You are on page 1of 1

Puan Zainab Binti Ahmad

Jabatan Ilmu Pendidikan


Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Behor Pulai,
01000 Kangar,
Perlis.

Mohammad Nizam bin Hamid


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
Behor Pulai,
01000 Kangar,
PERLIS. 11 Mac 2019

Tuan,

Pelaksanaan Projek Inovasi Berdasarkan Kehendak RMKK Kursus PBKK 3152 Inovasi
Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pelajar saya seperti senarai yang dilampirkan perlu
melaksanakan projek inovasi berdasarkan kehendak RMK di sekolah-sekolah yang mereka
melaksanakan latihan praktikum semester lalu. Projek inovasi terhadap murid-murid di sekolah
membawa wajaran 70% daripada tugasan kursus dan wajib dilaksanakan oleh setiap pelajar
secara individu. Pihak sekolah yang terlibat telah dihubungi dan mereka tidak keberatan untuk
menerima kedatangan pelajar ini.

3. Berikut merupakan maklumat untuk mengendalikan inovasi di sekolah :


Tarikh : 14 Mac 2019
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi – 01.00 tengah hari

4. Diharapkan pihak tuan dapat membenarkan pelajar-pelajar saya ini keluar ke sekolah
pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Kebenaran tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

You might also like