You are on page 1of 115

BULAN SABIT MERAH MELAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN


PISMP SEMESTER 3 AMBILAN JANUARI 2014
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SJK (C)

SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK BSMM 2014

SENARAI KANDUNGAN
Bil.

Tajuk
Sejarah Unit Beruniform

1.

1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Sejarah Pengasas
Sejarah Penubuhan
Sejarah Penubuhan Di Malaysia
Tujuan Penubuhan
Sejarah Ringkas Pengasas Palang Merah

Struktur Dan Organisasi Pertubuhan


2.

2.1

Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa

2.2

Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan/ Negeri/ Daerah/ IPG

2.3

Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan

2.4

Fungsi Majlis Tertinggi

Perlembagaan Pertubuhan
3.

3.1 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan


3.2 Perlembagaan Pertubuhan
3.3 Lambang, cogan kata, lagu dan bendera Pertubuhan
Pengurusan Dan Pentadbiran
4.1 Pendaftaran Ahli & Kumpulan
4.2 Kuasa Penganjur

4.

4.3 Struktur Unit


4.4 Pengurusan Folio/ Buku Log/ Laporan Aktiviti
4.5 Tanggungjawab Pemimpin
4.6 Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin
4.7 Takwim & Rancangan Aktiviti
Disiplin Dan Kerohanian

5.

6.

5.1 Persetiaan dan Undang-undang Pertubuhan


5.2 Lagu-lagu Patriotik dan Pertubuhan
5.3 Doa-doa dan Kata-kata Hikmah
Asas Pertolongan Cemas
6.1

Prinsip Pertolongan Cemas

6.2

Sistem Pernafasan dan Peredaran Darah

6.3

Patukan Ular dan Sengatan Serangga

6.4

Luka

6.5

Pendarahan

6.6

Patah

6.7

Terseliuh

6.8

Balutan

6.9

Melecur

6.10

Racun dan Keracunan

6.11

Pitam

6.12

Pemulihan Pernafasan

6.13

Resusitasi Kardiopulmori (CPR)

6.14 Gambar Asas Pertolongan Cemas


Asas Kawad Kaki
7.1 Sedia
7.2 Taklimat Masuk Baris
7.3 Taklimat Paraskan Skuad
7.

7.4 Senang Diri


7.5 Rehatkan Diri
7.6 Berpusing Setempat
7.7 Memberi Hormat
7.8 Bersurai Dan Keluar Baris
Istiadat

8.

8.1 Istiadat Perhimpunan


8.2 Istiadat Meningkat Naik
8.3 Istiadat Penyampaian Lencana
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Di Sekolah Rendah.
9.1 Program UB di sekolah rendah
9.2 Merancang program

9.

9.3 Program jangka pendek dan panjang


9.4 Skim Latihan
9.5 Refleksi Mikro Kokurikulum
9.6 Pesaman, galakan dan motivasi
9.7 Cintakan pertubuhan Sukarela

TAJUK 1: SEJARAH UNIT BERUNIFORM


1.1

SEJARAH HIDUP BAPA PALANG MERAH DUNIA

Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland dan
meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih
dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat
Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme
yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau
menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya
'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan
orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis
menentang tentera Austria.
Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli perniagaan
Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya
penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu
bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak
yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa
membantu mereka yang miskin.
Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja
kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat

sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian


bersama rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu
satu pasukan muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang
menderita. Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai
kerja sukarela lain.
Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan
Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva.
Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk
mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama
Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah.
Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup wang Lullin und Sautter.
Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bankrap seperti firma
kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau
diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry
Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September
1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu GustaveMoynier telah menjadi
Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.
Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga
Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant
meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. GustaveMoynier pula merancang
agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah
cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya
sebaliknya diserahkan kepada GustaveMoynier dan Dufour agar wang diserahkan
kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Henry Dunant
jika kawsan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh
Moynier.
Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap
meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan
Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama
(Common

Relief

Society)

dan

'Perikatan

Bersama

untuk

Tamadun

dan

Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan

mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia


juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di
sebuah perpustakaan.
Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan
kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan
lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan
Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin
dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe.
Di Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada
1881 dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden,
Geneva.
Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan
dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997. Pada 30 April 1892 beliau
terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry
Dunant bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan
isterinya Susanna. Rene, iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan suratsurat daripada Henry Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger.Mereka
menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden
kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi GustaveMoynier tetap
memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42
tahun. Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St.
Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah
menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai
pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga
menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan
derma wang mencurah-curah sejak itu kepadanya.
Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan
(Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor
kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital
sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir
hayatnya dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar
pemungut hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat

memeriksa makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian,
dia beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.
Ironinya, Henry Dunant dan GustaveMoynier tidak pernah berdamai. Henry
Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich,
Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah
kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu
wang dibayar kepada pemiutang-pemiutang.
Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang
Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant.
Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia
dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh
ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry
Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
1.2

SEJARAH PENUBUHAN PALANG MERAH DI DUNIA

Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang
Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei
1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea
menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan
pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada
perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan
bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan
pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Inisiatif Henry Dunant ialah:
i.

Membantu tentera yang cedera dan sakit.

ii.

Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa

iii.

peperangan.
Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital

iv.

sementara.
Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas

v.

tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit.


Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara)
Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar

vi.

Castiglione delleStiviere.
Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang
telah ditawan oleh Perancis.

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk


"Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di
Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak
kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.
Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan
dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:
i.

Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu


tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa

ii.

peperangan.
Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari
mana-mana pasukan hendaklah dibantu.

1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim
kepada ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan
cadangan utamanya, Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu
tentera yang cedera.
Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang
GustaveMoynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat
Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari
1963.

Mereka

mengkaji

cadangan

Dunant

dan

mencadangkan

lima

ahli

jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah
GustaveMoynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis
Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863

dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa (ICRC).
Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,
perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis.
Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya
'organisasi sukarela'. Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam
mesyuarat di Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera
semasa

peperangan'.

Peranan

Henry

Dunant

cuba

diperkecilkan

oleh

GustaveMoynier.
Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari
12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.Hasilnya pada 1864
Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan tanpa kehadiran beliau
sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan Henry Dunant dan
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan beberapa orang
yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi
membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah.
Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu
lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih
untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan
bendera negara tersebut.
Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan
Negara Islam.

1.3

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun
1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan
Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai
1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan
Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan
Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia
dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah


seperti berikut:
i.

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,


tidaklah sesuai lagi Persatuan palang Merah di semenanjung
bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu
akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of
Parliament (Act No. 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April

ii.

1962.
Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan
Sabah dan Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada
tahun 1965 iaitu Malaysia red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malasyia

iii.

Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.


Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu
Malaysia Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun
1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

1.4

FUNGSI

INTERNATIONAL

COMMITTEE

RED

CROSS

(ICRC)

DI

MALAYSIA
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur
menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di Malaysia,
Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber Serantau yang
menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur.
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama
dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta
mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen
Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan
beberapa Kementerian termasuk Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian
Pendidikan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri,

Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain pihak
berkepentingan.
i.

Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia


Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera
Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk
bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang
ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak Angkatan
Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan
latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007
sukatan

pelajaran

merangkumi

latihan

mata

Angkatan

pelajaran

Tentera

Laut

telah

ICRC

terus

menyokong

UUKA.

mula

pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan


Tentera Udara.
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan
taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan
Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di
Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18],
Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama
menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuktajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB).
ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk
menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihanlatihan
ii.

tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.


Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi

di

bawah

Kementerian Dalam Negeri


ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja
dengan beberapa jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan
penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak
berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang
dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan
Imigresen berkenaan isu pendatang-pendatang haram dalam tahanan.
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan
Jabatan

Pertahanan

Awam

Malaysia,

di

mana

sukarelawan-

sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak

balas jikalau terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan


daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC
sedang menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat
manusia

jika

terdapat

kematian

secara

beramai-ramai

demi

membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang


nasib orang yang tersayang.
ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja
Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama
dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel
penguatkuasaan undang-undang bagi pegawai-pegawai kanan polis
berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak
asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat
untuk lebih daripada 200 pegawai Malaysia yang sedang menunggu
untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur,
Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan
aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan
polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di
Cheras dan Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.
iii.

Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta memberi
nasihat

kepada

Negara-negara

mengenai

langkah-langkah

perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi


tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara
untuk

mempertingkatkan

tahap

kesedaran

UUKA di

kalangan

agensiagensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah


menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang
model yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk
Malaysia

(contohnya

Akta

Konvensyen

Geneva

1962,

Akta

Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta


Konvensyen
Jawatankuasa

Senjata

Kimia

Kebangsaan

2006).
UUKA

ICRC
dan

menyokong
sehingga

kini,

kerja
93

Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia.


Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan

Antarabangsa
dipengerusikan
Penyelidikan,

Malaysia
oleh
Triti

(JUKAM)

Menteri

dan

telah

Luar

Perundangan

ditubuhkan.

Negeri.

Hari

ini,

Antarabangsa,

di

JUKAM
Jabatan
bawah

Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC


terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi
JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia.

iv.

Bekerjasama dengan Universiti-universiti


Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar,
ceramah, simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah
moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti Malaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti
Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usahausaha pihak-pihak
berkuasa

universiti

untuk

merangka

sukatan

pelajaran

model

mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam kursus-kursus akademik


berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan hak asasi manusia.

v.

Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan


orang yang tersayang
Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC
dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan
pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada keluargakeluarga yang perlu menghubungi orang yang tersayang mereka
setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau
kejadian-kejadian lain.
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak
berkuasa berkenaan untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan
di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan
keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan Palang
Merah.

vi.

Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia


Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat

dengan

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempromosikan persepaduan


program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK)
di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007 apabila
bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan
ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ,
yang sedang diajar di seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15
tahun. Dianggap sebagai paling maju di Asia, kerjasama di antara
Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai kajian
kes

amalan

terbaik

untuk

menunjukkan

bagaimana

untuk

bersamasama menghasilkan program PUUK.


Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut
kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang
merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada
proses perundingan dan latihan demi menyokong pembangunan
program PUUK dengan lebih lanjut lagi.

1.5 SEJARAH RINGKAS PENGASAS PALANG MERAH

8 Mei 1828
Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dengan gelaran Bapa Palang Merah.
Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang
penyayang dan patuh pada arahan agama.

Tahun 1849
Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari
perniagaan perbankan.

Tahun 1853
Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus
Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali
sebagai Swiss Colony of Setif. Beliau berminat kepada sekumpulan organisao di
Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian
Union manakala di England pula dikenali sebagai Young Mens Christian
Association. Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa
kumpulan di Eropah dimulakan. Henry Dunant menentang dan mencadangkan agar

satu gagasan sedunia termasuk YMCA di Englang patut diwujudkan dan tidak terhad
di Eropah sahaja.

25 Jun 1859
Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu
untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napoleon III dalam mendapatkan
konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria. Apabila sampai di
Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau
cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang
tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal
perniagaan.

Beliau

mula

menumpukan

pemikirannya

tentang

bagaimana

penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan.

Oktober 1862
Menerbitkan buku kecil bertajuk A Memory of Solferino lalu diposkannya kepada
orang-orang

berpengaruh

di

seluruh

Eropah.

Di

samping

menceritakan

pengalamannya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai


sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua
negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan
orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.

7 Februari 1863
Geneva Society for Public Welfare melantik jawatankuasa Berlima bagi memastikan
segala perancangan berjalan lancar, beliau telah dilantik sebagai setiausaha.

Tahun 1867
Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang
sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan
perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi

melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang


untuk meletakkan jawatan.

8 September 1867
Jawatankuasa Berlima menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagi
Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau terpaksa hidup sebagai pengemis. Beliau
kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris.

Tahun 1870
Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke
Paris sewaktu peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain
pembalut.

1 Februari 1875
Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari
kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London.

Julai 1887
Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland.

Tahun 1890
Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah menemui beliau
dan memberitahu bahawa Henry Dunant masih hidup tetapi dunia seolah-olah tidak
mempedulikan berita tersebut.

Tahun 1892

Beliau jatuh sakit dan dihantar ke rumah tumpangan bernombor 12 di bandar itu dan
menghabiskan 18 tahun terakhir hidupnya di situ.

Tahun 1895
Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke gunung
berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu mencarinya untuk
menemuramah. Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Henry
Dunant masih hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak
mula ingin membantu.

Tahun 1901
Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau hadiah Nobel Keamanan yang
pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari Perancis. Pingat tersebut
dikirim kepada beliau dari Christianal.

TAJUK 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN


2.1

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERGERAKAN PALANG MERAH DAN

BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada tiga
badan yang berasingan iaitu:

Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah

Persatuan persatuan kebangsaan

a)

Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

(ICRC)

Rajah di atas menunjukkkan logo ICRC.


Pada asalnya, Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa (International Committee of Red Cross (ICRC) dinamakan sebagai
Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang orang Cedera Semasa
Perang yang ditubuhkan pada 17 Februari 1863. Oleh sebab pengasasnya terdiri
daripada lima orang, maka ia lebih popular dengan Jawatankuasa Berlima.

Jean Henry
Dunnant

Gustarve
Moynier

General
Guillaumehenri
Dufour

Theodore
Maunoir

Dr. Loius
Appia

Carta alir di atas menunjukkan ahli Jawatankuasa Berlima.

Sebenarnya, jawatankuasa ini ditubuhkan di bawah Persatuan Kebajikan


Masyarakat Geneve, dengan tujuan asalnya untuk mengkaji idea- idea Jean Henry
Dunant dan bagaimana idea idea tersebut menjadi kenyataan. Jawatankuasa ini
berfungsi dengan baik dan sering kali mendapat sambutan yang baik daripada
negara negara yang dijemput apabila mengadakan persidangan. Oleh itu,
jawatankuasa ini beransur ansur menjadi suatu badan yang tersendiri.
Pada tahun 1876, nama Jawatankuasa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa (ICRC) mula digunakan dan ia kekal sehingga sekarang. ICRC yang
masih berpusat di Geneva kini telah dianggotai oleh 25 orang ahli jawatankuasa dan
kesemuanya berwarganegara Switzerland. Hal ini demikian kerana pihak mereka
hendak mengekalkan sifat neutral ICRC dalam sebarang konflik sesuai dengan
reputasi Switzerland sebagai negara yang neutral. Malah, mereka juga turut
mempunyai banyak pengalaman dalam hal-ehwal antarabangsa. Walaupun begitu,
ICRC mempunyai pejabat pejabat di beberapa rantau dunia dengan kakitangan
dan deligasi yang pelbagai bangsa.
Seperti Jawatankuasa Berlima, ICRC masih lagi mengekalkan tujuan asal
pembentukannya, iaitu melaksanakan cadangan-cadangna Jean Henry Dunant
walaupun dalam bentuk yagn berbeza sekarang. Cadangan Dunant yang pertama
berkenaan

pembentukan

satu

persatuan

sukarelawan

telah

lama

menjadi

kenyataan, cuma ICRC bertanggungjawab memeriksa dan menentukan persatuan


yang akan ditubuhkan pada masa akan datang mampu beroperasi dan akan
mematuhi 7 Prinsip Asas Pergerakan. Jika ICRC memberikan pengiktirafan, barulah
persatuan baru itu menjadi ahli penuh Pergerakan.
Cadangan Dunant yang kedua berkenaan konvesyen antarabangsa juga
telah menjadi kenyataan dalam bentuk Konvesyen Geneva, dan ICRC lah yang
bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang Konvesyen Geneva dan
memantau

pelaksanaannya.

Penyebaran

maklumat

dilakukan

dengan

menggalakkan semua negara menterjemahkan Konvesyen Geneva, menggunakan


peruntukan

Konvesyen

dalam

undang-undang

negara,

dan

sebagainya.

Pemantauan pelaksanaan konvesyen pula bermakna ICRC sering memainkan


peranan dalam peperangan atau konflik bersenjata. Contohnya, delegasi ICRC akan
memeriksa bahawa orang awam dihormati dan dilindungi dalam peperangan,

tawanan perang diberi layanan sewajarnya, dan populaso negara yang ditawan
mendapat bekalan secukupnya.
ICRC mempunyai satu agensi di bawahnya yang dinamai Agensi Pengesanan
Pusat (Central Tracing Agency), yang berfungsi mengumpul maklumat tentang
korban dan tawanan perang, dan memberitahu keluarga tentera yang terkorban atau
ditawan. Seringkali juga kakitangan ICRC menjadi orang tengah dalam pertikaian
bersenjata, situasi tebusan, dan sebagainya.
Peraturan-peraturan yang sedia ada dalam Konvesyen Geneva juga sentiasa
dikembangkan

dan

ditambah.

Badan

yang

bertanggungjawab

tentang

perkembangan konvesyen ini sekali lagi ialah ICRC sendiri. ICRC yang
menyediakan draf untuk dibincangkan oleh Persidangan Diplomatik, sama ada akan
dipersetujui atau tidak.
ICRC ialah sebuah badan yang bebas dan tidak diarahkan oleh kerajaan
Switzerland. Ia mempunyai sumber kewangan sendiri, membuat keputusan sendiri
dan bertindak atas inisiatif sendiri, semata-mata atas dasar kemanusiaan.

PERHIMPUNAN
Menentukan dasar am dan prinsip-prinsip yang didokong
LEMBAGA EKSEKUTIF
Bertanggungjawab terhadap hal operasi & penyelia hal-ehwal
pentadbiran
DIREKTORAT ( Ibu Pejabat )
Mengenali pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti
di medan
OPERASI ( Medan )
Pengurusan pentadbiran wilayah seperti perlembagaan undangundang kemanusiaan dan prinsip asas sumber manusia, skongan
kewangan dan pentadbiran, komunikasi dan perhubungan raya

Rajah di atas menunjukkan anggota badan pentadbir jawatan kuasa palang merah.
Jawatankuasa presiden pula dipilih daripada ahli ahli itu bagi jangka masa
empat tahun. Jawatankuasa tersebut bermesyuarat dalam suatu perhimpunan
sebanyak lapan kali setahun bagi menentukan dasar am institusi dan prinsip
prinsip yang membimbing aktiviti aktivitinya. Lembaga esksekutif yang terdiri
daripada tujuh orang ahli jawatankuasa bertanggungjawab berkenaan hal hal
operasi dan penyeliaan secara langsung hal-ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat
seminggu sekali dan seperti Majlis Perhimpunan ia dipengerusikan oleh presiden
ICRC.

Dari Geneva, Ibu Pejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan


yang menyokong aktiviti aktivitinya di medan seperti sokongan operasi iaitu
pengurusan pentadbiran wilayah yang mengendalikan Agensi Pengesanan Pusat
pertimbangan berkenaan perundangan kemanusiaan dan prinsip prinsip
pergerakan, sumber sumber manusia, sokongan kewangan, dan pentadbiran
selain daripada komunikasi dan siar raya.
Kecuali beberapa orang sahaja, semua kakitangan tetap ICRC terdiri
daripada rakyat Swiss. Walaupun begitu, ada beberapa deligasi medan ICRC
mempunyai kakitangan yang dipinjam daripada persatuan persatuan kebangsaan
dan bertugas terutamanya dalam bidang perubatan dan logistik.
Pada dasarnya, ICRC bertindak dalam masa perang, perang saudara atau
rusuhan dalam negara atau ketegangan, melindungi dan menolong mangsa
mangsa awam dan tentera. Lawatan lawatan ke kem kem tahanan dan
melaporkan kepada pihak berkuasa secara terus.
Berikut merupakan peranan ICRC pada setiap masa iaitu:

Pembangun konvensyen kemanusiaan Antarabangsa

Penjaga prinsip prinsip asas Palang Merah

Mengiktiraf penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah,dan Bulan Sabit

Merah Kebangsaan.

Agensi pengesanan pusat

Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlakunya kemalangan

Mesej mesej orang awam

Bantuan bekalan kepada mangsa mangsa peperangan

Seluruh dunia mengenali ICRC dan memberikan kepercayaan kepadanya. Malah


dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, ICRC telah diberi taraf
pemerhati mulai tahun 1990.

b)

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah (IFRC)

Rajah di atas menunjukkan lambang IFRC.

Hampir setiap negara di dunia sekarang mempunyai persatuan kebangsaan,


sama ada Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah. Setiap
persatuan ini bernaung di bawah satu badan induk yang dinamai Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah atau
IFRC (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies). IFRC
ialah satu badan yang lain daripada ICRC.
Persekutuan

Antarabangsa

Palang

Merah

Dan

Bulan

Sabit

Merah

(International Federation of RC Socities (IFRC) ditubuhkan pada tahun 1919, iaitu


sebaik sahaja selepas tamatnya Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama itu
telah melahirkan banyak sukarelawan yang bertugas dalam Persatuan Palang
Merah negara masing-masing. Ratusan ribu sukarelawan ini memberikan khidmat
kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang dan mereka
mendapat pelbagai pengalaman.
Timbullah idea untuk mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah
satu badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama.
Presiden Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat, Henry Pomeroi Davison,
mencadangkan ditubuhkan satu persekutuan Persatuan-persatuan Palang Merah.
Davison mengadakan satu persidangan perubatan di Paris pada tahun 1919 dan
mengemukakan cadangannya.
Daripada cadangannya, lahirnya Liga Persatuan Palang Merah. Negara
pengasas Liga ini ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, dan Jepun. Pada
awalnya, ibu pejabatya terletak di Paris, tetapi kemudiannya berpindah ke Geneva
juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam aktiviti
kemanusiaan.

Oleh sebab lambang bulan sabit mulai digunakan secara meluas, pada tahun
1983 nama rasminya ditambah menhadi Liga Persatuan-persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah. Pada tahun 1991 pula, perkataan Liga digugurkan dan
diganti dengan Persekutuan. Sekarang nama rasminya ialah Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah atau lebih
mudah digelar IFRC sahaja.
Bilangan ahli meningkat dari semasa ke semasa. Pada tahun 2003, bilangan
negara yang menganggotai Persekutuan ini adalah 178 buah. Untuk mengelakkan
pertindihan fungsi, IFRC dan ICRC telah mengadakan beberapa perbincangan sejak
tahun 1989 dan membuat beberapa persetujuan.
Antara fungsi fungsi umum persekutuan ini ialah:

Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan, dan


pengkajian di antara persatuan persatuan kebangsaan dan bagi memberi
mereka apa jua pertolongan yang diminta.

Mengalakkan di setiap negara berkenaan penubuhan dan pembangunan


kebangsaan yang bebas serta diiktiraf.

Memberi bantuan dengan apa sahaja cara kepada semua mangsa bencana.

Membantu persatuan persatuan kebangsaan dalam persediaan bantuan


bencana dalam organisasi tindakan bantuannya.

Menggalakkan dan menyelaraskan di antara persatuan persatuan


kebangsaan berkenaan pertukaran idea bagi pendidikan kanak kanak dan
belia.

Perbezaan utama dalam bidang tugas antara IFRC dengan ICRC adalah dari
segi skopnya. Jika ICRC lebih memainkan peranan dalam peperangan atau konflik
bersenjata, IFRC pula akan memainkan peranan pada waktu aman. IFRC
menekankan kepada kesihatan dan kebajikan terutama di negara-negara ketiga.
IFRC menjalankan program kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan di
seluruh dunia. Contoh bantuan kemanusiaan yang sering dijalankan ialah
mendapatkan bekalan makanan dan mengagihkan kepada mangsa kebuluran.

IFRC juga merupakan badan yang terkehadapan dalam bencana besar, sama
ada semula jadi atau buatan manusia. Dengan bekerjasama dengan persatuan
kebangsaan, IFRC akan cuba memberikan bantuan dalam bencana serangan
wabak penyakit, gempa bumi, ribut taufan, banjir, kemalangan kapal terbang,
letupan kilang, dan sebagainya.

c)

Persatuan Persatuan Kebangsaan


Lambang Persatuan Kebangsaan tidak mempunyai segi emapat bergaris

merah di latar belakangnya. Di seluruh negara, semua persatuan kebangsaan


bertindak sebagai badan yang membantu kerajaan dalam hal hal kemanusiaan.
Tugas utamanya ialah membantu perkhidmatan tentera jika berlaku peperangan.
Oleh itu, persatuan perlu mempersiapkan diri semasa aman.
Selain tu, persatuan juga menjalankan aktiviti aktiviti khusus yang selaras
dengan Prinsip Prinsip Asas. Contohnya ialah melatih petugas pertolongan cemas
dan jururawat, program derma darah, menjalankan despensari dan hospital,
memberikan pertolongan kepada orang sakit serta kurang upaya dan sebagainya.
Walau bagaimana pun, persatuan persatuan ini perlu mendapat pengiktirafan
daripada ICRC. Antara persatuan kebangsaan yang aktif di peringkat dunia ialah
Palang Merah British dan Palang Merah Amerika.
Pada tahun 2003, telah ada 178 persatuan kebangsaan yang menjadi ahli
penuh IFRC. Dengan perkembangan politik dunia semasa, akan ada lagi persatuan
kebangsaan baru ditubuhkan jika wujud negara baru. Untuk menubuhkan sesebuah
persatuan kebangsaan, perlulah terlebih dahulu mendapat pengiktirafan daripada
ICRC.

Rajah di atas menunjukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di
seluruh dunia

d)

Persidangan Antarabangsa

Ketiga-tiga badan ini, iaitu ICRC, IFRC, dan persatuan-persatuan kebangsaan


merupakan badan yang bebas dan tidak terikat antara satu sama lain, tetapi badanbadan ini bekerjasama dengan amat erat sekali. Ketiga-tiganya membentuk apa
yang dinamai Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.
Pergerakan tersebut berjumpa empat tahun sekali untuk membincangkan isu-isu
semasa dan perancangna akan datang. Perjumpaan ini diadakan dalam bentuk
persidangan dan nama rasmi persidangan ini ialah Persidangan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa.
Persidangan ini diuruskan oleh satu Sekretariat khusus yang beribu pejabat di
Geneva. Walau bagaimanapun, tempat persidangan tidaklah sentiasa di Geneva,
sebaliknya diadakan di serata dunia.

2.2

STRUKTUR

DAN

ORGANISASI

PERTUBUHAN

PERINGKAT

KEBANGSAAN, NEGERI, DAN DAERAH


Oleh sebab penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia tertakluk
kepada Akta Parlimen, struktur organisasinya mengikut kehendak akta tersebut.
Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di
bawah Presiden ada lima Naib Presiden, yang dipegang oleh Yang Berhormat
Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Yang Berhormat Menteri
Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Menteri
Pelajaran, dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Hal ini telah memudahkan
kerjasama antara PBSMM dengan kerajaan. Jika jawatan dalam kerajaan itu
bertukar orang, maka pemegang jawatan dalam PBSMM juga bertukar secara
automatik.
Satu organisasi pusat mengandungi :
a.

Senat PBSMM

b.

Majlis Kebangsaan

c.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

d.

Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan

e.

Cawangan-cawangan dan jawatankuasanya serta beberapa jawatankuasa

kecil masing-masing di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia


f.

Unit-unit kecil dan jawatankuasa masing-masing

Rajah di atas menunjukkan carta organisasi PBSMM.


Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut terdapat di Ibu Pejabat
Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur.
Senat PBSMM

Badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi PBSMM

Tidak mempunyai kuasa eksekutif

Tidak lebih daripada 25 senator pada sesuatu masa

Pelantikan senator PBSMM ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan

dan dilantik daripada ahli-ahli PBSMM yang terkenal sebagai pengiktirafan pada
perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada persatuan dan negara

Peranan: bagi meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan

prinsip-prinsip pergerakan

Majlis Kebangsaan

Badan terpenting yang mempunyai kuasa mengendalikan pengurusan serta


pengawalan semua hal ehwal persatuan

Badan yang membuat polisi dan dasar PBSMM

Dianggotai oleh 53 orang ahli, yang terdiri daripada wakil-wakil Cabang,

wakil- wakil kementerian dan agensi kerajaan, dan juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif
Kebangsaan

Anggota: Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 Naib


Pengerusi Kebangsaan (seorang daripadanya dipilih di kalangan pengerusi
cawangan), Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan, tidak lebih
daripada 5 ahli yang dipilih

Anggiota: 2 orang wakil daripada setiap cawangan terdiri sama ada pengerusi
cawangan, naib pengerusi, pengarah cawangan, setiausaha kehormat
cawangan, dan bendahari kehormat cawangan

Anggota: Pengarah Perkhidmatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia,


Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA), seorang wakil daripada setiap
kementerian kerajaan yang bertanggungjawab berkenaan pendidikan, alam
sekitar, hal ehwal luar negara, kesihatan, hal ehwal dalam negeri, dan belia

Bidang kuasa: melantik Setiausaha Agong, membentuk, membubar dan


menggantung keahlian Cawangan, serta menimbang dan meluluskan
pelantikan Penanung Cawangan

Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali mesyuarat


dalam setahun dan memerlukan satu pertiga kehadiran ahli bagi membentuk
korum

Pengundian ahli diadakan sekali dalam 2 tahun semasa Mesyuarat Agung


Tahunan yang mesti diadakan sebelum bulan Jun setiap tahun

Lembaga Eksekutif Kebangsaan

Badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis
Kebangsaan

Melaksanakan arahan MajlisKebangsaan, dan menjalankan aktiviti-aktiviti


seharian PBSMM

Pengurusan berkenaan hal ehwal persatuan adalah tanggungjawab


Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilang masa
bertindak sejajar dengan arahan dan keputusan Majlis Kebangsaan

Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada: pemegang jawatan utama (pengerusi


dan timbalan pengerusi kebangsaan, 4 orang naib pengerusi, bendahari
kehormat kebangsaan, dan Setiausaha Agung Setiausaha Agung bagi
Lemabaga Eksekutif Kebangsaan juga ialah Setiausaha Majlis Kebangsaan),
beberapa orang pengerusi jawatankuasa kebangsaan, dan wakil daripada
setiap lima zon

Pengerusi

Kebangsaan

adalah

Pengerusi

Jawatankuasa

Eksekutif

Kebangsaan yang mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam


setiap dua bulan

Kuasa Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan:


-Menamakan calon bagi pelantikan setiausaha agung oleh Majlis
Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syaratsyarat perkhidmatan mereka
-Menimbang dan meluluskan penubuhan Cabang dan unit subsidari lain
-Memberi pertimbangan dan melulus ataupun sebaliknya pelantikan ahli-ahli
jawatankuasa cawangan yang dipilih selain daripada pengerusi cawangan
yang dicalonkan oleh jawatankuasa cawangan
-Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan boleh melantik jawatankuasa kecil
(Pengerusi Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Cawangan yang lain) yang
difikirkan dari semasa ke semasa

-Mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama dalam menentukan


pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ahli
persatuan yang tidak termasuk ahli-ahli senat PBSMM atau ahli-ahli Majlis
Kebangsaan

Jawatankuasa Kebangsaan

Semua aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa


Kebangsaan

Ada

10

Jawatankuasa

pengerusinya

Kebangsaan

dan

setiap

satu

diketuai

oleh

masing-masing

Jawatankuasa-jawatankuasa kebangsaan terdiri daripada perkhidmatan


ambulans, pentadbiran dan pengurusan, bangunan, reaksi kecemasan,
program darah, perkhidmatan kesihatan dan masyarakat, hal ehwal
antarabangsa, perhuungan raya dan kutipan derma, undang-undang
kemanusiaan antarabangsa dan hal ehwal perundangan latihan dan tenaga
manusia

Pengerusi jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan


dan juga ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam mesyuarat agung
tahunan

Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik pula ahli-ahli


jawatankuasa masing-masing dan mungkin membentuk jawatankuasa kecil
jika perlu

Zon

Semua aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa


Kebangsaan

Zon Utara : Perlis, Kedah & Pulau Pinang

Zon Tengah : Perak, Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Zon Selatan : Negeri Sembilan, Melaka & Johor

Zon Pantai Timur : Kelantan, Terengganu & Pahang

Zon Timur : Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan

Setiap zon akan melantik seorang wakil daripada Pengerusi Cawangan,


Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi atau Pengarah untuk tempoh dua tahun
secara bergilir-gilir untuk mewakili zon dalam Lembaga Eksekutif Kebangsaan

Zon diwajibkan untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam

tempoh

setahun

Zon akan diwakili oleh tidak lebih daripada 5 daripada setiap Ahli

Jawatankuasa

Cawangan

Cawangan

Cawangan diwajibkan untuk bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali

setahun

Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sebelum bulan April setiap


tahun

Pengundian ahli-ahli diadakan sekali dalam tempoh 2 tahun

Cabang
Setiap Cawangan pula terdiri daripada beberapa Cabang / Chapter (dahulu
dinamai Daerah).
Setakat tahun 2003, ada 148 Chapter di seluruh negara. Setiap Chapter
ditadbir oleh Jawatankuasa Chapter. Jawatankuasa Chapter terdiri daripada
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat, Pegawai
Perubatan Kehormat, wakil-wakil jabatan kerajaan, dan beebrapa kerajaan, dan
beberapa Pegawai Penjaga (Officer-in-Charge atau diringkaskan sebagai OC)
Aktiviti sekolah-sekolah menengah diselaraskan oleh Pegawai Penjaga Belia
(OC Youth), manakala aktiviti-aktiviti sekolah rendah diselaraskan oleh Pegawai
Penjaga Kanak-Kanak (OC Link)
Aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit yang terdiri
daripada

bahagian

Kumpulan

Perkhidmatan

Kebajikan,

Pasukan

Bantuan

Sukarelawan (Volunteer Aid Detachment atau diringkaskan sebagai VAD), dan


sekolah-sekolah.
Unit
o

Unit-unit sekolah pula terbahagi kepada dua, iaitu Belia (Youth) dan Kanakkanak (Link)

Ahli-ahli Belia dan Kanak-kanak membentuk lebih kurang 80% ahli-ahli PBSM
Malaysia keseluruhannya

Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing

Bagi unit Belia, Pegawai Belianya iaitu guru penasihat PBSM yang dilantik

oleh

Pengetua sekolah. Begitu juga bagi penasihat PBSM yang dilantik oleh Guru
Besar Sekolah.

Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang
menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa

Contohnya, Unit PK(Y) 118 menunjukkan unit ini adalah dari Cabang Perak
(ditunjukkan oleh huruf PK), merupakan unit Youth atau Belia (ditunjukkan
oleh huruf Y), dan nombor 118 menunjukkan ia merupakan unit ke-118 yang
didaftarkan. Ini sebenarnya ialah nombor unit bagi Maktab Rendah Sains
MARA, Taipin

Sekolah

Susunan organisasi Pasukan BSMM Sekolah Menengah

Peranan dan tanggungjawab pemimpin pasukan BSMM: pentadbiran, latihan,


tatetertib, aktiviti, pakaian seragam, dan kebajikan ahli
BBSM merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan,

organisasi ini telah memberikan banyak sumbangan. Antaranya, memberikan


perkhidmatan perundingan dalam kegiatan bencana, operasi bencana dan bantuan,
membantu Kementerian Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-pusat Bantuan
Bencana, menyedia dan mengagihkan makanan, pakaian dan bekalan ubat kepada
pihak polis, tentera dan Jabatan Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-

operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan pertolongan cemas dan


kesihatan kepada mangsa-mangsa malapetaka.
Aktiviti-aktiviti BSMM:
a) Kursus pertolongan cemas
b) Kursus CPR
c) Tugas-tugas sukarela seperti

memberikan

rawatan

semasa

sukan,

d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

memberikan bantuan dalam bencana


Seminar dan kuiz
Pertandingan kawad kaki
Peperiksaan
Perkhemahan
Perkhidmatan ambulans
Program derma darah
Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan program darah, penyalahgunaan

k)
l)
m)
n)
o)
p)

dadah, telekaunseling, teledra


Persediaan dan bantuan bencana
Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
Kutipan derma
Penubuhan unit baru dan menambah keahlian
Perhubungan awam
Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan
sukarela

2.3

STRUKTUR DAN ORGANISASI BULAN SABIT MERAH PERINGKAT

SEKOLAH DAN KUMPULAN


Aktiviti di peringkat Chapter(daerah) biasanya dijalankan oleh unit-unit yang
terdiri daripada bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan
Sukarelawan dan sekolah-sekolah.
Bagi unit belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik
oleh Pengetua sekolah. Begitu juga bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanakkanaknya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar Sekolah.

Rajah di atas merujuk kepada carta organisasi peringkat sekolah.

2.4

FUNGSI MAJLIS TERTINGGI

Rajah di atas merujuk kepada carta organisasi majlis tertinggi.

PENGERUSI

Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab


terhadap semua hal yang berkaitan dengan pengurusan, pembangunan,

pentadbiran dan kegiatan Cabang.


Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa

Cabangannya.
Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani tiap-tiap minit

mesyuarat yang dijalankan.


Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang

dalam perlaksanaan tugas mereka.


Memastikan akaun cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan

dikemukakan ke Cawangan.
Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan

belanjawan cabang tersusun rapi.


Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan
BSMM

NAIB PENGERUSI I

Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.


Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang.
Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletak jawatan

sehingga Pengerusi baru dilantik.


Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang.

NAIB PENGERUSI II

Bergantung pada keperluan Cabang dan tugas-tugasnya seperti Naib


Pengerusi I

SETIAUSAHA

Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pengawai

Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabangan dan Unit.


Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungan dengan

Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat cabang.


Bertanggungjawab memberi bantuan sektretariat dan susulan untuk

Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi.


Menyelaras semua kegiatan Cabang.
Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan

Tahunan dan Penyata Kewangan.


Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawab
mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan
Cabang.

BENDAHARI

Bertanggungjawab

terhadap

bertanggungjawab

menyimpan

Bendahari
rekod

Cawangan

akaun,

dan

menyediakan

akan
Penyata

Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira

kira bulanan dan tahunan.


Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan

Unit.
Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik

oleh Jawatankuasa Cabang.


Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti

tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.


Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan

dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan.


Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit.
Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum
30 Mac setiap tahun.

TAJUK 4:
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN

TAJUK 6: PERTOLONGAN CEMAS


6.1

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan cemas atau bantuan awal yang diberikan kepada mangsa

selalunya dapat membantu menyelamatkan nyawa mangsa.


Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang
diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau
pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital.
Untuk memberikan kefahaman tentang prinsip pertolongan cemas bantuanbantuan sewajarnya dapat diberikan. Objektif-objektif pertolongan cemas adalah:
A) Menyelamatkan nyawa
Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasan, berikan bantuan
pemulihan pernafasan dan jantung
Setiap saat adalah penting
Berhentikan pendarahan
Pulihkan renjatan
B) Mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk
Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan
bibir sekiranya perlu.
C) Memberi kelegaan dan keselesaan
Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar.
Jangan tinggalkan pesakit bersendirian.
Pastikan keadaan pesakit.
Periksa nadi dan pernafasan.
D) Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS


1. Tajam pemerhatian

Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri


dan si malang sama-sama diutamakan.
2. Pantas berikhtiar
Hendaklah menggenakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita.
3. Tidak kasar
Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera.
4. Berakal berbudi
Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar.
5. Bertimbang rasa
Bersimpati dengan yang cedera.
6. Setiasa senyum
Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit.
7. Memberi pertolongan
Lakukan setakat mana yang anda tahu sahaja.

6.2

SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH

6.2.1 SISTEM PERNAFASAN


Semasa kita bernafas, kita menyedut & menghembuskan udara. Udara yang
disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam darah. Udara yang
disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas nitrogen. Badan kita
memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respi.
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG

Peringkat
Dewasa
Kanak-kanak (6- 10 Tahun)
Bayi

Bilangan Seminit
15-20 kali
22-25 kali
35-40 kali

BILANGAN NADI SESEORANG


Peringkat
Dewasa
Kanak-kanak (6- 10 Tahun)
Bayi

Bilangan Seminit
70-80 kali
90-100 kali
100-140 kali

CARA MEMERIKSA NADI


1. Cara yang paling akurat untuk memeriksa denyut nadi adalah melalui
elektrokardiograf. Namun demikian, anda juga dapat memeriksanya sendiri di
rumah. Meskipun tidak 100% akurat, tapi masih tergolong cukup baik.
2. Untuk lebih mudah menemukan denyut nadi anda, tempatkan jari anda pada
pergelangan tangan kiri, telapak tangan menghadap ke atas. Tekan dengan
lembut dan cuba mencari denyut nadi.
3. Setelah anda menemukan denyut nadi, hitungkan jumlah denyut dalam satu
minit.
4. Waktu terbaik untuk mengukur denyut nadi adalah pada waktu pagi, ketika
mendapatkan istirahat yang cukup.

6.2.2 SISTEM PEREDARAN DARAH


Sistem peredaran darah merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang
terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi
kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.
Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu
berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri
sebagai elastik dan kuat.
b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik
arteri.

c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu
epithelium leper biasa.
Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan
kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah
yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida
di paru-paru.
Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan
kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan
jantung. Dari situ darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya
dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan.
Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran pulmonary vena ke
ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan ke
seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel
badan.

Pengaliran Darah
Terbahagi kepada 2 peringkat:a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga
ke antrium kiri.
b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali
ke antrium kanan jantung.
Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa.
Manakala peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kali
Nadi
Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka
satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri.
Pengucupan jantung yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa
pada tempat-tempat tertentu di saluran arteri sahaja.
Sistol istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut).

Diastol istilah peringkat jantung berehat.


Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai
sphygmomanometer.

Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya

ialah:a) Kumpulan A.
b) Kumpulan B.
c) Kumpulan AB.
d) Kumpulan O.

Fungsi Darah

Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu


Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
Melawan penyakit
Membawa enzim dan hormone ke organ sasaran
Mengawal suhu badan
Menghentikan pendarahan

6.3

PATUKAN ULAR DAN SENGATAN SERANGGA

PATUKAN ULAR BERBISA


Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf ataupun sistem
darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan.

Gambar menunjukkan patukan ular bias.


RAWATAN
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Tenangkan mangsa.
Longgarkan pakaian mangsa.
Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
Awasi mangsa dari renjatan.
Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

SENGATAN KALA JENGKING, LIPAN, TEBUAN DAN LEBAH

Gambar menunjukkan sengatan kala jengking, lipan, tebuan dan lebah.


RAWATAN
i.
ii.
iii.

Bawa mangsa ke tempat yang selamat.


Tenangkan mangsa.
Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan

iv.

rawatan CPR jika perlu.


Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan

v.
vi.

bengkak.
Cuci tempat sengatan.
Dapatkan rawatan perubatan.

DIGIGIT LINTAH ATAU PACAT


Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan
berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan
pembekuan darah lambat.

Gambar menunjukkan digigit lintah.


RAWATAN
i.

Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara
membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat

ii.

kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.


Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia

iii.
iv.

menggurangkan kegatalan.
Balut luka dengan kemas.
Dapatkan rawatan perubatan.

bagi

6.4

LUKA

Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau
tidak yang boeh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
JENIS-JENIS LUKA
a) Luka terhiris (incised wound)

Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan
lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan
oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.
b) Luka terkoyak (lacerated wound)

Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau
alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan
binatang atau sebagainya.
c) Luka lebam (contusion)

Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul
dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak

bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada
benda-benda yang berat.

Luka tembus (punctured wound)

Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya
tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan
mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan
sebagainya.

Luka tembakan (gunshot wound)

Luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah
lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan
senapang atau pistol.
RAWATAN LUKA
I.
II.
III.

Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama

ada

ia

sedar

atau

sebaliknya.Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang


IV.

baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.


Longgarkan pakaian si mangsa terutamanya di bahagian leher dan pinggang.

V.

Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang


banyak.

6.5

PENDARAHAN
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Pendarahan eksternal (dibahagian luar)
luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau
luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai
luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam
luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum
2. Pendarahan internal (dibahagian dalam)
perut muntah berdarah
paru-paru / salur pernafasan batuk berdarah
tali usus darah pada dubur
rahim tumpah darah
buah pinggang kencing berdarah
tengkorak darah mengalir melalui telinga dan hidung
3. Pendarahan internal tanpa kesan
limpa dan hati pecah
pendarahan dalam otak

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM


A) Luka-luka kecil
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti
plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko
jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
1. Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
2. Cuci luka dari tempat luka ke arah luar supaya kuman tidak masuk ke
kawasan luka.
3. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
4. Lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah
tempat luka.
5. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

B) Luka kecil yang ada benda asing

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti
kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek
tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa
menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkahlangkah rawatannya adalah seperti berikut:
1. Bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan
kotor.
2. Cuci dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
3. Keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
4. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas keduadua bahagian atau sekitar tepi objek.
5. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda
boleh membalut tanpa menekan objek.
6. Bawa mangsa ke hospital.

CARA MENAHAN DARAH


A. Tekanan Tepat tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada
apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertaidengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang
disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan
menekan pada tempat berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10
15 minit.
B. Tekanan Tidak Tepat tekan pada urat nadi.
1. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).
2. Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
3. Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan
pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.
4. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.
5. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan
anggota mati dan terpaksa dipotong .
6. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

C. Anggota Terputus kawal darah dari berterusan keluar.


1. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasar yang basah,
sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonik yang suci kuman.
2. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.
3. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang
mengandungi ketulan ais.
4. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais.
5. Hantar mangsa ke hospital.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA


a) Temporal arteri di hadapan telinga.
b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk
pertama di belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri pergelangan siku.
g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri di belakang lutut.
k) Anterior tibial pergelangan kaki.

6.6

PATAH
Patah merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang,

sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
JENIS-JENIS PATAH
Jenis Patah

Gambar

Patah tebu (Green stick fracture)


Kepatahan separa di mana tulang patah dan
membengkok.
Darah tidak mengalir keluar.
Selalu terjadi kepada kanak-kanak.

Patah remuk (Comminuted)


Kepatahan tulang yang menjadi serpihan kecil
akibat dari impak yang sangat kuat.

Patah melintang (Tranverse)


Kepatahan yang

mendatar atau merentas

disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.

Patah terpusing (Spiral)


Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran
yang kuat dan menghasilkan kepatahan seperti
spring.

Patah menyerong (Oblique)


Kepatahan

yang

bersudut

tajam

yang

disebabkan dari hentakan kuat secara tiba-tiba.

Patah lesung (Impacted)


Patah yang tulangnya cucuk-mencucuk antara
satu sama lain.
Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari
tempat yang tinggi dan terpecah dari pelbagai
sudut.

RAWATAN AM PATAH
i.

Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di

ii.
iii.
iv.

tempat kejadian kecuali keadaan berbahaya di situ.


Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.
Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih,

v.

rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.


Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut

vi.

kesesuaian.
Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut

vii.

keadaan dan tempat yang patah.


Dapatkan bantuan perubatan segera.

Gambar menunjukkan anduh atau balutan patah.

6.7

TERSELIUH
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan

ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau
kaki serta lutut.

Gambar menunjukkan jenis-jenis terseliuh pada kaki.


Rawatan : RICE
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Rehatkan bahagian yang cedera. (Rest)


Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)
Balut tempat yang cedera. (Compression)
Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
Hantar ke hospital.

6.8

BALUTAN

JENIS BALUTAN ANDUH


Balutan
Cincin

Balutan
Tangan

Balutan
Dada

Balutan
Anduh
Besar
Balutan
Anduh
Kecil

Balutan
Kepala
Balutan
Bahu

Balutan
Paha

Jenis Balutan
Anduh

Anduh
Segitiga
Balutan
Siku

Balutan
Jari
Balutan
Tapak
Kaki
A) Balutan Tangan

Balutan
Lengan

Balutan
Lutut

B) Balutan Dada
Depan

Belakang

C) Balutan Kepala
Cara menutup luka pada hidung dan dagu

Cara menutup luka pada telinga dan dagu

Cara menutup luka pada mata

D) Balutan Bahu

E) Balutan Paha

F) Balutan Siku

G) Balutan Lutut

H) Balutan Lengan

I) Balutan Tapak Kaki

J) Balutan Jari

K) Anduh Segitiga

L) Balutan cincin

Langkah-langkah:
Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia
seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.
Fungsi:
a. Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang
tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat
lain.
b. Juga digunakan untuk menutup luka.
M) Balutan anduh kecil / anduh pergelangan tangan

Langkah-langkah:
a. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan
letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan.
b. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
c. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

Fungsi:
a. Digunakan dalam keadaan patah tulang atau pendarahan. Menggunakan
sebarang bentuk balutan tanpa menggunakan pembalut segi tiga.

N) Balutan anduh besar / anduh lengan

Langkah-langkah:
a. Letakkan bucu kain atas anduh pada siku lengan yang cedera.
b. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
c. Akhir sekali, letakkan bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi ke
bahagian dalam dengan dipinkan atau dilipat supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:
a. Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
b. Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBALUT KAIN ANDUH


LIPATAN TIGA SEGI
a. Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta)
atau bebatan pada bahagian besar badan.
b. Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka
kecil.
c. Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal
pendarahan

IKATAN KAIN ANDUH


IKATAN SIMPUL SILA
Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang
rata, kemas dan tidak mudah lucut.

6.9

MELECUR

Gambar menunjukkan melecur pada tangan.


Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang lembab atau basah.
Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.
Melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar
dalaman. Melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar
peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan
alkali. Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya
renjatan kepada mangsa.

PENGIRAAN PERATUSAN MELECUR


Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah Sembilan (rule of
nine).
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Bahagian kepala dan leher 9%


Sebelah anggota atas 9%
Bahagian depan badan 18%
Bahagian belakang badan 18%
Sebelah anggota bawah 18%
Bahagian kemaluan 1%

RAWATAN AM MELECUR
i.
ii.

Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara.


Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan

iii.
iv.

menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.


Tenangkan mangsa.
Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa.
Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat

v.

cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.


Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih

vi.

dahulu.
Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya

vii.

pakaian yang melekat.


Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan

viii.
ix.
x.

jangkitan.
Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi

xi.

menggantikan kehilangan cecair yang hilang.


Dapatkan rawatan perubatan segera.

6.10

RACUN DAN KERACUNAN


Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau

gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari
sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.

RAWATAN AM KERACUNAN
i.
ii.
iii.

Tenangkan mangsa.
Longgarkan pakaian mangsa.
Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan

iv.

penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.


Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas

v.

yang terdapat di sekeliling mangsa.


Letakkan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa

vi.

dalam keadaan pengsan.


Dapatkan rawatan perubatan.

6.11

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang

menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan


mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
RAWATAN AM PITAM
i.
ii.

Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan sementara.


Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukan dan tundukkan

iii.
iv.
v.

kepala mangsa ke bawah.


Longgarkan pakaian mangsa.
Tenangkan mangsa.
Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranya

vi.
vii.
viii.

mangsa telah pengsan.


Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman.
Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

6.12

PEMULIHAN PERNAFASAN

Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipraktikkan semasa


mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Pemulihan mulut ke mulut


Pemulihan mulut ke hidung
Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok
Kaedah Holger Neilson
Kaedah Selvesters
Kaedah Schafers

(a) Pemulihan mulut ke mulut


Cara pratiknya:
1. Rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
2. Tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
3. Lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata
memerhatikan bahagian dada mangsa
4. Hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada
kebocoran dari celah bibir mangsa.
5. Lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung.
6. Lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1
hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.
7. Pemulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri
atau apabila tiba bantuan perubatan.

(b) Pemulihan mulut ke hidung


Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa
di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.

Cara praktiknya:
1. Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
2. Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui
mulut.
3. Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan,
perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menentukan udara masuk atau
tidak ke paru-paru.
4. Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
5. Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

(c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher


Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran
pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung.
Cara praktiknya:
1. Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa.
2. Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak
menentukan dada mengembang atau tidak.
3. Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu.

(d) Kaedah Holger Nielson


Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan.
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau
gemuk dan berperut buncit.
Cara praktiknya:

1. Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan


mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya.
2. Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke
hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
3. Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
4. Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula.
5. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di
bahagian tulang scapula mangsa.
6. Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa
mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.
7. Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
8. Kaedah ini dilakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau
sehingga tiba bantuan perubatan.

(e) Kaedah Selvesters


Cara praktiknya:
1. Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
2. Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih
mengepit bahagian kepala mangsa.
3. Dongakkan kepala mangsa.
4. Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada
mangsa.
5. Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan
gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh
mencederakan dada mangsa.
6. Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
7. Angkat dan depankan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang
dada dan mengembang kira-kira 2 saat.
8. Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulang kali
sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

(f) Kaedah Schafers


Cara praktiknya:
1. Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa
mengampu bahagian kepalanya.
2. Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa
dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.
3. Letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan
tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa selama kira-kira 2
saat.
4. Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
5. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga
tibanya bantuan perubatan.

6.13

RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)


Resusitasi kardiopulmonari (CPR) adalah penghubung penting dalam
kitar mandiri kepada mangsa yang mengalami denyutan jantung atau
pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan mulut ke mulut (ataupun
pernafasan bantuan dengan cara yang lain) dan tekanan dada untuk
memastikan darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak
dan organ-organ penting.
Sebab-sebab CPR
CPR diperlukan bagi mangsa yang jantung berhenti menyebabkan
mangsa pengsan dalam beberapa saat. Pertolongan cemas yang terbaik
adalah menghubungi sistem rawatan kecemasan dengan segera. CPR boleh
dilaksanakan dengan segera, defibrilasi, dan rawatan lanjutan akan
membolehkan mengsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.
- terhenti pernafasan
- tiada nadi
Teknik CPR
CPR merangkumi

tiga

kemahiran

penyelamat

asas:

saluran

pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan sebagai ABCs of CPR): (a) Saluran pernafasan (Airway)
Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam
proses CPR. Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah
membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan
posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang
lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa
yang tidak sedarkan diri kerana lidah dan epiglotis di bahagian
bawah rahang. Dengan cara mendongakkan kepada ke belakang
dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan.
Kedudukan ini akan mengnagkat lidah mangsa dari arah belakang
tekak supaya ia tiadk menghalang laluan udara.
(b) Pernafasan (Breathing)
Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang
perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telingan anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan

keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut


membolehkan anda mendengar bunyi nafas,merasa hembusan
nafas, dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk
melihat pergerakan turun-naik dada.
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai
oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu,
apabila pernafasan terhenti, mangsa akan mati sejurus selepas itu.
Bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah cara yang tercepat
untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa.
Udara yang anda hembus mengandungi cukup oksigen untuk
membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada
keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga
bantuan perubatan tiba.
Sekiranya mangsa masih tidak sedar tetapi bernafas dengan
tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa dalam
posisi pemulihan. Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda
perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan berikan
bantuan pernafasan. Jika jantung mangsa tidak berdenyut, bantuan
pernafasan dan tekanan dada perlu dimulakan.
(c) Peredaran darah (Circulation)
Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah
terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya
mangsa mempunyai denyutan nadi, anda hanya perlu meneruskan
langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh
bernafas dengan sendiri.
Tekanan dada perlu dilakukan bagi mengekalkan edaran darah
ke peparu, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain.
Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan
kedudukan tekanan di tulang dada dan sekitar dua jari dari atas
hulu hati.
Apabila tekanan dada, bantuan pernafasan mulut ke mulut juga
patut dilakukan. Apabila mangsa pulih (mula bernafas dan kembali
bernadi), letakkan mangsa dalam posisi pemulihan.

Panduan Lengkap CPR


Dengan cara ini, apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat
menolong menyelamatkan nyawa.
Sebelum melakukan CPR, kita perlu menilai situasi mangsa (primary
survey) dan bertindak berasaskan prinsip DRABC.
TINDAKAN
D- DANGER
(Bahaya)

TATACARA PELAKSANAAN
ILUSTRASI
Lihat kawasan persekitaran
jika ada sebarang tandatanda bahaya.
Pastikan keselamatan anda
dan mangsa anda.
Alihkan bahaya dari mangsa
atau alihkan mangsa dari
bahaya.
Pastikan kawasan selamat.
Pastikan mangsa dalam
keadaan

baring

di

permukaan yang keras dan


R- RESPONS
(Tindak Balas /
Reaksi)

rata.
Panggil
kejutkan

mangsa
beliau.-

atau
Hello!

Hello! Sir/ Madam. Are you


ok? I am here to help you.
Tepuk
atau
gerakkan
bahunya dengan perlahanlahan.
Jika tiada tindak balas dari
mangsa,

lekas

minta

bantuan orang ramai untuk


menghubungi ambulans atau
nombor
tempatan.

kecemasan

A- AIRWAY

Betulkan

(Saluran Udara)

mangsa.
Berlutut di sisi mangsa.
Buka saluran pernafasan.
Dongakkan kepala mangsa
untuk

kedudukan

membuka

saluran

pernafasan dengan kaedah


Head Tilt or Chin Lift or Jaw
Thrust

Dongak

Kepala

Angkat Dagu.
Angkat dagu perlahan-lahan
dengan satu tangan sambil
menolak
B- BREATHING
(Pernafasan)

dahi

ke

bawah

dengan sebelah tangan lagi.


Periksa pernafasan mangsa
dengan

membuat

3M

(Melihat,

Merasa

dan

Mendengar)
Lakukan
dengar-rasa-lihat
untuk 10 saat.
Jika tiada pernafasan, beri 2
hembusan bantuan.
Memicit
hidung
mangsa
hingga tertutup sepenuhnya,
dan melakukan hembusan
udara dari mulut ke mulut
atau menggunakan alat yang
khas.
Kaedah

ini

membolehkan

mangsa menerima lebih gas


oksigen

yang

masuk

ke

paru-parunya.
Perhatikan pergerakan dada
mangsa.
Kitaran ini akan berterusan
iaitu 30 tekanan dada dan 2

kali

hembusan

nafas,

sehinggalah

bantuan

ambulan

sampai

dan

yang

telah

kakitangan

dilengkapi dengan peralatan


yang lebih sesuai mengambil
alih

tugas

melaksanakan

CPR.
C- COMPRESS
(Peredaran

Cari

tekanan-

pertengahan tulang sternum.


Tetapkan keadaan kedua-

Dari/Ke

dua belah tangan di mana

Pengaliran
Darah

tempat

Jantung)

kedua

telapak

bertindan

tangan

menghadap

bawah,

dan

ke

jari-jari

menyelangi di antara satu


sama lain.
Pastikan lengan anda lurus,
dan letakkan serta tetapkan
posisi dasar tapak tangan
anda

di

mangsa.
Lakukan

tengah

dada

tekanan

dada

mangsa

dengan

menggunakan

kekuatan

berat badan anda.


Tekanan
dada
menolong

akan

mengepam

jantung mangsa yang telah


berhenti dan menggerakkan
semula aliran darah.
Beri tekanan jantung 30 kali
pada
diikuti

dada

mangsa

dengan

dan
kali

hembusan.
Pastikan
tekanan

dada

tertekan ke dalam sekurangkurangnya 2 inci.


Sasarkan sebanyak 100 kali
tekanan dada dalam masa 1
minit.
Teruskan tekanan sehingga
5 kali pusingan sehinggalah
pertolongan sampai.
Lihat jika ada tanda-tanda
bernyawa- batuk, bernafas
atau pergerakan.
Tunggu kehadiran ambulan.
Selepas setiap 30 tekanan, beri 2
hembusan.
Jika tiada nadi, mulakan CPR dengan
tekanan dada.
Jika ada nadi, beri bantuan pernafasan
setiap 5 saat sebanyak 12 kali seminit.
Pada akhir kitaran kelima, sila periksa
nadi.
Penilaian: tentukan ketiadaan nadi.
Letakkan 2 atau 3 jari ke halkum.
Letakkan jari ke lekuk di antara halkum
dan otot di leher.
Rasa nadi carotid.
Jika tiada nadi, mulakan kitaran pertama
30 tekanan dada dan 2 hembusan
pernafasan.

Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini


(American Heart Association 2010), bagi mereka yang
tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR,
hanya perlu melakukan kaedah Tekanan Dada sahaja,
dan tidak perlu melakukan pertolongan pernafasan. Tekanan Dada adalah
lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan bagi meneruskan bekalan

darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan


jantungnya terhenti dan ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.

Bantuan untuk Mangsa Tercekik bagi Orang Dewasa yang Sedar


TINDAKAN

TATACARA PELAKSANAAN

Pastikan

Penyelamat boleh bertanya :

mangsa
bercakap
batuk

boleh
atau

Anda

tercekik?

mungkin

Mangsa

menunjukkan

isyarat yang biasa bagi orang


tercekik seperti memegang
leher di antara ibu jari dan
jari telunjuk.

Lakukan
Helmlich
Maneuver

Berdiri di belakang mangsa


dan letakkan kedua tangan
anda di antara pusat dan
diafragma.
Tekanan
menggunakan

abdomen
genggaman

tangan dengan cepat ke arah


dalam dan ke atas sebanyak
antara 6-10 kali.
Tekanan di bawah diafragma
hingga benda asing yang
tersekat keluar.

ILUSTRASI

Tekanan Dada

Berdiri di belakang mangsa


dan letakkan kedua tangan di
bawah

ketiak

supaya

mangsa
mengelilingi

dadanya.
Tekan dengan cepat arah ke
dalam sebanyak antara 6-10
kali.
Tekanan
dilakukan

dada

boleh

kepada

mangsa

yang bertubuh besar atau


yang sarat mengandung.
Saluran pernafasan tersekat : Orang dewasa yang tidak sedar atau
hampir tidak sedar
TINDAKAN

TATACARA PELAKSANAAN

Dapatkan

Buat panggilan 999.

/hubungi
bantuan sistem
rawatan
kecemasan
Periksa untuk
melihat

benda

asing

yang

bantuan
pernafasan

cungkil

untuk

mengeluarkan benda asing


dari dalam mulut.

tersekat
Cuba

Cuba

beri

Buka

saluran

pernafasan

dan berikan 2 hembusan.


Sekiranya perlu betulkan
posisi kepala dan cuba lagi.

ILUSTRASI

Jika

saluran

pernafasan
tersekat,

tangan

lakukan
Maneuver
Ulangi langkah
sehingga
berjaya

di

tengah-tengah

abdomen mangsa di antara

Helmlich

di

Berlutut di paha mangsa.


Letakkan
pangkal
tapak

atas

pusat dan diafragma.


Letak tangan sebelah lagi di
atas tangan ini.
Tekan abdomen

mangsa

dengan tekanan arah ke atas


dengan

cepat

sebanyak

antara 6-10 kali.


Lakukan langkah-langkah di
atas dengan segera secara
berurutan:
1. Masukkan jari ke dalam
mulut (cungkil).
2. Berikan

bantuan

pernafasan.
3. Lakukan

tekanan

abdomen.

RINGKASAN CPR
1 Nilai Tahap Kesedaran

2 Nilai saluran pernafasan

3 Buka saluran pernafasan

4 Beri 2 hembusan pernafasan (sekiranya tiada pernafasan)

5 Periksa nadi
6 Mulakan tekanan dada
(30 tekanan dan 2 hembusan pernafasan) sekiranya tiada nadi
7 Periksa nadi selepas 2 kitaran

8 Nilai saluran pernafasan


9 Tiada pernafasan ulangi langkah 2 hingga 8
(ada pernafasan, periksa nadi)

6.14

GAMBAR ASAS PERTOLONGAN CEMAS

BALUTAN ANDUH

Anduh Besar

Anduh Tiga Segi

1.

Anduh Kecil/ Anduh Leher

2.
Pergelangan Tangan

Balutan mudah (Spira)

Balutan Kepala

Balutan Cincin

Balutan untuk Kaki

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (1 DENGAN 1)

Kaedah Menopang

Kaedah Mendukung

Kaedah Usungan Bomba

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (2 DENGAN 1)

Kaedah Usungan Kerusi

Kaedah Usungan Tangan Bersilang

KAEDAH PEMINDAHAN MANGSA (4 DENGAN 1)

1. Memindah mangsa ke pengusung dengan berhati- hati.

2. Keempat- empat orang pengusung merendahkan badan ke lantai dan


letakkan lutut kanan ke lantai bagi pengusung sebelah kanan manakala bagi

pengusung sebelah kiri, letak lutut kiri mereka. Mereka haruslah bersedia
untuk mengangkat mangsa usungan.
3.

4. Ketua pembawa usungan beri hukuman berdiri; angkat usungan dan jalan.
Langkah kaki sebelah dalam terlebih dahulu.

TEKNIK- TEKNIK DAN CARA PELAKSANAAN RESUSITASI KARDIO


ALMONARI (ORANG DEWASA)

1. Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran
mangsa.jika mangsa adalah tidak sedar, panggil orang yang bersebelahan
untuk menghubungi hospital terdekat sebelum melaksanakan CPR.

2. Periksa pernafasan mangsa sambil memerhati pergerakan dada mangsa.

3. Beri bantuan pernafasan secara mulut ke mulut. Picit hidung dan mulut
mangsa. Tarik nafas dan rapatkan betul- betul ke mulut, hidung dan lubang
pernafasan mangsa dan berikan hembusan.

4. Beri 30 tekanan dan 2 hembusan pernafasan. Jika tiada nadi, mulakan CPR
dengan tekanan dada, jika ada nadi, beri bantuan pernafasan setiap lima saat
sebanyak 12 kali seminit. Ini akan dilakukan selama 5 kali.

5. Menilai dan tentukan nadi. Pembantu mangsa harus meletakkan 2 atau 3 jari
ke halkum dan otot di leher supaya merasa nadi carotid. Jika tiada nadi,
mulakan kitaran pertama dan 30 tekanan dada dan 2 hembusan pernafasan.

TAJUK 7: ASAS KAWAD KAKI


7.1 SEDIA
Skuad, skuad sedia
Depan

Belakang

Sisi

7.2 TAKLIMAT MASUK BARIS

Dengar sini semua sekali, skuad apabila dapat hukuman, tiga barisan di
hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris, bertiga-tiga di

hadapan saya berada skuad (x3)


Tiga barisan di hadapan saya gerak

7.3 TAKLIMAT PARASKAN SKUAD


o Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan paras.

o Dari kanan nombor.

o Nombor ganjil satu langkah ke depan nombor genap satu langkah ke


belakang gerak.

o Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan genap
ke kiri pusing.

o Jadikan tiga barisan cepat jalan.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

o Skuad, skuad sedia.

o Ke kanan lurus.

o Pandang depan

7.4 SENANG DIRI

Senang diri

7.5 REHATKAN DIRI

Rehatkan diri

Langkah 1

Langkah 2

7.6 BERPUSING SETEMPAT


Bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kananpusing

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Squad akan menghadap ke belakang ke kiri.. pusing.

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Da ri kiri, cepat jalan

Langkah 1

Langkah 2

Skuad skuad henti

Langkah 1

Langkah 2
Kanan Lurus

Ke kanan lurus
Pandang depan
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

7.7 MEMBERI HORMAT


Hormat ke kanan hormat

7.8 BERSURAI DAN KELUAR BARIS


Keluar baris
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

TAJUK 8: ISTIADAT

TAJUK 9:
ORIENTASI KURIKULUM
UB DI SEKOLAH RENDAH

You might also like