You are on page 1of 46

POLITEKNIK JELI KELANTAN

PENGHASILAN SISTEM PENUKARAN AIR AUTOMATIK SECARA


PINTAR

NAMA NO. PENDAFTARAN

NUR IZZATI AFIFAH BINTI 22DAQ18F1115


MUNAUWIRUZZAMAN
MUHAMMAD SHAFIQ AIDID BIN NORSHAIDI 22DAQ18F1070
NURUL NAJIHA BINTI HIRUNIZAM 22DAQ18F1112

JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI


JUN 2020
POLITEKNIK JELI KELANTAN

PENGHASILAN SISTEM PENUKARAN AIR AUTOMATIK SECARA PINTAR

NAMA NO. PENDAFTARAN

NUR IZZATI AFIFAH BINTI 22DAQ18F1115

MUNAUWIRUZZAMAN
MUHAMMAD SHAFIQ AIDID BIN NORSHAIDI 22DAQ18F1070
NURUL NAJIHA BINTI HIRUNIZAM 22DAQ18F1112

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Agroteknologi dan Bio-


Industri sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Diploma Akuakultur

Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri


JUN 2020
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : PENGHASILAN SISTEM PENGISIAN AIR AUTOMATIK SECARA


PINTAR
SESI : JUN 2020

Kami : 1. NURUL NAJIHA BINTI HIRUNIZAM


(22DAQ18F1112)
2. NUR IZZATI AFIFAH BINTI MUNAUWIRUZZAMAN
(22DAQ18F1115)
3. MUHAMMAD SHAFIQ AIDID BIN NORSHAIDI
(22DAQ18F1070)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Akuakultur Jabatan Agroteknologi


& Bio – Industri, Politeknik Jeli Kelantan, yang beralamat di Jalan
Raya Timur – Barat 17600, Jeli Kelantan.

Kami mengakui bahawa sistem pengisian air automatik secara pintar ini adalah hasil
karya /reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek
daripada pihak pihak-pihak lain.
Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘projek ini’ kepada Politeknik Jeli
Kelantan bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Akuakultur
kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut :

NURUL NAJIHA BINTI HIRUNIZAM …………………………………...


(22DAQ18F1112) NURUL NAJIHA BINTI HIRUNIZAM

NUR IZZATI AFIFAH BINTI …………………………………


MUNAUWIRUZZAMAN NUR IZZATI AFIFAH BINTI
(22DAQ18F1115) MUNAUWIRUZZAMAN

MUHAMMAD SHAFIQ AIDID BIN


……………………………….
NORSHAIDI MUHAMMAD SHAFIQ AIDID
(22DAQ18F1070) BIN NORSHAIDI

Dihadapan saya,
…………………………………..
ENCIK MOHD MUKRIZ BIN MOHD KASIM MOHD MUKRIZ BIN MOHD
Sebagai penyelia projek pada tarikh ……………… KASIM
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Pertama sekali, setinggi-tinggi rasa bersyukur dilafazkan kepada Allah


SWT, kerana dengan izin-Nya juga penyelidikan dan tesis ini dapat
disempurnakan.

Melalui mukadimah ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Mohd Mukriz bin Mohd Kasim, selaku penyelia utama, yang telah banyak
membantu,memberi dorongan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses
menyedia dan menyempurnakan tesis ini. Kami juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya Mohd Mukriz bin Mohd Kasim serta
pensyarah-pensyarah lain dari Politeknik Jeli Kelantan yang juga telah turut
serta membantu, menasihat dan membimbing kami sehingga tesis ini siap dan
dapat dikemukakan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak Politeknik Jeli Kelantan


dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyiapkanprojek ini. Akhir kata, ribuan penghargaan dan terima kasih
kepada rakan seperjuangan yang sentiasa berkongsi pendapat,
pandangan dan pelbagai idea untuk projek ini. Semoga penyelidikan dan
tesis ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi
akan datang.
ABSTRAK

Penukaran air menjadi masalah yang amat besar kepada penjual ikan hiasan.
Penukaran air akuarium automatik secara pintar telah diinovasikan untuk memudahkan
kerja penjual ikan hiasan untuk menukar air sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga
penjual kerana tidak perlu berjalan untuk pergi dari satu akuarium ke akuarium yang lain
untuk menukar air akuarium. Alatan utama yang digunakan untuk inovasi adalah
Arduino Uno dan NodeMCU jenis ESP8266. Fungsi Arduino Uno adalah untuk
mengarahkan pam air mengepam masuk air ke dalam akuarium apabila air berada
dibawah paras yang telah ditetapkan menggunakan suis pelampung boleh laras.
NodeMCU ESP8266 pula digunakan untuk menghubungkan ‘servo’ yang berfungsi
sebagai alat untuk membuka paip aliran air keluar. Dengan cara ini, masa untuk menukar
air di dalam akuarium akan menjadi lebih mudah, lebih singkat dan menjimatkan tenaga
penjual ikan hiasan. Sistem ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan telefon pintar
yang disambung ke internet dan menggunakan perisian aplikasi Blynk. Purata masa yang
dipelukan untuk menukar air di dalam akuarium berkapasiti 28liter adalah selama 2 minit
berbanding menggunakan kaedah konvensional iaitu selama 3 minit. Dengan demikian,
projek ini boleh diaplikasikan di kedai yang menjual ikan hiasan. Hal ini kerana kaedah
demikian dapat menjimatkan masa para penjual ikan hiasan serta tidak perlu mengupah
ramai pekerja kerana kerja penukaran air sudah menjadi mudah.
ABSTRACT

Water exchange become a big problem for ornamental fish seller. Aquarium water
exchange was innovated to make fish ornamental seller easy to change aquarium water
at once saves time and energy because seller do not have to walk from one aquarium to
another aquarium to change water. Main item that used for this innovation are Arduino
UNO and NodeMCU ESP8266. Arduino UNO function is commanding water pump to
pumped water when water level below set level that used float switch. NodeMCU
ESP8266 are used to contact servo that function as water outlet opener. With this way
time to exchange water in aquarium are more shorter. This system are controlled by
smartphone that connected to internet and used Blynk software application. Average time
that needed to change water in aquarium with 28liters capacity are 2 minutes rather than
using convensional method that are 3 minutes. Thus, this project can be applied to shope
that sell ornamental fish and fish do not have to pay many workers because water
exchange has become easy.
SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Takrifan Operasi/Istilah 7
1.9 Rumusan Bab 9

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengertian Bab 10
2.2 Konsep Teori 10
2.3 Kajian Terdahulu 12
2.4 Rumusan Bab 13

3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan Bab 14
3.2 Reka Bentuk Kajian 15
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 16
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Teknik Persampelan 19
3.6 Kaedah Analisis Data 19
3.7 Rumusan Bab 20

4 KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan Bab 21
4.2 Keputusan 22
4.3 Graf Masa Yang Diambil Oleh 23
Sistem Penukaran Air Automatik
Secara Pintar Dengan Sistem Yang
Menggunakan
Kaedah Konvensional
4.4 Aktiviti Yang Dijalankan 24
Semasa Menguji Alat Pengisian
Air Automatik
Secara Pintar
4.5 Perbincangan 26

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN


CADANGAN
5.1 Pengenalan Bab 27
5.2 Perbincangan 27
5.3 Kesimpulan 30
5.4 Cadangan 30
5.5 Rumusan Bab 31

RUJUKAN 32
LAMPIRAN 34
SENARAI SINGKATAN

pH Kealkalian dan keasidan

FPH2 Fish propagation house 2

PWM Pulse width modulation

MHz Megahertz

USB Universal series Buses

ICSP In-circuit serial


programming

AC Alternating current

DC Direct current
IoT Internet of things

PPK Pertubuhan Peladang


Kawasan
Node Node Micro Controller
MCU Unit
SENARAI RAJAH

NO RAJAH KANDUNGAN MUKA


SURAT

Rajah 1 Sistem penukaran air automatik 11

Rajah 2 Jenis alatan dan bahan yang digunakan 16

Rajah 4.2 Menguji coding yang telah ditetapkan sama 24


ada mempunyai ralat atau tidak.

Rajah 4.3 Proses kemasukkan air yang dikawal sepenuhnya 24


oleh Arduino Uno. Arduino Uno berfungsi
mengawal pam dan float switch

Rajah 4.4 Proses pembuangan air yang dikawal oleh 25


nodemcu.
Nodemcu menghantar isyarat ke microservo
dan seterusnya membuka saluran air keluar
untuk
mengeluarkan air yang perlu ditukar.
Rajah 4.5 Ikan gapi bersaiz 2 inci digunakan bagi 25
menguji keberkesanan sistem yang telah
kami hasilkan.
SENARAI JADUAL

NO JADUAL KANDUNGAN MUKA SURAT

JADUAL 4.1 Menunjukkan masa yang 22


direkodkan oleh sistem
penukaran air automatik
secara pintar dan sistem
penukaran air secara
konvensional
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Industri penternakan ikan adalah kompetitif dan dinamik untuk dimajukan kerana ia berpotensi
menyumbang pendapatan eksport yang besar kepada negara. Di Malaysia, pengeluaran ikan hiasan boleh
mencapai 1.74 juta tan metrik dengan nilai RM 10.6 bilion setahun.(www.utusan.com.my,jun 17,2014).
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kerosakan air di dalam sistem ternakan adalah air yang tidak
mencukupi. Kemungkinan kematian adalah keracunan dengan sebatian nitrogen yang terbentuk selepas
keruntuhan sisa ikan. Pembersihan air yang tidak betul membawa kepada fakta bahawa nitrit, nitrat dan
ammonium sebagai bahan toksik dengan cepat merebak di dalam air.

1
Kitaran nitrogen yang betul adalah jaminan kesihatan semua haiwan kesayangan. Tetapi jika air itu
diracuni oleh sebatian nitrogen, ia menjadi keruh, dan berbau busuk. Ammonia terlarut boleh berada
dalam takungan dalam dos yang tinggi pada tahap pH 7.5 dan ke atas. Pada paras pH yang lebih rendah,
ammonium tidak begitu toksik, tetapi ia boleh merosakkan ikan kecil dan menyebabkan kematian ikan.

Di samping itu, penyakit adalah satu lagi sebab mengapa ikan mati. Selalunya gejala-gejala penyakit itu
dapat dilihat dengan serta-merta oleh kelakuan ikan dan penampilannya. Penyakit adalah hasil daripada
sistem imun yang lemah, tekanan, jangkitan. Sesetengah rawatan mungkin tidak sesuai, dan mungkin
membawa kepada kesihatan yang tidak baik. Sebagai contoh, air garam untuk tujuan perubatan adalah
mustahil jika ikan diracuni oleh nitrat. Oleh itu, jika anda membeli ikan baru, tinggalkannya selama 2-
4 minggu karantina supaya mungkin tidak membawa penyakit ke akuarium umum. Selepas kuarantin,
ikan sihat boleh dilancarkan ke ikan lain.

Selain itu, tempoh masa yang diambil untuk proses penukaran air berlaku memainkan peranan yang
penting dalam meningkatkan tahap penerimaan pengguna terhadap alat penukaran air yang kami
hasilkan. Bahan yang digunakan untuk mencipta sistem ini adalah ditakrifkan sebagai bahan yang
mudah untuk diperolehi seperti akuarium terpakai, paip terpakai dan wayar wayar yang berkos rendah .
Bahan terpakai akan digunakan untuk menghasilkan sistem kami dengan tujuan untuk memberi
sokongan kepada produk apabila diberi perlakuan seperti kemasukan dan pengeluaran air

Secara umumnya, keberkesanan proses kemasukan dan pengeluaran air adalah bertujuan untuk
meningkatkan penerimaan pengguna kepada sistem penukaran air automatik yang tersedia melalui
penambahan dari ciri baru, memberikan penampilan yang menarik, pengekalan fungsi, peningkatan
keberkesanan, peningkatan jangka hayat penggunaan sistem, melindungi akuarium dengan cara
memasukkan air yang berkualiti sahaja serta mengekalkan segala fungsi berjalan dengan baik.

Maka penggunaan sistem penukaran air secara automatik dalam pelbagai kawasan penternakan ikan
hiasan menjadi pilihan pengguna dan seterusnya meningkatkan pasaran produk alatan elektronik yang
baru Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk memudahkan penggunaanya dalam aktiviti
pekerjaan harian para penternak ikan hiasan.

2
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Air merupakan medium paling penting untuk ikan meneruskan hidup. Parameter air yang tidak
bagus akan menyebabkan ikan mengalami tekanan seterusnya membawa kepada kematian yang
akan mengakibatkan kerugian. Untuk mengelakkan kerugian, parameter air perlu dijaga.
Menjaga parameter air adalah dengan cara menukar air. Air hendaklah ditukar sekurang
kurangnya 1 kali seminggu mengikut kepadatan stok ikan. Penukaran air untuk kepadatan stok
yang tinggi agak sukar dilakukan seorang diri jika tiada tenaga buruh yang ramai. Sebagai
peniaga ikan hiasan, semestinya ingin mencapai hasil yang yang berskala tinggi dengan
memastikan kualiti parameter air yang bagus.

Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di
dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakan ternakan ikan hiasan adalah Pulau Pinang,
Perak dan Johor. Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis dan berlendir berfungsi sebagai
pelindung daripada bakteria.kulit ikan mengandungi “chromatophores” iaitu pigmen sel-sel yang
memberi warna, sisik, saiz, bentuk badan.

Pemeliharaan ikan hiasan air tawar biasanya dilakukan di akuarium atau kolam dengan tujuan
hobi untuk hiasan yang dipelihara biasanya ditempatkan di akuarium manakala ikan yang
dipelihara bagi tujuan mendapatkan keuntungan biasanya diternak didalam kolam mengikut
kehendak pasaran

3
1.3 PERNYATAAN MASALAH

Ikan hiasan yang baik adalah berpunca daripada air yang tidak mempunyai
sebarang masalah parameter air. Air yang tercemar dan mempunyai
masalah parameter air akan menganggu penternak dan akan menyebabkan
penternak mengalami masalah untuk mengendalikan ikan ternakannya.
Antara masalah yang dihadapi oleh penternak adalah :

I. Kualiti air tidak baik dan akan menjejaskan sistem


ternakan.
II. Teknik yang sedia ada mengambil masa yang agak lama.
III. Memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk proses
penukaran air di tempat ternakan.
IV. Kos penyelenggaraan untuk menyelenggara tempat
ternakan adalah tinggi.

4
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengkaji keberkesanan inovasi alat penukaran air automatik.


ii. Mengkaji kesan alat penukaran air terhadap kebersihan air di
dalam akuarium.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti yang berikut :

I. Adakah alat penukaran air automatik ini mampu


menjimatkan masa penternak ikan hiasan ?
II. Adakah alat penukaran air automatik ini mampu
mengesan kualiti air yang tidak baik ?
III. Adakah alat penukaran air automatik ini mampu
mengurangkan kerugian penternak ikan hiasan ?

5
1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Politeknik Jeli, Kelantan iaitu di FPH 2. Kajian ini
menyasarkan keberkesanan alat penukaran air automatik. Alat ini dipilih
kerana alat ini mampu untuk menjimatkan masa penternak dalam
menguruskan ternakan ikan hiasan.alat ini jugam mampu untuk
menjimatkan kos penternak kerana alat ini dapat menggantikan tenaga
buruh.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dibuat untuk mengkaji keberkesanan alat penukaran air


automatik terhadap penjimatan masa yang diambil dalam proses penukaran
air. Hal ini demikian kerana, penjimatan masa adalah aspek paling penting
dalam penternakan ikan hiasan. (Abdel-Tawwab et al., 2010)

6
1.8 TAKRIFAN ISTILAH/OPERASI

Kajian ini memerlukan proses pemilihan alatan (Arduino UNO) seperti dan
pemasangan yang teliti bagi menjayakan pemerhatian terhadap kajian ini
Bagi proses pemilihan barangan, barangan yang berkualiti adalah kunci kejayaan
dalam penghasilan sistem berinovasi baru untuk meningkatkan kualiti ternakan ikan
hiasan dan boleh dikomersialkan di peringkat yang lebih tinggi. pemilihan alatan yang
sesuai adalah perlu dititik beratkan kerana ia memberi kesan secara langsung terhadap
kualiti dan tahap keberkesanan sistem yang bakal dihasilkan. Antara ciri-ciri yang
perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan adalah alatan yang boleh bertahan
dalam jangka masa yang lama dan tidak mudah rosak. Hal ini demikian kerana sistem
yang bakal dihasilkan adalah untuk kegunaan dalam tempoh masa yang panjang. selain
itu, alatan yang dipilih juga harus mempunyai ciri ciri keselamatan yang baik supaya
tidak memberi kesan yang negatif kepada para penternak yang menggunakan sistem
ini. Di samping itu, alatan yang dipilih perlu menepati kehendak penternak yang ingin
menggunakan sistem ini kerana tujuan utama penternak untuk mengaplikasikan sistem
ini adalah untuk menjmatkan kos dan menjimatkan masa.

Penukaran air yang teratur dan terkawal akan meningkatkan pengeluaran hasil bagi
ternakan ikan hiasan. Hal ini demikian kerana ikan memerlukan air yang bersih untuk
mengeluarkan hasil yang berkualiti jika air tidak dijaga dan tidak diurus dengan betul,
berkemungkinan besar jumlah ikan yang mati akan meningkat dengan tinggi.

Akuarium 28liter perlu dibersihkan 1 kali dalam 3 minggu. Daripada 28liter sehingga
50liter 1 kali dalam 3-4 minggu bergantung kepada pencemaran. Dari 50liter hingga
80liter 1 kali dalam 4 minggu (1 bulan) bergantung kepada pencemaran. Dari 80liter
dan ke atas 1 kali sebulan dan setengah bergantung kepada pencemaran. Air bervariasi
dalam jumlah 1/3 daripada jumlah air. Tiada batasan yang jelas dengan anjakan dan
masa. Semua orang mengamati dirinya ketika hendak menukar air. Setiap perubahan
air adalah tekanan untuk ikan. Tetapi terlalu banyak perubahan air (kurang dari 3

7
minggu) boleh membawa kepada penyakit dan berkaitan dengan tekanan kerap dan
kegagalan untuk membiasakan diri dengan air baru. Di dalam akuarium, bioflora tidak
mempunyai masa untuk pulih, yang dipulihkan sepenuhnya dalam akuarium yang agak
besar selama sebulan atau lebih. Dan akuarium sering mula tumbuh keruh selepas
penggantian, seperti dengan pelancaran akuarium baru (ms.,

8
1.9 RUMUSAN BAB

Kajian ini juga membantu dalam menunjukkan kepakaran dalam


melakukan inovasi dalam suatu sistem baru yang lebih bermanfaat. Sistem
ini juga dihasilkan supaya dapat mengurangkan pembaziran dalam
pembiayaan ternakan ikan hiasan. Pembaziran yang dimaksudkan adalah
perlu membayar gaji tenaga buruh yang terlalu ramai bekerja di tempat
ternakan ikan hiasan tersebut. Kajian ini dibuat untuk mengelakkan
pembaziran dari segi kos yang terlalu tinggi dan sistem ini dapat
mengurangkan kadar pembaziran tersebut.

Akhir sekali, kajian ini dilakukan untuk menepati dan memenuhi terma
yang termaktub dalam sukatan pembelajaran Politeknik Malaysia bagi
pelajar-pelajar semester 5.

9
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Di dalam bab kajian literatur menerangkan mengenai konsep projek dimana


projek penghasilan sistem ini mempunyai fungsi iaitu menukar secara automatik
dengan menggunakan Arduino Uno. Mengikut kajian, produk ini telah dihasilkan
oleh ramai individu yang mempunyai sistem ternakan akuarium.
Sistem yang dihasilkan kali ini mempunyai sedikit pembaharuan kerana sistem
ini menggunakan inovasi baharu. Hampir semua penternak ikan hiasan
menggunakan teknik secara manual kerana tidak begitu tahu atau tidak
mempunyai pengalaman mengenai teknologi sekarang.

2.2 KONSEP/ TEORI

2.2.1 Sistem penukaran air automatik

10
Rajah 1 Sistem Penukaran Air Automatik

Arduino adalah sebuah kit elektronik sumber terbuka (open source) yang
dirancang khusus untuk memudahkan bagi para seniman, pereka, dan siapapun
yang tertarik dalam menciptakan objek atau
mengembangkan peringkat elektronik yang dapat berinteraksi dengan
bermacam-macam sensor dan pengendali.

Arduino UNO merupakan sebuah papan mikrokontroler yang dikawal penuh


oleh ATmega328. Arduino UNO mempunyai 14 pin digital input/output (6 di
antaranya dapat digunakan sebagai output PWM), 6 input analog, sebuah
osilator kristal 16 MHz, sebuah sambungan USB, sebuah power jack, sebuah
kepala ICSP, dan butang reset. Arduino UNO memuat semua yang diperlukan
untuk memacu mikrokontroler, mudah menghubungkannya ke sebuah
komputer dengan sebuah kabel USB atau menyambungkannya dengan sebuah
adaptor AC ke DC atau menggunakan bateri untuk memulainya
(https://ilearning.me/sample-page-162/arduino/pengertian-arduino-uno/2020)

Sebagaimana yang kita ketahui, dengan sebuah mikrokontroler kita dapat


membuat program untuk mengendalikan berbagai komponen elektronik dan
fungsi Arduino UNO ini dibuat untuk memudahkan kita dalam melakukan
projek, memprogram mikrokontroler, membuat alat-alat canggih berasaskan
mikrokontroler.

11
2.3 KAJIAN TERDAHULU

Projek ini pernah diinovasikan oleh Johny Claire pada tahun 2014 yang
berfungsi sebagai alat penukaran air secara automatik. Apabila kadar air
di dalam akuarium berkurangan, air akan dimasukkan ke dalam akuarium
melalui pam yang diaktifkan secara automatik menggunakan Arduino.
Sistem pengisian semula automatik apabila dipasang dengan betul boleh
menjadi pertolongan besar pada bulan-bulan musim panas ketika
penyejatan menjadi masalah. Walau bagaimanapun, kami sering menemui
ciri air yang dipasang secara profesional dengan sistem pengisian semula
automatik yang disambungkan terus ke saluran utama penyiram yang juga
memiliki saluran pembuangan. Hasilnya boleh menjadi bil air melebihi
beberapa ribu dolar jika injap pengisian semula terbuka. Ia serupa dengan
tangki tandas yang bocor kerana air hilang tanpa jejak, pada dasarnya
menuruni longkang tetapi pada skala yang jauh lebih besar. Sebilangan
besar injap pengisian semula secara fizikal sangat mirip dengan injap
pengisian semula tandas kerana terdapat bebola apungan yang naik
dengan permukaan air di kolam.

Setelah tahap mencapai bahagian atas injap seharusnya ditutup. Ranting


atau daun atau serpihan lain yang terapung di kolam dapat mengelakkan
injap menutup sepanjang jalan.

Kajian yang dijalankan oleh Abir Tawfeeq et.al pada tahun 2019
menyatakan perkembangan baru dalam penghasilan Sistem Akuakultur
berasaskan IoT dengan analisis Cloud dapat memudahkan penternakan
ikan dan menjaga kualiti air dengan lebih mudah dengan pintar.Teknologi
baharu akuakultur berasaskan teknologi dari China, Jepun dan Australia
itu sangat sesuai dikembangkan di kawasan berkeluasan terhad seperti di
daerah ini berbanding kaedah penternakan biasa yang memerlukan
kawasan luas untuk kolam ikan (Rasyid.U.A, 2019)

12
2.4 RUMUSAN BAB

Kesimpulannya, sistem penukaran air automatik ini lebih praktikal, berkesan


dan dipercayai lebih cekap daripada penukaran air secara manual. Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan bahawa ia adalah sistem yang
berguna. Sistem penukaran air automatik lebih bagus berbanding penukaran air
secara manual dalam beberapa aspek iaitu dari segi tenaga kerja,penjimatan kos
dan pengurusan masa. Selain itu, sistem penukaran air secara automatik juga dapat
menunjukkan potensinya yang tinggi untuk dikomersialkan

13
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Bab ini menerangkan tentang metodologi kajian yang dilakukan dalam mengkaji
keberkesanan sistem penukaran air automatik secara pintar terhadap masa yang
diambil unutk menukar air.

Kajian dijalankan selama 2 bulan. Alatan dikumpulkan dan lakukan pemeriksaan


terhadap alatan supaya tiada alatan yang hilang atau rosak. Seterusnya alatan akan
dipasang mengikut aturan dan cara yang betul. Mulakan dengan melekatkan sensor
shield ke arduino uno. Seterusnya, lakukan penyambungan float switch ke digital
2-pin. Seterusnya, sambungkan ke bekalan tenaga ke arduino uno dengan
menggunakan 3 pin coupler dan sambungkan wayar switch water level dan stesen
pam ke arduino.

Alatan yang telah selesai dipasang akan diuji dengan menggunakan komputer riba
untuk menguji keberkesanan arduino terhadap arahan yang telah ditetapkan di
komputer riba dengan bantuan pengaturcaraan ( codding ).

14
3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Mencari Mencari alatan Memasang alatan Menyediakan


maklumat seperti Arduino seperti tempat yang
tentang di kedia dan melakatkan sesuai untuk
projek secara atas talian Arduino shield ke melaksanakan
Arduino uno projek seperti di
FPH

Menganalisis
data yang
diperoleh dan Mengambil data
seperti tempoh Menguji projek
akan dianalisis
masa yang diambil dalam tempoh
menggunakan
untuk menukar air tertentu
excel
menggunakan
teknik ini

15
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Langkah menjalan projek ini kajian terperinci telah dijalankan terutama


dari segi peralatan, cara pemasangan, pengaturcaraan dan analisis data.
Rajah menunjukkan jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk
menjayakan projek yang dipilih.

Nama alatan Rajah


Arduino UNO

Breadboard

Male to male wire

Male to female wire

16
Usb type A to type B

Female to female wire

5v relay

LED

Micro servo

17
Arduino proto shield

Water pump 12w

Float switch

Led driver 12w

18
3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah kuantitatif dipilih untuk pengumpulan data yang dilaksanakan


adalah dengan menggunakan teknik manual dan sistem yang digunakan. Sistem
yang dihasilkan akan diuji dan tempoh masa akan diambil. Hasil keputusan akan
diambil dan masa akan dibandingkan antara teknik manual dan sistem penukaran
air automatik secara pintar

3.5 TEKNIK PERSAMPELAN

Projek ini akan diuji sebanyak beberapa kali untuk mengambil masa
yang terpantas untuk menukar air menggunakan sistem yang dihasilkan . Sistem
ini akan menggunakan 1 jenis pam air yang berbeza. Untuk percubaan pam
berkapasiti 5watt akan digunakan. Keputusan ini akan mengambil masa selama
1 bulan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

3.6 KAEDAH ANALISIS DATA

Hasil yang dianalisis ialah data masa yang diambil untuk penukaran air.
Data masa yang diperlukan untuk penukaran air bagi setiap pam akan dianalisis
menggunakan graf. Perbezaan masa bagi kedua-dua teknik akan direkodkan dan
dianalisis menggunakan excel

19
3.6 RUMUSAN BAB

Kesimpulanya projek ini mampu memberi kesan yang positif kepada


peniaga dan peminat ikan hiasan. Projek ini akan menjimatkan masa dan
mengurang kos upah pekerja. Projek ini juga mampu menjimatkan masa untuk
penukaran air.

20
BAB 4

KEPUTUSAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan mengenai hasil yang telah kita capai dalam projek ini.
Semua data yang diperoleh dan diperlukan akan direkodkan dan dianalisis. Sistem
penukaran air automatik secara pintar telah dihasilkan untuk membantu para
penternak untuk melakukan proses penukaran air. Seterusnya, sistem ini dihasilkan
juga bertujuan untuk menjimatkan kos penternak dalam mengendalikan ternakan.
Sistem ini telah merekodkan masa yang diambil untuk proses penukaran air
dilakukan. Sistem yang kami hasilkan berjaya merekodkan masa yang lebih
singkat berbanding sistem yang menggunakan kaedah konvensional

21
4.2 KEPUTUSAN

Jadual 4.1 Menunjukkan masa yang direkodkan oleh sistem penukaran air
automatik secara pintar dan secara manual untuk akuarium berkapasiti 28liter.

Sistem yang digunakan Masa yang direkodkan oleh sistem ( minit )

Sistem penukaran air 2.32 2.31 2.34 2.33 2.30 2.33 2.32
automatik secara pintar

Sistem penukaran air 3.24 3.20 3.19 3.25 3.20 3.18 3.21
kaedah manual

Jadual 4.1 menunjukkan masa yang direkodkan oleh sistem penukaran air
automatik secara pintar dan sistem penukaran air kaedah konvensional untuk
akuarium berkapasiti 28liter. Setelah beberapa kali diuji, kami mendapati masa
yang direkodkan oleh alat penukaran air automatik secara pintar mendapat
bacaan 2.32, 2.31, 2.34, 2.33, 2.30, 2.33 dan 2.32 minit manakala bagi rekod
bacaan alat pengisian air yang menggunakan kaedah konvensional adalah 3.24,
3.20, 3.19, 3.25, 3.20, 3.18 dan 3.21 minit. Bacaan menunjukkan alat penukaran
air automatik secara pintar mengambil masa yang lebih singkat untuk mengisi air
kedalam akuarium berbanding alat yang menggunakan kaedah konvesional.

22
4.3 GRAF MASA YANG DIAMBIL OLEH SISTEM
PENUKARAN AIR AUTOMATIK SECARA PINTAR
DENGAN SISTEM YANG MENGGUNAKAN KAEDAH
KONVENSIONAL

Merujuk kepada graf diatas,perbezaan masa yang direkodkan oleh sistem


penukaran air automatik secara pintar dengan sistem penukaran air kaedah
konvensional adalah agak ketara. Hal ini demikian kerana sistem penukaran air
secara automatik menggunakan kaedah yang lebih moden berbanding alat
penukaran air yang menggunakan kaedah konvensional.

23
4.4 AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA MENGUJI
ALAT PENGISIAN AIR AUTOMATIK SECARA
PINTAR

Rajah 4.2 : Menguji coding yang telah ditetapkan sama ada mempunyai ralat atau
tidak.

Rajah 4.3 : Proses kemasukan air yang dikawal sepenuhnya oleh arduino
Uno. Arduino Uno berfungsi mengawal pam dan float switch.

24
Rajah 4.4 : Proses pembuangan air yang dikawal oleh nodemcu. Nodemcu
menghantar isyarat ke microservo dan seterusnya membuka saluran air keluar
untuk mengeluarkan air yang perlu ditukar.

Rajah 4.5 : Ikan guppy bersaiz 2 inci digunakan bagi menguji keberkesanan
sistem yang kami hasilkan.

25
4.5 PERBINCANGAN

Dalam perbincangan ini, keputusan daripada projek kami adalah


berhasil dengan baik kerana alat penukaran air automatik secara
pintar. Berjaya mengisi air dalam masa yang singkat dan mencapai
objektif yang dikehendaki.

Para penternak mengalami kesukaran untuk menukar air pada akuarium


ternakan ikan hiasan kerana kekangan masa dan tenaga buruh. Hal ini
juga melibatkan penternak perlukan kos yang tinggi untuk menguruskan
ternakannya. Oleh itu, sistem penukaran air automatik yang dihasilkan
adalah cara dan inisiatif yang terbaik untuk diambil kerana sistem ini
dapat membantu para penternak ikan hiasan. Oleh hal demikian, para
penternak dapat mengurangkan kos pengurusan itaitu tidak perlu
membayar gaji pekerja yang terlalu ramai. Selain itu, pada sepanjang
menjalankan projek ini, terdapat perubahan pada masa yang direkodkan.
Masa yang direkodkan dengan menggunakan sistem kami adalah lebih
singkat berbanding alat yang menggunakan kaedah konvensional.

Selain itu juga, alat penukaran air automatik ini sangat mudah untuk
didapati dan dapat menjimatkan kos kerana ia menggunakan bahan bahan
yang terpakai dan bahan yang berharga murah. Ia juga tidak mendatangkan
pencemaran kepada alam sekitar dan tidak memberi kesan negatif seperti
penyakit dan sebagainya kepada ternakan yang telah kami jalankan. Pada
kami, ini adalah jalan yang sesuai dan tepat untuk para penternak
menjalankan projek yang kami jalankan ini sekiranya terdapat masalah
mengenai aktiviti penukaran air pada ternakan ikan hiasan mereka.

Akhir sekali,alat penukaran air automatik ini juga tidak memberi sebarang
masalah kerana ianya boleh dikendalikan oleh pelbagai lapisan umur.

26
BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini keputusan daripada hasil analisis serta pembacaan


gantt chart pada bab sebelumnya. Terdapat beberapa keputusan yang
perlu dijelaskan melalui perbincangan. Contohnya, keputusan
mengenai perbezaan masa pertukaran air secara automatik dan
konvensional. Sebarang persoalan yang akan dikeluarkan di dalam bab
ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan.

5.2 PERBINCANGAN

Dalam perbincangan ini, alat atau produk ini iaitu sistem penukaran
air automatik ini adalah produk yang lebih efisen dan praktikal ini
kerana, produk tersebut lebih berkesan setelah diuji berkali-kali
sehingga mendapat keputusan yang baik. Selain itu, produk ini juga
telah diuji dengan meletakkan ikan (gapi) 2 hingga 4 ekor di dalam
akuarium untuk menguji keberkesanan sistem tersebut sama ada boleh
memberi impak kepaa ikan atau tidak.

27
Seterusnya, sistem ini sesuai ditempatkan di kawasan yang
menggunakan sistem ternakan akuarium, sebagai contoh, di FPH.
Kemungkinan, pada masa akan datang produk ini akan di ubah usai
dengan lebih baik lagi dan akan diletakkan di kawasankawasan seperti
kolam tanah, tangki, kanvas dan sebagainya.

Selain itu, didapati produk ini tidak mempunyai lagi dipasaran


kerana ia mempunyai dua fungsi dalam satu masa iaitu secara
pengeluaran air dan kemasukkan air. Mengikut kajian terdahulu, John
Claire sistem ini pernah direka dengan mempunyai satu fungsi iaitu
secara pengeluaran air sahaja tetapi pada zaman teknologi yang canggih
sekarang produk ini dihasilkan dengan menggunakan dua sistem dan ia
lebih memudahkan kerja seorang penternak ikan hiasan (Claire, 2014)

Sebagai tambahan, produk ini juga dapat menjimatkan kos dari dari
segi pemberian gaji pekerja dan tidak menggunakan alat yang kos tinggi
terlalu banyak kerana kebanyakkanya hanya menggunakan dari bahan
kitar semula contohnya seperti, akuarium terpakai, paip PVC yang
sudah tidak digunakan lagi dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi, ia boleh digunakan untuk penternak yang


menternak secara kecilan atau besaran. Ia tidak mengira umur untuk
mengendalikan sistem ini kerana ia tidak merbahaya kepada
persekitaran. Selain itu, sistem ini juga dapat mengurangkan dari segi
masa kerana para penternak tidak perlu untuk datang ke kawasan
ternakan setiap hari dengan menukar air kerana sistem ini dapat
menukar air secara automatik walaupun hanya duduk dirumah sahaja
dengan mengawal kemasukan air dan pengeluaran air.
Dalam perbincangan ini, kami dapat memberitahu tentang kelebihan
dari produk ini yang dapat memudahkan lagi kerja-kerja ternakan
seperti proses penukaran air. Seterusnya, sistem penukaran air
automatik ini lebih praktikal berkesan dan dipercayai lebih cekap
daripada penukaran air secara konvensional. Berdasarkan daripada
kajian yang telah dilakukan boleh dikatakan bahawa ia adalah sistem
yang sangat berguna.
28
Sistem ini lebih berguna kerana ianya dapat menjimatkan kos..
Akhir sekali, sistem ini juga berpotensi untuk dikomersialkan di
pasaran.

29
5.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem penukaran air automatik secara pintar


dapat digunakan untuk membantu memudahkan tugasan para
penternak ikan hiasan. Secara keseluruhan, produk ini dapat
memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada para penternak
untuk mengkomersialkan produk ikan hiasan mereka ke pasaran
yang lebih tinggi. Selain itu, sistem penukaran air automatik ini
juga adalah alat inovasi yang terbaru yang sangat sesuai
digunakan disemua syarikat ikan hiasan yang ada pada masa kini
kerana sesuai dengan perederan zaman. Akhir sekali,

5.4 CADANGAN

Cadangan penambahbaikan sistem penukaran air automatik


secara pintar untuk penghasilan seterusnya perlu dinaiktaraf
contohnya menambahkan sensor suhu dan sensor untuk kualiti
air pada sistem tersebut. Melakukan penambahbaikan yang lebih
sesuai. Menggunakan bahan seperti paip, pam lebih sesuai.
Membina satu sistem yang mampu memberi kemudahan yang
lebih kepada penternak terutamanya dari segi kos.

30
5.5 RUMUSAN BAB

Perbincangan, kesimpulan dan cadangan adalah fasa tesis. Di


bahagian perbincangan, kami meneliti semua hasil yang telah
dikumpulkan. Setiap faktor yang boleh mempengaruhi projek
telah dihitung dan dipertimbangkan. Pada bahagian kesimpulan,
kami telah menjalankan projek ini. Cadangan yang diberikan
adalah berdasarkan pemerhatian kami yang boleh meningkatkan
projek.

31
RUJUKAN

a) Sumber Internet

Prima, E. C. (2017, July 8). Automatic water tank filling system controlled using
ArduinoTM based sensor for home application. ScienceDirect.com | Science, health and
medical journals, full text articles and
books. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877705817311761

Knight, I. (2018, June 14). Arduino, circuits and components.


ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/325747045_Arduino_Circuits_a
nd_Components

Javeed, A. (2016, June 8). Arduino basics.


ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/303912477_Arduino_Basics

Randall, D. J. (2011, February 14). The interaction between carbon dioxide and ammonia
excretion and water pH in fish.
ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/238019289_The_interaction_bet
ween_carbon_dioxide_and_ammonia_excretion_and_water_pH_in_fish

Dunbar, N. (2019, September 11). Arduino software internals.


Springer. https://link.springer.com/book/10.1007%2F978-1-4842-5790-6

Mohamed, F. (2018, October 30). (PDF) Integrated development environment "IDE" For
Arduino.
ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/328615543_Integrated_Develop
ment_Environment_IDE_For_Arduino

Rasyid, U. A. (2018, January 4). (PDF) Design and development of smart aquaculture
system based on IFTTT model and cloud integration.
ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/324700472_Design_and_Develo
pment_of_Smart_Aquaculture_System_Based_on_IFTTT_Model_and_Cloud_Integratio
n

Claire, J. (2018, May 13). Aquarium auto refill with Arduino. Arduino Project
Hub. https://create.arduino.cc/projecthub/robotgeek-projects-team/aquarium-auto-refill-
with-arduino-f16cd2?ref=tag&ref_id=water&offset=28

31
Tawfeeq, A. (2019, May 19). IoT based aquaculture system with cloud analytics. Semantic
Scholar | AI-Powered Research Tool. https://www.semanticscholar.org/paper/IoT-based-
Aquaculture-system-with-Cloud-analytics-Tawfeeq-
Wahaibi/05edd7c49ff5e95099157285cad6f9dd25e0b4bf

31
LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Carta Ghantt
Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Minggu
PENYEDIAAN KERTAS R
KERJA L
PENYEDIAAN R
PERALATAN L
PROJEK

PERLAKSANAAN PROJEK R
L
PENGUMPULAN DATA R
L
ANALISIS DATA R
L
PENYEDIAAN LAPORAN R
AKHIR L
PEMBENTANGAN LAPORAN R
AKHIR L

R – Tarikh rancang
L – Tarikh laksana

31
31

You might also like