You are on page 1of 10

SK TILIS TENOM SABAH

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR

PEMOHON:
MELVIN BIN SAPON
SK TILIS TENOM SABAH

HIDUPKAN KECERIAAN ALAM

1
RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Kelab / Persatuan Kelab Pencinta Alam

Sinopsis Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan


bagi generasi muda untuk menghargai alam sekitar untuk
dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping
memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid
selaras dengan kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah.

Penyertaan Murid Tahun 4, 5 dan 6

Penasihat Melvin Bin Sapon

2
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM
SK TILIS TENOM SABAH

1.0 PENGENALAN

Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah
untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya,
pendidikan alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang
terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah.
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam
sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan
kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan bakat
secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi.

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

3.1 Untuk memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan hidup.


3.2 Untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem.
3.3 Untuk mempelajari cara untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.
3.4 Untuk mengaplikasikan cara penjagaan alam sekitar contohnya menanam pokok
di kawasan sekolah.
3.5 Untuk mengamalkan budaya kitar semula dan guna semula dalam kalangan
murid dan guru seperti menggunakan tayar terpakai untuk menanam bunga.
3.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan
jantina.
3.7 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti
kelab terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

3
4.0 RASIONAL PENUBUHAN

4.1 Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini.
4.2 Menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk menghargai
dan menyayangi alam sekitar.
4.3 Menjadi aktiviti bagi mengisi masa lapang murid kerana kebanyakan murid
menginap di asrama dan tinggal di rumah panjang berdekatan dengan sekolah
dan mengelakkan murid daripada merayau di kawasan sekolah tanpa melakukan
sebarang aktiviti yang berfaedah.

5.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN KELAB

5.1 NAMA KELAB


Kelab Pencinta Alam

5.2 IDENTITI KELAB


5.2.1 LOGO KELAB DAN HURAIAN

5.2.1.1 Bumi melambangkan penyatuan antara seluruh alam sekitar


dengan manusia.
5.2.1.2 Sekawan burung melambangkan ahli kelab sentiasa bersatu
hati dan seiringan dalam menjaga alam sekitar.
5.2.1.3 Pokok melambangkan keindahan tumbuhan semula jadi yang
perlu dipelihara dan dipulihara.
5.2.1.4 Orang utan melambangkan haiwan yang hampir pupus yang
perlu dijaga.
5.2.1.5 Tangan melambangkan peranan manusia sebagai pelindung
alam sekitar.

4
5.2.1.6 Tangan yang kabur menandakan bumi semakin terancam.
5.2.2 MOTTO KELAB
Hidupkan Keceriaan Alam

5.2.3 MISI DAN VISI


5.2.3.1 MISI
Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berdedikasi, berkaliber,
berwibawa dan berhemah tinggi di dalam diri seseorang murid.
5.2.3.2 VISI
Menjadikan murid SK Tilis meminati alam sekitar melalui
aktiviti yang diadakan oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar.

5.2.4 LIRIK LAGU KELAB


TAJUK LAGU: BANGKIT

Kami kelab pencinta alam Janganlah ... kita menghancurkannya

Bersatu menjaga keseimbangan Teruskan perjuangan yang mulia

Tidak kira siang dan malam Menjaga alam dengan penuh cinta

Hasrat murni sentiasa diamalkan Supaya kekal sejahtera

Warna flora sungguh indah Berdiri teguh di atas gunung

Bunyi fauna mengusik jiwa Bermandi cahaya dan kilauan bintang

Sinaran cahaya yang menyerlah Ayuhlah bangkit jangan termenung

Kami harap takkan pernah sirna Menjaga alam yang tersayang

Menjaga ... alam tanggungjawab semua

Marilah kita bersatu jiwa

Tidak kira kaum atau agama

Menjaga alam yang tercinta

5
5.3 PENYERTAAN / SASARAN
Murid Tahap Dua SK Tilis Tenom Sabah yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.

5.4 KEAHLIAN
5.4.1 Dibuka kepada murid Tahap Dua sahaja.
5.4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang.
5.4.3 Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.
5.4.4 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti kelab.

5.5 WAKTU PELAKSANAAN


Setiap Hari Rabu pada pukul 2.30 petang. (Waktu tidak tetap dan tertakluk
kepada sebarang perubahan)

5.6 LOKASI PERJUMPAAN


Perjumpaan akan diadakan di Kelas Tahun 5

5.7 PEMBUBARAN PERSATUAN


Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

5.8 YURAN KEAHLIAN


5.8.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan
semester kepada kelab seperti berikut:-
Bil. Jenis yuran Jumlah
1. Yuran Pendaftaran RM5
2. Yuran Semester RM3

5.8.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap
tahun kepada Kelab. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang
berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
5.8.3 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1)
tahun tanpa alasan yang munasabah. Jawatankuasa kelab berhak
membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.
5.8.4 Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli
semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru
dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran semester,
dan penalti sebanyak RM10.

6
6.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA YANG DIRANCANG

6.1 Ahli jawatan kuasa akan dilantik semada Mesyuarat Agong.


6.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan sistem demokrasi iaitu
melalui undian majoriti.
6.3 Jawatan kuasa induk hendaklah terdiri daripada:
11.3.1 Penanung (Guru Besar)
11.3.2 Guru Penasihat 1
11.3.3 Guru Penasihat 2
6.4 Ahli Jawatan Kuasa Murid
6.4.1 Pengerusi
6.4.2 Naib Pengerusi
6.4.3 Setiausaha
6.4.4 Bendahari
6.4.5 AJK Publisiti
6.4.6 AJK Dokumentasi
6.4.7 AJK Peralatan
6.4.8 AJK Kebersihan dan Keselamatan
6.4.9 AJK Keceriaan

7.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JAWATAN KUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat.


7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa
dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
7.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
7.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.

7
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan
kelab.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.
7.4 Bendahari
7.4.1 Bertanggung jawab berkenaan semua hal kewangan kelab.
7.4.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan
mengumpul wang.
7.4.3 Membuat laporan wang masuk dan keluar jika diminta oleh AJK.
7.5 Ahli Jawatan Kuasa Publisiti
7.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema.
7.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan sekolah.
7.5.3 Menghias segmen Kelab Pencinta Alam pada papan kenyataan.
7.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.
7.6 Ahli Jawatan Kuasa Dokumentasi
7.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti kelab.
7.7 Ahli Jawatan Kuasa Peralatan
7.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk perjumpaan
atau aktiviti.
7.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan.
7.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak hilang.
7.8 Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan dan Keselamatan
7.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas
tempat perjumpaan.
7.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan.
7.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti.
7.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar.
7.9 Ahli Jawatan Kuasa Keceriaan
7.9.1 Mengetuai pemikiran konsep untuk menceriakan kawasan sekolah.
7.9.2 Membuat lakaran idea tentang hiasan bagi tujuan keceriaan.
7.9.3 Menyenaraikan alatan yang sepatutnya dan kemudian diserahkan
kepada AJK Peralatan.

8
8.0 PERANCANGAN AKTIVITI KELAB PENCINTA ALAM

8.1 Program Alam Sekitar: 1 MURID 1 POKOK


8.2 Pertandingan Kelas Mesra Alam
8.3 Ceramah Go Green
8.4 Kempen Go Green
8.5 Membuat kraftangan daripada bahan kitar semula
8.6 Pameran kraftangan
8.7 Membuka gerai jualan
8.8 Tayangan video dokumentari
8.9 Sukaneka
8.10 Gotong-royong perdana
8.11 Lawatan sambil belajar
8.12 Jamuan akhir tahun

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(Unit) (RM) (RM)
1 Cenderamata 1 30.00 30.00
2 Hamper mini 3 30.00 90.00
3 Pita pelekat 3 4.00 12.00
4 Kertas A4 2 10.00 20.00
5 Baju Kelab 20 30.00 600.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 752.00

Sumber Kewangan:

1. Yuran Ahli
2. Bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
3. Tabung Amanah Sekolah
4. Aktiviti kelab
5. Penaja dari badan bukan kerajaan

9
10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam pada julung kalinya dapat meningkatkan
kualiti murid di SK Saint Mark. Diharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan kertas
cadangan yang kerana Kelab Pencinta Alam dapat memberikan manfaat dan pelbagai
pengalaman yang bermakna kepada para murid SK Saint Mark.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

__________________ __________________
(MELVIN BIN SAPON) (FIRDAUS BIN MALIK)
Guru, Guru Besar,
SK Tilis Tenom Sabah SK Tilis Tenom Sabah

10

You might also like