You are on page 1of 5

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KERTAS CADANGAN

SISTEM AQUAPONIK BERSEPADU


TINGKATAN 2

Latar Belakang

Sistem Aquaponik adalah sistem pertanian era baru. Sistem ini amat digalakkan oleh Jabatan
Pertanian agar dapat dilaksanakan bagi menampung keperluan makanan yang boleh dihasilkan
sendiri di rumah.
Sistem ini boleh dilakukan oleh semua penduduk terutama di bandar, walau hanya tinggal di
rumah pangsa atau rumah teres kerana ianya tidak memerlukan ruang yang luas. Oleh itu
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan salah satu bahagian dalam Reka Bentuk dan
Teknologi, Tingkatan 2 iaitu Aquaponik.

Objektif

1. Menghasilkan satu sistem Aquaponik di Kawasan Bengkel RBT untuk dijadikan Bahan
sebenar PDPC.
2. Memberikan gambaran yang sebenar tentang sistem aquaponik
3. Memberikan bukti tentang hasilnya kepada guru dan pelajar bahawa sistem aquaponik
boleh menghasilkan 2 jenis makanan serentak.
4. Menyediakan contoh jenis-jenis sistem aquaponik sebagai panduan kepada guru dan pelajar.

Kumpulan Sasar

 Semua pelajar RBT tingkatan 2


 Semua pelajar RBT tingkatan 3

Pelaksanaan

1. Penyediaan bahan dan peralatan oleh Panitia RBT


2. Menyediakan Tempat oelh guru-guru RBT tingkatan 2
3. Memasang sistem aquaponik oleh guru-guru RBT tingkatan 2 bersama Pelajar
4. Melepaskan ikan dan menanam oleh GKMP, KP, guru-guru dan pelajar.
5. Penjagaan dan penyelenggaraan oleh guru-guru RBT tingkatan 2 bersama pelajar RBT
tingkatan 2.
6. Pemantauan oleh GKMP dan KP RBT.
7. Memetik hasil – hasil boleh dijual kepada guru-guru dengan harga berpatutan bagi
menampung keperluan makanan ikan dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Peralatan dan Bahan

1. Tangki Air (bekas ikan)


 Saiz 4 kaki X 8 kaki x 2 kaki
2. Bekas tanaman
 2 kaki x 1½ kaki x ½ kaki
3. Growbead (hidroton) – 20 kg
4. Benih ikan Tilapia – 200 ekor
5. Pelet (makanan ikan) – 20 kg
6. Paip pvc ½inci – 1 batang
7. Submersible pump - 3 unit
8. Kanvas (12kaki x 14kaki) – 2 unit
9. Extension wire (20 kaki) – 2 unit
10. Besi Rak (10 kaki) – 6 batang

Penutup

Sistem aquaponik adalah sistem pertanian moden yang dapat memberikan sumber makanan kepada
kita dan boleh dilakukan tanpa memerlukan Kawasan yang luas. Boleh dilakukan dengan
menggunakan bahan kitar semula untuk dibuat secara kecilan sebagai hiasan dan boleh juga
dilakukan di Kawasan bandar sebagai sumber pendapatan terutama di Kawasan rumah kediaman
dan Kawasan atas bangunan. Dengan pendedahan tajuk ini dalam mata pelajaran RBT maka dapat
memberikan idea dan inspirasi kepada pelajar untuk melakukan dengan lebih baik di rumah masing-
masing.

Disediakan oleh :

.................................................................
KAMAL SHA’ARI BIN ABDULLAH
GURU MATAPELAJARAN
REKA BENTUK TEKNOLOGI
Disemak oleh :

...................................................... ...................................................
ZURIYATI BINTI ABD RAHIM KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
(KP RBT) (GKMP)

Disahkan oleh,

........................................................
ABDUL WAHID BIN BAHARON
PENGETUA
Lampiran

1. Tangki Air

2. Submersible pump

3. Bekas tanaman
4. Besi Rak(DIY)

5. Hidroton

You might also like