You are on page 1of 2

PROSES PENUBUHAN PERSATUAN TEATER

Langkah 1: Mewujudkan Jawatankuasa Penaja

Sebelum satu persatuan teater ditubuhkan, jawatankuasa penaja diwujudkan sebagai


pencadang dan penggalak untuk penubuhan persatuaan baru ini. Jawatankuasa penaja terdiri
daripada guru penasihat, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari,
naib bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa yang berkenaan. Beberapa kali mesyuarat
jawatankuasa penaja akan diadakan untuk membincangkan perlembagaan, rasional,
matlamat, objektif, bajet dan aktiviti tahunan untuk persatuan ini. Minit mesyuarat drekod dan
didokumentasikan oleh setiausaha. Urusan surat-menyurat seperti surat permohonan
penubuhan persatuan disediakan dan dihantar kepada guru besar. Surat permohonan
disertakan dengan draf perlembagaan, draf aktiviti asas dan senarai nama jawatankuasa
penaja.

Langkah 2: Mendapat Kelulusan Menubuhkan Persatuan

Sebelum mendapat kelulusan penubuhan, jawatankuasa penaja membentangkan


kertas kerja dan perlembagaan dengan guru penasihat dan guru besar. Pengerusi
bertanggungjawab memberi penerangan tentang tujuan penubuhan, perlembagaan,
rancangan aktiviti tahunan dan senarai nama jawatankuasa penaja untuk mendapat
persetujuan ahli mesyuarat. Pembentangan ini bertujuan membentangkan hasrat dan
mendapat persetujuan warga sekolah terhadap persatuan yang hendak ditubuhkan. Setiap
minit mesyuarat direkod dan didokumentasi oleh setiausaha. Segala aktiviti yang dirancang
hanya boleh dilaksanakan apabila persatuan telah diluluskan dan disahkan.

Langkah 3: Mengadakan Mesyuarat Penubuhan Persatuan

Setelah penubuhan persatuan diluluskan, jawatankuasa penaja mengadakan


mesyuarat penubuhan persatuan untuk melantik jawatankuasa induk. Jawatankuasa penaja
membuat dan mengedarkan notis penubuhan kepada ahli-ahli yang berminat. Dalam
mesyuarat penubuhan persatuan, perlembagaan, dan laporan kewangan persatuan akan
dibentangkan untuk maklumat ahli. Perlantikan ahli jawatankuasa induk juga diadakan
mengikuti dengan pembubaran jawatankuasa penaja. Jawatankuasa induk menjalankan
tugas dalam urusan surat-menyurat seperti menulis surat permohonan pengesahan untuk
dihantar kepada guru besar.

1
Langkah 4: Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Jawatankuasa Persatuan

Selepas persatuan disahkan, surat perlantikan akan diberikan kepada guru penasihat
dan ahli jawatankuasa yang berkenaan berserta dengan senarai tugas dan tanggungjawab
yang diberikan. Ahli jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat penubuhan perlu
mengadakan mesyuarat jawatankuasa secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan
usul atau aktiviti yang telah dirancangkn. Perbincangan perlu diminitkan untuk tujuan rekod
dan rujukan tindakan oleh setiausaha.

You might also like