You are on page 1of 5

KERTAS KERJA KURSUS

KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL
(PLC)

SJKT LADANG COALFIELDS

BERSAMA

SJKT LADANG TUAN MEE

1
1.0 Pendahuluan

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-
aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh
membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan
kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan
pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh
masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah,
dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti
pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem
pendidikan di negara-negara maju. Oleh yang demikian, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan
dalam mengaplikasi amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di sekolah ini, semua
guru perlu memahami konsep dan strategi PLC. Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan
program pemantapan PLC ini.

2.0 MATLAMAT

Program ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk
meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta
merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.

3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC

3.1 Memberi pemahaman guru terhadap konsep amalan budaya PLC.


3.2 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
3.3 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama
dalam kalangan guru.
3.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kumpulan sasaran program ini ialah semua guru SJKT Ldg Coalfields . Bilangan guru
adalah seramai 12 orang.
4.2 Program ini akan diadakan selama 1 hari.

2
4.3 Tenaga penggerak adalah dari kalangan Jawatankuasa Program.
4.4 Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah dan kerja kumpulan (susunan
kumpulan adalah mengikut panitia).
4.5 Program akan dilaksanakan di SJKT Ladang Coalfields.
4.6 Tarikh perlaksanaan program pada 8 Mac 2019 (Jumaat)

5.0 PENCERAMAH / FASILITATOR

Penceramah adalah terdiri seorang penceramah jemputan iaitu Pegawai SISC + PPD Kuala
Selangor..

6.0 CADANGAN TARIKH

Tarikh yang dicadangkan ialah 8 Mac 2019.

7.0 CADANGAN TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah Bilik Abad ke-21 SJKT Ldg Coalfields.

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Pn. Nallamal Rasappan (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Kalpana Maraya (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi : Pn. Lata Esaratnam (Guru Penolong Kanan HEM)

En. Achutan Jaigopalan (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Cik. Tamil Arasi Subrayan (Penyelaras PLC)

AJK :1. Pn. Uma Devi Rajandran

2. Pn. Rajeswari Balan

3. Pn. Susila Tarakrishnan

4. Pn. Sangeetha Marimuthu

5. Pn. Santaini Goindavellu

6. Pn. Puvaneswari Vengoo

7. Pn. R.Wasanthi
3
6.0 CADANGAN SLOT PROGRAM

Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 1 hari. Kandungan program
meliputi 6 slot :

Masa Slot Kandungan Failitator


Sesi 1 Slot 1 - Slot Pengenalan Konsep PLC Pegawai SISC +
- Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) DR. Elenchothy Davrajoo
- Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing
Instruksi.
(Peer Coaching / Instructional Coaches)
Sesi 2 Slot 4 - Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian Pegawai SISC +
(Lesson Study) DR. Elenchothy Davrajoo
- Bengkel Lesson Study
- Persembahan Lesson Study
Slot 5 Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)
Slot 6 Sesi Kritikan Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Kesimpulan slot
Penutup Program

7.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada para guru, diharap program ini menjadi
pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................................... ..............................................
CIK. TAMIL ARASI SUBRAYAN
Penyelaras PLC

4
8.0 Anggaran perbelanjaan

Anggaran kos perbelanjaan bagi program ini


Bil Perkara Peruntukan Jumlah
1 Honorarium Penceramah RM 100 RM 100 .00
2 Makan dan minum RM 5 .00 X 12 orang RM
2 Hadiah dan Cenderamata RM 30.00 RM 30.00
JUMLAH RM

You might also like