You are on page 1of 72

i

ii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dapat
menyempurnakan penulisan laporan akhir ini bagi memenuhi syarat penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah. Untuk menyiapkan laporan ini kami
tetap mengumpul serba sedikit maklumat yang kukuh untuk menyempurnakan
penulisan laporan akhir ini.

Ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia projek, Cik Lilyana Anak Jelai, di
atas bimbingan dan perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini
dilaksanakan. Beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan serta
kritikan membina kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan laporan projek
akhir ini. Penghargaan ikhlas juga ingin kami rakamkan kepada Cik Lilyana Anak Jelai
kerana projek ini dapat disiapkan dengan baik.

Ucapan ribuan terima kasih teristimewa kepada ibu bapa, saudara-mara dan
sahabat yang sentiasa mendoakan kejayaan dan sentiasa membantu kami dengan
kesabaran bagi memastikan laporan ini siap dengan sempurna. Terima kasih atas
sokongan, dorongan dan semangat yang diberikan, di mana akan menjadi sumber
motivasi utama kepada kami.

Sekian, terima kasih.

i
ABSTRAK

Projek ini diubahsuai daripada pemerhatian berdasarkan jalan raya yang


digunakan telah berlubang. Dengan itu, jalan raya yang berlubang akan dibaikpulih
dengan menggunakan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin
terpakai dalam campuran bitumen. Objektif projek ini adalah untuk menambahkan
campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai ke dalam
campuran bitumen sebagai bahan alternatif turapan jalan, menguji kekuatan bitumen
yang telah diubah suai dan membandingkan kos bitumen sebenar dengan campuran
bitumen yang telah dihasilkan. Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, plastik
terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai adalah bahan yang sesuai digunakan
untuk ditambah ke dalam campuran bitumen. Metodologi yang sesuai akan digunakan
semasa proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagai panduan
untuk perancangan penghasilan dan pengujian projek. Untuk mendapatkan data untuk
projek ini ialah melalui ujian makmal iaitu ujian penusukan dan ujian titik lembut. Dua
ujian ini dapat menentukan kekuatan bitumen yang dicampur dengan plastik terpakai,
minyak hitam terpakai dan getah terpakai. Terdapat empat campuran yang diuji iaitu
campuran 100g bitumen sebenar. Campuran A yang terdiri daripada kandungan 50g
bitumen, 20g minyak enjin terpakai, 15g getah terpakai dan 15 g plastik terpakai.
Manakala untuk kandungan campuran B bitumen 50g, getah terpakai 20g, minyak
enjin terpakai 15g, dan plastik terpakai 15g. Terakhir campuran C terdiri daripada 50g
bitumen, 20g plastik terpakai, 15g getah terpakai dan minyak enjin terpakai juga 15 g.
Keputusan purata ujian penusukan untuk empat campuran ini ialah 124.33 mm, 146.33
mm, 227.70 mm dan 176.33mm. Manakala untuk purata ujian titik lembut masing-
masing ialah 53’c, 33’c, 49’c dan 43.5’c.

ii
ABSTRACT

This project was modified from observations based on the road used to have
potholes. With that, potholed roads will be repaired by using a mixture of used plastic,
used rubber and used engine oil in a bitumen mixture. The objective of this project is
to add a mixture of used plastic, used rubber and used engine oil to the bitumen
mixture as an alternative material for road pavement, test the strength of the modified
bitumen and compare the actual bitumen cost with the bitumen mixture that has been
produced. Based on the literature review, used plastic, used rubber and used engine
oil are suitable materials to be added to the bitumen mixture. The appropriate
methodology will be used during the project production process by using flow charts
as a guide for production planning and project testing. To obtain data for this project
is through laboratory tests, namely penetration test and softening tests. These two tests
can determine the strength of bitumen mixed with used plastic, used black oil and used
rubber. There are four mixtures tested which are a mixture of 100g of real bitumen. A
mixture consisting of 50g of bitumen, 20g of used engine oil, 15g of used rubber and
15 g of used plastic. While for a mixture content of B bitumen 50g, 20g used rubber,
15g used engine oil, and 15g used plastic. Lastly the C mixture consists of 50g of
bitumen, 20g of used plastic, 15g of used rubber and used engine oil also 15 g. The
average results of the insertion test for these four mixtures were 124.33 mm, 146.33
mm, 227.70 mm and 176.33mm. While for average soft point tests are 53'c, 33'c, 49'c
and 43.5'c, respectively.

iii
SENARAI KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT


AKUAN KEALSIAN DAN HAK MILIK
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
SENARAI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Skop Projek 5
1.6 Kepentingan Projek 5
1.7 Jangkaan Dapatan Projek 6
1.8 Rumusan 6

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab 7
2.2 Kajian Terdahulu 8
2.3 Rumusan 29

iv
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Carta Alir Metodologi 31
3.3 Permulaan 32
3.4 Penyediaan Bahan Dan Peralatan 32
3.5 Proses Campuran Bahan 34
3.6 Ujian Penusukan (Penetration Test) 36
3.7 Ujian titik lembut (Softening Point Test) 39
3.8 Analisis Data 42
3.9 Rumusan 44

4 HASIL DAN ANALISIS


4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data 46
4.3 Data dan Analisis 49
4.4 Perbandingan Kos 51
4.5 Rumusan 52

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 53
5.2 Kesimpulan 53
5.3 Cadangan 54
5.4 Rumusan 54

6 RUJUKAN 55
7 LAMPIRAN 56

v
SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA


SURAT

2.1 Jenis – Jenis Bitumen 14


2.2 Spesifikasi Teknikal Bitumen 70/80 15
2.3 Spesifikasi Teknikal Bitumen 80/100 16
2.4 Ciri – ciri agregat yang baik 19
2.5 Jenis – jenis getah sintetik 27
3.1 Jadual kadar nilai campuran plastik terpakai, getah 35
terpakai dan minyak enjin terpakai
3.2 Data ujian penusukan 38
3.3 Perbezaan bacaan penusukan tertinggi dan terendah 38
3.4 Perbezaan maksimum nilai penusukan 38
3.5 Data ujian titik lembut 41
3.6 Perbezaan minimum purata suhu 41
3.7 Jadual kadar nilai campuran 42
3.8 Data untuk semua campuran 42
4.1 Data ujian penusukan 46
4.2 Perbezaan bacaan penusukan tertinggi dan terendah 46
4.3 Perbezaan maksimum nilai penusukan 46
4.4 Data ujian titik lembut 48
4.5 Data dari keseluruhan ujian makmal 49
4.6 Sifat bitumen (Arahan teknik jalan 5/85) 50
4.7 Perbanding kos diantara bitumen sebenar dengan 51
bitumen yang dicampur dengan bahan terpakai

vi
SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA


SURAT

1.1 Jalan Berlubang 1


1.2 Penggunaan Plastik 2
1.3 Pembuangan sampah yang tidak teratur 4
2.1 Struktur Lapisan Jalan 9
2.2 Jalan raya retak 10
2.3 Lekukan pada jalan raya 11
2.4 Jalan berlubang 12
2.5 Bitumen 14
2.6 Agregat semulajadi 17
2.7 Agregat buatan manusia 17
2.8 Agregat kasar 18
2.9 Agregat halus 18
2.10 Jenis – jenis plastik 21
2.11 Minyak terpakai 24
2.12 Getah asli 25
2.13 Getah Sintetik 26
2.14 Getah terpakai 28
3.1 Carta alir metodologi projek dua 31
3.2 Bahan – bahan yang digunakan 32
3.3 Alatan yang diperlukan 33
3.4 Penimbangan bahan yang digunakan untuk setiap 35
campuran
3.5 Cara Pemanasan Getah Terpakai 35
3.6 Campuran A, B dan C 36

vii
3.7 Alat ujian penusukan (penetration test) 37
3.8 Campuran A dimasukkan ke dalam cincicn 39
3.9 Ujian titik lembut 41
3.10 Index penusukan bitumen 43

viii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Lubang pada jalan berlaku akibat daripada ketidaksempurnaan pada permukaan


jalan di mana tanah mampat di bawah turapan menjadi lemah. Hal biasanya
disebabkan oleh air dalam struktur tanah di bawahnya dan lalu lintas yang melalui
kawasan yang terjejas dan bermula dengan rekahan kecil tetapi menjadi lebih besar
dari masa ke semasa jika tidak diperbaiki segera. Kematian jalan raya membabitkan
penunggang motosikal terlanggar jalan yang berlubang bukanlah perkara baru.
Menurut statistik yang didedahkan pada 2018, 840 orang maut dalam kemalangan
jalan raya akibat insiden yang berkaitan dengan jalan berlubang dari 2000 hingga
2011. (Atirah Hanifah, 2022)

Rajah 1.1 Jalan Berlubang

1
Penggunaan plastik yang berleluasa di Malaysia telah menimbulkan
kebimbangan pelbagai pihak. Hal ini kerana sedia maklum tentang kesan daripada
penggunaan plastik yang berleluasa di Malaysia boleh memudaratkan alam sekitar.
Seperti yang diketahui, Malaysia telah menjadi negara peyumbang kedua tertinggi
pencemaran plastik di Asia.Penggunaan plastik ketika membeli-belah barangan dapur
dan juga di restoran atau kedai makan dengan menggunakan straw dan juga
pembungkus plastik. Lebih menyesalkan lagi, plastik-plastik ini kemudiannya di buang
di saluran yang salah sehingga menyebabkan alam sekitar kita tercemar serta
mengganggu habitat di darat mahupun di lautan. (Nur Adleena Ezzaty binti Md Noor
2020/2021)

Rajah 1.2 Penggunaan Plastik

Dianggarkan lebih 2.8 juta atau kira-kira 57.39 tan tayar terpakai dihasilkan
setiap tahun tetapi lebih 60 peratus daripadanya tidak digunakan dan ditempatkan di
simpanan. Ke manakah tayar terpakai yang sudah tidak digunakan lagi. Dibuang,
dibakar atau dikitar semula. Pengurusan tayar terpakai kurang sempurna boleh
menimbulkan pelbagai masalah kepada kesihatan seperti risiko kebakaran, tempat
perlindungan kepada haiwan perosak umpamanya tikus dan nyamuk. Ini juga
berpotensi meningkatkan risiko kerosakan kepada persekitaran. Oleh itu,
mencampurkan tayar terpakai dengan asfalt untuk tujuan pembinaan jalan adalah usaha
berterusan untuk mengurangkan jumlah sisa buangan. (Mohd Rosli et. al, 2020)

2
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek yang dihasilkan ialah menggunakan bahan campuran plastik terpakai,


getah terpakai dan minyak enjin terpakai dalam campuran bitumen sebagai bahan
alternatif turapan jalan. Projek ini memberi focus terhadap campuran yang diuji
menggunakan ujian makmal seperti ujian penusukan dan ujian titik lembut. Melalui
data ujian makmal yang dilakukan,campuran yang dihasilkan dapat dibandingkan
dengan bitumen sebenar. Melalui projek kami ini juga kami dapat memanfaatkan sisa
plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai yang telah digunakan dan
secara tidak langsung dapat mengurangkan pembuangan sampah. Kos bitumen yang
digunakan untuk menurap jalan juga dapat dikurangkan.

3
1.3 PENYATAAN MASALAH

Melalui temubual yang dijalankan bersama dengan Jurutera Politeknik Mukah


iaitu Encik Shahrul Nazrin masalah utama untuk menjalankan penyelenggaran jalan
raya di kawasan Politeknik Mukah adalah kos bahan yang diperlukan sangat tinggi
seperti kos bitumen. Hal ini menyebabkan pihak berkenaan sukar untuk
menyelenggara jalan yang berlubang. Selain daripada itu, pengurusan pembuangan sisa
plastik, getah yang tidak teratur di Politeknik Mukah. Seterusnya kos penyelenggaran
jalan raya yang meningkat juga memberikan kesan ke atas keadaan jalan.

Rajah 1.3 Pembuangan sampah yang tidak teratur

Menurut Ernie Kulian (2020), pada kebiasaannya terdapat beberapa jenis


kerosakan yang sering berlaku pada permukaan jalan. Di antaranya seperti retak,
lelubang, pecahan tepi, penjujuhan, kegagalan tambakan, pengikisan, penanggalan dan
lain-lain lagi. Terdapat dua faktor yang turut mengakibatkan jalan berlubang iaitu air
dan pertambahan berat kenderaan. Air yang bertakung akan meresap ke bahagian
dalam jalan menerusi retakan di permukaan atas dan tepi. Ini mengakibatkan lapisan
turapan menjadi lemah. Selain itu, bilangan dan berat kenderaan yang meningkat turut
menyumbang kepada kerosakan yang lebih cepat. Retakan yang ada pada permukaan
akan merebak dan menyebabkan pembentukan lubang (Ernie Kulian, 2020).

4
1.4 OBJEKTIF PROJEK

Tujuan projek ini adalah untuk :

i. Menambahkan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin


terpakai ke dalam campuran bitumen sebagai bahan alternatif turapan jalan.
ii. Menguji kekuatan bitumen yang telah diubahsuai.
iii. Membandingkan kos bitumen sebenar dengan campuran bitumen yang telah
diperbaharui

1.5 SKOP PROJEK

i. Kawasan untuk melakukan projek ini di Politeknik Mukah.


ii. Melakukan ujian makmal seperti Ujian Penusukan ( Penetration ) dan Ujian
Titik Lembut (Softening).
iii. Melakukan perbandingan kos bitumen yang sebenar dengan campuran bitumen
yang dihasilkan.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Jalan raya merupakan tempat perhubungan antara suatu tempat ke suatu tempat
yang lain. Kerosakan yang berlaku di jalan raya dapat menyebabkan sesuatu yang
tidak diingini berlaku. Kerja penyelenggaraan juga mengambil kos yang banyak
dan masa yang lama untuk membaiki jalan raya. Penggunaan agregat dan plastik
yang diubah suai ini dapat menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan jalan
supaya pengguna jalan raya tidak membuang masa atas sebab kesesakkan jalan
raya yang sedang dibaik pulih. Untuk keselamatan, reka bentuk produk tidak boleh
berbahaya dan bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya. Projek ini juga
akan menjimatkan kos penurapan jalan kerana menggunakan bitumen dengan
campuran plastik dan pengguna bitumen dapat dikurangkan.

5
1.7 JANGKA DAPATAN PROJEK

Pada akhir projek ini,mengharapkan dapat menghasilkan campuran plastik


terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai dengan campuran bitumen
sebagai bahan alternatif turapan jalan berlubang di kawasan Politeknik Mukah.
Selain itu juga dapat mengurangkan kos untuk membaiki jalan. Melalui projek ini
juga dapat untuk memanfaatkan plastik, getah dan minyak dikitar semula dan juga
berharap jalan raya yang berlubang di politeknik mukah dapat di kurangkan dan
kualiti jalan akan menjadi lebih mesra pengguna.

1.8 RUMUSAN

Secara keseluruhan dalam bab pertama ini, dapat mengetahui beberapa


maklumat tentang projek yang akan kami lakukan berdasarkan pendahuluan, latar
belakang projek, penyataan masalah, objektif projek, skop projek, kepentingan
projek, pentakrifan istilah dan jangkaan dapatan yang telah kami senaraikan.
Berharap inovasi yang telah kami buat ini akan dapat memberikan banyak manfaat
kepada pengguna jalan raya di Politeknik Mukah.

6
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian literatur ialah adalah gabungan maklumat yang diperoleh dari pelbagai
sumber iaitu surat khabar,buku,internet dan sumber lain yang sesuai. Maklumat ini
merupakan kandungan khusus yang berkaitan dengan tajuk atau isu yang berkaitan.
Untuk mewakili idea yang teliti yang diperoleh daripada hasil nkajian atau penemuan
orang lain tentang sesuatu topik tertentu atau yang dianggap berkaitan dengan
beberapa cara. Sumber yang dipilih haruslah ditulis dengan baik dalam penggunaan
tatabahasa yang betul. Sumber itu juga harus member penerangan yang lengkap
mengenai kajian yang dibuat. Matlamat utama kajian literatur adalah untuk
memandangkan pandangan yang dapat dibuat terhadap teoritis dan metodologi yang
digunakan oleh penyelidik pada masa lalu. Selain itu, kajian literatur ini juga bertujuan
untuk membezakan kajian yang telah dikaji daripada kajian yang hendak dikaji
berdasarkan latar belakang projek penyelidikan yang sedang dijalankan.

7
2.2 JALAN RAYA

MenuruTt Mohd Mashuri et.al, (2021) menyatakan bahawa jalan raya ialah jalan
besar atau jalan utama yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Biasanya jalan ini mempunyai ciri – ciri tersebut:

i. Digunakan oleh kenderaan bermotor berat dan ringan


ii. Digunakan untuk orang awam
iii. Dibiayi oleh badan awam
iv. Penggunaannya ditakluki oleh undang – undang pengangkutan

Diingatkan bahawa bukan semua jalan yang ada dapat dilalui oleh kenderaan
bermotor seperti denai – denai di dalam estet, jalan kebun dan sebagainya. Jalan yang
terdapat di kawasan denai dan estet mempunyai kelebaran yang kecil dan biasanya
digunakan oleh perjalan kaki dan motosikal sahaja (Mohd Mashuri et.al, ( 2021 ).

2.3 PIAWAIAN JALAN RAYA PIAWAIAN

Mohd Mashuri et.al , (2021).menyatakan JKR menggeolongkan jalan raya yang


merentasi kawasan desa kepada tujuh heararki, iaitu R6, R5, R4, R3, R2, R1 dan R1a.
Manakala jalan raya yang merentas kawasan bandar kepada tujuh heararki juga iaitu
U6, U5, U4, U3, U2, U1 dan U1a. Piawaian ini bertujuan untuk:

i. Mewujudkan keseragaman dalam reka bentuk berdasarkan keperluan


ii. Menyediakan kemudahan jalan raya yang konsisten, selamat dan boleh
dipercayai
iii. Dijadikan panduan untuk membuat keputusan yang kurang subjektif mengenai
reka bentuk jalan raya

8
2.4 KONSEP PEMBINAAN

Menurut Muhammad Khairul Ikhwan et .al (2021), tujuan pembangunan jalan


raya pada umumnya adalah sebagai prasarana agar kenderaan dan pengangkutan dapat
mengangkut penumpang atau barang ke destanasi masing – masing, bandar – bandar
yang dilalui dan kos perjalanan serta kos mengangkut barang boleh dikurangkan.
Pembangunan jalan raya dapat memudahkan pengguna jalan raya untuk bergerak
melakukan pelbagai aktiviti dan tujuan. Semua pembangunan ini adalah unruk
memberi keselesaan terhadapt masyarakat ketika menggunakan jalan raya iaitu melalui
pelbagai jenis pengangkutan. Jika dapat dilihat di bandar – bandar yang pesat
membangun terdapat banyak jenis pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat
untuk pelbagai tuhuan.Jalan raya biasanya terdiri daripada beberapa lapisan bahan
binaan yang dibina di atas aras formasi. (Muhammad Khairul Ikhwan et.all , 2021 ).

Rajah 2.1 Struktur Lapisan Jalan

9
2.5 JENIS KEROSAKAN JALAN RAYA

Suhailah Fauzi (2015), menyatakan bahawa pada kebiasaannya terdapat


beberapa jenis kerosakan yang sering berlaku pada permukaan jalan. Antaranya retak,
lelubang, lekukan, pecahan tepi, penjujuhan, kegagalan tambakan, pengikisan,
penanggalan, dan lain-lain.

2.5.1 RETAK (CRACKING)

Selain daripada itu juga Suhailah Fauzi (2015), menyatakan retakan


berlaku akibat daripada kegagalan patah permukaan turapan, ia boleh berlaku
dalam berbagai bentuk iaitu daripada satu retakan kecil sehingga saling
bersambung dan meliputi keseluruhan turapan. Antara faktor-faktor yang
mengakibatkan berlakunya keretakan ialah tekanan daripada beban gandar,
perubahan suhu dalam lapisan jalan, serta kandungan lembapan yang berlebihan.
Terdapat beberapa jenis retakan iaitu retak memanjangretak pinggir,
retak blog, retak buaya, retak pantulan, dan retak bulan sabit (Suhailah Fauzi,
2015).

Rajah 2.2 Jalan raya retak

10
2.5.2 LEKUKAN (DEPRESSION)

Suhailah Fauzi (2015), menerangkan bahawa lekukan ialah kawasan di mana


arasnya lebih rendah daripada kawasan sekitarnya atau deformasi yang berlaku pada
laluan roda kenderaan yang selari dengan jalanraya. Lekukan kecil kelihatan apabila
ia ditakungi oleh air hujan. Ia berlaku disebabkan oleh penggenapan subgred
ataupun kerja-kerja pembinaan jalan yang kurang baik serta akibat beban dari roda
kenderaan yang dikenakan ke atas jalanraya. Lekukan yang berlaku akan
menyebabkan ketidakselesaan kepada pemanduan dan air yang bertakung akan
melemahkan turapan seterusnya membawa kepada kerosakan yang lebih besar.
Terdapat beberapa tahap lekukan yang telah digariskan oleh Jabatan Kerja Raya
(JKR) berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan Institut Kerja Raya
Malaysia (IKRAM). Antaranya rendah, sederhana dan tinggi (Suhailah Fauzi, 2015).

Rajah 2.3 Lekukan pada jalan raya

11
2.5.3 LELUBANG (POTHOLE)

Menurut Suhailah Fauzi (2015), lelubang terjadi akibat beban daripada beban
lalulintas yang memecahkan turapan dan membenarkan air memasuki turapan dan
seterusnya mempercepatkan proses penyepaian. Ia merupakan pembentukan lubang
seperti mangkuk pada turapan jalan. Lelubang berpunca daripada kehilangan lapisan
haus dan pengikat (Suhailah Fauzi, 2015).

Rajah 2.4 Jalan Berlubang

2.5.4 KEGAGALAN TAMBAKAN

Kegagalan tambakan pada dasar akan menjadi tambakan condong dan


tanah terangkat pada sisi jalan. Kegagalan tambakan yang berlaku
menyebabkan permukaan jalan tidak rata maka ia akan membahayakan
nyawa pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut (Suhailah Fauzi,
2015).

12
2.6 BITUMEN

Menurut Hasyani (2014), bitumen ialah bahan likat berwarna hitam keperangan
atau hitam yang terhasil secara semulajadi atau deperolehi dari penyulingan
berperingkat minyak mentah. bitumen akan berada separuh pepejal pada suhu bilik
tetapi akan cair apabila dipanaskan. ia boleh didapati secara komersial dalam perbagai
ged piawai. sejak sekian lama, gred bitumen ditetapkan berdasarkan nilai penusukan,
terdapat lima gred piawai : 40-50, 60-70, 80-100, 120-150 dan 200-300. Malaysia
menggunakan gred 60-70 dan 80-100.Dalam menghasilkan alsphalt, bitumen dan
agregat akan dipanaskan dalam suhu yang tinggi untuk mencairkan bitumen dan
mengeringkan agregat sebelum bercampur bersama. bagi proses tertentu, adalah tidak
wajar untuk memanaskan bitumen dan/atau agregat, sebagai contoh bagi surface
dreesing dan kerja priming. Oleh itu, cutback bitumen dan bitumen emulsi digunakan.

Cutback Bitumen dihasilkan dengan mencampurkan bitumen dengan


komponen minyak yang lebih cair. ia boleh digunakan pada suhu persekitaran atau
dipanaskan pada suhu yang lebih rendah berbanding suhu pemanasan bitumen. ia akan
mula mengeras dengan pengewapan komponen minyak yang lebih cair itu. Kadar
mengerasan adalah bergantung kepada kadar pengewapan minyak tersebut. Apabila
pengerasan cepat diperlukan seperti surface dressing, minyak cair seperti minyak tanah
digunakan. Apabila pengerasan lambat diperlukan, seperti bagi bahan tampalan
pothole dan penstabil tanah, minyak yang kurang meruap seperti diesel digunakan.
Cutback bitumen ynag boleh digunakan dalam keadaan sejuk mengandungi 30%
minyak cair sementara Cutback bitumen yang perlu dipanaskan mengandungi kurang
minyak cair. Cutback boleh diperolehi dalam pelbagai jenis dan gred. jenis cutback
merujuk pada kadar kelajuan pengewapan sementara gred cutback bitumen merujuk
pada kelikatan minimum kinematic viscosity dalam centistoke pada suhu 60 darjah
celcius. Cutback bitumen mesti memenuhi kriteris MS159. Klausa 4.3.1.2
JKR/spj/2008 - S4 menetapkan bahan primecoat mestidari cutback bitumen gred MC-
70 (Hasyani, 2014).

13
2.6.1 JENIS – JENIS BITUMEN

Jadual 2.1 Jenis – Jenis Bitumen ( Nurul Ain, 2020)

Jenis - Jenis Bitumen Penerangan


Modal hidrokarbon asal atau hidrogen yang asal atau
Bituminous atau Asphalt gabungan kedua – duanya. Derivatif logam yang
mingkin gas, cecair, separa pepejal atau pepejal.
Membuat penembusan pada 250’C di bawah beban
Bahan Bitumen Cecair 50 gram untuk 1 saat dan penembusan pada lebih
daripada 350 mm.
Membuat penembusan pada 250’C (770 F) di bawah
beban 1001 gram yang digunakan selama 5 saat,
Bahan Bituminus Semi Pepejal lebih daripada 10 mm dan penembusan pada 250’C
(770 F), di bawah beban 50 gram yang digunakan
untuk 1 saat, tidak lebih daripada 350 mm.
Bahan Bitumen Pepejal Membuat penembusan pada 250’C (770 F) di bawah
beban 100 gram yang digunakan selama 5 saat tidak
lebih dari 10 mm.

Rajah 2.5 Bitumen

14
2.7.2 BITUMEN 70/80

Jadual 2.2 Spesifikasi teknikal bitumen 70/80 (Panorama 2022)

Bitumen 70/80 Kaedah ujian Unit Spesifikasi

Graviti tentu @ 25°C ASTM D70 Kg/𝑐𝑚3 1.01 – 1.06

Penembusan @ 25°C ASTM D5 Mm /10 60 -70

Titik lembut ASTM D36 C’ 49 – 56

Kemuluran @25°C ASTM D113 Cm 100 min

Kerugian pada ASTM D6 Berat % 0.2 maks


pemanasan

Penurunan penembusan ASTM D5 – D6 % 20 maks


selepas pemanasan

Titik kilat ASTM D92 C’ 232 min

Keterlarutan dalam ASTM D4 Berat % 99 min


CS2

Ujian titik AASHOT102 - Negatif

15
2.7.3 BITUMEN 80/100

Jadual 2.3 Spesifikasi teknikal bitumen 80/100 (Panorama 2022)

Bitumen 80/100 Kaedah ujian Unit Spesifikasi

Graviti tentu @ 25°C ASTM D70 Kg/𝑐𝑚3 1.01 – 1.06

Penembusan @ 25°C ASTM D5 Mm /10 80 -100

Titik lembut ASTM D36 C’ 42 – 50

Kemuluran @25°C ASTM D113 Cm 100 min

Kerugian pada ASTM D6 Berat % 0.2 maks


pemanasan

Penurunan penembusan ASTM D5 – D6 % 20 maks


selepas pemanasan

Titik kilat ASTM D92 C’ 250 min

Keterlarutan dalam CS2 ASTM D4 Berat % 99.5 min

Ujian titik AASHOT102 - Negatif

16
2.8 AGREGAT

Nurul Ain, (2020) menyatakan bahawa agregat adalah bahan partikel kasar
yang digunakan dalam pembinaan, termasuk pasir, kerikil, batu hancur, terak, konkrit
kitar semula dan sebagainya. Gabungan adalah komponen bahan komposit seperti
konkrit dan konkrit aspal. Gabungan berfungsi sebagai penguatan untuk menambah
kekuatan kepada bahan komposit keseluruhan. Gabungan juga digunakan sebagai
bahan asas, jalan raya dan landasan kereta api.

Agregat semulajadi secara umumnya diekstrak dari pembentukan batu yang


leboh besar melalui penggalian terbuka (kuari). Biasanya batu diletupkan atau digali
dari dinding kuari kemudian mengurangkan saiz dengan menggunakan siri skrin dan
penghancuran. (Nurul Ain, 2020)

Rajah 2.6 Agregat Semulajadi

Agregat buatan manusia, biasanya dibuat daripada campuran abu terbang,


pengikat, admixtures dan air. Terdiri daripada sanga letupan – relau, yang merupakan
produk bersama proses besi dan pembuatan besi yang mengalami penyejukan,
penyaringan, penghancuran dan pembasuhan. (Nurul Ain, 2020)

Rajah 2.7 Agregat Buatan Manusia

17
2.8.1 AGREGAT KASAR

Rajah 2.8 Agregat Kasar

Menurut Nurul Ain,(2020), agregat kasar tidak akan melewati ayak dengan
bukaan 4.75 mm (No. 4). Lebih kasar agregat yang digunakan, lebih ekonomi
campuran tersebut. Potongan-potongan yang besar dapat menawarkan keluasan
permukaan zarah yang lebih kecil daripada jumlah yang sama dalam bentuk kepingan
kecil. Penggunaan saiz maksimum agregat kasar yang dibenarkan dapat mengurangkan
keperluan simen dan air. Klasifikasi bagi agregat kasar terbahagi kepada 2 iaitu
dihancurkan dan tidak dihancurkan. (Nurul Ain, 2020)

2.8.2 AGREGAT HALUS

Rajah 2.9 Agregat Halus

Agregat halus ialah bahan yang melepasi ayak 5 mm melalui ujian ayakan BS
410. Pasir umumnya dianggap mempunyai had saiz yang lebih rendah kira-kira 0.07
mm, bahan diantara 0.06 mm dan 0.02 mm dikelaskan sebagai lumpur, dan zarah yang
lebih kecil dipanggil sebagai tanah liat. (Nurul Ain, 2020)

18
2.8.3 CIRI – CIRI AGREGAT YANG BAIK

Jadual 2.4 Ciri – Ciri Agregat Yang Baik ( Nurul Ain, 2020)

Ciri - Ciri Penerangan

Kekuatan Untuk menahan penghancuran dan kesan semasa pembinaan


dan jugan beban trafik.

Ketahanan Ketahanan terhadap perpecahan di bawah cuaca.

Bentuk dan Membantu dalam saling, rintangan kepada gelongsor yang


Permukaan Tekstur menjejaskan kekuatan.

Affinity Betul dilapisi oleh pengikat.

Ketumpatan Relatif Perlucutan, masa pengeringan, reka bentuk campuran.


dan Penyerapan

Rintangan Memakai Dipolarisasikan di bawah trafik, rintangan tergelincir.


(Kekerasan)

Ketepatan Kualiti dan Kekuatan Turapan,

19
2.9 PLASTIK

Menurut Musfiroh Binti Jani (2019), penggunaan plastik dapat menyelesaikan


dan memudahkan pelbagai perkara, tetapi pada waktu yang sama telah mengakibatkan
kesan negatif kepada alam sekitar. Penggunaan plastik yang berleluasa telah
mengakibatkan kebergantungan yang tinggi sehingga hampir semua barangan harian
perlu menggunakan plastik walaupun dalam kuantiti yang kecil.Plastik merupakan
komponen utama dalam kebanyakan pembuatan bahan seperti botol air mineral, sikat,
paip, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara jenis-jenis plastik
yang dibahagikan mengikut kod “Society of the Plastics Industry” (SPI). SPI telah
membuat klasifikasi untuk memberi pendedahan kepada pengguna dan seterusnya
membantu pengguna terutamanya ketika melakukan proses kitar semula. Pengetahuan
berkenaan jenis-jenis plastik amat penting supaya pengguna dapat menggunakan
plastik dengan bijak tanpa mencemarkan alam sekitar (Musfiroh Binti Jani , 2019 ).

Plastik boleh dibahagikan kepada 7 jenis:

SPI 1: Polyethylene Terepthalate (PETE atau PET)

SPI 2: High-Density Polyethylene (HDPE)

SPI 3: Polyvinyl Chloride (PVC)

SPI 4: Low-Density Polyethylene (LDPE)

SPI 5: Polypropylene (PP)

SPI 6: Polystyrene or Styrofoam (PS)

SPI 7: Other (includes: polycarbonate, polylactide, acrylic, acrylonitrile butadiene,


styrene, fiberglass, and nylon)

20
Rajah 2.10 Jenis – Jenis Plastik

2.9.1 POLYETHYLENE TEREPTHALATE

Polyethylene Terepthalate merupakan salah satu plastik yang paling banyak


digunakan di dunia. 96% daripada botol plastik yang dihasilkan di Amerika Syarikat
adalah daripada plastik jenis PETE, malangnya hanya 25% yang telah dikitar semula.

Plastik kategori SPI 1 ini kadangkala menyerap bau dan rasa daripada makanan
dan minuman yang disimpan di dalamnya. Jenis plastik PETE biasanya digunakan
sebagai botol air mineral, botol minyak dan botol – botol yang bersifat lutsinar. Plastik
jenis ini tidak dicadangkan untuk digunakan lebih daripada sekali. (Musfiroh Binti Jani
, 2019 )

2.9.2 HIGH-DENSITY POLYETHYLENE (HDPE)

Seterusnya menurut Musfiroh Binti Jani (2019), High-Density Polyethylene


(HDPE) merupakan jenis plastik yang paling banyak dikitar semula. Ia disebabkan
sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan suhu rendah. Menurut EPA, 12%
daripada HDPE dikitar semula setiap tahun. HDPE yang pertama telah digunakan
sebagai bahan dalam sistem perpaipan. (Musfiroh Binti Jani , 2019 )
21
2.9.3 POLYVINYL CHLORIDE (PVC)

Selain daripada itu juga Polyvinyl Chloride (PVC) merupakan jenis plastik
yang paling sedikit dikitar semula, iaitu kira-kira 1% setiap tahun. PVC dikenali
sebagai plastik toksik disebabkan ia mempunyai pelbagai toksin yang berbahaya
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Plastik PVC digunakan sebagai paip
plastik, lantai dan seumpamanya. (Musfiroh Binti Jani , 2019 )

2.9.4 LOW-DENSITY POLYETHYLENE (LDPE)

Seterunya juga menurut Musfiroh Binti Jani (2019), Density Polyethylene


(LDPE) 56% daripada jumlah plastik terhasil daripada jenis LDPE. Beg membeli-
belah, beg plastik, bekas makanan dan bekas pakai buang merupakan produk yang
dihasilkan daripada plastik jenis LDPE. Plastik jenis ini juga tidak seharusnya
digunakan kembali untuk mengisi sebarang makanan atau minuman. ( Musfiroh Binti
Jani , 2019 )

2.9.5 POLYSTYRENE OR STYROFOAM (PS)

Musfiroh Binti Jani (2019), menyatakan bahawa Polystyrene or Styrofoam (PS)


PS bersifat ringan dan senang dibentuk kepada plastik. Memandangkan ia senang
dileraikan, PS memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mengancam lebih
banyak hidupan laut kerana ia mudah dijumpai di kawasan pantai. Bahan ini didapati
memberi kesan kepada kesihatan otak, sistem reproduksi, gangguan sistem saraf dan
sebagainya. (Musfiroh Binti Jani , 2019 )

22
2.9.6 MISCELLANEOUS PLASTICS

Musfiroh Binti Jani (2019), juga menyatakan bahawa Miscellaneous Plastics


polycarbonate, polylactide, acrylic, acrylonitrile butadiene, styrene, fiberglass, dan
nylon tergolong dalam jenis plastik lain yang digunakan. Kebanyakan plastik jenis ini
digunakan sebagai barangan harian di rumah dan alat-alat elektronik. ( Musfiroh Binti
Jani , 2019 )

2.10 MINYAK

Martinus Anak Liau et.all (2017) menyatakan bahawa minyak adalah satu
bentuk umum sebastian kimia yang tidak boleh bercampur dengan air dan ia berada di
dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan tersebut dikatakan juga
sebagai hidrofobik dan lipofik. Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair
hidrokarbon sebastian. Sifat ketidakkutubannya, minyak susah melekat pada bahan
lain. Sifat ini menyebabkan ia beguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuaan
kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara
biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran (Martinus
Anak Liau et.all, 2017).

23
2.11 MINYAK ENJIN

Minyak motor, minyak enjin atau pelincir enjin adalah bahan yang terdiri
daripada minyak asas yang dipertingkatkan dengan bahan tambahan antioksida
ditambah detergen, dispersants dan untuk penambahbaikan indeks kelikatan minyak
pelbagai gred. Minyak motor digunakan untuk pelinciran enjin pembakaran dalaman.
Fungsi utama minyak motor adalah untuk mengurangkan geseran dan memakai
bahagian bergerak dan membersihkan enjin dari tercemar (salah satu fungsi
penyebaran) dan vanish (detergen). Ia juga meneutralkan asid yang berasal dari bahan
bakar dan dari pengoksidaan pelincir (detergen), meningkatkan pengedap cincin
omboh, dan menyejukkan enjin dengan membawa haba keluar dari kenderaan.

Sebagai tambahan kepada unsur – unsur asas yang dinyatakan dalam perenggan
yang terdahulu, hampir minyak pelincir mengandungi inhibitor kikisan dan
pengoksidaaan. Minyak motor boleh terdiri daripada bahan asas minyak pelincir dalam
hal minyak bukan detergen atau bahan asa pelincir ditambah bahan tambahan untuk
meningkatkan ketahanan minyak, pretasi tekanan yang melampau dan keupayaan
untuk menghalang kakisan bahagian enjin.

Minyak motor hari ini diadun dengan menggunakan minyak asas yang terdiri
daripada hidrokarbon berasaskan petroleum, polyalphaolefin (PAO) atau campurannya
dalam pelbagai perkadaran, kadang – kadang dengan sehingga 20% berat ester untuk
pembubaran yang lebih baik (Martinus Anak Liau et. all , 2017).

Rajah 2.11 Minyak Terpakai

24
2.12. GETAH ASLI

Menurut Nur Aidasyakirah Mohd Tahir et. all (2017) Getah asli (NR)
diperolehi daripada pokok getah dari spesies Hevea brasiliensis merupakan sumber
getah asli yang boleh didapati secara semulajadi. Getah asli adalah bahan yang penting
dalam industri getah, terutamanya bagi pembuatan tayar getah kerana ia mempunyai
keanjalan dan kekuatan tensil yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kelemahan seperti kestabilan terma dan pengoksidaan yang rendah serta kurang
rintangan terhadap ozon disebabkan oleh strukturnya yang mengandungi rantai tidak
tepu (Nur Aidasyakirah Mohd Tahir et. all, 2017).

Rajah 2.12 Getah Asli

25
2.13 GETAH SINTETIK

Menurut Naza (2015) getah sintetik (synthetic rubber) ialah getah buatan
manusia yang dihasilkan melalui proses pempolimeran (polimerisation) monomer
hidrokarbon yang diperoleh daripada pecahan petroleum (Naza 2015).

Sifat-sifat umum getah sintetik adalah seperti berikut:

1. Tahan haba.

2. Tahan terhadap tindakan pelarut seperti asid dan minyak.

3. Tahan terhadap agen pengoksidaan.

4. Lebih mudah dibersihkan dan dikendalikan.

5. Kedap udara.

6. Penebat elektrik yang baik.

7. Kalis air dan minyak.

Rajah 2. 13 Getah Sintetik

26
2.13.1 JENIS – JENIS GETAH SINTETIK

Jadual 2.5 Jenis – Jenis Getah Sintetik (Naza 2015)

Getah sintetik Monomer Sifat-sifat Kegunaan

Getah stirena- Stirena dan • Kurang tegar. • Tayar.


butadiena butadiena
• Mudah divulkan. • Tapak kasut.
(SBR)
• Tahan kakisan.

• Kekuatan regangan • Paip air.


yang tinggi. • Sarung tangan.

• Tahan kakisan. • Aksesori kenderaan.

• Kenyal. • Penebat dawai elektrik.

• Tahan tindakan • Pembinaan jalan.


Neoprena Kloroprena
pelarut.
• Pembinaan bangunan.
• Tidak mudah
• Salur getah penunu
terbakar.
Bunsen.

• Boleh divulkankan • Tiub dalaman tayar.


dengan sulfur • Bahan bumbung.
dalam keadaan
• Pelapik tak telap untuk
biasa.
menghalang peresapan air
Getah butil dan Isobutilena • Kurang telap di empangan.
isoprena daripada getah asli.
• Bekas untuk mengisi
• Tahan haba. bahan kimia
yangmengakis.

Sangat tahan terhadap • Salur getah petrol.


pelarut kimia dan minyak. • Pelapik tangki untuk
Getah tiokol Dikloroetena
menyimpan minyak dan
pelarut.

27
2.13.2 TAYAR TERPAKAI

Aidalia Binti Endut (2021) menyatakan bahawa tayar merupakan hasil ciptaan
John Dunlop yang telah menghasilkan tayar penumatik yang pertama yang diisi angin
dan dipasang kepada basikal mainan anaknya. Hasil ciptaan ini telah memudahkan
manusia baik dari segi penghantaran barangan, pengangkutan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain, malah mempercepatkan pelbagai urusan. Dianggarkan terdapat 600
000 kenderaan baru dan pelbagai jenis didaftarkan di Malaysia pada setiap hari.
Peningkatan bilangan kenderaan akan menyebabkan peningkatan dalam penghasilan
tayar terpakai. Tayar tepakai dikategorikan sebagai bahan buangan merbahaya yang
mana boleh menyebabkan pelbagai masalah. Antaranya, peningkatan kes denggi,
risiko kebakaran, pencemaran udara yang tinggi, pencemaran tanah serta merosakkan
ekosistem. Berita Harian pada 2019 telah melaporkan bahawa Sungai Kim-Kim telah
dicemari oleh bahan buangan toksik berbahaya hasil dari kilang memproses tayar
berhampiran. Oleh itu, satu pengurusan yang efektif adalah diperlukan untuk
memproses dan memastikan tayar terpakai ini dapat dilupus atau diguna semula untuk
tujuan yang lain. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Serawak telah melantik ZHA
Alam Sekitar Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat rintis dalam menghasilkan serbuk getah
dari lambakan tayar terpakai. Syarikat ini telah menggunakan teknologi mekanikal
amnien pengurangan saiz yang paling berdaya maju dan terbukti untuk mengitar
semula tayar terpakai kepada serbuk getah. Hasil daripada inovasi ini, serbuk getah
telah digunapakai dalam pembuatan pelbagai jenis produk seperti jubin getah untuk
taman permainan dan tikar getah, isian bagi rumput tiruan, trek stadium dan lain-lain
produk.

Rajah 2.14 Getah Terpakai

28
2.10 RUMUSAN

Secara keseluruhan bab kedua ini adalah dimana untuk mengkaji tentang
bahan – bahan yang digunakan untuk menurap jalan iaitu menggunakan campuran
plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai sebagai hal alternatif untuk
menurap jalan. Hal ini kerana ingin menghasilkan campuran yang merupai bitumen
akan tetapi dapat menjimatkan kos penyelenggaran jalan dan juga memilih untuk
menggunakan agregat halus kerana lebih mudah untuk di campurkan dengan campuran
yang dihasilkan.

29
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,


mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji
dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah
untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah
dengan membuat huraian tentang proses kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip
yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah
kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak,corak dan sistem. Metodologi juga
bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada
kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara
yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

Pada Bab ini juga akan menerangkan kaedah atau teknik yang berkaitan dengan
penyelidikan metodologi yang akan digunakan sepanjang kajian berdasarkan objektif
dan skop kajian yang telah dinyatakan di bab sebelumnya. Pada Bab ini juga akan
membincangkan dan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci agar setiap kajian
yang dilakukan mempunyai pelbagai kaedah yang sesuai dan berkesan dalam
menjawab masalah kajian. Metodologi diketahui berkait rapat dengan kaedah - kaedah
serta penggunaan carta alir untuk menunjukkan perjalanan sesuatu projek yang
dijalankan. Oleh itu , kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan carta alir
metodologi mengenal pasti masalah , kaedah pengumpulan data , analisis dan reka
bentuk.

30
3.2 CARTA ALIR METODOLOGI

Rajah 3. 1 Carta Alir Metodologi Projek 2

31
3.3 PERMULAAN

Untuk fasa permulaan, penilaian dibuat tentang penggunaan bitumen untuk


menurap jalan berlubang di Politenik Mukah Sarawak. Dari penilaian tersebut kami
dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi semasa proses menurap jalan
berlubang. Diantaranya ialah jalan berlubang di Politeknik terlalu banyak sehingga
pihak berkenaan perlu mengeluarkan kos yang banyak dan mereka juga menggunakan
konkrit untuk menurap jalan berlubang.

3.4 PENYEDIAAN BAHAN DAN PERALATAN

Dalam menjalankan projek ini terdapat pelbagai bahan dan alatan yang
diperlukan untuk disediakan sebelum ke proses seterusnya. Tanpa adanya bahan dan
alatan projek ini sukar untuk disiapkan.

3.4.1 Bahan - Bahan

i. Plastik Terpakai
ii. Getah Terpakai
iii. Minyak terpakai
iv. Bitumen

32
Rajah 3.2 Bahan – Bahan Yang digunakan

3.4.2 Peralatan

i. Kuali
ii. Spatula
iii. Penimbang
iv. Dapur Gas Kecil (Mini Stove Gas Bunner)
v. Tin Kosong

Rajah 3.3 Alatan yang diperlukan

33
3.5 PROSES CAMPURAN BAHAN

Proses campuran bahan ini dilakukan untuk mencampurkan semua bahan yang
digunakan seperti getah terpakai, minyak terpakai, plastik terpakai dan bitumen. Bahan
– bahan dimasak sehingga mencapai suhu yang ditetapkan.

3.5. 1 Bahan - Bahan

i. Bitumen
ii. Minyak Terpakai
iii. Getah Terpakai
iv. Plastik

3.5.2 Alatan

i. Kuali
ii. Spatula
iii. Dapur Gas Kecil
iv. Butane Gas
v. Penimbang
vi. Tin Kosong

3.5. 3 Prosedur

i. Timbang semua bahan yang digunakan seperti jisim yang disenaraikan di jadual.
Mulakan dengan campuran A.
ii. Panaskan getah terpakai sehingga menjadi abu. Angkat dan simpan di satu bekas.
iii. Panaskan getah sehingga cair dan masukkan bitumen, kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan minyak terpakai dan abu getah yang telah dibakar. Kacau
sehingga sebati.
iv. Angkat dan simpan di dalam bekas yang telah di label mengikut campuran.
v. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk campuran B dan C.

34
Jadual: 3.1 Jadual Kadar Nilai Campuran Plastik Terpakai, Getah Terpakai dan
Minyak Enjin Terpakai

Jenis Bitumen Minyak Getah Plastik


Campuran Terpakai Terpakai Terpakai
A 50g 20g 15g 15g
B 50g 15g 20g 15g
C 50g 15g 15g 20g

Rajah 3.4 Penimbangan bahan yang digunakan untuk setiap campuran

Rajah 3.5 Cara Pemanasan Getah Terpakai

35
3.6 UJIAN PENUSUKAN (PENETRATION TEST)

Ujian penembusan bagi bitumen adalah untuk menentukan kekerasan atau


kelembutan bitumen dengan mengukur kedalaman dalam milimeter yang mana jarum
yang dimuatkan standard akan menembus secara menegak dalam masa lima saat
sementara suhu sampel bitumen dikekalkan pada 25’C.

3.6.1 Objektif

Untuk menentukan nilai penetration bitumen supaya bitumen dapat dikelaskan


mengikut gred piwaian penetration.

3.6.2 Bahan

i. Campuran A, B dan C

Rajah 3.6 Campuran A,B dan C

36
3.6.3 Alatan

Rajah 3.7 Alat Ujian Penusukan (Penetration Test)

3.6.4 Prosedur

i. Periksa dan pastikan jarum berada dalam keadaan bersih


ii. Pasang jarum pada penetrometer.
iii. Keluarkan sample dari water bath dan letak di atas platform penetrometer.
iv. Set kedudukan jarum sehingga hujungnya mencecah permukaan sampel.
v. Set dial penetrometer pada bacaan 0.
vi. Mulakan ujian dengan menekan butang, jarum dibiarkan selama 5 saat. Buat 3
tusukan di 3 tempat yang berbeza. Kedudukan jarum tidak kurang 10 mm dari
kedudukan sebelumnya.
vii. Ambil bacaan pada penetrometer.

37
3.6.5 Data

Jadual 3.2 Data Ujian Penusukan

Sampel Penusukan (mm) Purata

1 2 3

Bitumen

Campuran A

Campuran B

Campuran C

Jadual 3.3 Perbezaan Bacaan Penusukan Yang Tertinggi Dan Terendah

Sample Penusukan Penusukan Perbezaan (mm)


Tertinggi (mm) Terendah (mm)

Bitumen

Campuran A

Campuran B

Campuran C

3.6.6 Keputusan Ujian Makmal

Jadual 3.4 Perbezaan maksimum nilai penusukan (penetration test)

Penusukan 0 – 49 50 - 149 150 - 249 ≥ 250

Perbezaan maksimum 2 4 6 8

38
3.7 UJIAN TITIK LEMBUT (SOFTENING POINT TEST)

Ujian “softening” digunakan untuk menentukan suhu kelembutan bitumen.Ujian


ini terdiri daripada dua cincin tembaga dan dua bola keluli, yang menggunakan titik
pelunakan pelbagai bahan bitumen yang ditentukan. Titik lembut dianggap sebagai
suhu bendalir apabila bola menembusi spesimen dan menyentuh plat di bawahnya.

3.7.1 Objektif

Untuk menentukan titik melembutkan bitumen dengan julat 30’C hingga 157’C
melalui cincin dan radas bola.

3.7.2 Bahan

i. Gliserin
ii. Campuran A, B dan C yang dimasukkan ke dalam cincin

Rajah 3.8 Campuran A dimasukkan ke dalam cincin

3.7.3 Alatan

i. Jam Randik
ii. Termometer
iii. Bikar

39
3.7.4 Prosedur

i. Ambil sampel bitumen dalam bekas dan panaskan pada suhu 75-100c melebihi
anggaran takat lembutnya. Biarkan bitumen cair suhingga ia bertukar
sepenuhnya kepada keadaan cecair.
ii. Sediakan campuran gliserin dan dekstrin dalam perkadaran yang sama. Gaul
sebati. Kemudian salutkan permukaan plat logam atau kaca. Ini menghalang
bitumen daripada melekat pada pinggan.
iii. Panaskan gelang hingga lebih kurang sama dengan bitumen cair dan
letakkannya di atas kaca atau plat logam yang disalut dengan campuran
gliserin.
iv. Tuangkan bitumen cair ke dalam gelang dan berhati-hati sehingga gelang terisi
sedikit di atas paras atas.
v. Benarkan gelang sejuk pada suhu bilik di udara selama 30 minit
vi. Potong lebihan bitumen pada permukaan dengan bantuan pisau atau spatula
dempul panas dan lurus dan ratakan permukaan atas.
vii. Isikan dengan air suling yang baru direbus ke ketinggian sedemikian sehingga
paras air kekal 50 mm di atas permukaan atas cincin. Kekalkan air pada suhu 5
° C.
viii. Betulkan cincin yang dipenuhi dengan bitumen ke panduan bola. Kumpulkan
cincin dalam bingkai sokongan.
ix. Letakkan cincin yang dipasang pada bingkai sokongan di dalam bikar pada
suhu 5 ° C selama 15 minit.Sejukkan bola keluli ke suhu 5 °C.
x. Letakkan pemasangan ini di dalam paruh kaca yang dipenuhi dengan air suling
ke ketinggian sedemikian sehingga paras air sekurang-kurangnya 50 mm di
atas permukaan atas bola.Letakkan paruh pada plat panas dan laraskan
pengacau. Masukkan termometer juga.
xi. Kacau air secara berterusan untuk memastikan air dipanaskan secara
seragam.Teruskan pemanasan sehingga bitumen memenuhi cincin
melembutkan dan bola yang diletakkan di atasnya mula bergerak ke bawah
kerana beratnya sendiri.
xii. Catatkan suhu apabila setiap bola menyentuh plat bawah semasa tenggelam
dari termometer.

40
Rajah 3.9 Ujian Titik Tembut

3.7.5 Data

Jadual 3.5 Data Ujian Titik Lembut (Softening Point Test)

Suhu dimana setiap specimen


Sampel bitumen menyentuh dasar plat (‘c) Purata
Bola 1 Bola 2
Bitumen
Campuran A
Campuran B
Campuran C

3.7.6 Keputusan Ujian Makmal

Jadual 3.6 Perbezaan minimum purata suhu

Suhu Perbezaan
Bawah 30’C 2’c
30’C – 80’C 1’c
80’ keatas 2’c

41
3.8 ANALISIS DATA

Dalam projek ini, menggunakan analisis data untuk mendapatkan dan


mencatatkan data yang kami dapat melalui ujian makmal seperti ujian titik lembut
(Softening Point Test) dan ujian penusukan (Penetration Test) yang telah dijalankan
ke atas bitumen dan campuran A, B dan C. Dengan adanya analisis data ini akan dapat
digunakan untuk menentukan perbandingan diantara bitumen sebenar dan bitumen
yang telah dicampur dengan minyak enjin terpakai, plastik terpakai dan getah terpakai
yang mempunyai kuantiti berat yang berlainan mengikut campuran yang telah
ditetapkan. Setiap campuran yang digunakan adalah sebanyak 100g.

Jadual: 3.7 Jadual Kadar Nilai Campuran

Jenis Bitumen Minyak Enjin Getah Plastik


Campuran Terpakai Terpakai Terpakai

Bitumen 100g - - -

A 50g 20g 15g 15g

B 50g 15g 20g 15g

C 50g 15g 15g 20g

Jadual 3. 8 Data untuk semua campuran

Purata
Jenis Campuran Ujian Penusukan (mm) Ujian Titik Lembut (‘c)
Bitumen
Campuran A
Campuran B
Campuran C

42
Rajah 3.10 Index Penusukan Bitumen

43
3.9 RUMUSAN

Dalam bab ini , telah menjalankan langkah kerja mengitur carta alir yang telah
kami rancang. Pada awalnya kami mulakan dengan penyediaan bahan dan peralatan
yang digunakan untuk membuat campuran. Kami juga mendapatkan bahan – bahan
yang diperlukan awal supaya lebih memudahkan kerja kami. Untuk terus dengan
mencampurkan bitumen dengan bahan seperti minyak enjin terpakai, plastik terpakai
dan getah terpakai mengikut berat yang telah ditetapkan itu sebanyak 100g. Setelah
campuran siap, simpan pada suhu bilik selama 24 jam dan selepas 24 jam baru dapat
menjalankan ujian penusukan dan ujian titik lembut. Keputusan ujian makmal akan
digunakan membuat analisis berdasarkan data bitumen sebenar.

44
BAB 4

DATA DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan data kajian yang
diperolehi daripada dua ujian makmal yang telah dijalankan di bengkel Kejuruteraan
Awam Politeknik Mukah. Terdapat dua jenis ujian makmal yang digunakan iaitu ujian
penusukan dan ujian titik lembut. Selepas mendapat data – data daripada ujian makmal
yang telah dijalankan, data tersebut akan dikeluarkan secara lisan dalam bentuk jadual.
Data – data ini penting kerana akan digunakan untuk menjadi perbandingan diantara
bitumen sebenar dengan bitumen yang telah diubahsuai.

45
4.2. ANALISI DATA

4.2.1 Data Ujian Penusukan (Penetration Test)

Jadual 4.1 Data Ujian Penusukan

Sampel Penusukan (mm) Purata

1 2 3

Bitumen 134 118 121 124.33

Campuran A 160 128 151 146.33

Campuran B 246 215 222 227.70

Campuran C 161 195 173 176.33

Jadual 4.2 Perbezaan Bacaan Penusukan Yang Tertinggi Dan Terendah

Sample Penusukan Penusukan Perbezaan (mm)


Tertinggi (mm) Terendah (mm)

Bitumen 134 118 16

Campuran A 160 128 32

Campuran B 246 215 31

Campuran C 195 161 34

Jadual 4.3 Perbezaan maksimum nilai penusukan (penetration test)

Penusukan 0 – 49 50 - 149 150 - 249 ≥ 250

Perbezaan maksimum 2 4 6 8

46
Berdasarkan keputusan ujian penusukan ini, dapat menyatakan bahawa bitumen
sebenar dan campuran A, B dan C dalam kumpulan perbezaan penusukan yang sama
iaitu diantara 0 – 49 mm, dan nilai perbezaan maksimum adalah 2. Dengan ini dapat
menentukan gred bitumen dan campuran A, B dan C adalah gred 60 – 80. Keputusan
ini dapat menunjukkan bahawa bahan tambahan dalam bitumen tidak akan mengubah
sifat bitumen kerana setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing dalam
menentukan kekuatan bitumen.

47
4.2.2 Ujian Titik Lembut (Softening Point)

Jadual 4.4 Data Ujian Titik Lembut (Softening Point Test)

Suhu dimana setiap specimen


Sampel bitumen menyentuh dasar plat (‘c) Purata (‘c)
Bola 1 Bola 2

Bitumen 50 52 51

Campuran A 31 35 33

Campuran B 48 50 49

Campuran C 41 46 43.5

Berdasarkan keputusan ujian titik lembut ini, dapat dinyatakan bahawa purata suhu
diantara bitumen sebenar dan campuran A, B dan C mempunyai purata subu yang
berbeza. Daripada tiga campuran yang diuji, campuran B yang mempunyai purata
suhu hampir dekat dengan bitumen sebenar.

48
4.3 DATA DAN ANALISIS

Jadual 4.5 Data dari keseluruhan ujian makmal

Jenis Campuran / Ujian Penusukan Perbezaan Ujian Titik


Sampel (Penetration test) Maksimum Lembut
(Softening test) ‘c
Bitumen 16 2 52
Campuran A
- Bitumen (50g)
- Minyak Enjin
Terpakai ( 20g)
- Getah Terpakai 32 2 33
(15g)
- Plastik
Terpakai (15g)
Campuran B
- Bitumen (50g)
- Getah Terpakai
( 20g)
- Minyak Enjin 31 2 49
Terpakai (15g)
- Plastik
Terpakai (15g)
Campuran C
- Bitumen (50g)
- Plastik
Terpakai
( 20g) 34 2 43.5
- Getah Terpakai
(15g)
- Minyak Enjin
Terpakai (15g)

49
Jadual 4.6 Sifat Bitumen (Arahan Teknik (Jalan) 5/85)

Ciri - Ciri ASTM Gred Penusukan


Cara Menguji 60 – 80 80 - 100
Ujian Penusukan
pada 25’c
(Penetration Test) D5 60 – 80 80-100
(1/100cm)
Ujian titik lembut D36 Tidak kurang dari 48 Tidak kurang dari
(Softening Point) & Tidak melebihi 45 & tidak
(‘c) dari 56 melebihi dari 52

Berdasarkan data yang diperolehi melalui ujian makmal yang telah dilakukan
dapat dinyatakan bahawa dengan menggunakan bahan campuran plastik terpakai,
getah terpakai dan minyak enjin terpakai dalam campuran bitumen sebagai bahan
alternatif turapan jalan dapat dicapai. Melalui data yang diperolehi dapat
membandingkan kualiti bitumen sebenar dengan bitumen yang telah dicampur dengan
minyak enjin terpakai, getah terpakai dan plastik terpakai. Berdasarkan data daripada
ujian makmal, bitumen yang diguna mempunyai nilai perbezaan penusukan ialah 16,
iaitu dikumpulan perbezaan maksimum 2 dan gred 60 – 80. Manakala nilai perbezaan
penusukan campuran A, B dan C masing – masing ialah 32, 31 dan 34, iaitu
mempunyai perbezaaan maksimum 4 dan gred 80 – 100.Untuk ujian titik lembut
bitumen mempunyai purata suhu dimana setiap specimen bitumen menyentuh dasar
plat (‘c) ialah 52, manakala campuran A, B dan C masing – masing ialah 33,49 dan
43.5. Mengikut standard sifat Bitumen (Arahan Teknik (Jalan) 5/85), campuran B yang
sesuai digunakan kerana mempunyai data hampir sama dengan bitumen iaitu dan gred
80 – 100. Dengan ini campuran B yang sesuai untuk digunakan untuk menurap jalan.

50
4.4 PERBANDINGAN KOS

Jadual 4.7 Perbandingan Kos diantara bitumen sebenar dengan bitumen yang
telah dicampur dengan bahan terpakai.

Bahan Kuantiti Harga

Bitumen (harga pasaran) 1000 kg Rm 3738

Bitumen yang digunakan sebelum di 0.1 kg Rm 0.37


tambah bahan campuran

Bitumen yang telah di tambah bahan 0.05kg Rm 0.19


campuran

Perbandingan kos diantara bitumen sebenar dengan bitumen yang telah


dicampur dengan bahan terpakai dibuat melalui cara mengurangkan jumlah yang
digunakan. Mengikut data hasil daripada ujian makmal campuran yang dihasilkan
mempunyai sifat hampir sama dengan bitumen, oleh itu penggunaan bitumen dapat
dikurangkan dan secara langsung dapat mengurangkan kos bitumen. Misalnya
kontraktor selalu menggunakan 1000kg bitumen dalam sekali menurap jalan tetapi
dengan adanya campuran bitumen dengan bahan terpakai dihasilkan jumlah bitumen
yang digunakan dapat dikurangkan.

51
4.5 RUMUSAN

Kesimpulan, dalam bab keempat ini, telah mendapatkan semua data yang
diperlukan melalui dua ujian yang dilakukan di makmal iaitu ujian penusukan
(penetration test) dan ujian titik lembut (softening point). Melalui ujian ini telah
menguji empat campuran iaitu campuran pertama ialah bitumen sebenar, manakala
campuran A, B dan C terdiri daripada bitumen yang di campur dengan minyak enjin
terpakai, plastik terpakai, dan getah terpakai seberat 100g setiap campuran. Contohnya,
campuran A menggunakan bitumen sebanyak 50g, minyak enjin terpakai (20g), getah
terpakai (15g) dan plastik terpakai (15g). Setelah ujian makmal siap dilakukan untuk
dapat mengenal pasti data bagi setiap campuran mengikut standard jabatan kerja raya.
Melalui ini juga dapat mengurangkan kos bitumen yang digunakan untuk menurap
jalan.

52
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, mengringkaskan projek termasuk masalah, motivasi atau


kepentingan projek. Penyelesaian yang dicadangkan dan faedah kepada pengguna yang
disasarkan.

5.2 KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk menguji dan mengetahui ujian makmal


menggunakan bahan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin
terpakai dalam campuran bitumen sebagai bahan alternatif turapan penggunaan.
Berdasarkan ujian titik lembut dan ujian penusukan yang dijalankan, bitumen yang di
campur dengan bahan kitar semula seperti minyak enjin terpakai, plastik terpakai dan
getah terpakai telah menunjukkan data yang hampir sama dengan bitumen sebenar. Ini
dapat dilihat pada campuran B iaitu campuran diantara 50g bitumen, getah terpakai
20g, minyak enjin terpakai 15g, plastik terpakai (15g) masih di tahap yang terkawal.
Sebagai kesimpulan penambahan bahan kitar semula yang digunakan dalam campuran
A, B dan C adalah masih mengekalkan sifat bitumen berdasarkan Arahan Teknik
Jalan.

53
5.3 CADANGAN

Untuk projek menggunakan bahan campuran plastik terpakai, getah terpakai


dan minyak enjin terpakai dalam campuran bitumen sebagai bahan alternatif turapan
jalan ialah agar jenis plastik yang digunakan ditukar. Hal ini kerana plastik yang
digunakan ialah plastik jenis high density polyethylene (HDPE) kerana sukar untuk
dicairkan dan mudah mengeras. Plastik yang diketogerikan sebagai HDPE ialah seperti
botol air yang tahan terhadap suhu. Mencadangkan untuk menggunakan plastik yang
jenis lain seperti low – density polyethylene (LDPE) yang lebih senang cair pada suhu
yang tinggi dan lebih tahan lama untuk mengeras. Plastik LDPE ialah seperti beg
plastik, bekas makanan dan lapisan kotak minuman.

54
RUJUKAN

Nazmi Ismail, (August 19, 2021) .Apakah Itu Bitumen? - NF Design & Engineering
(nfdesignengineering.com.my)
Nurul Ain ( 2020). Bahan Turapan Jalan.
Rokade S+ (2012). Use of waste plastic and waste rubber tyres in flexible highway pavements.
Institute of Technology (MANIT) , India.
Dr Musfiroh Binti Jani ( December 17, 2019 ). Jenis – Jenis Plastik dan Penggunaannya.
Portillo Jerman (2016) . Termoplastik.
Vinoth.N – Use of Plastic Waste in Road Construction – Central Institutes of Plastic
Engineering and Technologi.
Nur Mustakiza Zakaria et. al. (August 2015) . Penggunaan campuran plastik dan kaca kitar
semula sebagai agregat gantian dalam campuran berasfalt.
Advertorial, tirto.id (17 Okt 2018). Limbah Plastik untuk Pembuatan Jalan
Dream Civil ( August 2022). Softening Point Test of Bitumen
Shweta Sagar & Juhita (Mar 2019). Penetration Test
Mohd Mashuri et.al , ( 2021 ). Kajian Keberkesanan Penggunaan Getah dalam Pembinaan Jalan
Raya.
Mohamed Farid Noh, B. K. (2018, February 11). Jalan guna campuran getah asli, manfaatkan
pekebun kecil. Retrieved from Berita Harian Online
Naza (2015). Sifat Umum Getah Sintetik
Panorama Oil & Gas. Sdn.Bhd. Bitumen Malaysia
Atirah Hanafinah (2022). Jalan Berlubang: Apakah kerosakan yang boleh berlaku pada
kenderaan anda.
Nur Adleena Ezzaty Binti Md. Noor (2022/2021). Penggunaan plastik memudaratkan alam
sekitar.
Prof Dr Mohd Rosli Hainin, Prof Dr Nur Izzi Md Yusoff (Setemper 2020). Teknologi getah –
asfalt tingkat pengurusan tayar terpakai.
Said. (2017). Method for Preparing Coagulated latex and Cup Lump Rubber Based Modified
Martinus Anak Liau et. al (2017). Kesan penggunaan campuran plastik (DHPE) dan minyak
enjin terpakai sebagai bahan alternatif dalam campuran bitumen.

55
LAMPIRAN

LAMPIRAN A SOAL SELIDIK BERSAMA JURUTERA


JKA
LAMPIRAN B SOAL SELIDIK BERSAMA
PERNOLONG JURUTERA JKA
LAMPIRAN C LAPISAN SEBENAR JALAN
POLITEKNIK MUKAH
LAMPIRAN D KOS BAHAN
LAMPIRAN E CARTA GANTT

56
1. Soal selidik bersama Pegawai Jurutera Awam Politeknik Mukah Encik Shahrul
Nazrin.

57
2. Soal selidik bersama Penolong Pegawai Jurutera Awam Politeknik Mukah
Encik Hakim.

58
3. Lapisan sebenar jalan politeknik mukah.

59
KOS BAHAN

NO JENIS BAHAN JUMLAH HARGA JUMLAH


BAHAN SEUNIT HARGA
1 Bitumen 2 kg RM10.00 RM 20.00
2 Periuk 1 unit RM 18.00 RM 18.00
3 Kuali 1 unit RM 16.50 RM 16.50
4 Sudip Besi 1 unit RM 4.00 RM 4.00
5 Mini dapur gas 1 unit RM 55.00 RM 55.00
6. Butane Gas 3 unit RM 3.90 RM 11.7
JUMLAH RM 125.20

60
CARTAGANTT

You might also like