You are on page 1of 9

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA

SUBJEK:
PENGURUSAN GERKO

KOD:
DTK 2042

TUGASAN INDIVIDU:
PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

NAMA PENSYARAH:
PN HAJAH MADZNAH BINTI HASSAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI HAWA BINTI ABDUL RAHIM (960416-10-5366)
DPA(KDC)202210(26)007
RRINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Kelab / Persatuan Kelab Pencinta Alam

Sinopsis Kelab Pencinta Alam merupakan satu platform pendedahan


bagi generasi muda untuk menghargai alam sekitar untuk
dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping
memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid
selaras dengan kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah.

Penyertaan Murid Tahun 4, 5 dan 6

Penasihat Siti Hawa Binti Abdul Rahim

Alamat SRAI SEKSYEN 19


Jalan Gelora, 19/34,
Seksyen 19,
40300, Shah Alam,
Selangor
Malaysia

Kategori Kelab Hobi dan Rekreasi

1
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM
SRAI SEKSYEN 19

PENGENALAN

Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah
untuk mewujudkan generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya,
pendidikan alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang
terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah.
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam
sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan
kesedaran dan membentuk etika murid untuk menghargai alam.

1.0 MATLAMAT PENUBUHAN

1.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan bakat
secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian alam semula jadi.

2.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

2.1 Untuk memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan hidup.


2.2 Untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan
ekosistem.
2.3 Untuk mempelajari cara untuk menjaga dan memelihara alam sekitar.
2.4 Untuk mengaplikasikan cara penjagaan alam sekitar contohnya menanam pokok di
kawasan sekolah.
2.5 Untuk mengamalkan budaya kitar semula dan guna semula dalam kalangan
murid dan guru seperti menggunakan tayar terpakai untuk menanam bunga.
2.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan
jantina.
2.7 Untuk memupuk sikap kerja sama antara murid semasa melaksanakan aktiviti kelab
terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

2
3.0 RASIONAL PENUBUHAN

3.1 Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini.
3.2 Menjadi platform pendedahan bagi generasi muda iaitu murid untuk menghargai dan
menyayangi alam sekitar.
3.3 Menjadi aktiviti bagi mengisi masa lapang murid kerana kebanyakan murid
menginap di asrama dan tinggal di rumah panjang berdekatan dengan sekolah dan
mengelakkan murid daripada merayau di kawasan sekolah tanpa melakukan sebarang
aktiviti yang berfaedah.

4.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN KELAB


4.1 NAMA KELAB
KELAB PENCINTA ALAM

4.2 IDENTITI KELAB


4.2.1 LOGO KELAB DAN HURAIAN

4.2.1.1 Bumi melambangkan penyatuan antara seluruh alam sekitar dengan


manusia.
4.2.1.2 Sekawan burung melambangkan ahli kelab sentiasa bersatu hati dan
seiringan dalam menjaga alam sekitar.
4.2.1.3 Pokok melambangkan keindahan tumbuhan semula jadi yang perlu
dipelihara dan dipulihara.
4.2.1.4 Orang utan melambangkan haiwan yang hampir pupus yang perlu
dijaga.
4.2.1.5 Tangan yang kabur menandakan bumi semakin terancam.

4.1.1 MOTTO KELAB


Menjaga alam dengan penuh cinta Hidupkan Keceriaan Alam supaya kekal sejahtera.

3
4.1.2 MISI DAN VISI
4.1.2.1 MISI
Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berdedikasi, berkaliber, berwibawa dan
berhemah tinggi dalam diri seorang murid.

4.1.2.2 VISI
Menjadikan murid SRAI 19 meminati alam sekitar melalui aktiviti yang diadakan
oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar.

4.3 PENYERTAAN / SASARAN


4.3.1 Murid tahap dua SRAI 19 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.

4.4 KEAHLIAN
4.4.1 Terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 (tertakluk kepada penetapan /
keperluan sekolah).
4.4.2 Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.
4.4.3 Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti kelab.

4.5 GUGUR MENJADI AHLI


4.5.1 Seseorang ahli itu hilang keahlian apabila berhenti atau berpindah sekolah.

4.6 MESYUARAT AGUNG


4.6.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali setahun selewat-
lewatnya pada Februari. Tempat mesyuarat dicadangkan oleh GPK Kokurikulum
dan diluluskan oleh Guru Besar tujuh (7) hari bekerja sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan.
4.6.2 Mesyuarat Agung boleh dijalankan apabila kehadiran sekurang-kurangnya satu
pertiga (1/3) daripada jumlah ahli.
4.6.3 Berkuasa memilih 8 orang Jawatankuasa/mengikut keperluan sekolah.

4.7 PEMBUBARAN PERSATUAN


4.7.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

4.8 KEWAJIPAN DAN HAK AHLI


4.8.1 Ahli yang telah gugur keahlian mengikut (4.7) lucut segala haknya di
atas peraturan ini.
4.8.2 Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan, hendaklah

4
mematuhi tatatertib mesyuarat/perjumpaan dan berpakaian seragam
sekolah (pakaian yang sesuai).
4.8.3 Ahli-ahli dilarang sama sekali menyiarkan surat-surat pekeliling atau
sebarang surat mengenai Persatuan/Kelab ini.

4.9 PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH DAN PERSATUAN


4.9.1 Undang-undang Tubuh dan Peraturan ini tidak boleh ditambah atau
dipinda atau dibatalkan kecuali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
4.9.2 Pindaan atau tambahan pada Undang-undang Tubuh dan Peraturan
tidak boleh dijalankan kuatkuasanya sebelum dibenarkan oleh Guru
Besar/GPK Kokurikulum setelah berbincang dengan Guru Besar.

4.10 PENAUNG
4.10.1 Guru Besar adalah sebagai penaung kepada Persatuan/Kelab.

4.11 PENASIHAT
4.11.1 Penasihat-penasihat Persatuan/Kelab ini dilantik oleh Guru Besar di awal tahun.
Jika lebih daripada seorang, seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai
Ketua Penasihat.
4.11.2 Penasihat-penasihat hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan.
4.11.3 Penasihat-penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan aktiviti
Persatuan/Kelab.
4.11.4 Penasihat hendaklah membimbing Jawatankuasa dan ahli-ahlinya.
4.11.5 Penasihat hendaklah menentukan semua laporan/minit mesyuarat dan laporan
tahunan disediakan dengan lengkap.

4.12 TAFSIRAN
4.12.1 Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam
Undang-undang Tubuh dan Persatuan, maka perkara tersebut
hendaklah dirujuk kepada Penaung.
4.12.2 Keputusan Penaung (Guru Besar) adalah muktamad.

5
5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA YANG DIRANCANG

5.1 Ahli jawatan kuasa akan dilantik semada Mesyuarat Agung.

5.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan sistem demokrasi iaitu melalui undian
majoriti.

5.3 Jawatan kuasa induk hendaklah terdiri daripada:


5.3.1 Penaung (Guru Besar)
5.3.2 Guru Penasihat 1
5.3.3 Guru Penasihat 2

5.4 Ahli jawatankuasa murid:


5.4.1 Pengerusi
5.4.2 Naib Pengerusi
5.4.3 Setiausaha
5.4.4 Bendahari
5.4.5 AJK Publisiti
5.4.6 AJK Dokumentasi
5.4.7 AJK Peralatan
5.4.8 AJK Kebersihan dan Keselamatan
5.4.9 AJK Keceriaan

6.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


6.1 PENGERUSI

6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat.


6.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
6.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa d a l a m melaksanakan tugas
atau aktiviti.
6.1.4 Menjalankan t u g a s -tugas l a i n y a n g d i a r a h k a n o l e h G u r u Penasihat dari
masa ke semasa.

6
6.2 NAIB PENGERUSI

6.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
6.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
6.2.3 Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
6.2.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

6.3 SETIAUSAHA

6.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat.


6.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan kelab.
6.3.3 Mencatat kehadiran ahli pada setiap perjumpaan.
6.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
6.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti kelab.

6.4 BENDAHARI

6.4.1 Bertanggung jawab berkenaan semua hal kewangan kelab.


6.4.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul
wang.
6.4.3 Membuat laporan wang masuk dan keluar jika diminta oleh AJK.

6.5 AHLI JAWATAN KUASA PUBLISITI

6.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema.


6.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan sekolah.
6.5.3 Menghias segmen Kelab Pencinta Alam pada papan kenyataan.
6.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis.

6.6 AHLI JAWATAN KUASA DOKUMENTASI

6.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti kelab.

6.7 AHLI JAWATAN KUASA PERALATAN

6.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk perjumpaan atau aktiviti.

7
6.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan.
6.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak hilang.

6.8 AHLI JAWATAN KUASA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

6.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat


perjumpaan.
6.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan.
6.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti.
6.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar.

6.9 AHLI JAWATAN KUASA KECERIAAN

6.9.1 Mengetuai pemikiran konsep untuk menceriakan kawasan sekolah.


6.9.2 Membuat lakaran idea tentang hiasan bagi tujuan keceriaan.
6.9.3 Menyenaraikan alatan yang sepatutnya dan kemudian
diserahkan kepada AJK Peralatan.

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam pada julung kalinya dapat meningkatkan
kualiti murid di SRAI 19. Diharapkan agar pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang
kerana Kelab Pencinta Alam dapat memberikan manfaat dan pelbagai pengalaman yang
bermakna kepada para murid SRAI 19.

DISEDIAKAN OLEH
SITI HAWA BINTI ABDUL RAHIM

You might also like