You are on page 1of 8

TUGASAN 2: LAPORAN REFLEKTIF

Siswa pendidik dikehendaki menghasilkan laporan reflektif tentang pelaksanaan


aktiviti berdasarkan persekitaran dan situasi yang berbeza.

1.0 Pengenalan

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dianjurkan dan dikelolakan
oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh Malaysia. Program ini dianjurkan bertujuan
untuk melahirkan insan yang berilmu, beramal, berketerampilan dan kreatif. Program Bina
Insan Guru yang telah dijalankan sepanjang 5 hari 3 malam iaitu dari 12 Julai 2018 hingga 16
Julai 2018 memberi pengalaman yang amat istimewa kepada setiap guru pelatih. Guru pelatih
dilatih untuk menjadi seorang guru yang seimbang dari segi semua aspek untuk berhadapan
dengan anak murid di zaman yang serba canggih dan mencabar ini. Dengan kata lain,
program ini merupakan satu pembelajaran secara konstektual yang dijalanakan di luar bilik
darjah memberi makna dan kesan yang lebih mendalam kepada setiap guru pelatih.

2.0 Pengalaman

Saya telah menghadiri ke BIG siri 3 iaitu siri yang terakhir untuk guru pelatih ambilan
Jun 2016. Sepanjang program 5 hari 3 malam ini, saya telah melalui tiga cabaran dari aspek
udara, air dan darat. Tiga aspek aktivti lasak ini merupakan pengalaman pertama saya dan
memberi satu pengalaman dan kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Sebelum program
ini dilaksanakan, kumpulan kami telah menyediakan satu kertas kerja yang lengkap untuk
mendapat kebenaran pengarah. Selain itu, kami juga telah bermesyuarat dengan pensyarah
pembimbing. Di bawah bimbingan pensyarah yang berwibawa, kami berjaya menguruskan
semua aktiviti, penginapan, makanan, peralatan, persembahan dan pengangkutan dengan
sempurna. Saya sebagai penolong Timbalan Kem Komander telah berusaha mengantara
antara Timbalan Kem Komander dengan ahli jawatankuasa yang lain. Saya sentiasa
mengambil berat terhadap gerakan ahli jawatankuasa supaya mereka dapat menyiapkan
skop tugasan mereka dengan baik.

Pada hari pertama, saya dengan guru pelatih lain diberi peluang melibatkan diri dalam
aktiviti ‘Flying Fox’ dan khidmat masyarakat di Kem Timah Tasoh. Kami telah dibahagikan
kepada dua kumpulan besar iaitu sesi pagi dan sesi petang. Aktiviti ‘Flying Fox’ bertujuan
membantu guru pelatih mengatasi ketakutan diri dan mendorong guru pelatih menerima
cabaran. Walaupun ketakutan tinggi, namun di bawah galakkan dan bantuan daripada
jurulatih yang berpengalaman serta guru pelatih lain, ketakutan ini telah saya atasi. Aktiviti ini
memberi pengalaman baharu kepada saya iaitu saya mendapati bahawa hanya mengatasi

1
ketakutan saya dahulu baru boleh mengatasi cabaran yang dihadapi. Khidmat masyarakat
juga dijalankan dan saya telah menjadi pengecat tiang di situ.

Selanjutnya, aktiviti projek roket telah saya lakukan pada hari kedua dalam BIG ini.
Aktiviti projek roket agak berlainan dengan aktiviti fizikal lain. Aktiviti ini bertujuan
menginsipirasi kreativiti dan inovatif guru pelatih. Kemahiran membuat roket sasaran dan
roket parachut telah menjadi satu kemahiran yang baru supaya guru pelatih boleh
mengaplikasikan kemahiran ini di sekolah praktikum nanti. Kebanyakan bahan yang
digunakan untuk membuat roket ialah bahan kitar semula dengan bajet kos yang rendah.
Pengalaman baharu yang didapati melalui aktiviti ini ialah saya tidak bersifat berputus asa.
Sifat ini boleh memimpin hasil kerja saya ke arah kecemerlangan.

Selain itu, aktiviti kayak telah saya lakukan pada hari ketiga dalam BIG ini. Aktiviti
kayak merupakan aktiviti yang paling lasak dan susah untuk saya. Saya telah diberi taklimat
ringkas tentang cara berkayak dan cara mengangkut kayak. Walaupun kumpulan saya tidak
berjaya berkayak ke pulau yang ditetapkan disebabkan kesempitan masa. Kami tetap berjaya
menjalankan ‘Rafting’ pada masa yang ditetapkan. Pengalaman baharu yang telah saya
peroleh ialah kepentingan kerjasama dan mengikut arahan. Kerjasama antara pasangan
berkayak amat signifikan supaya kayak dapat bergerak, berbelok dan berhenti. Selain itu,
mengikut arahan merupakan amalan yang wajar diamalkan dalam kerjaya perguruan. Hanya
mendengar arahan dengan teliti baru boleh mendapat hala tuju yang tepat. Pada pandangan
saya, semangat saling menolong dan tidak malu untuk memberi pendapat boleh menjadikan
saya lebih berani.

Seterusnya, aktiviti kembara telah saya lakukan pada hari keempat dalam BIG ini.
Aktiviti kembara dikatakan merupakan aktiviti yang lebih bersifat rekreasi kepada saya. Saya
berasa rileks semasa mendaki bukit bersama guru pelatih yang lain. Saya berpeluang
menanak nasi di atas bukit tersebut dengan mestin yang disediakan. Pengalaman baharu
yang didapati ialah saya sebagai guru perlu sentiasa bersifat kerendahan hati. Menanak nasi
di atas bukit membuktikan bahawa saya seorang bakal guru yang boleh menerima apa jua
keadaan sepanjang kerjaya perguruan. Saya juga mengetahui bahawa kehidupan tidak
semestinya sentiasa di dalam bandar barulah selesa. Di kawasan luar bandar juga boleh
memberi suatu keselesaan yang tidak dapat dijumpa di dalam bandar. Semangat kerjasama
dan kasih sayang boleh didapati sepanjang aktiviti kembara ini. Guru pelatih sentiasa ingat
mengingati satu sama lain bahawa akar pokok, batang pokok, batu yang licin. Hal ini telah
menginspirasikan saya agar saya sentiasa fikirkan orang lain dahulu.

Rumusannya, melalui program ini telah menambah pengetahuan dan pengalaman


kepada guru pelatih untuk diaplikasikan di sekolah nanti.Tanpa mengira apa jua aktiviti yang

2
telah dijalankan, nilai moral telah ditanam secara bawah sedar kepada setiap guru pelatih
termasuk saya. Program ini menjadikan guru pelatih lebih peka kepada apa-apa yag berlaku
di sekeliling dan tidak hanya tinggal di dalam dunia sendiri.

3.0 Analisis SWOT

Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weak)


1. Galakkan dan 1. Kekurangan tempoh
sokongan masa untuk
daripada pihak membuat
Persekitaran ipg terhadap persediaan.
Dalaman aktiviti yang 2. Kekurangan tenaga
dijalankan. kerja semasa
2. Aktiviti dan projek menjalankan aktiviti.
menarik yang
telah dirancang.
Persekitaran 3. Mengembang
Luaran potensi diri dari
‘Impossible’ ke
‘ I’m possible’.

Peluang (Opportunity) S-O W-O


1. Kerjasama dan sokongan S1O1- Projek roket W1O2- Masa persediaan
daripada Sekolah dijalankan dengan lancar yang diberikan terlalu
Menengah Kebangsaan di bawah guru dan singkat sehingga siri saya
Langkawi dan pihak pelajar SMK Langkawi. tidak dapat menerima
pengurus tapak Ini merupakan taklimat yang terkini
perkhemahan di Pulau pengalaman yang baru daripada pensyarah.
Tuba. kepada saya dan guru Cadangan:
2. Senarai aktiviti dan projek pelatih lain. Roket air Kami mendapat pengajaran
yang telah dirancang. sasaran dan Roket air daripada siri pertama dan
3. Sikap minat dan bersedia parachut ‘DIY’ sendiri siri kedua tentang keadaan
untuk menjalankan boleh berfungsi dengan yang terperinci. Hal ini telah
aktiviti. baik. membantu kami membuat
S2O2- Aktiviti dan projek sebarang perubahan
yang dirancang memberi perancangan senarai aktiviti
peluang kepada guru dan projek.

3
pelatih untuk W2O3- Tenaga kerja siri
menjalankan semua kami kurang daripada guru
aktiviti dengan sempurna pelatih siri pertama dan siri
tanpa tertinggal apa-apa. kedua. Dengan sikap minat
S3O3- Sikap bersedia dan bersedia yang cukup
dan minat guru pelatih banyak pada setiap guru
yang tinggi boleh pelatih telah menjadikan
menjadikan semua kerja susah kepada senang.
kemungkinan menjadi Cadangan:
nyata. Terutamanya Kami menggunakan cara
semasa aktiviti berkayak, beratur dalam satu barisan
saya dan pasangan saya semasa menghantar
dapat mengeluarkan barang-barang yang
seluruh tenaga untuk dibawa. Hal ini boleh
berkayak walaupun mengurangkan kepenatan
penat. setiap guru pelatih untuk
pergi ulang alih darti satu
tempat ke tempat lain.
Ancaman (Threats) S-T W-T
1. Cuaca hari yang tidak S2T2- Jadual waktu W1T1- Kekurangan masa
dapat disangka untuk aktiviti yang ditetapkan untuk membuat persediaan
aktiviti kembara dan bersifat fleksibel kebanyakan berpunca
aktiviti kayak. membenarkan guru daripada cuaca hari yang
pelatih membuat tidak dapat disangka.
perubahan mengikut Cadangan:
cuaca hari. Kami perlu meramal apa-
Cadangan: apa yang akan berlaku dan
Menyediakan jadual membuat persediaan untuk
simpanan hendaklah mana-mana satu
disediakan untuk kemungkinan. Sebagai
menghadapi cuaca hari contoh, kami boleh
yang sentiasa berubah- menyediakan baju hujan
ubah. semasa menjalankan
S3T3- Cuaca hari aktiviti kembara dan
berubah-ubah menyediakan topi semasa
mempengaruhi menjalankan aktiviti kayak.

4
semangat dan minat W2T1- Kekurangan tenaga
saya dengan guru pelatih kerja dalam siri kami
semasa menjalankan menyebabkan kami
aktiviti kerana hendak memerlukan masa yang
sentiasa peka kepada lebih panjang untuk
perubahan cuaca. membuat persediaan.
Cadangan: Cadangan: Kami perlu
Sikap tabah perlu sentiasa peka kepada alam
ditanam dalam kalangan sekeliling dan sentiasa
guru pelatih supaya bekerjasama baru boleh
boleh menahan apa-apa menyiapkan kerja dengan
perkara yang berlaku di sumpurna.
luar sangka.

4.0 Kesimpulan

Program Bina Insan Guru ini telah membantu para guru pelatih menimba pengalaman
dan pengetahuan dari segi rancangan aktiviti dan kemahiran menjalankan aktiviti Bina Insan
Guru. Di samping itu, program ini mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui
aktiviti-aktiviti ini. Semangat kerjasama yang didedahkan sepanjang program ini semasa kami
mengangkat dan mengemasa barang-barang. Sepakat membawa berkat telah terpahat dalam
jiwa semua guru pelatih yang mengikuti program ini. Program ini banyak mengajar saya
sebagai seorang guru pelatih untuk mempersiapkan diri saya menjadi seorang guru yang baik
apabila saya menerima ijazah nanti. Tanpa program seumpama ini amat malanglah
seseorang guru itu kerana tiada pendedahan awal yang diterima apabila menjadi seorang
guru kelak. Saya amat bersyukur dapat menngikuti program Bina Insan Guru ini.

5
5.0 Lampiran gambar aktiviti

Flying Fox Sarapan sebelum bertolak ke Pulau Tuba

Jetty Langkawi Sebelum keyakinan air

Selepas keyakinan air Membuat roket air

6
Membuat roket air parachut Selepas projek roket

Taklimat sebelum aktiviti kayak Selepas ‘Rafting’

Tukang masak Aktiviti Kembara Menanak nasi di dalam mestin


makan malam

7
Memotong kayu balak Kumpulan Aktiviti Kembara

BIG SIRI 3

You might also like