You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL LESSON STUDY LINUS
2.0
(PLC)

SK BRICKFIELDS 2
18 MEI 2017

1
1.0 Pendahuluan

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-
aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa
masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum
dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah
untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti
dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di
negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara
dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support
system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran
secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan
persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di
negara-negara maju. Oleh yang demikian, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dalam mengaplikasi
amalan PLC ini. Bagi merealisasikan pembudayaan PLC di sekolah ini, semua guru perlu memahami
konsep dan strategi PLC. Sehubungan itu, tercetuslah idea bagi pelaksanaan program pemantapan
PLC ini.

2.0 MATLAMAT

Program ini dapat membantu guru literasi bahasa Malaysia kepada nilai tambah untuk meningkatkan
prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru
yang cemerlang dan membantu murid linus.

3.0 OBJEKTIF KURSUS PLC

3.1 Memberi pemahaman guru terhadap konsep amalan budaya PLC.


3.2 Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru bagi murid linus.
3.3 Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama
dalam kalangan guru.
3.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

4.1 Kumpulan sasaran program ini ialah guru yang mengajar linus bagi tahap 1. Bilangan
guru untuk panitia Bahasa Malaysia adalah seramai 4 orang, Bahasa Inggeris adalah 3
orang dan matematik adalah 3 orang.
4.2 Program ini akan diadakan pada 18 Mei 2017 jam 2;00 petang hingga 4:30 petang.
4.3 Tenaga penggerak adalah dari kalangan guru yang mengajar murid belum menguasai.
4.4 Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah.
4.5 Program akan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Sk Brickfields 2.

5.0 PENCERAMAH / FASILITATOR

Penceramah luar adalah terdiri daripada seorang penceramah jemputan iaitu Pakar Rujuk PLC Linus
PPWP Bangsar Pudu.

2
6.0 CADANGAN TARIKH

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 18 Mei 2017.

7.0 CADANGAN TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah Bilik Mesyuarat Sk Brickfields 2.

8.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Encik Zaifuddin Bin Baharum


- Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Puan Zainab Binti Mustapa
- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Pn Mas Zuraidah Binti Masron
- Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Setiausaha : Encik Mohd Hidayat Bin Abdullah
- Penyelaras PLC Lesson Study Linus 2.0
AJK : Pn Zariyana Binti Johari
Cik Rozita Binti Dan
Pn Hamidah Binti Jamaluddin
Cik Jiva

6.0 CADANGAN SLOT PROGRAM

Pengisian program ini dicadangkan akan dilaksanakan dalam tempoh 2 jam. Kandungan program
meliputi 6 slot :

Masa Slot Kandungan Fasilitator


2:00 2:30 Slot 1 - Slot Pengenalan Konsep PLC Pakar Rujuk PLC
PPWP Bangsar
Pudu
2:30-3.00 Slot 2 - Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian Pakar Rujuk PLC
(Lesson Study) PPWP Bangsar
Pudu

3:00-3:45 Slot 3 Sesi Perkongsian Guru


(Teacher Sharing Sessions)
3:45-4:30 Slot 4 Sesi Kritikan Video Pengajaran Guru
(Video Critiques of Teaching Moments)
Kesimpulan slot
Penutup Program

3
7.0 Anggaran perbelanjaan

Anggaran kos perbelanjaan bagi program ini


Bil Perkara Peruntukan Jumlah
1 Makan dan minum RM 3.00 X 20 orang RM 60.00
2 Hadiah dan Cenderamata RM 30 RM 30.00
JUMLAH RM 90.00

8.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada para guru yang mengajar linus Sk
Brickfields 2, diharap program ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dalam kalangan
guru.

Disediakan oleh :

..........................................................
MOHD HIDAYAT BIN ABDULLAH
Penyelaras PLC Lesson Study Linus 2.0
Sk Brickfields 2

Disemak oleh :

...................................................
PN ZAINAB BINTI MUSTAPA
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sk Brickfields 2

Disahkan oleh :

...................................................
EN ZAIFUDDIN BIN BAHARUM
Guru Besar
Sk Brickfields 2

You might also like