You are on page 1of 19

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

1.0 PENGENALAN KEPADA TOKOH

1.1 EMILE JAQUES-DALCROZE

Gambar 1 Tokoh Emile Jaques-Dalcroze

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

1.2 LATAR BELAKANG Emilie Jaques-Dalcroze (1865-1950) dilahirkan di Vienna pada 6 Julai 1865. Beliau merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Jules-Lewis dan Jube Jaques. Kedua-dua ibu bapanya berbangsa Swiss. Lapan tahun kemudian keluarganya berpindah ke Geneva, Switzerland di mana Emilie belajar di Conservatory. Semasa kanak-kanak Emile dan kakaknya telah di bawa dan di

perkenalkan kekonsert-konsert, teater, opera dan kelas-kelas piano. Beliau kembali ke Vienna dan belajar daripada Anton Biukner dan Robert Fuchs. Di Paris beliau belajar daripada Leo Delibos dan Faure. Beliau adalah seorang profesor muzik yang berpengkhususan dalam bidang harmoni, solfege dan komposisi. Dalcroze memulakan karier pertamanya sebagai pengurus muzik di Algiers. Pada tahun 1892, beliau kembali semula ke Geneva dan menjadi pensyarah teori di Conservatory. Kemudian beliau dilantik sebagai profesor solfege dan harmoni. Di sinilah beliau mula membentuk sistem Gymnastique Rhythmique (pergerakan ritma sebagai pengenalan pendidikan muzik). Dari tahun 1909 hingga 1912, beliau menghabiskan kebanyakan masanya dalam membentuk kaedah eurhythmic. Bersama-sama dengan pakar jiwa Perancis E'douard

Claparide, beliau telah membentuk satu termologi khas iaitu Pengajaran Muzik Kaedah Dalcroze (Dalcroze Method of Music Instruction). Beliau menghabiskan kebanyakan masanya dalam membentuk kaedah eurhythmic, bersama-sama dengan pakar jiwa perancis Edourd Claparide, beliau telah membentuk satu termologi khas iaitu pengajaran Muzik Kaedah Dalcroze(Dalcroz Method of Muzic Instruction). Emile Jacques mula berkarya dengan serius semasa di awal 20an dan berubah namanya kepada Jaques-Dalcroz lebih tersendiri, hal ini kemungkinannya adalah untukmengelakkan berlakunya kekeliruan dengan seorang komposer perancis terkenal pada masa itu. Dalam tahun 1910, dengan bantuan Wolf dan Harod, Dalcroze menubuhkan sebuah institut di Hellarau. Beliau mengajar di sana dari tahun 1911 - 1914. Dalam masa tiga tahun

sahaja beliau mempunyai cawangan-cawangan di Perancis, Rusia, German, England dan Amerika Syarikat. Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914 dan Dalcroze terpaksa balik

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

ke Geneva kerana institut ini terpaksa ditutup akibat peperangan. Pada tahun 1915, beliau mengasaskan institut baru di Geneva. Dalam tahun 1925, Dalcroze memindahkan ibu

pejabatnya ke Paris. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Geneva di Institut Jaques Dalcroze. tahun 1950. Beliau bertugas di situ hingga ke akhir hayatnya. Beliau meninggal pada

1.3 FALSAFAH Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaan dan pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik. Beliau berpendapat insan harus bertindak alas secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru itu Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu untuk mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea. Emilie Jaques Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori pembelajaran yang diperkenalkan. Antaranya adalah seperti berikut: i. Secara semula jadi, setiap kanak-kanak mempunyai emosi dan perasaan. Oleh yang demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentang strategi bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan. ii. Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untuk menggambarkan atau meluahkan emosi mereka. iii. Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya dan pergerakan tertentu bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang didengari. iv. Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih. Apresiasi muzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan aural atau penerangan lisan mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang elemenelemen utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang mengaitkan

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari, berjalan, berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat (allegro) atau sederhana (moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau berjalan yang berkait terus dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.

1.4 CIRI-CIRI PENDEKATAN DALCROZE

1. Inner Hearing Dalcroze berpendapat kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi atau menulis kembali melodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu beliau berpendapat latihan khas perlu diberikan bagi membantu pelajar membentuk inner hearing atau pendengaran mendalam. Kaedah yang dicadangkan ialah melalui solfa. Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa.

2. Perasaan Individu Dalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma belajar cara memainkan alat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada masa yang sama mengabaikan perasaan yang seharusnya dizahirkan dengan pergerakan fizikal sewaktu aktiviti permainan alat atau nyanyian tersebut.

3. Muzik dan Gerakan Dalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, irama dan melodi sesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yang demikian, Dalcroze banyak menuliskan lagulagu gerakan (gesture song) yang merupakan gabungan di antara muzik dan gerakan yang sesuai dijalankan di peringkat kanak-kanak.

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

1.4 KAEDAH DALCROZE

"Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:

1. 2. 3.

Euritmik Solfege Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanakkanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginankeinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak: 1. Untuk bergerak 2. Berjaya dan diperkenalkan 3. Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat 4. Untuk bersaing 5. Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penari 6. Untuk mengembara Memperoleh kepuasan kreativiti 7. Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama 8. Untuk mengetahui Bertindak/respon/bergeraK 9. Membayangkan maksudnya secara luaran

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 "theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic) ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian). Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu: Mendengar Merasai

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

Berimaginasi Mengintrepetasi bunyi Bertindak/respon/bergerak Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.

1. Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang. Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru itu, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre). Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang latihan dan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan merangsang saraf pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian yang dinyanyikan dalam hati. Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atautimbre. la juga dapat mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan. Pendengaran yang baik sangat diperlukan dalam musicianship yang baik. Aktiviti solfege dapat melatih individu untuk pendengaran yang lebih tajam dan teliti. Penekanan juga diberi dalam nyanyian. Murid akan menyanyikan jeda- jeda dalam melodi lagu berdasarkan sesuatu skala dengan pic yang tepat. Aktiviti ini menggalakkan murid-murid mempelajari dan

menguasai ton dengan suara sendiri. Selain dari membaca melodi dengan solfege, pelajar juga diberi latihan menulis semula solfege yang diperdengarkan.

2. Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan. Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau lanjutan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Sebelum melakukan aktiviti improvisasi, pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkan elemen asas tersebut maka pelajar melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan. Pelbagai aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat perkusi. Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atau irama asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari. Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan, bukannya ditulis atau dirancang terlebih awal. Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat boleh dilatih memainkan menghasilkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

di dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberi kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya. Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakan beriramaeurhythmics dipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Dalcroze menggunakan improvisasi untuk mengukuhkan konsep teori dan harmoni. Beliau meminta pelajar membuat improvisasi dari sesuatu melodi ke arah pembinaan melodi baru dengan menggunakan kefahaman pelajar tentang jeda-jeda. Secara tidak langsung, bermula daripada dua pic yang dicipta akan melatih pelajar cekap dalam harmoni. Tumpuan improvisasi juga adalah murid belajar mencipta sesuatu karya dalam pelbagai tempo, daftar suara dan dinamik tetapi tetap memberi perhatian kepada melodi lagu. Mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana menjalankan eksperimen ke atas julat yang lebih luas pada mata piano. Mereka dibenarkan untuk menggunakan pelbagai skala, mood, gaya, ton, bentuk muzik sama ada tradisional atau moden untuk menghasilkan sesuatu karya yang baru dan menarik.

3. Eurhythmic Dalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui pergerakan. Beliau menamakan kaedahnya sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa Yunani bermaksud good movement. Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina melalui pergerakan irama. Dalam

pelajaran eurhythmics, murid-murid bergerak bebas mengikut muzik yang didengari. Dalcroze mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar cara-cara bermain alat muzik dan menyanyi secara tepat tetapi mengabaikan elemen perasaan sewaktu melakukannya. Mereka berjalan, berlari, melompat dan membuat pergerakan mengikut kreativiti diri yang menggambarkan perasaan kepada muzik yang didengarinya. Tiap-tiap murid membuat pergerakan masing-masing mengikut persepsi diri sendiri terhadap muzik, oleh itu pergerakan yang terhasil adalah

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermula tindak balas fizikal yang senang kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepada gerak tangan sambil mengira rentak di mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikut tekanan (syncopated patterns) dan kepala mengangguk pada rentak-rentak yang tertentu. Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek minda, anggota badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan secara aktif : mendengar; merasai (feel); berimaginasi kuat (strong imagination); mengintepretasi bunyi; dan bertindak/respon/bergerak.

Hasil dari penglibatan aktif dan menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawa tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi, harmoni, bentuk dan lain-lain di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagi daya pendengaran (aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakan yang sesuai dan kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar. Menurut Dalcroze, badan adalah alat pertama untuk mempamerkan interpretasi, imaginasi dan emosi. Gerakan badan akan berlaku berpandukan rangsangan/stimulus dari: bentuk bunyi; gerak isyarat(signal); lisan seperti perkataan ayat, puisi atau sajak; dan vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

1.5 APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE DALAM BILIK DARJAH Berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap pendekatan yang diperkenalkan oleh Emilie Jaques Dalcroze, didapati bahawa gabungan antara eurhythmics atau pergerakan berirama dengan solfege menghasilkan improvisasi. Melalui improvisasi, sentuhan dan citarasa individu dapat dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada kegiatan-kegiatan eurhythmics dan solfege. Secara amnya, aplikasi pendekatan Dalcroze di dalam bilik darjah memfokuskan kepada aktiviti berikut: penumpuan (pay attention); konsentrasi dan mengingati; menghasilkan semula (reproduce); menukar (change); dan automatis (involuntary action).

Kesemua aktiviti ini dilakukan melalui pergerakan fizikal yang melibatkan aural (pendengaran), kinestetik (tangan/ suara), visual (penglihatan) dan kreativiti. Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi seperti yang diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan persepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah: i. Eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati, memahami, memberi tumpuan pendidik muzik terhadap kepaduan penggunaan ruang, masa, tenaga dan keseimbangan bagi menghasilkan pergerakan yang baik mengikut irama tertentu. ii. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze menggalakkan

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

mereka meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan pergerakan. Contoh:

Bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang Melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk meneroka dan mencari pengalaman baru menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak.

iii.

Anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkan interpretasi murid atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

iv.

Pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspek merasa dan menzahirkan emosi terhadap sesuatu yang didengar. Mendengar pula adalah kunci kepada pengalaman ini. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon pergerakan yang tepat dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga. Sesuatu perasaan kanakkanak kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat

diinterpretasikan dengan pergerakan badan. Antara perkara-perkara yang boleh diinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik seperti irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada. v. Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan murid-murid

dipertingkatkan. Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasi dalam bentuk pergerakan, ekspresi kreatif juga boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara, alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali. vi. Murid-murid digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak dan

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik. vii. Seorang pendidik muzik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran tentang bidangnya. la juga harus bijak merancang dan menyampaikan isi pelajaran yang telah dirancang menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang kreatif dan segar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka perlu mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran menggunakan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan. viii. Sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran, pendidik muzik haruslah memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah

diimprovisasikan. ix. Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama sama ada dalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakan bersama-sama muridmuridnya adalah satu kelebihan. Penyertaan pendidik bersama pelajar dalam sesuatu aktiviti akan menjadi satu motivasi dan rangsangan kepada murid.

2.0 AKTIVITI EURITHMIC (download from Youtube)


Children music shop 3-7 (Eurhythmic class) (Songs with movement)

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

1. Pertama murid-murid akan mengambil 2 bola plastic yang mengandungi bijian di dalamnya yang boleh di gerakkan sehingga mengeluarkan bunyi-bunyian muzik. 2. Buat bulatan sambil memegang bola plastik 3. Kemudian guru akan nyanyikan sambil menyebut tanpa iringan muzik (bunyi di lakukan hanya pada bola plastic dan bunyi mulut yang berbunyi) Up so high and down to toe Turn around and touch your toe (ulang 3X) Lalalalalalalalal (sambil mengelilingi bulatan antara murid-murid. Sambil membunyikan bola plastic di tangan sambil berjalan setempat. Duduk dalam keadaan bulatan setempat (sambil memegang bola pada aras yang berbeza iaitu atas sederhana dan bawah) Kemudian dengan menggunakan bola plastic tersebut, gerakkan bola tersebut pelbagai arah dengan menggunaka kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

Pam, pam, pam, pam La, la, la,la Do , Re, Me, Fa, So, La, Ti, Do Do, Ti, La, So, Fa, Me, Re, Do Do, Re Mi fa, So, Do, La, Ti, Re, Do Do, Do, Do

4. Seterusnya iringan muzik (piano) (pelbagai arah sama ada ikut arah jam mahupun melawan arah jam) Murid di kehendaki untuk berlari setempat dengan iringan muzik piano. Seterusnya, murid akan melompat mengikut arahan yang di tetapkan oleh guru. Kemudian, melompat keting-keting sehingga muzik di hentikan.

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

3.0 AKTIVITI GERAKAN BERDASARKAN KOMPONEN EURITHMIC


Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi. Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system Do Tetap di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanakkanak dapat merasai kaitan antara pic. Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat memberi panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanakkanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanakkanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

Cadangan aktiviti/gerakan yang boleh di lakukan oleh Guru dalam mengajar Muzik dengan menggunakan Eurythmic.

Prosedur
1. Dengan menggunakan tangan sebagai bunyi, guru mengarahkan murid menggunakan anggota tubuh seperti kedua belah tangan seperti menepuk kedua-dua belah tangan mengikut rentak solfa yang di tuturkan. 2. Dengan bergerak setempat, iaitu menggunakan pergerakan kaki step touch dari kanan ke kiri dan menepuk tangan sambil menyanyi rentak solfa dengan skala natural minor, iaitu diulang sebanyak 2 kali. 3. Kemudian, masih juga menggunakan gerakan step touch , namun melakukan petik jari dalam menggunakan skala harmonic minor.Juga berulang sebanyak 2 kali. 4. Seterusnya, murid di arahkan oleh guru untuk menyanyikan lagu twinkle-twinkle little star sambil menggunakan tangan dan pergerakan kaki mengikut sebutan yang di tuturkan. Aktviti ini diulang sehingga murid menguasai pergerakan muzik yang di arahkan oleh guru.

4.0 AKTIVITI MUZIKAL MENERAPKAN DUA KONSEP MUZIK YANG SESUAI DENGAN AKTIVITI YANG DIRANCANGKAN

4.1 Natural minor

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

4.2 Harmonic minor

4.3 lagu kanak-kanak: Twinkle, Twinkle little star

5.0 AKTIVITI EURHYTHMICS DAPAT MENINGKATKAN KREATIVITI DAN LITERASI MUZIK DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk. Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan

HBMS2203PENGAJARAN MUZIK III

drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Rujukan

Harry & Baxter,M. (2009). The Right Way To Read Music. Cox & Wyman Ltd : Great Britain Kamien, R. (2006). Music an Appreciation 5th brief ed. NewYork, America :McGraw-Hill. Laycock,H.R & Nordgren,Q.R. (1962). First Year Music Theory. Englewood Cliffs, New Jersey: Prenrice-hall,Inc. Rao,V.K. (2007). Teaching Physical Education. New delhi, India : A.P.H Publishing Corporation

You might also like