 hari 40.00
2 Guru 50 orang x RM8.00 x 1 hari 400.00
3 Murid 116 orang x RM8.00 x 1 hari 928.00
4 Ibu bapa / penjaga 55 orang x RM8.00 x 1 hari 440.00
5 JUP & JUN 2 orang x RM8.00 x 1 hari 16.00
6 Anggota Kumpulan Pelaksana 12 orang x RM8.00 x 1 hari 96.00
7 Kakitangan Sekolah 10 orang x RM8.00 x 1 hari 80.00
JUMLAH RM 2,000.00

5
7.0 PENUTUP

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan bagi


mengadakan Program Kesedaran Tentang Pendidikan Inklusif (Model Holistik) tahun
2018. Diharapkan program kesedaran ini dapat dijalankan dengan jayanya supaya
keseluruhan warga sekolah dan ibu bapa atau penjaga murid mempunyai maklumat
serta pemahaman terhadap pelaksanaan PPI (Model Holistik). Melalui penyebaran
maklumat berhubung PPI ini diharapkan tahap kesedaran dan penerimaan warga
sekolah serta masyarakat umum terhadap MBK akan meningkat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.......................................... ............................................
ZAKARIA BIN ABDULLAH,
GPK Pendidikan Khas,
Sekolah Kebangsaan Putra,
Kangar, Perlis.

Disahkan oleh: Disokong dan diluluskan oleh:

.......................................... ............................................

Tarikh :

You might also like