You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROJEK:

PROJEK INTERNSHIP

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

TEMPOH : 5 HINGGA 9 MAC 2018 (SATU MINGGU)


MASA

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP PAKK JUN 2014


(INTERNSHIP IPG KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA)
1.0 PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan asas dalam pendidikan serta memberikan pengalaman


awal yang penting kepada kanak-kanak sebelum memasuki persekolahan aliran perdana.
Tambahan pula, kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya
merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan
untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah kelak. Antara tunjang Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang memainkan peranan penting dalam perkembangan
sains awal kanak-kanak adalah Tunjang Sains dan Teknologi. Tunjang ini merangkumi awal
sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan
ICT. Pendidikan awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka
alam sekitar mereka menggunakan organ, deria dan peralatan mudah. Dalam proses
penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan
terbentuk.

Oleh itu, menyedari kepentingan Pendidikan awal sains kepada murid-murid


prasekolah, guru-guru pelatih internship IPGK PM akan mengambil peluang ini untuk
melaksanakan satu program “Junior Science Week “ bersama-sama murid prasekolah
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput. Program Junior Science Week ini menekankan konsep
pembelajaran aktif dan bercorak hands-on. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak belajar
memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan
manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Terdapat beberapa eksperimen sains
mudah telah dirancang untuk dilaksanakan bersama-sama murid-murid prasekolah sebagai
pendedahan awal tentang pengetahuan sains sebelum mereka memasuki aliran perdana.
Program ini juga diharapkan agar dapat memberikan pengalaman bermakna kepada guru
pelatih IPGK PM dalam mengurus dan mengadakan program di sekolah kelak.

2.0 RASIONAL

Pada tahun 2010, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput telah menerima anugerah Sekolah
Kluster Kecemerlangan dalam bidang sains dan ragbi. Justeru pelaksanaan program Junior
Science Week ini adalah satu usaha yang tepat dalam menyokong dan mendokong salah
satu bidang kebitaraan sekolah iaitu sains. Secara tidak langsung, seluruh warga sekolah
terutamanya murid-murid prasekolah dapat terlibat dengan aktiviti yang dapat menyumbang
kepada peningkatan pencapaian sekolah dalam kebitaraan sains. Tambahan pula, setiap
sekolah kluster kecemerlangan perlulah sentiasa berusaha untuk membangunkan
kebitaraan sekolah sehingga berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu,
kerjasama pihak sekolah dengan guru pelatih internship IPG Kampus Perempuan Melayu ini
juga diharapkan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam
mengembangkan potensi sekolah dan murid khususnya dalam bidang kebitaraan sains yang
berupaya menyerlahkan watak sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program Junior Science Week ini dilaksanakan adalah seperti yang
berikut:

i) Memberikan pendedahan kepada murid-murid prasekolah tentang pendidikan sains


awal.

ii) Meningkatkan minat murid-murid prasekolah terhadap matapelajaran sains.

iii) Membuka minda murid-murid prasekolah bahawa sains adalah matapelajaran yang
menyeronokkan.

iv) Memberikan pengalaman bermakna kepada murid melakukan eksperimen hands on.

v) Sebagai satu usaha untuk menyokong dan mendokong kebitaraan sekolah.

vi) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah bagi memenuhi tugasan internship IPGK PM.

vii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan kepada sekolah.

viii) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam merancang dan
menguruskan aktiviti bersama-sama murid.

4.0 SASARAN
Murid-murid prasekolah Inovatif.

5.0 BILANGAN PESERTA


25 orang murid

6.0 KETERANGAN PROGRAM


4.1 Tempoh masa :5 hingga 9 Mac 2018
4.2 Tempat :Prasekolah Inovatif, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput
4.3 Masa :Setiap pagi semasa sesi perbualan awal
4.4 Tentatif hari pameran:

MASA PERKARA
 Persiapan tempat dan persediaan murid-murid
8.00 pagi prasekolah Inovatif

Aktiviti pameran sains dimulakan:

Stesen 1: Gula-gula Pelangi

8.30 pagi Stesen 2: Tenggelam ke Timbul?

Stesen 3: Air Berjalan?

Stesen 4:Lava Gunung Berapi

Sesi bergambar
9.00 pagi

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Harga/Kos
Bahan-bahan untuk eksperimen
1 RM 30.00
sains
2 Bahan-bahan untuk pameran sains RM 20.00
Bahan terpakai untuk eksperimen
3 dan pameran sains -

Jumlah RM 50.00
8.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

9.0 AHLI JAWATANKUASA

9.1 Jawatankuasa induk/pengurusan

Penaung : Puan Noor Azimah binti Amat


(Guru Besar SK Paya Rumput)
Penasihat 1 : Tuan Syed Hussain bin Syed Ismail
(GPK Pentadbiran SK Paya Rumput)

Penasihat 2 : Puan Hajah Bahariah binti Abdul Hamed


(GPK Hal Ehwal Murid SK Paya Rumput)

Penasihat 3 : Encik Abdul Mutalib bin Awang


(GPK Kokurikulum SK Paya Rumput)

Penasihat 4 : Puan Rohana binti Mohd Som


(GPK Pendidikan Khas SK Paya Rumput)

9.2 Jawatankuasa pelaksanaan

Pengurus progam : Puan Zuhaidah binti Abdullah


(Mentor guru pelatih IPGK PM)

Pengerusi : Siti Aisyah binti Ab Hamid


(Guru pelatih IPGK PM)

Naib Pengerusi : Puan Nur Izwah Binti Abdul Halim


(Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

Setiausaha : Nashlyn binti Sapai’ee


(Guru pelatih IPGK PM)

Jawatankuasa dokumentasi :Puan Nur Atiqah binti Mahmod


(Guru prasekolah SK Paya Rumput)

Jawatankuasa persediaan :Cik Nur Shahirah Nazurah binti Ramli


tempat dan bahan (Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah)

10.0 PERANCANGAN PROGRAM

Bil. Aktiviti Catatan Tindakan


Perbincangan mengenai program
Junior Science Week yang akan
1. Semua guru pelatih
dilaksanakan.
Perbincangan dan pemilihan
bersama pihak pentadbiran untuk
2. khidmat nasihat bagi mendapat Kertas Cadangan Semua guru pelatih
kelulusan daripada Guru Besar.

3. Pembinaan kertas kerja Kertas kerja Setiausaha

Pemilihan eksperimen hands on yang


4. brainstorming
akan dilakukan Semua guru pelatih

Pengumpulan bahan-bahan dan


5. penyediaan bahan-bahan untuk
Semua guru pelatih
eksperimen sains pada setiap pagi.

Pelaksanaan eksperimen sains pada 5,6,7 dan 8 Mac


6.
setiap pagi semasa perbualan awal 2018 Semua guru pelatih

Persiapan tempat dan persediaan


7. 9 Mac 2018 Semua guru pelatih
murid-murid untuk pameran sains

8. Pameran sains berlangsung 9 Mac 2018 Semua guru pelatih

Guru pelatih dan


9. Refleksi dan dokumentasi Kertas Dokumentasi
pengurus program

11.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan program yang
akan dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perempuan Melayu. Kami berharap
program Junior Science Week ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti
ini akan memberikan satu pengalaman yang bermakna kepada guru-guru pelatih mengenai
pengurusan aktiviti di sekolah di samping mengeratkan hubungan antara guru pelatih
dengan warga Sekolah Kebangsaan Paya Rumput. Semoga projek yang bakal dilaksanakan
ini dapat meningkatkan minat murid-murid prasekolah terhadap pendidikan sains awal yang
merupakan bidang kebitaraan sekolah ini.

You might also like