You are on page 1of 13

SULIT

Ruj.: JIP/UBK(bil 4/2019) J/K Penilai Kertas Kerja (JKPK) IPGKPs Bil 1/2019

KERTAS CADANGAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS PERLIS

KARNIVAL KERJAYA DREAM HIGH


________________________________________________________________
TUJUAN

1. Kertas Kerja ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGK Perlis), Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tentang cadangan penganjuran Karnival
Kerjaya Dream High di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian kerja kursus PBKK3213
Pengurusan Bimbingan Kerjaya.

LATAR BELAKANG

2. Selaras dengan misi dan visi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
iaitu peneraju kecemerlangan untuk melahirkan guru yang kompeten dan
berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik.
Sehubungan itu, guru pelatih PISMP Bimbingan dan Kaunseling Semester 6
merancang untuk mengadakan sebuah program melalui kerjasama guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan IPGM iaitu Karnival Kerjaya
Dream High. Karnival kerjaya diadakan adalah untuk memberi peluang kepada
guru pelatih untuk melaksanakan program bimbingan kerjaya yang dirancang di
SULIT

lapangan secara berkumpulan. Program ini merupakan satu interaksi yang


membolehkan guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling menimba pengalaman
yang baharu dalam menguruskan sesuatu program. Guru Bimbingan dan
Kaunseling merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam
menguruskan keperluan murid dalam bidang kerjaya. Dengan itu, karnival
kerjaya ini menjadi satu inisiatif yang diambil untuk mengumpul pengalaman
dan mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang ada dalam diri setiap orang
guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling.
ASAS PERTIMBANGAN
3. Karnival Kerjaya Dream High mempunyai beberapa aspek yang
dipertimbangkan untuk direalisasikan antaranya adalah untuk memenuhi
kehendak kerja kursus PBKK3213 Pengurusan Bimbingan Kerjaya. Hal ini
merupakan salah satu cara bagi guru pelatih untuk melaksanakan program
bimbingan kerjaya yang dirancang di lapangan secara berkumpulan.
Pengalaman yang diperoleh sememangnya dapat membantu meningkatkan
kemahiran yang sedia ada pada setiap guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling.

PERINCIAN CADANGAN
4. Berikut ialah beberapa perincian mengenai Karnival Kerjaya Dream High.

4.1 OBJEKTIF PROGRAM :

i. Melaksanakan program bimbingan kerjaya yang dirancang di


lapangan secara berkumpulan.
ii. Meningkatkan pengalaman dan kemahiran dalam
menguruskan program.
SULIT

iii. Meningkatkan kemahiran kolaborasi dan komunikasi antara


satu sama lain.

4.2 MODUS OPERANDI


4.2.1 Aktiviti : Bengkel Kerjaya
Tarikh : 13 Mac 2019 (8.00 pagi – 9.30 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Program ini dimulakan dengan taklimat inventori SDS. Guru Pelatih


mengedarkan borang inventori kepada setiap murid. Guru pelatih
menerangkan cara menjawab SDS. Murid-murid diberikan masa untuk
menjawab SDS. Guru pelatih menginterpretasikan hasil SDS.

4.2.2 Aktiviti : Buku Skrap Kerjaya


Tarikh : 13 Mac 2019 (10.00 pagi – 11.00 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Program ini dimulakan dengan taklimat guru pelatih. Guru Pelatih


membahagikan murid kepada lima kumpulan. Guru pelatih berperanan
sebagai fasilitator. Setiap kumpulan diberikan satu peta harta karun yang
berkaitan tentang kerjaya. Setiap kumpulan mengumpul maklumat kerjaya
dan memasukkan maklumat yang dikumpul ke dalam buku mengikut
kreativiti masing-masing.
SULIT

4.2.3 Aktiviti : Eksplorasi Kerjaya


Tarikh : 13 Mac 2019 (11.00 tengah hari – 12.30 petang)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Program ini dimulakan dengan penerangan guru pelatih kepada murid-


murid. Murid-murid kemudian dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan akan diberi satu set board game dan akan bermain berdasarkan
arahan guru pelatih. Murid akan mengetahui pengkhususan setiap kerjaya
dan akan lebih bermotivasi untuk belajar supaya dapat mencapai kerjaya
yang diinginkan.

4.3 TARIKH PROGRAM

Cadangan Tarikh : 13 Mac 2019


Hari : Rabu
Tempat . : Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru
Malaysia

4.4 KUMPULAN SASARAN / PESERTA:

60 orang murid Tahun 5 SK IPGM


SULIT

4.5 BENTUK PROGRAM

4.5.1 Aktiviti : Karnival kerjaya Dream High


Tarikh : 13 Mac 2019 ( 7.30 pagi – 1.00 ptg)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Program yang dijalankan dibahagiakan kepada tiga slot iaitu slot


eksplorasi kerjaya, buku skrap kerjaya dan pameran kerjaya. Setiap Slot
akan disampaikan oleh guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling.
SULIT

4.6 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Haji Abdul Muhaimin Bin Osman S.S.P


(Pengarah IPG Kampus Perlis)

Penasihat : Encik Rashidi Bin Hamzah


(Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kampus Perlis)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program : Ku Nur Amirah Bt Ku Ishak

Penolong Pengarah
Program : Saw Xu Heng

Setiausaha : Pan Siew Yieng

Bendahari : Tuan Syafiqa Amelia Binti Tuan Hassin

Biro Cenderamata : Ooi Shu Ling


: Amy Wong Siong Zhu
: Catherine Ting Jia Lin

Biro Dokumentasi/Publisiti : Emmelly Kho Mei Mei


: Ang Chiun Er

Biro Pendaftaran : Nur Amalia Sahira Binti Zamri


: Foo Hui Chean

Biro Peralatan : Nur Afrina Binti Abd Manan


: Tan Jinn Ting

Biro Aktiviti : Chuah Jia Hui


: Nur Nabila Farhani Binti Salleh
SULIT

4.7 BELANJAWAN

4.10.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL SUBJEK HARGA UNIT JUMLAH


SETIAP UNIT (RM)
(RM)

1. Pengurusan 2.10 6 12.60


 Alat tulis

2. Aktiviti/publisiti
 Bahan cetakan 0.30 60 18.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 30.60


SULIT

4.8 TENTATIF PROGRAM

BIL HARI/TANGG JAM KEGIATAN TEMPAT CATATAN


AL
1. 7.30 – Pendaftaran Peserta SK AJK
8.00 IPGM Pendaftaran

8.00 – Eksplorasi Kerjaya / SK Disampaika


9.30 Buku Skrap / Pameran IPGM n oleh guru
Kerjaya pelatih

9.30 – Minum pagi Kantin


9.45
RABU
13 MAC 9.45 – Eksplorasi Kerjaya / SK Disampaika
2019 11.15 Buku Skrap / Pameran IPGM n oleh guru
Kerjaya pelatih

11.15 – Eksplorasi Kerjaya / SK Disampaika


12.45 Buku Skrap / Pameran IPGM n oleh guru
Kerjaya pelatih

12.45 – Majlis Penutup SK


1.00 Program IPGM

4.9 PELAN KOMUNIKASI


BIL. NAMA JAWATAN
1. Puan Nor Sharmila binti Shaari GURU BESAR SK IPGM
019-5227539
2. Puan Syakirah Binti Samat 012- GURU BIMBINGAN DAN
4619348 KAUNSELING SK IPGM
SULIT

KESIMPULAN
5. Karnival Kerjaya Dream High yang dianjurkan oleh Kelab Bimbingan dan
Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dirancang khas bagi
memberi peluang kepada guru pelatih PISMP Bimbingan dan Kaunseling SEM
6 untuk menjalinkan perhubungan yang erat serta mewujudkan kolaborasi
antara warga Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan warga sekolah di
sekitar negeri Perlis. Dengan adanya Karnival Kerjaya Dream High ini, guru
pelatih sememangnya dapat menimba pengalaman baharu dalam
mengendalikan sesuatu program di samping menerapkan kemahiran
keusahawanan dalam kalangan guru pelatih bagi menempuhi alam perguruan
yang sebenar.

SYOR
6. Dengan ini pihak kami mengharapkan jasa baik pihak tuan untuk
menimbang dan meluluskan cadangan PISMP Ambilan Jun 2016 Bimbingan
dan Kaunseling untuk menganjurkan Karnival Kerjaya Dream High ini. Bengkel
ini memberi ruang kepada guru pelatih dalam menjalinkan hubungan kolaborasi
dengan pihak lain serta melatih guru pelatih dalam menguruskan sesuatu
program.

Disediakan oleh :

____________________
(PAN SIEW YIENG) TARIKH:
Setiausaha
Karnival Kerjaya Dream High
SULIT

PENGESAHAN PENYELARAS PROGRAM


Saya telah berbincang dengan jawatankuasa program ini dan SOKONG/ TIDAK
SOKONG supaya program ini dilaksanakan.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Disemak oleh :

____________________
(RASHIDI BIN HAMZAH) TARIKH:
Penyelaras Program
Karnival Kerjaya Dream High
SULIT

PERAKUAN KETUA JABATAN

Saya telah berbincang dengan pensyarah/ penyelaras yang berkenaan dan


SOKONG/ TIDAK SOKONG untuk memperakui pelaksanaan program ini
seperti berikut:

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Disahkan oleh:

__________________
(PUAN ZAITON BINTI MAT NON) TARIKH:
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Malaysia.
SULIT

ULASAN PENGARAH IPG KAMPUS PERLIS

Permohonan LULUS/ TIDAK LULUS

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

_____________________
(HAJI ABDUL MUHAIMIN BIN OSMAN S.S.P) TARIKH:
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Malaysia.
SULIT

You might also like