You are on page 1of 110

PROFIL PERSONEL BINAAN DI TAPAK BINA

AIZUDDIN BIN ABD RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PENGESAHAN PENYELIA

―Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
Sains Pembinaan‖

Tandatangan :............................................................

Nama Penyelia : DR SHAMSULHADI BIN BANDI

Tarikh :............................................................

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia II : DR RAZALI BIN ADUL HAMID

Tarikh : ..........................................................

* Potong yang tidak berkenaan


PROFIL PERSONEL BINAAN DI TAPAK BINA

AIZUDDIN BIN ABD RAHIM

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2018
ii

Saya akui bahawa tesis ini bertajuk “PROFIL PERSONEL BINAAN DI TAPAK
BINA” adalah hasil kajian saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ......................................................

Nama Penulis : AIZUDDIN BIN ABD RAHIM

Tarikh : ......................................................
iii

DEDIKASI

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak saya Fatimah bt Hj Md Isa,
isteri Nurul Fatihah bt Abdul Aziz yang memberi sokongan dan dorongan bagi
mendapatkan ijazah ini. Tidak dilupakan kepada arwah ayah saya Abd Rahim bin
Abd Majid yang memberi sokongan supaya mampu menyiapkan laporan ini.
InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.Juga kepada anakku Umar. Maaf ayah tak dapat
nak layan sangat. Terima kasih juga kepada keluarga, rakan-rakan dan pensyarah-
pensyarah UTM kerana telah memberi tunjuk ajar dan peluang untuk saya
melanjutkan pelajaran sehingga tamat.

‗Pengorbanan kalian semua hanya Allah sahaja yang


dapat membalasnya‘
iv

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat saya melaksanakan


laporan penyelidikan ini. Dalam penyediaan laporan ini saya ingin berterima kasih
kepada keluarga, rakan-rakan dan penyelia Dr Shamsulhadi bin Bandi yang memberi
tunjuk ajar dan dorongan bagi menyiapkan laporan ini. Tidak dilupakan juga kepada
Dr Razali bin Adul Hamid. Tanpa sokongan dan dorongan dari semua pihak,
kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan laporan ini.
v

ABSTRAK

Personel binaan di tapak bina merupakan individu penting yang terlibat untuk
mengawal segala aktiviti di tapak bina Selain itu, ia juga penting bagi mengawal
kualiti kerja pembinaan. Objektif kajian ini yang pertama ialah untuk mengenalpasti
jawatan yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan kerja di tapak bina dan kedua
ialah untuk mengenalpasti skop kerja personel yang terlibat dengan perlaksanaan
kerja di tapak bina. Kajian dilakukan terhadap kontraktor utama di tapak bina
terhadap 2 negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Antara maklumat kajian adalah
berkenaan carta organisasi kontraktor di tapak, jawatan personel binaan di tapak
disamping kelayakan dan juga skop kerja yang dilakukan oleh personel binaan di
tapak. Data-data penyelidikan akan diperolehi melalui temuramah dengan personel
binaan di tapak bina selain daripada pembacaan bahan literatur. Hasil kajian
terhadap 6 buah syarikat kontraktor mendapati organisasi projek lebih banyak
digunakan berbanding organisasi matrik. Selain itu, jawatan yang dianalisis pula
menunjukkan beberapa jawatan penting di tapak bina iaitu jawatan Pengurus Projek,
Jurutera Tapak dan juga Penyelia Tapak. Hasil daripada analisis berkenaan skop
kerja juga mendapati pematuhan terhadap jawatan Pengurus Projek tinggi iaitu
sebanyak 87%. Manakala bagi jawatan Jurutera Tapak ialah sebanyak 67% dan
jawatan Penyelia Tapak ialah sebanyak 71%. Ini menunjukkan kadar pematuhan
skop kerja lebih tinggi bagi jawatan Pengurus Projek.
vi

ABSTRACT

Construction personnel at the construction site is individual key players to


control all activities on construction sites in addition, it is also important to control
the quality of construction works. The first objective of this study was to identify the
post from the organization chart at the construction site and the second is to identify
the scope of work for the personnel that involved in the implementation of work on
construction sites. The study was carried out against the main contractor in the
construction site against two states namely Pulau Pinang and Selangor. Research
information to be collect about contractors organization chart at the site, construction
personnel post that available at site, as well as eligibility and also the scope of the
work done by construction personnel on the site. Research data are obtained through
interviews with personnel at the construction site in addition to reading literature
materials. The study of 6 companies contractors found the project organization more
used than matrix organization. In addition, the post analyzed showed several key
positions at the construction site, namely the position of project manager, a site
engineer as well as site supervisor. The result of the analysis regarding the scope of
work also found compliance Project Manager high of 87%. While for a site engineer
of 67% and site supervisor position of 71%. This shows the compliance rate higher
for scope of work for Project Manager positions.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Tujuan Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Ringkasan Kaedah Kajian 4
1.7 Skop Kajian 5
1.8 Kepentingan kajian 5
viii

2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6
2.2. Organisasi Projek 7
2.2.1 Organisasi Fungsi 8
2.2.2 Organisasi Matrik 9
2.3 Organisasi dalam industri pembinaan 10
2.4 Personel Binaan di tapak bina 11
2.4.1 Pengurus Projek 12
2.4.2 Jurutera Tapak 13
2.4.3 Penyelia Tapak 13
2.4.4 Kelayakan Pengurus Projek 14
2.4.5 Ciri-ciri Pengurus Projek 15
2.5 Skop Kerja 16
2.5.1 Skop kerja Pengurus Projek 16
2.5.1 Skop kerja Jurutera Tapak 18
2.5.2 Skop kerja Penyelia Tapak 18
2.6 Ciri Pengawasan yang baik 19
2.7 Kriteria kompetensi Kejayaan Pengurus Projek 20
2.8 Peruntukan Perundangan 20
2.9 Akreditasi CIDB 21
2.10 Kaedah Pentauliahan CIDB 22
2.11 Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan 24
2.12 Program Pentauliahan Pengurus Projek 25
2.13 Rumusan Bab 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28
3.2 Kaedah Kajian 29
3.2.1. Peringkat Pertama – Kajian Awalan 30
3.2.2. Peringkat Kedua - Kajian Literatur 30
3.2.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan Data 31
3.3.4 Peringkat Keempat - Analisis Data 32
ix

3.3.5 Peringkat Kelima – Kesimpulan Dan Cadangan 33


3.3 Pemilihan Responden 33
3.4 Instrumen 34
3.5 Rumusan Bab 35

4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 36
4.2 Latar belakang kajian 36
4.3 Syarikat yang terlibat 37
4.4 Organisasi Syarikat 38
4.4.1. Peringkat dalam carta organisasi.. 43
4.4.2 Analisis jawatan dalam carta organisasi 45
4.5 Responden kajian 45
4.5.1 Pengalaman kerja 47
4.4.2 Tahap pendidikan responden 47
4.6 Latihan dan kemahiran. 49
4.6 1 Anjuran konsultan luar 49
4.6 2 Anjuran CIDB 50
4.7 Akreditasi CIDB 51
4.8 Analisis Skop Jawatan 52
4.8.1 Pengurus Projek 54
4.8.2 Jurutera Tapak 55
4.8.2 Penyelia Tapak & Agen Tapak 56
4.9 Perbandingan skop jawatan 56
4.10 Perbincangan hasil dapatan kajian 59
4.11 Rumusan Bab 59

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60
5.2 Kesimpulan 60
5.2.1 Objektif Pertama 61
5.2.2 Objektif Kedua 61
x

5.3 Masalah Yang Di Hadapi Dalam Penyelidikan 62


5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62

RUJUKAN 63
LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Kaedah Pentauliahan Penyelia Tapak 23


2.2 Kaedah Pentauliahan Pengurus Projek 23
2.3 Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan 24
3.1 Jadual kaedah kerja 32
3.2 Instrumen temubual 34
4.1 Syarikat yang terlibat 37
4.2 Analisis Jawatan 45
4.3 Responden yang terlibat 46
4.4 Analisis Skop Kerja Pengurus Projek 53
4.5 Analisis Skop Kerja Jurutera 53
4.6 Analisis Skop Kerja Penyelia Tapak dan Agen Tapak 54
4.7 Skop Kerja Pengurus Projek 54
4.8 Skop Kerja Jurutera Tapak 55
4.9 Skop Kerja Penyelia Tapak dan Agen Tapak 56
4.10 Pematuhan Skop Kerja Pengurus Projek 57
4.11 Pematuhan Skop Kerja Jurutera Tapak 58
4.12 Pematuhan Skop Kerja Penyelia Tapak 58
xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Organisasi projek di tapak bina 11


3.1 Carta alir kaedah kajian 29
3.2 Proses Analisis data 33
4.1 Carta organisasi kes 1 39
4.2 Carta organisasi kes 2 40
4.3 Carta organisasi kes 3 41
4.4 Carta organisasi kes 4 41
4.5 Carta organisasi kes 5 42
4.6 Carta organisasi kes 6 43
4.7 Peringkat dalam carta organisasi 44
4.8 Pengalaman kerja mengikut tahun 47
4.9 Tahap pendidikan responden kajian 48
4.10 Latihan dan kemahiran anjuran luar 49
4.11 Latihan dan kemahiran anjuran CIDB 51
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang penting dalam


menyumbang kepada ekonomi negara Malaysia. Sektor ini menyumbang sebanyak
4% kepada keluaran dalam negara kasar dan dijangka berkembang kepada 5.5% pada
tahun 2020 (CITP 2016-2020). Sektor ini mempunyai banyak cabang antaranya
pembinaan infrastruktur,seperti projek MRT, dan jalanraya. Selain itu, terdapat juga
bidang bangunan yang melibatkan bangunan kediaman serta komersial. Jadi sektor
ini memerlukan pekerja yang ramai bagi melaksanakan perancangan dalam bidang
pembinaan ini.

Sektor ini menawarkan peluang pekerjaan yang banyak dengan 1.2 juta
tenaga kerja yang berdaftar mewakili 9.5% tenaga kerja di Malaysia (CITP 2016-
2020). Jumlah ini mewakili pelbagai jenis jawatan yang ada samada profesional atau
bukan professional. Antaranya seperti jurutera ,arkitek dan juga pekerja buruh.
Jawatan-jawatan ini yang bertindak memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan pembinaan yang dirancang berjalan lancar.
2

Namun tak semua yang mampu memantau kerja-kerja yang dijalankan di


tapak bina. Hanya beberapa jawatan personel binaan sahaja yang berada di tapak
bina. Antaranya ialah pengurus projek, jurutera tapak dan juga penyelia tapak
Mereka ini merupakan peringkat pengurusan projek di tapak bina.

Menurut Tenah, (1986), fungsi utama pengurusan pada peringkat projek ini
ialah bagi menguruskan operasi harian projek dari segala aspek. Selain itu, ia juga
bagi memantau dengan teliti agar dapat mengatasi sebarang masalah sekiranya ada.
Jadi pengurusan projek iaitu personel binaan di tapak bina perlu memainkan peranan
penting dalam memastikan kelancaran projek tersebut sehingga siap.

1.2. Pernyataan Masalah

Pengurusan projek di tapak bina penting bagi mengawal aktiviti di tapak bina.
Di dalam pengurusan projek terdapat personel binaan atau orang yang berkelayakan
bagi menguruskan sesuatu operasi tapak bina. Personel binaan di tapak bina
merupakan individu penting yang terlibat untuk mengawal segala aktiviti di tapak
bina. Namun adakah mereka yang berada di tapak bina ini mampu memastikan
aktiviti pembinaan dijalankan mengikut seperti apa yang dirancang dan spesifikasi
yang ditetapkan.

Menurut Azzman, (2017) CIDB mengatakan"Sebagai pembeli, orang awam


berhak untuk mendapat kualiti hasil kerja pembinaan yang berkualiti tinggi bagi
hartanah mereka‖.Ini menunjukkan kualiti pembinaan amat penting. Sementara itu,
kualiti, keselamatan dan profesionalisme adalah prasyarat utama transformasi
industri pembinaan negara ke arah industri yang lebih bertanggungjawab. (Azzman,
2017). Dalam hal ini jelas menunjukkan kepentingan terhadap personel binaan yang
bertanggungjawab dan berkemahiran.
3

Menurut Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia


(CIDB) pindaan 2011 seksyen 33A (1), menerangkan tentang penyelia tapak binaan
dan pekerja mahir boleh diambil bekerja melainkan mempunyai akreditasi yang
dikeluarkan oleh CIDB Malaysia. Jadi ini secara jelas menunjukkan tentang usaha
yang dilakukan CIDB bagi mengatasi masalah ini. Selain itu sekiranya gagal
dipatuhi dibawah seksyen 33A (6) menerangkan tentang denda yang dikenakan
sekiranya didapati bersalah iaitu tidak melebihi RM 5000.00. Ini bermaksud mana
mana majikan yang gagal mematuhi peraturan akan dikenakan denda.

Menurut Bernama (2013), CIDB tawau telah mengeluarkan notis kepada


kontraktor yang terlibat akibat kegagalan melantik penyelia binaan yang kompeten
dalam operasi tersebut. Hal ini menunjukkan pihak majikan tidak mengambil serius
untuk melantik penyelia tapak yang kompeten dalam hal ini.

Justeru itu satu kajian berkenaan skop kerja dan latar belakang personel
binaan di tapak bina dilakukan. Ini bertujuan untuk mengetahui keadaan yang
sebenar tentang skop kerja personel binaan di tapak bina.

1.3. Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini ialah bagi menyediakan data berkenaan profil personel
binaan yang terdapat di tapak bina serta skop kerja bagi personel tapak bina.
4

1.4. Persoalan Kajian

i. Apakah jawatan yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan kerja di tapak
bina ?
ii. Apakah skop kerja personel yang terlibat dengan perlaksanaan kerja di tapak
bina ?

1.5. Objektif Kajian

i. Untuk mengenalpasti jawatan yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan


kerja di tapak bina
ii. Untuk mengenalpasti skop kerja personel yang terlibat dengan perlaksanaan
kerja di tapak bina.

1.6. Ringkasan Kaedah Kajian

i. Untuk mengenalpasti jawatan yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan


kerja di tapak bina
Analisa dokumen dan juga kaedah temubual

ii. Untuk mengenalpasti skop kerja personel yang terlibat dengan perlaksanaan
kerja di tapak bina ?
Analisa dokumen dan juga kaedah temubual
5

1.7. Skop Kajian

Skop kajian yang akan dijalankan adalah terhadap personel binaan di tapak
bina. Ini akan memfokuskan terhadap jawatan generik iaitu jawatan penyelia tapak,
jurutera tapak dan juga pengurus projek. Kajian akan dijalankan di sekitar Selangor
dan juga Pulau Pinang Hal ini kerana banyak projek yang dijalankan di kawasan ini.

1.8. Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang dihasilkan ini dapat membantu dari segi :-

i. Mengetahui tentang jawatan personel binaan yang ada di tapak dan terlibat
dengan perlaksanaan kerja

ii. Mengetahui skop kerja yang sepatutnya dilakukan oleh personel binaan di
tapak bina
6

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1. Pengenalan

Bab ini membincangkan kajian literatur tentang latar belakang dan skop kerja
bagi personel binaan di tapak bina. Bidang pembinaan merupakan salah satu bidang
yang mencabar. Ia memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi dan mempunyai
pengalaman untuk mengatasi cabaran dalam bidang ini.Seringkali sektor pembinaan
lebih menekankan tentang pekerja yang mempunyai pengalaman kerja berbanding
sijil yang dimiliki. Namun tidak semestinya pekerja dari kalangan graduan ini harus
dipandang enteng disebabkan tiada pengalaman kerja.

Personel binaan yang dilantik hendaklah dari kalangan yang mempunyai


pengetahuan yang mendalam tentang bidang teknikal disamping turut mempunyai
pengetahuan tentang teori pembinaan. Organisasi di tapak bina juga memainkan
peranan penting terhadap kejayaan sesuatu projek pembinaan. Organisasi di tapak
bina tidak bersifat komplek dan mempunyai matlamat yang jelas dan juga teratur
bagi memudahkan penyampaian maklumat disampaikan.
7

2.2. Organisasi Projek

Pengurusan projek merupakan aplikasi pengurusan yang sistematik dan


kepakaran pembinaan melalui proses perancangan, rekabentuk dan pembinaan bagi
tujuan mengawal masa, kos, dan juga kualiti pembinaan projek (Kuprenas et al,
1999a). Jadi ia melibatkan kepada proses yang menyeluruh dan bukan sahaja pada
peringkat pembinaan. Pengurusan yang berkualiti mampu menjaga kualiti
pembinaan projek.

Struktur organisasi menerangkan tentang tugas, tanggungjawab, kuasa dan


hak serta kawalan yang diberikan terhadap pekerja. (Loosemore et al, 2003). Jadi ini
bermaksud tujuan organisasi struktur ialah bagi memudahkan pekerja mengetahui
tentang tugas kerjanya disamping mengetahui kuasa yang ada pada jawatan tersebut.
Hal ini mampu mengelak berlakunya pertindihan kuasa atau skop kerja antara satu
sama lain.

Organisasi projek berbeza daripada organisasi pembuatan seperti kilang dan


lain-lain. (Tatum, 1984). Ini kerana projek merupakan sesuatu yang unik dan hanya
dilengkapkan oleh orang yang berkemampuan untuk melaksanakan projek. Selain
itu, organisasi projek juga bersifat sementara kerana hanya berguna ketika projek
masih dilaksanakan. Setelah selesai tiada lagi organisasi ini.

Kuprenas et al. (1999b) juga menyatakan tentang 2 kunci utama bagi


perlaksanaan pengurusan projek iaitu :

i. Penubuhan struktur organisasi projek


ii. Menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab kepada ahli pengurusan
projek.
8

Jadi untuk mencapai objektif projek, syarikat pembinaan selalunya


menggunakan organisasi projek untuk melaksanakan projek yang skala besar,
kompleks dan juga teknikal yang tinggi (Cheng et al, 2015). Menurutnya juga
organisasi projek bertujuan mengagihkan kerja kepada staf dan memudakan mereka
memahami objektif, membantu pengawasan pengurus projek disamping
memudahkan staf untuk berkomunikasi dan koordinasi bersama-sama bagi
meningkatkan operasi projek agar matlamat dicapai.

Namun organisasi projek bersifat sementara dan kekurangan tenaga kerja


yang professional serta mempunyai pengetahuan teknikal. Jadi syarikat pembinaan
mewujudkan organisasi fungsi dengan tujuan membawa masuk pekerja yang
mempunyai skil dan pengetahuan teknikal bagi mengatasi masalah ini (Cheng et al,
2015). Jadi organisasi projek yang sering digunakan ialah organisasi fungsi dan juga
organisasi matrik.

2.2.1 Organisasi Fungsi

Organisasi fungsi merupakan organisasi yang formal menerangkan dengan


jelas tentang kuasa dan tanggungjawab (Cheng et al, 2015). Dalam bidang ini
pekerja mempunyai bahagian yang jelas dan memudahkan kerjasama bagi mencapai
objektif. Ini bermaksud pekerja lebih memahami tentang tugas yang dibawah
bidangnya.

Di dalam organisasi fungsi, kerja yang dijalankan mengikut fungsi bahagian


masing-masing. Jadi apabila kerja yang dilakukan oleh sesuatu bahagian telah siap,
maka barulah ia diserahkan kepada bahagian lain pula (Kuprenas et al , 1999). Hal
ini membuatkan berlakunya kerja yang berulang dan menyebabkan kos yang
digunakan meningkat selain masa yang lambat.
9

Selain itu juga, organisasi fungsi kekurangan fleksibiliti dari segi prosedur
perlaksanaan dan kemungkinan tidak mencapai kehendak pelanggan (Cheng et al,
2015). Ini kerana ia beroperasi mengikut bahagian masing-masing tanpa ada
kerjasama antara yang lain.

2.2.2 Organisasi Matrik

Organisasi matrik merupakan penggabungan antara organisasi projek dengan


organisasi fungsi. Ini bagi tujuan menggunakan kelebihan yang ada pada organisasi
yang berlainan dan disatukan sekali. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan
kejayaan dalam organisasi matrik sukar dan bergantung kepada pemahaman diantara
projek dan fungsi (Kuprenas et al 1999). Ini bermaksud kedua-duanya harus saling
bekerjasama antara satu sama lain.

Terdapat 2 objektif organisasi yang besar iaitu 1) membangunkan kemahiran


dan kepakaran dalam organisasi, 2) menyatukan operasi profesional organisasi ini
(Cheng et al, 2015). Oganisasi matrik ini banyak menekankan tentang kemahiran dan
professional yang sepatutnya. Organisasi jenis ini juga sesuai bagi organisasi yang
mempunyai sumber yang terhad dan yang fleksibel dalam menggunakan sumber
tersebut.
10

2.3 Organisasi dalam industri pembinaan

Dalam industri pembinaan terdapat beberapa jenis organisasi. Menurut


Schexnayer (2004) terdapat 4 jenis organisasi dalam industri pembinaan. Antaranya
ialah:

i. Perumahan
Antara yang termasuk dalam sektor ini ialah seperti pembinaan rumah teres,
apartmen untuk kediaman.

ii. Komersial
Antara yang terlibat dalam pembinaan komersial seperti bangunan kedai,
hotel dan juga pasaraya.

iii. Industri
Bagi bahagian industri pula ialah tentang pembinaan kilang, janakuasa
elektrik dan kemudahan teknologi tinggi

iv. Infrastruktur
Bagi bahagian infrastruktur pula melibatkan seperti pembinaan lebuhraya,
terowong dan rel keretapi. Selalunya projek ini melibatkan dana daripada
kerajaan dan projek untuk kemudahan rakyat.
11

2.4 Personel Binaan di tapak bina

Untuk menguruskan proses pembinaan di tapak bina sememangnya


memerlukan orang yang kompeten dan mahir dalam menguruskan tentang
pembinaan. Namun apakah jawatan yang berada di tapak bina tersebut. Menurut
Kwakye (1997) pentadbiran projek merupakan tugas bersama oleh kumpulan projek.
Rajah 2.1 menunjukkan tentang organisasi projek pada peringkat pembinaan atau
produksi di tapak bina

Kontraktor

Pegawai
Pengurus tapak Operasi tapak Pengurus kontrak Juruukur bahan
Keselamatan

Sub kontraktor Sub Kontraktor


dilantik Domestik

Rajah 2.1 Organisasi projek di tapak bina

Sumber: Kwakye. (1997) Construction Project Administration in Practice. United


Kingdom: Pearson Education Limited.

Jadi dapat dilihat bahawa organisasi kontraktor di tapak bina terdiri dari
beberapa jawatan. Namun jawatan yang penting adalah pengurus projek atau
pengurus tapak yang memastikan projek yang dirancang dapat dijalankan mengikut
masa dan kos yang ditetapkan. Walaupun jawatan pengurus projek adalah yang
penting, adalah mustahil untuk memantau aktiviti projek yang dijalankan oleh sub
12

kontraktor secara bersendirian. Disini pengurus projek dibantu oleh penyelia tapak
yang menjalankan kerja pemantauan bagi memastikan apa yang dirancang dapat
dijalankan dengan betul.

2.4.1 Pengurus Projek

Menurut Clough et al (2000) pengurus projek merupakan orang yang


mengatur, merancang dan mengawal kerja dan juga bertanggungjawab untuk
memastikan projek disiapkan mengikut masa dan kos yang ditetapkan. Jadi
pengurus projek merupakan orang yang paling penting atau merupakan tulang
belakang kepada kejayaan sesuatu projek.

Pengurus projek juga menurut Kwakye (1997), menghabiskan banyak masa


untuk berbincang dengan penyelia tapak tentang perkara teknikal, dan selain itu juga
terlibat dalam mengatur koordinasi pekerja dan menghasilkan kumpulan pembinaan
yang efektif. Pengurus projek juga bertanggungjawab terhadap operasi tapak secara
harian dan melakukan keputusan tanpa merujuk kepada pihak atasan di pejabat. Ia
dibuat berdasarkan pengetahuannya dan keputusan yang memerlukan ia dibuat
dengan pantas. Semua yang dilakukan hendaklah mengambil kira tentang peraturan
yang terdapat dalam pembinaan.

Disebabkan oleh kepentingannya dalam projek pembinaan, menurut Clough


et al (2000) juga, pengurus projek mesti mempunyai kuasa yang luas keatas semua
elemen sesuatu projek. Hal ini kerana pengurus projek mengawal segala yang
terlibat berkaitan proses pembinaan, disamping keupayaan melakukan keputusan
dalam keadaan yang mencabar. Sekiranya pengurus projek tidak mempunyai kuasa
penuh dalam membuat keputusan di tapak, cuba bayangkan betapa besar masalah
yang dihadapi oleh kumpulan pembinaan tersebut.
13

2.4.2 Jurutera Tapak

Dalam memastikan aktiviti pembinaan di tapak berjalan lancar dan mengikut


jadual yang dirancang, hendaklah memerlukan jurutera tapak. Menurut Tenah
(1986), Jurutera tapak merupakan orang yang merancang, mengawal,
mengkoordinasi orang di bawahnya, penggunaan barang bagi memastikan projek
pembinaan mengikut kos, masa, kualiti dan juga keselamatan di tapak bina

Jadi jurutera merupakan orang yang berkelayakan bagi membuat keputusan


tentang sesuatu perkara. Di sesebuah tapak bina, selalunya mempunyai jurutera tapak
dari 2 bahagian iaitu jurutera awam dan juga jurutera mekanikal dan elektrikal

2.4.3 Penyelia Tapak

Bagi projek yang kecil kemungkinan hanya pengurus projek sahaja yang
digunakan disamping memantau aktiviti harian projek. Namun bagi projek yang
berskala besar semua ini adalah mustahil dilakukan oleh pengurus projek secara
bersendirian. Jadi tugas ini dilakukan oleh penyelia tapak. Seiring dengannya nama
jawatan ini sendiri, penyelia tapak berfungsi untuk menyelia tapak dan menjalankan
arahan yang diberikan oleh pengurus projek.

Menurut Clough et al (2000) penyelia tapak merupakan individu yang


menjalankan arahan yang diberikan pengurus projek, mengawal operasi projek serta
mengkoordinasi kerja antara kontraktror. Jadi jawatan penyelia tapak dan juga
pengurus projek saling berkait antara satu sama lain bagi kelancaran sesuatu projek.
Hal ini kerana pengurus projek berfungsi sebagai orang yang mengeluarkan arahan
14

manakala penyelia tapak merupakan orang yang menerima dan melaksanakan arahan
tersebut.

Penyelia tapak menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan


Malaysia (1994) ialah mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak
pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja
pembinaan. Jadi penyelia tapak merupakan orang yang kompeten bagi menjalankan
kerja-kerja penyeliaan tapak bina. CIDB (2016) juga membahagikan penyelia tapak
kepada 4 kategori iaitu :

1. Kategori Awam dan Struktur


2. Kategori Bangunan dan Senibina
3. Kategori Mekanikal
4. Kategori Elektrik

2.4.4 Kelayakan Pengurus Projek

Pengurus projek merupakan seorang yang mampu untuk mengawal proses


pembinaan dengan baik. Jadi sudah tentu harus mempunyai kelayakan yang khusus
bagi menjawat jawatan tersebut. Clough et al (2000) turut menyenaraikan kelayakan
yang sepatutnya.ada pada seorang pengurus projek yang bagus.

i. Mempunyai pengalaman tentang pembinaan secara meluas


ii. Mesti mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam teknik pengurusan untuk
merancang serta mengawal operasi pembinaan
iii. Hendaklah mempunyai keupayaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi
dalam masalah pembinaan dan mengelakkan daripada berulang pada masa
hadapan.
15

iv. Seterusnya pengurus projek mesti mempunyai personaliti yang baik serta
mampu bekerja bersama sama ahli kumpulan yang lain disamping bekerja
dalam keadaan yang tertekan.

2.4.5 Ciri-ciri Pengurus Projek

Pengurus projek merupakan satu jawatan yang mencabar dan agak sukar
untuk digalas berikutan cabaran jawatan tersebut. Namun apakah ciri- ciri orang
yang berkelayakan bagi menjawat jawatan tersebut. Kwakye (1997) ada
menyenaraikan tentang ciri-ciri yang patut ada pada seorang pengurus projek yang
hebat iaitu:

1. Kebolehan organisasi
Pengurus projek yang baik hendaklah mempunyai keupayaan untuk
menguruskan projek pembinaan dan juga pihak yang ramai.

2. Pengalaman yang luas


Walaupun pengurus projek hanya mahir pada 1 bahagian sahaja namun beliau
hendaklah mengetahui segala aspek pembinaan dan mengenalpasti masalah
serta mampu mengatasinya.

3. Skil komunikasi
Pengurus projek hendaklah mampu berkomunikasi secara efektif samada
melalui percakapan atau penulisan.Selain itu juga beliau hendaklah
mempuyai skil bagi mendengar masalah harian yang dihadapi.

4. Kepimpinan
Pengurus projek mestilah mampu memberikan arahan dan dihormati dalam
aspek pembinaan.
16

5. Skil membuat keputusan


Pengurus projek hendaklah mampu mengkaji situasi dan mengambil
keputusan yang melancarkan perjalanan projek.

6. Motivasi
Pengurus projek yang hebat mampu memberi motivasi dan mewujudkan
persekitaran pekerjaan yang baik terhadap kumpulan kerja.

7. Kemampuan membahagikan tugas


Pengurus projek hendaklah mampu membahagikan tugas kepada staf.
Mustahil baginya melakukan tugas secara berseorangan.

2.5 Skop Kerja

Skop kerja merupakan perkara atau tanggungjawab yang harus dilakukan


oleh jawatan tersebut. Skop kerja ini berbeza mengikut jawatan yang ada. Bagi
kajian ini kita membincangkan tentang skop kerja bagi pengurus projek dan juga
penyelia tapak.

2.5.1 Skop kerja Pengurus Projek

Skop kerja bagi pengurus projek terbahagi kepada 2 iaitu fasa rekabentuk dan
juga ketika pembinaan sedang berjalan. Berikut merupakan tugas yang perlu
dijalankan oleh pengurus projek mengikut Kwakye (1997) :
17

1. Fasa rekabentuk
i. Kebolehbinaan rekebentuk
ii. Koordinasi antara plan dan juga spesifikasi
iii. Kesesuaian bahan, spesifikasi, kaedah, dan jenis pembinaan dan
program.
iv. Tentang keboleh dapatan bahan, pekerja dan juga sumber.
v. Program dan organisasi produksi.
vi. Informasi tentang kos bagi rekabentuk alternative.
vii. Mengenalpasti pakej kerja berasingan
viii. Penyediaan kemudahan tapak sementara untuk klien.

2. Fasa pembinaan
i. Merancang mengawal dan mengkoordinasi projek dan semua pihak
yang terlibat.
ii. Memastikan kos projek dan juga program kerja mengikut plan dan
memberikan informasi yang betul kepada kumpulan rekabentuk.
iii. Bertanggungjawab terhadap masa dan kos serta memastikan kemajuan
projek sama dengan kehendak klien.
iv. Membentuk komunikasi yang efektif bagi memastikan informasi
projek dapat diterima semua pihak.
v. Mengawal penggunaan sumber agar mengikut program projek yang
dirancang.
vi. Menyemak plan dan spesifikasi dan mengenalpasti sekiranya perlukan
perubahan.
vii. Menjalankan pemeriksaan tapak secara berkala dan menguatkuasakan
keselamatan, kualiti dan juga sistem sekuriti.
18

2.5.2 Skop kerja Jurutera Tapak

Tidak dinafikan tentang kepentingan jurutera tapak dalam perlaksanaan kerja


di tapak bina. Menurut Tenah (1986) diantara tugas yang perlu dilakukan oleh
jurutera tapak ialah :

i. Mengadakan pemeriksaan kerja, melaporkan kerja yang siap dan


masalah yang dihadapi dengan cadangan penyelesaian.
ii. Mengkoordinasi lukisan di tapak
iii. Membuat jadual kerja yang lebih teliti dan mengawal kerjaa yang
dilakukan
iv. Membantu pengurus projek dalam perlaksanaan jadual kerja
v. Memastikan jadual penghantaran bahan binaan di tapak
vi. Memastikan perlaksanaan kerja oleh subkontraktor

2.5.3 Skop kerja Penyelia Tapak

Penyelia tapak merupakan orang yang kompeten dalam melaksanakan kerja


yang diarahkan oleh pengurus projek. CIDB (2016) menyenaraikan tentang tugas
yang patut dilakukan oleh seorang penyelia tapak :

1. Merancang Kerja Penyeliaan


2. Menafsirkan Lukisan
3. Menyelia,
4. Menyelaras,
5. Melaksana,
6. Mengesah, serta
7. Mengawalselia keseluruhan Kerja-Kerja Pembinaan
19

Selain itu tugas penyelia tapak ini bagi mengoptimumkan penggunaan


sumber bahan, loji dan pekerja. Tujuan lain pula ialah bagi memastikan pembinaan
yang dijalankan mengikut masa dan kos yang sepatutnya. Jadi penyelia tapak
merupakan orang yang berkepentingan dalam memastikan perjalanan proses
pembinaan lancar dan mengikut jadual serta spesifikasi yang ditetapkan.

2.6 Ciri Pengawasan yang baik

Kerja-kerja pembinaan memerlukan pengawasan yang bagus bagi


memastikan kerja dapat dijalankan dengan lancar.Menurut Rojas (2013) terdapat 12
tonggak utama ciri-ciri pengawasan kerja yang baik oleh penyelia tapak dan juga
pengurus projek. Ini setelah dihimpunkan kepada 12 kelompok yang besar.
Antaranya ialah:

i. Rendah diri
ii. Watak yang bagus
iii. Kepimpinan
iv. Konsisten
v. Komitmen
vi. Skill individu
vii. Ingin tahu
viii. Skil komunikasi
ix. Effektif
x. Pengetahuan
xi. Pengalaman
xii. Kesanggupan melakukan kerja
20

2.7 Kriteria kompetensi Kejayaan Pengurus Projek

Terdapat beberapa kriteria bagi menilai kompetensi pengurus projek.


Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dainty et al (2005), beliau
menyenaraikan 9 kelompok yang besar iaitu:

i. Pembinaan kumpulan
ii. Kepimpinan
iii. Membuat keputusan
iv. Mudah didekati
v. Kejujuran dan integriti
vi. Komunikasi
vii. Belajar dan Memahami situasi
viii. Yakin diri
ix. Hubungan luar

2.8 Peruntukan Perundangan

Dalam usaha memastikan industri pembinaan berada di landasan yang betul,


terdapat peruntukan undang-undang yang bertindak melindungi industri pembinaan
di Malaysia iaitu AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI
PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA 520)

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta


520) (Pindaan 2011) Bahagian Vii, Seksyen 33a(1) menyatakan ―Tiada penyelia
tapak binaan atau pekerja binaan mahir boleh terlibat atau diambil, atau mengaku
janji untuk terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan
mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang
21

suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini‖.
Seksyen ini menerangkan tentang keperluan adanya penyelia tapak binaan dan
pekerja binaan mahir yang diakreditasi.

Sekiranya seksyen ini dilanggar terdapat hukuman yang dikenakan iaitu


dibawah Bahagian Vii, Seksyen 33a(5) iaitu ―Seseorang yang melanggar
subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila, didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit.‖
Bahagian Vii, Seksyen 33a(6) pula menerangkan ―Mana-mana orang yang
mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak
diakreditkan dan diperakukan oleh Lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja
pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit.‖

Jadi ini menunjukkan tentang peruntukan undang-undang yang melindungi


tentang keperluan penyelia tapak yang kompeten serta pekerja mahir di tapak bina.
Peruntukan undang-undang ini turut menggariskan tentang hukuman yang dikenakan
terhadap kontraktor yang gagal menyediakan atau melaksanakan undang-undang
yang tersebut.

Namun bagi jawatan pengurus projek pula tidak terdapat dalam peruntukan
undang-undang iaitu akta 520 tersebut.Walaupun tidak tersenarai, jawatan pengurus
projek masih lagi jawatan yang penting dalam sesuatu perjalanan projek pembinaan.
22

2.9 Akreditasi CIDB

Untuk jawatan penyelia tapak dan juga pengurus projek, pihak lembaga
pembangunan industri pembinaan Malaysia (CIDB) mengadakan program
pentauliahan kepada jawatan tersebut. Bagi jawatan penyelia tapak, terdapat 4
kategori pentauliahan yang diadakan iaitu

1. Kategori Awam dan Struktur


2. Kategori Bangunan dan Senibina
3. Kategori Mekanikal
4. Kategori Elektrik

Selain daripada pentauliahan penyelia tapak, CIDB turut mengeluarkan


pentauliahan kepada pengurus projek. Walaupun pengurus tapak bukanlah
mandatori dalam Akta 520 namun pentauliahan bagi jawatan tersebut tetap ada pada
program CIDB

2.10 Kaedah Pentauliahan CIDB

Bagi jawatan penyelia tapak dan pengurus binaan terdapat 3 kaedah yang
digunakan bagi menjalankan pentauliahan oleh CIDB. Merujuk kepada CIDB
(2016), kaedah pentauliahan bagi jawatan penyelia tapak mengikut Jadual 2.1 dan
Jadual 2.2 bagi jawatan pengurus projek.
23

Jadual 2.1 Kaedah Pentauliahan Penyelia Tapak

KAEDAH KAEDAH PENTAULIAHAN

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap modul


KAEDAH 1 latihan.
Latihan dan LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Penyeliaan Pembinaan.
Penilaian GAGAL – Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai
semula.
Menduduki penilaian bertulis
KAEDAH 2 LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Penyeliaan Pembinaan.
Penilaian sahaja GAGAL – Disarankan agar menjalani latihan dan dinilai semula
(Kaedah 1).

KAEDAH 3 Mengemukakan dokumen / menduduki temuduga


Pengiktirafan LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Penyeliaan Pembinaan.
Tahap Pendidikan GAGAL – Menghadiri mana-mana kaedah pentauliahan bila-bila
& Pengalaman masa.

Jadual 2.2 Kaedah Pentauliahan Pengurus Projek

KAEDAH KAEDAH PENTAULIAHAN

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap modul


KAEDAH 1 latihan.
Latihan dan LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Pengurusan Pembinaan.
Penilaian GAGAL – Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai
semula.
Menduduki penilaian bertulis
KAEDAH 2 LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Pengurusan Pembinaan.
Penilaian sahaja GAGAL – Disarankan agar menjalani latihan dan dinilai semula
(Kaedah 1).
24

KAEDAH 3 Mengemukakan dokumen / menduduki temuduga


Pengiktirafan LULUS – Dianugerah Perakuan Kecekapan Pengurusan Pembinaan.
Tahap Pendidikan GAGAL – Menghadiri mana-mana kaedah pentauliahan bila-bila
& Pengalaman masa.

2.11 Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan

Bagi program pentauliahan ini ia dibahagikan kepada 4 kategori. Didalam


kategori tersebut terdapat beberapa silibus penting yang diajar mengikut kategori
tersebut.

Jadual 2.3 Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan


No Kategori Silibus
i. LP1 – Pengurusan Tapak
ii. LP2 – Komunikasi dan perhubungan
iii. LP3 – Tugas dan tanggungjawab ahli projek dan
penyelia tapak dan
KATEGORI AWAM DAN iv. LP4 – Penyediaan tapak
1 STRUKTUR v. LP5 –Pentadbiran tapak, Kesihatan, Keselamatan &
persekitaran dan kualiti
vi. LP6 – Penyeliaan tapak
vii. LP7 – Kawalan dan pemantauan projek
viii. LP8 – Selepas pembinaan

i. LP1 – Perancangan tapak


ii. LP2 – Komunikasi dan perhubungan
KATEGORI BANGUNAN iii. LP3 - Peranan dan tanggungjawab pasukan projek
2 DAN SENIBINA dan penyelia-penyelia tapak, dan etika
iv. LP4 – Penyediaan tapak
v. LP5 –Pentadbiran tapak, Kesihatan, Keselamatan &
persekitaran dan kualiti
25

vi. LP6 – Penyeliaan tapak


vii. LP7 – Kawalan dan pemantauan projek
viii. LP8 – Selepas pembinaan

i. LP1 – Perancangan tapak


ii. LP2 – Komunikasi dan perhubungan
iii. LP3 - Peranan dan tanggungjawab pasukan projek
dan penyelia-penyelia tapak, dan etika
KATEGORI KERJA iv. LP4 – Penyediaan tapak
3 MEKANIKAL v. LP5 –Pentadbiran tapak, Kesihatan, Keselamatan &
persekitaran dan kualiti
vi. LP6 – Penyeliaan tapak
vii. LP7 – Kawalan dan pemantauan projek
viii. LP8 – Selepas pembinaan

i. LP1 – Perancangan tapak


ii. LP2 – Komunikasi dan perhubungan
iii. LP3 - Peranan dan tanggungjawab pasukan projek
dan penyelia-penyelia tapak, dan etika
KATEGORI KERJA iv. LP4 – Penyediaan tapak
4 ELEKTRIK v. LP5 –Pentadbiran tapak, Kesihatan, Keselamatan &
persekitaran dan kualiti
vi. LP6 – Penyeliaan tapak
vii. LP7 – Kawalan dan pemantauan projek
viii. LP8 – Selepas pembinaan

2.12 Program Pentauliahan Pengurus Projek

Program pentauliahan bagi pengurus projek turut dilakukan oleh CIDB bagi
memastikan perkembangan industri pembinaan di Malaysia. Menurut CIDB (2016)
antara silibus yang diaajar ketika program pentauliahan pengurus projek ialah seperti
berikut:
26

Program Pentauliahan Pengurus Projek Binaan (Certified Construction Project


Manager-CCPM)

LP01 – Struktur organisasi


LP02 – Pengurusan komunikasi United Malayan
LP03 – Perancangan projek
LP04 – Kewangan projek & pembiayaan
LP05 – Pengurusan Kualiti
LP06 – Pengurusan perolehan
LP07 – Pengurusan Reka bentuk & kuasa perhubungan
LP08 – Memantau projek & kawalan
LP09 – Pengurusan sumber manusia
LP10 – Kesihatan, Keselamatan dan alam sekitar
LP11 – Pengurusan risiko
LP12 – Resolusi pertikaian
LP13 – Permulaan
LP14 – Penyerahan aktiviti
LP15 – Penutupan Projek
Modul 6: Pemeriksaan Tempat kerja OSH
Modul 7: Pemberitahuan kemalangan & penyiasatan
27

2.13 Rumusan Bab

Bab ini membincangkan tentang organisasi yang terdapat dalam industri


pembinaan. Terdapat organisasi fungsi dan organisasi matrik. Seterusnya
membincangkan tentang 2 jawatan personel binaan di tapak bina iaitu Penyelia tapak
dan juga pengurus projek. Pembincangan turut fokuskan terhadap skop kerja dan
juga latar belakang jawatan tersebut. Selain itu, faktor kejayaan serta kriteria yang
perlu ada pada jawatan tersebut. Kemudian turut membicangkan tentang CIDB yang
memberi akreditasi dan latihan terhadap jawatan tersebut disamping akta yang
digunapakai bagi jawatan penyelia tapak.
28

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif kajian ini iaitu
ntuk mengenalpasti jawatan yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan kerja di
tapak bina dan untuk mengenalpasti skop kerja personel yang terlibat dengan
perlaksanaan kerja di tapak bina.

Pengumpulan data yang digunakan adalah melalui temubual, hasil pembacaan


dari jurnal, artikel, laman sesawang, nota pensyarah dan juga buku. Kaedah kajian
yang dijalankan adalah analisa dokumen dan kaedah temubual semi struktur. Bagi
analisa dokumen ini akan menggunakan data yang didapati daripada carta organisasi
setiap kontraktor di tapak bina. Seterusnya kaedah temubual digunakan bagi
mengetahui tentang skop kerja yang dilakukan oleh personel binaan di tapak bina.
29

3.2 Kaedah Kajian

Kaedah kajian merupakan cara untuk membuat kajian dan mengumpulkan


data bagi tujuan mencapai objektif kajian. Kaedah kajian berfungsi sebagai panduan
semasa melakukan kajian pada peringkat pertama sehingga peringkat kelima iaitu
kajian awalan, kajian literatur, pengumpulan data, analisis data dan rumusan. Rajah
3.1 menunjukkan carta alir kaedah kajian yang digunakan untuk kajian ini.

Peringkat Pertama
Mengenal pasti isu

Mengenal pasti objektif

Peringkat Kedua
Kajian literatur

Peringkat Ketiga
Pengumpulan data

Data sekunder

Buku, artikel, surat khabar, jurnaldan juga laman sesawang

Data primer

Temubual separa struktur


30

Peringkat Keempat
Analisis data

Peringkat Kelima
Kesimpulan dan cadangan

Rajah 3.1 : Carta alir kaedah kajian

3.2.1. Peringkat Pertama – Kajian Awalan

Merujuk kepada Rajah 3.1, peringkat pertama kajian awalan ini dijalankan
adalah untuk mengenal pasti masalah, persoalan kajian, objektif kajian dan skop
kajian. Untuk proses ini pembacaan bagi mengenal pasti isu semasa dilakukan.
Kemudian semakan terhadap tajuk projek sarjana muda yang lepas dilakukan bagi
mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk. Seterusnya adalah penentuan kepada
persoalan kajian, objektif kajian dan skop kajian. Akhir sekali penentuan tajuk
berdasarkan kepada objektif kajian.

3.2.2. Peringkat Kedua - Kajian Literatur

Bagi peringkat kedua adalah kajian literatur. Kajian literatur memberikan


gambaran yang jelas tentang isu atau masalah yang mahu dikaji. Hal ini kerana
kajian yang serupa juga mungkin telah dilakukan oleh orang sebelum ini.Walaupun
tidak mungkin persamaan secara seratus peratus namun ia mampu membantu
melakukan kajian. Kajian literatur tentang ini melibatkan tentang personel binaan di
31

tapak bina iaitu tentang skop dan juga latar belakang. Selain itu, kajian turut
dijalankan mengenai personel binaan tersebut dibawah kelolaan CIDB disamping
latihan yang disediakan.

3.2.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan Data

Pada peringkat ketiga pengumpulan data diajalankan. Bagi kajian ini,


pengumpulan data yang dijalankan adalah menggunakan kaedah temubual separa
struktur untuk data primer dan juga analisis dokumen bagi data sekunder. Kaedah
temubual ini digunakan bagi mengetahui tentang skop dan latar belakang personel
binaan di tapak bina. Ini dilakukan bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di
tapak bina.

Bagi data sekunder pula, bertujuan untuk mengetahui tentang personel binaan
di tapak bina dengan menganalisis daripada carta organisasi kontraktor yang
digunakan di tapak bina. Selain itu turut diperoleh daripada bacaan buku, jurnal,
surat khabar dan juga daripada CIDB sendiri iaitu berkenaan skop tugas disamping
pentauliahan yang dijalankan. Selain itu juga data turut diambil daripada Akta 520
iaitu akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia.

Jadual 3.1 menunjukkan tentang kaedah kerja yang akan dijalankan mengikut
objektif yang dirancang. Terdapat instrumen, pengumpulan data, responden dan
justfikasi dan yuga kepentingan terhadap kaedah kerja yang dirancang.
32

Jadual 3.1 Jadual kaedah kerja


Pengumpulan Justifikasi dan
Objektif Instrumen Responden
data kepentingan
Untuk mengenalpasti Mengetahui
Analisa
jawatan yang wujud organisasi
dokumen & Carta organisasi
dari organisasi bagi - Personel kontraktor di tapak
temubual kontraktor
perlaksanaan kerja di binaan bina serta
semi struktur Latar belakang
tapak bina maklumat dan latar
belakang jawatan
Untuk mengenal pasti
Bagi mengetahui
skop kerja personel
Kaedah tentang maklumat
yang terlibat dengan Personel
temubual Skop kerja dan latar belakang
perlaksanaan kerja di binaan
jawatan generik di
tapak bina
tapak bina.

3.2.4 Peringkat Keempat - Analisis Data

Peringkat keempat adalah peringkat menganalisis data. Data yang akan


dianalisis ialah data jenis kualitatif Semua data dan maklumat yang diperolehi akan
dianalisis. Hanya data dan maklumat yang berkaitan sahaja yang akan dipilih. Secara
keseluruhannya, semua data dan maklumat yang dikumpulkan daripada kajian kes
yang telah dianalisis, disusun dan dipersembahkan dengan cara kualitatif.

Terdapat beberapa kaedah bagi menganalisis data jenis kualitatif. Namun


bukan semua sesuai digunakan bagi menganalisis data. Antara kaedah analisis data
jenis kualitatif yang digunakan ialah:

i. Analisis kandungan
ii. Kaedah analisis quassi-statistikal
33

Selain itu terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan ketika menganalisis
data. Analisis data yang digunakan untuk kajian ini ialah analisis tema berdasarkan
kata kunci. Rajah 3. menunjukkan proses menganalisis data.

Pra
Kumpul Tafsir Mengkod Tema
analisis
data data data
data

Rajah 3.2 Proses Analisis data

3.2.5 Peringkat Kelima – Kesimpulan Dan Cadangan

Peringkat yang terakhir pula adalah menghasilkan kesimpulan dan


cadangan.Kesimpulan adalah semua jawapan bagi masalah yang dinyatakan dalam
persoalan kajian serta pengumpulan semua maklumat kajian kes yang telah
dilakukan. Cadangan akan diperolehi setelah semua perkara disimpulkan.

3.3 Pemilihan Responden

Bagi kajian ini, responden dipilih bagi tujuan untuk menjalankan temubual.
Kontraktor merupakan target responden bagi kajian ini. Mereka merupakan orang
yang layak bagi kajian ini. Kajian temubual dijalankan di sekitar Selangor dan juga
34

Pulau Pinang memandangkan terdapat banyak kawasan projek yang dibangunkan di


dalam kawasan ini.

3.4 Instrumen

Instrumen yang digunakan adalah jenis temubual. Temubual ini diadakan


bagi mencapai objektif yang telah disenaraikan. Temubual yang dicadangkan adalah
jenis semi struktur seperti dalam lampiran. Cadangan temubual adalah jenis
individu dan secara berhadapan. Jadual 3.2 menunjukkan soalan yang dicadangkan
bagi sesi temubual.

Jadual 3.2 Instrumen temubual


Objektif Item
 Latar belakang personel
Untuk mengenalpasti
 Latihan/ kursus yang diambil
jawatan yang wujud dari
 Pengalaman bekerja
organisasi bagi
 Tahap pendidikan
perlaksanaan kerja di tapak
 Jenis organisasi
bina

Untuk mengenal pasti skop


kerja personel yang terlibat
 Skop jawatan yang terlibat
dengan perlaksanaan kerja
di tapak bina
35

3.5 Rumusan bab

Bab ini memfokuskan tentang metodologi yang digunakan bagi mencapai


objektif. Bab ini turut menerangkan tentang kaedah kajian mengikut peringkat dari
awal hingga akhir. Selain itu, menerangkan tentang kaedah temubual yang akan
digunakan disamping kaedah menganalisis data kualitatif serta proses yang terlibat.
Turut diterangkan tentang responden dan juga instrument yang digunakan
36

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan secara terperinci analisis kajian yang telah dijalankan
untuk mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti jawatan yang wujud dari
organisasi bagi perlaksanaan kerja di tapak bina, untuk memperoleh maklumat dan
latar belakang jawatan yang wujud bagi perlaksanaan kerja di tapak bina, dan untuk
membandingkan maklumat dan latar belakang jawatan yang wujud bagi perlaksanaan
kerja di tapak bina dengan skop kerja mengikut CIDB.

4.2 Latar belakang kajian

Kajian ini dilakukan terhadap personel binaan yang terlibat dalam


perlaksanaan kerja di tapak bina. Selain itu juga, personel binaan yang dipilih adalah
daripada kontraktor utama bagi sesuatu projek. Antara personel binaan yang terlibat
37

adalah seperti pengurus tapak, jurutera tapak dan juga penyelia tapak. Responden
yang dipilih pula secara rawak selagi ia berada dalam lingkungan kriteria yang dicari.

4.3 Syarikat yang terlibat

Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat beberapa buah syarikat yang


terlibat dan berjaya mendapatkan carta organisasi tapak syarikat tersebut. Antara
syarikat yang terlibat ialah seperti dalam jadual berikut:

Jadual 4.1 Syarikat yang terlibat

No Nama Syarikat Negeri


1 Fujiya Sdn Bhd Selangor
2 Eng Han Bina Sdn Bhd Selangor
3 Pembinaan Insfrastruktur OKH Sdn Bhd. Selangor
4 Builtech Project Management Sdn Bhd. P. Pinang
5 Tiara Contours Construction Sdn Bhd. P. Pinang
6 Shiangly Builders Sdn Bhd P. Pinang

Kesemua syarikat yang terlibat dengan kajian ini merupakan syarikat utama
bagi projek yang dijalankan.
38

4.4 Organisasi Syarikat

Dalam kajian yang dijalankan ini, ada beberapa carta organisasi tapak (seperti
di lampiran) yang berjaya didapatkan. Kesemuanya menunjukkan yang syarikat
menggunakan carta organisasi jenis projek memandangkan ianya bersifat unik bagi
sesuatu projek.

Namun terdapat satu syarikat yang seolah-olah menggunakan organisasi


matrik iaitu gabungan antara organisasi projek dan juga organisasi fungsi. Dalam
organisasi jenis ini dapat dilihat bahawa terdapat 2 bahagian dalam carta seperti
organisasi fungsi.

i. Kes 1

Bagi kes 1, kajian dilakukan terhadap syarikat Fujiya Sdn Bhd. Ia merupakan
kontraktor utama bagi projek perumahan berstrata yang mengandungi 214 unit
rumah teres 2 tingkat, M-Residence 2-Parcel A1. Rajah 4.1 menunjukkan carta
organisasi bagi projek tersebut.
39

Rajah 4.1 Carta organisasi kes 1

ii. Kes 2

Bagi kes 2, kajian dilakukan terhadap syarikat Eng Han Bina Sdn Bhd. Ia
merupakan kontraktor utama bagi projek perumahan berstrata yang mengandungi
204 unit rumah teres 2 tingkat, dan 40 unit rumah berkembar 2 tingkat, M-Residence
2-Parcel A2. Rajah 4.2 menunjukkan carta organisasi bagi projek tersebut.
40

Rajah 4.2 Carta organisasi kes 2

iii. Kes 3

Bagi kes 3, kajian dilakukan terhadap syarikat Pembinaan Insfrastruktur OKH


Sdn Bhd. Ia merupakan kontraktor utama bagi projek pembinaan 2 blok pangsapuri
mampu milik 488 unit Rumah Selangorku, M-Residence 2. Rajah 4.3 menunjukkan
carta organisasi bagi projek tersebut.
41

Rajah 4.3 Carta organisasi kes 3

iv. Kes 4

Bagi kes 4, kajian dilakukan terhadap syarikat Builtech Project Management


Sdn Bhd. Ia merupakan kontraktor utama bagi projek pembinaan 2 blok Apartmen
perkhidmatan 156 unit Rajah 4.4 menunjukkan carta organisasi bagi projek tersebut.

Rajah 4.4 Carta organisasi kes 4


42

v. Kes 5

Bagi kes 5, kajian dilakukan terhadap syarikat Tiara Contours Construction


Sdn Bhd.. Ia merupakan kontraktor utama bagi projek pembinaan 2 blok bangunan
48 tingkat & 31 tingkat Setia V- Residence. Rajah 4.5 menunjukkan carta organisasi
bagi projek tersebut.

Rajah 4.5 Carta organisasi kes 5

vi. Kes 6

Bagi kes 6, kajian dilakukan terhadap syarikat Shiangly Builders Sdn Bhd. Ia
merupakan kontraktor utama bagi projek pembinaan 56 unit rumah banglo, Lagenda
@ Southbay. Rajah 4.6 menunjukkan carta organisasi bagi projek tersebut.
43

Rajah 4.6 Carta organisasi kes 6

4.4.1 Peringkat dalam carta organisasi.

Dalam kajian yang dilakukan, dapat dikenalpasti beberapa jawatan yang


terlibat dalam perlaksanaan di tapak bina. Di dalam carta organisasi dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian atas, tengah dan juga bahagian
bawah

Pada bahagian atas ini selalunya lebih kepada jawatan pengurusan.


Antaranya ialah pengurus syarikat, pengurus tapak, jurukur bahan dan juga pegawai
keselamatan. Jawatan ini lebih kepada bahagian pengurusan untuk sesuatu syarikat.

Bagi bahagian tengah pula, lebih kepada bahagian operasi oleh syarikat
tersebut. Antara jawatan yang terdapat pada bahagian ini ialah agen tapak, jurutera
dari berbagai bidang, penyelia tapak dan juga kerani tapak. Selain itu, koordinator
juga turut berada pada bahagian ini. Jawatan pada bahagian ini berfungsi mengatur
dan memastikan kerja yang dijalankan di tapak bina lancar. Bagi carta organisasi
44

matrik dapat dilihat terdapat perbezaan dalam jawatan. Rajah 4.2 menunjukkan
jawatan pada bahagian ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu agen tapak seramai 4
orang selain Jurutera QAQC/ EHS seramai 4orang. Perbezaan fungsi dapat dilihat
pada carta organisasi ini iaitu agen tapak yang bertindak lebih kepada perlaksanaan
kerja dan bagian QAQC selaku menjaga kualiti untuk pembinaan.

Seterusnya pada bahagian bawah ialah subkontraktor yang terlibat dalam


pembinaan tersebut. Bahagian ini bertindak sebagai orang yang melaksanakan kerja
di tapk bina dan menerima arahan daripada bahagian tengah selaku bahagian operasi
syarikat tersebut.

Atas

Tengah

Bawah

Rajah 4.7 Peringkat dalam carta organisasi


45

4.4.2 Analisis jawatan dalam carta organisasi

Berdasarkan kepada carta organisasi keenam-enam kes tersebut, analisis


terhadap jawatan yang wujud dalam carta organisasi tapak dilakukan. Jadual 4.2
menunjukkan tentang analisis jawatan yang telah dijalankan.

Jadual 4.2 Analisis jawatan

No Jawatan O1 O2 O3 O4 O5 O6 Jumlah %
1 Pengurus Projek √ √ √ √ √ √ 6 100
2 Pengurus Pembinaan √ 1 17
3 Pegawai & penyelia √ √ √ √ √ √ 6 100
Keselamatan
4 Koordinator C&S, √ √ 2 33
Arkitektur & M&E
5 Agen Tapak √ √ √ 3 50
6 Jurutera Tapak, M&E, √ √ √ √ 4 67
QA/QC & EHS
7 Penyelia Tapak √ √ √ √ 4 67
8 Juruukur √ 1 17

4.5 Responden kajian

Responden kajian ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan juga
merangkumi beberapa jawatan yang terlibat untuk perlaksanaan kerja di tapak bina.
Kesemua responden ialah yang terlibat dengan industri perumahan samada bangunan
rendah atau bangunan
46

Jadual 4.3 Responden yang terlibat

No Nama Umur Jawatan Tahun


pengalaman
1 Chi Weng Leong 54 Pengurus Tapak 30
2 Yeoh 45 Pengurus Tapak 23
3 Ayu Shakira 24 Jurutera EHS / QAQC 1
4 Farhan 28 Jurutera Tapak 5
5 Looi Kien Keat 31 Jurutera Tapak 5
6 Aron 26 Jurutera M&E 3
7 Ken 28 Agen Tapak 4
8 Shahrul Nizam 40 Penyelia Tapak 8
9 Tan Wee Hong 19 Penyelia Tapak 3
10 Mohamad Riduan 29 Penyelia Tapak 7
11 Francis 24 Penyelia Tapak 3

Berdasarkan jadual 4.3 dapat dilihat ada jawatan pengurus tapak, jurutera,
agen tapak dan juga penyelia tapak. Umur juga berbagai daripada umur 19 tahun
hingga umur 54 tahun. Tahap pengalaman juga berbeza.

4.5.1 Pengalaman kerja

Rajah 4.8 menunjukkan tentang pengalaman kerja bagi kesemua responden.


Dapat dilihat kategori 1 hingga 5 tahun terdapat 7 orang dengan tempoh minimum
pengalaman selama 1 tahun. Jawatan yang terdapat pada bahagian ini ialah penyelia
tapak dan juga jurutera.
47

Seterusnya pada 6-10tahun pengalaman terdapat 2 orang responden yang


memegang jawatan penyelia tapak. Kemudian ialah 2 orang responden pada
bahagian 21-30 tahun yang memagang jawatan sebagai pengurus tapak.

Pengalaman Kerja

0
1-5 tahun
6-10 tahun

2 10-20 tahun
21-30 tahun
7

Rajah 4.8 Pengalaman kerja mengikut tahun

Jadi dapat disimpulkan bahawa bagi jawatan penyelia tapak, jurutera tapak
berada pada kategori 10 tahun kebawah manakala bagi jawatan pengurus tapak
memerlukan seseorang yang berpengalaman iaitu sehingga 20 tahun ke atas.

4.5.2 Tahap pendidikan responden

Berdasarkan kajian yang dilakukan tahap pendidikan responden bagi setiap


jawatan adalah berbeza. Rajah 4.9 menunjukkan tahap pendidikan setiap responden.
Dapat dilihat paling rendah ialah PMR, ini bagi jawatan penyelia tapak. Seterusnya
ialah pada tahap SPM iaitu seorang juga memagang jawatan penyelia tapak.
48

Kemudian ialah pada peringkat sijil sebanyak 2 orang juga memegang


jawatan penyelia tapak dan juga pengurus tapak. Hal ini kerana pengurus tapak
tersebut berpengalaman selama 30 tahun dalam industri pembinaan. Paling banyak
sekali ialah tahap pendidikan ijazah iaitu sebanyak 5 orang. Pada tahap ini
kebanyakan memagang jawatan jurutera walaupun pengalaman bawah daripada 5
tahun. Ini kerana tahap pendidikan yang tinggi memberi peluang untuk menjawat
jawtan jurutera setelah keluar daripada universiti.

Pendidikan
1 1

1
Pmr
Spm
Sijil

2 Diploma
Ijazah
5
Master

Rajah 4.9 Tahap pendidikan responden kajian

Namun pada tahap ini juga ada yang memegang jawatan sebagai pengurus
tapak tetapi pengalaman telah lebih dari 20 tahun. Seterusnya terdapat seorang
responden yang memegang jawatan agen tapak dengan kelayakan master. Walaupun
kelayakan tinggi namun tahap pengalaman masih rendah dan harus belajar daripada
bawah dahulu. Jadi dapat disimpulkan pengalaman dalam bidang ini merupakan
sesuatu yang penting lebih – lebih lagi pada bahagian operasi iaitu perlaksanaan
kerja di tapak bina.
49

4.6 Latihan dan kemahiran.

Dalam kajian yang dilakukan, responden turut ditanya mengenai latihan dan
kemahiran yang diambil oleh mereka. Latihan dan kemahiran tersebut boleh jadi
samada daripada CIDB ataupun daripada agensi lain seperti konsultan luar.

4.6.1 Anjuran konsultan luar

Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati 64% responden yang di


temubual seperti dalam Rajah 4.10 tidak mengikuti latihan yang dianjurkan oleh
konsultan atau agensi yang lain selain daripada CIDB. Manakala lagi 36% pernah
mengikuti latihan dan kemahiran anjuran agensi luar.

Latihan dan kemahiran anjuran luar

36%

Ada
Tiada
64%

Rajah 4.10 Latihan dan kemahiran anjuran luar


50

Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati golongan yang mengikuti kursus
anjuran luar lebih kepada kursus yang bersifat kualiti dan juga keselamatan kerja.
Antara kursus yang diikuti ialah kursus Conquas dan juga kursus keselamatan.
Selain itu terdapat juga responden yang mengikuti kursus anjuran ABM iaitu
akademi binaan Malaysia dan juga POLIMAS. Kursus yang diambil ialah konkrit
tahap 1 dan juga pengiraan kos bagi kerja-kerja jalan.

Bagi responden yang mempunyai tahap pendidikan hingga SPM dan juga
PMR, beliau menyatakan tidak pernah mengikuti kursus anjuran luar dan hanya
belajar di tapak bina sahaja.

4.6.2 Anjuran CIDB

Selain daripada kursus anjuran konsultan luar, sudah semestinya terdapat juga
anjuran CIDB. Rajah 4.11 menunjukkan hasil kajian yang dilakukan terhadap
responden bagi mengetahui tentang latihan dan kemahiran anjuran CIDB yang
pernah diikuti.

Berdasarkan Rajah 4.11 juga, didapati 64% responden tidak pernah mengikuti
kursus anjuran CIDB dan hanya 36% yang pernah mengikuti kursus tersebut.
Daripada 36% tersebut, kursus yang diikuti lebih kepada kemahiran diri dan juga
kursus keselamatan. Antara kursus kemahiran diri yang diikuti ialah kursus menerap
bata, melepa, kerja-kerja jubin dan juga papan acuan. Kursus ini sesuai diikuti bagi
yang memegang jawatan penyelia tapak.

Walaupun begitu, kajian yang dijalankan turut mengenalpasti tentang kad


hijau untuk memasuki tapak bina. Kesemua responden yang ditemui mengakui
51

pernah mengikuti kursus kad hijau dan mempunyai kad tersebut. Hal ini merupakan
sesuatu yang bagus dengan kesedaran personel binaan terhadap kepantingan kad
tersebut kepada mereka.

Latihan dan kemahiran anjuran CIDB

36%
Ada
Tiada

64%

Rajah 4.11 Latihan dan kemahiran anjuran CIDB

4.7 Akreditasi CIDB.

Kebanyakan responden yang ditemubual tidak mengetahui tentang akreditasi


anjuran CIDB. Hanya 2 orang sahaja yang mengetahui dan pernah ditemuduga bagi
akreditasi CIDB ini. Daripada 2 orang tersebut, hanya seorang yang lulus dan
berjaya mendapatkan akreditasi tersebut. Ini bagi penyelia tapak di bawah tred
arkitektur. Manakala yang gagal tersebut bagi penyelia tapak di bawah tred struktur.
52

Namun terdapat seorang daripada responden yang mengetahui tentang kursus


bagi pengurus tapak daripada konsultan luar. Konsultan tersebut mengadakan kursus
bagi memantapkan lagi skil yang diperlukan disamping memberi tunjuk ajar terhadap
apa yang perlu sebagai pengurus tapak. Namun menurutnya kursus yang ditawarkan,
mempunyai harga yang tinggi sehingga ribuan ringgit.

Hasil daripada temubual yang dijalankan juga, terdapat responden yang


memegang jawatan jurutera tapak dan mereka ini berdaftar dengan BEM sebagai
jurutera yang sah. Hanya seorang sahaja yang belum berdaftar memandangkan
beliau masih baru dalam industri pembinaan ini iaitu dengan pengalaman kerja
selama 1 tahun lebih.

Seterusnya responden yang ditemubual rata-rata mengakui akan memohon


untuk akreditasi yang dianjurkan oleh CIDB ini sekiranya berpeluang. Namun
terdapat responden yang mengakui akan mengikuti sekiranya diabiaya oleh syarikat
masing-masing. Buat masa sekarang, CIDB telah menangguhkan tahap kelayakan
pentauliahan penyelia tapak binaan. Hal ini bertujuan bagi memastikan lebih ramai
penyelia tapak sediaada dapat ditauliahkan melalui mana-mana kaedah tanpa
mengira tempoh pengalaman.

4.8 Analisis Skop Jawatan

Bagi menganalisis skop jawatan personel binaan di tapak bina, temubual semi
struktur telah dijalankan dan jawapan yang diterima daripada responden telah
direkodkan. Jadual 4.4, 4.5 dan 4.6 menunjukkan tentang analisis kata kunci
daripada transkrip temubual yang dijalankan berkenaan skop kerja bagi jawatan di
tapak bina.
53

i. Jawatan Pengurus Projek

Jadual 4.4 Analisis Skop Kerja Pengurus Projek


No Nama Transkrip Skop Kerja
1 Chi Weng Leong Memastikan lukisan struktur dan arkitektur ok. Merancang
untuk kerja struktur, arkitektur dan M&E. Menjaga dari segi
kos. Membuat kiraan bahan yang digunakan. Menasihatkan
departmen kontrak bila nak hantar barang. Memastikan
pembinaan mengikut kualiti dan progress mengikut jadual dan
mengurus kerja-kerja harian.
2 Yeoh Kena plan untuk projek, kena organise lepas tu kena monitor,
Buat work program untuk projek. Kena atur organisation
chart. Atur manpower untuk projek. Fasa rekabentuk ialah
fasa mula-mula sebelum start projek. Fasa perancangan kena
faham dulu apa jenis projeknak buat, kena tau ada berapa
jenis cara. Kalau ada 2 3 jenis kena pilih cara mana yang lebih
cepat dan jimat. Semasa pembinaan kena control sumber bajet
dan kena monitor. Mesti ada QA/QC, report, inspection form
untuk comply.

ii. Jawatan Jurutera

Jadual 4.5 Analisis Skop Kerja Jurutera


No Nama Transkrip Skop Kerja
1 Ayu Shakira Skop kerja mengawal kualiti pada setiap rumah. Lebih kepada
arkitektur.
2 Farhan Piling work sampai rc work (konkrit bertetulang), order
barang di tapak termasuk sekali, inspection dengan klien
konsultan, perancangan kerja refer kat manager.
3 Looi Kien Keat Arrange inspection. Atur kerja supervisor. Dalam bahagian
struktur dan arkitektur
4 Aron Skop kerja mekanikal & elektrikal. Standby barang. Dari awal
sampai habis kerja – kerja yang berkaitan.
54

iii. Jawatan Penyelia dan Agen Tapak

Jadual 4.6 Analisis Skop Kerja Penyelia dan Agen Tapak


No Nama Transkrip Skop Kerja
1 Ken Terlibat dalam 3 skop struktur, arkitektur, mekanikal &
elektrikal. Lebih tinggi dari supervisor. Jaga semua.
2 Shahrul Nizam Lebih kepada defect work

3 Tan Wee Hong Jaga orang dengan order barang. Terlibat dalam inspection
dengan klien dan konsultan.
4 Mohamad Riduan Supervisor struktur dan arkitektur. Supervise general worker,
subkontraktor dan spesifikasi binaan.
5 Francis Melibatkan dalam bidang struktur dan arkitektur

4.8.1 Pengurus Projek.

Berdasarkan daripada analisis terhadap transkrip temubual yang dijalankan,


satu skop kerja berkenaan jawatan pengurus projek telah disenaraikan. Jadual 4.7
menyenaraikan tentang skop kerja bagi jawatan Pengurus Projek.

Jadual 4.7 Skop Kerja Pengurus Projek.


Jawatan Skop Kerja
Pengurus Projek i. Memastikan plan pembinaan tiada percanggahan
ii. Merancang kerja yang terlibat termasuk buat program
kerja
iii. Menjaga kos, sumber
iv. Terlibat dalam pengiraan bahan, penghantaran barang,
pesan barang.
v. Memastikan pembinaan mengikut kualiti
vi. Proses pembinaan mengikut jadual
vii. Mengurus kerja-kerja harian.
55

viii. Mengatur kerja yang terlibat, tenaga kerja


ix. Memantau kerja yang terlibat
x. Membuat carta organisasi
xi. Terlibat dalam fasa perancangan awal projek
(pemilihan kaedah, kos dan perancangan kerja)
xii. Pengurusan tapak bina.( laporan dan borang
pemeriksaan )
xiii. Komunikasi dengan depatmen lain

4.8.2 Jurutera Tapak

Berdasarkan daripada analisis terhadap transkrip temubual yang dijalankan,


satu skop kerja berkenaan jawatan penyelia tapak disenaraikan. Jadual 4.8
menyenaraikan tentang skop kerja bagi jawatan Jurutera Tapak.

Jadual 4.8 Skop Kerja Jurutera Tapak


Jawatan Skop Kerja
Jurutera Tapak i. Mengawal kualiti kerja
ii. Struktur, Arkitektur dan M&E
iii. Pesan barang di tapak
iv. Pemeriksaan dengan klien dan konsultan
v. Perancangan kerja (Program kerja)
vi. Mengatur kerja penyelia tapak
vii. Menyediakan barang untuk kerja
viii. Terlibat dari awal sampai habis
56

4.8.3 Penyelia tapak & Agen Tapak

Berdasarkan daripada analisis terhadap transkrip temubual yang dijalankan,


satu skop kerja berkenaan jawatan penyelia tapak disenaraikan. Jadual 4.9
menyenaraikan tentang skop kerja bagi jawatan Penyelia Tapak & Agen Tapak.

Jadual 4.9 Skop Kerja Penyelia Tapak dan Agen Tapak


Jawatan Skop Kerja
Penyelia tapak dan Agen Tapak i. Terlibat dalam struktur, arkitektur, M&E
ii. Terlibat dalam kerja-kerja membaiki kecacatan
bangunan
iii. Mengawal pekerja di tapak dan subkontraktor
iv. Pesan barang di tapak
v. Terlibat dalam pemeriksaan klien dan konsultan
vi. Mengawal spesfikasi binaan
vii. Terlibat dari awal hingga habis

4.9 Perbandingan skop jawatan

Daripada analisis yang telah dijalankan, skop kerja berkenaan jawatan


penyelia tapak, jurutera tapak dan juga pengurus projek dapat dikenalpasti.
Seterusnya perbandingan dapat dijalankan tentang kadar pematuhan di tapak bina
dan pembacaan literatur berkenaan skop kerja profil personel binaan.

Jadual 4.10 menunjukkan kadar pematuhan skop kerja berdasarkan analisis


yang dijalankan dengan pembacaan literatur berkenaan skop kerja bagi jawatan
Pengurus Projek.
57

Jadual 4.10 Pematuhan skop kerja Pengurus Projek


Pengurus Projek
No Skop kerja Pematuhan
Fasa rekabentuk
1 Kebolehbinaan rekebentuk √
2 Koordinasi antara plan dan juga spesifikasi √
3 Kesesuaian bahan, spesifikasi, kaedah, dan jenis pembinaan dan program. √
4 Tentang keboleh dapatan bahan, pekerja dan juga sumber. √
5 Program dan organisasi produksi. √
6 Informasi tentang kos bagi rekabentuk alternative. √
7 Mengenalpasti pakej kerja berasingan √
8 Penyediaan kemudahan tapak sementara untuk klien.
Fasa pembinaan
9 Merancang mengawal dan mengkoordinasi projek dan semua pihak yang √
terlibat.
10 Memastikan kos projek dan juga program kerja mengikut plan dan √
memberikan informasi yang betul kepada kumpulan rekabentuk.
11 Bertanggungjawab terhadap masa dan kos serta memastikan kemajuan √
projek sama dengan kehendak klien.
12 Membentuk komunikasi yang efektif bagi memastikan informasi projek √
dapat diterima semua pihak.
13 Mengawal penggunaan sumber agar mengikut program projek yang √
dirancang.
14 Menyemak plan dan spesifikasi dan mengenalpasti sekiranya perlukan
perubahan.
15 Menjalankan pemeriksaan tapak secara berkala dan menguatkuasakan √
keselamatan, kualiti dan juga sistem sekuriti.
Total 13
% Pematuhan 87

Jadual 4.11 menunjukkan kadar pematuhan skop kerja berdasarkan analisis


yang dijalankan dengan pembacaan literatur berkenaan skop kerja bagi jawatan
Jurutera Tapak..
58

Jadual 4.11 Pematuhan skop kerja Jurutera Tapak


Jurutera tapak
No Skop kerja Pematuhan
1 Mengadakan pemeriksaan kerja, melaporkan kerja yang siap dan masalah √
yang dihadapi dengan cadangan penyelesaian.
2 Mengkoordinasi lukisan di tapak
3 Membuat jadual kerja yang lebih teliti dan mengawal kerjaa yang √
dilakukan
4 Membantu pengurus projek dalam perlaksanaan jadual kerja √
5 Memastikan jadual penghantaran bahan binaan di tapak √
6 Memastikan perlaksanaan kerja oleh subkontraktor
Total 4
% Pematuhan 67

Jadual 4.12 menunjukkan kadar pematuhan skop kerja berdasarkan analisis


yang dijalankan dengan pembacaan literatur berkenaan skop kerja bagi jawatan
Jurutera Tapak..

Jadual 4.12 Pematuhan skop kerja Penyelia Tapak


Penyelia Tapak
No Skop kerja Pematuhan
1 Merancang Kerja Penyeliaan √
2 Menafsirkan Lukisan
3 Menyelia, √
4 Menyelaras, √
5 Melaksana,
6 Mengesah, serta √
7 Mengawal selia keseluruhan Kerja-Kerja Pembinaan √
Total 5
% Pematuhan 71
59

4.10 Perbincangan hasil dapatan kajian

Berdasarkan daripada analisis yang dijalankan, terdapat beberapa dapatan


kajian yang telah ditemui. Antara hasil kajian yang didapati dalam kajian ini ialah
tentang jawatan yang terdapat di tapak bina. Menerusi analisis yang dijalankan
terhadap 6 buah syarikat, jawatan yang terdapat pada semua ialah Pengurus Projek
dan Pegawai & penyelia Keselamatan sebanyak 100% diikuti jurutera dan penyelia
tapak sebanyak 67%. Seterusnya ialah agen tapak sebanyak 50% diikuti Koordinator
sebanyak 33% dan akhir sekali Pengurus Pembinaan dan Juruukur sebanyak 17%.
Ini menunjukan jawatan yang penting di tapak bina ialah Pengurus Projek, Pegawai
& Penyelia Keselamatan, Jurutera dan Penyelia Tapak.

Seterusnya berdasarkan analisis tentang pematuhan skop kerja yang


dijalankan, menunjukkan pematuhan skop kerja yang paling tinggi ialah bagi jawatan
Pengurus Projek sebanyak 87%, diikuti jawatan Penyelia Tapak sebanyak 71%
Jurutera sebanyak 67%.

4.11 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan dengan terperinci hasil data yang diperolehi
melalui temu bual yang dijalankan disamping data daripada CIDB dan juga
pembacaan literatur. Hasil kajian juga menerangkan tentang latar belakang personel
binaan seperti tahap pendidikan dan juga latihan dan kemahiran yang ada.
Seterusnya tentang program akreditasi yang dijalankan oleh CIDB. Disamping itu
turut diterangkan tentang organisasi yang digunakan di tapak bina disamping jawatan
yang terdapat dalam carta organisasi tapak oleh 6 syarikat. Akhir sekali ialah
berkenaan pematuhan skop kerja oleh personel binaan di tapak bina.
60

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan kesimpulan yang dibuat hasil daripada analisis
data yang telah diperolehi. Had dan kekangan yang dihadapi juga dibincangkan
dalam bab ini. Selain itu, cadangan kajian lanjutan juga ada dibincangkan.

5.2 Kesimpulan

Kesimpulan bagi kajian ini dibuat adalah berdasarkan kepada objektif-


objektif kajian yang telah ditetapkan di peringkat awal kajian. Tujuan penilaian ini
dilakukan untuk mengetahui dan memastikan bahawa matlamat dan objektif tercapai
seperti yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, setiap objektif akan dikupas
berdasarkan daripada kajian yang dibuat dengan cara penganalisaan data-data dan
penghuraian terhadap kajian literatur.
61

5.2.1 Objektif Pertama

Objektif yang pertama didalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti jawatan
yang wujud dari organisasi bagi perlaksanaan kerja di tapak. Daripada hasil kajian
yang dijalankan didapati organisasi yang sering digunakan di tapak bina adalah jenis
organisasi projek. Selain itu juga terdapat organisasi jenis matrik yang digunakan
oleh kontraktor. Organisasi jenis ini digunakan lebih bersifat kepada pengurusan
berbanding organisasi projek yang biasa digunakan. Organisasi matrik yang
digunakan menunjukkan lebih tersusun dan juga mempunyai peringkat mengikut
kerja yang dilakukan.

Hasil daripada kajian yang dilakukan juga dapat dikenalpasti tentang jawatan
– jawatan yang terdapat dalam organisasi di tapak bina. Menerusi analisis yang
dijalankan terhadap 6 buah syarikat kontraktor, jawatan yang terdapat pada semua
carta organisasi ialah Pengurus Projek dan Pegawai & penyelia Keselamatan
sebanyak 100% diikuti jurutera dan penyelia tapak sebanyak 67%. Seterusnya ialah
agen tapak sebanyak 50% diikuti Koordinator sebanyak 33% dan akhir sekali
Pengurus Pembinaan dan Juruukur sebanyak 17%.

5.2.2 Objektif Kedua

Objektif kedua adalah untuk mengenalpasti skop kerja personel yang terlibat
dengan perlaksanaan kerja di tapak bina. Berdasarkan daripada temubual yang telah
dijalankan terhadap 11 orang personel binaan, skop kerja bagi 3 jawatan utama dapat
dikenalpasti iaitu jawatan Pengurus Projek, Jurutera Tapak dan juga Penyelia Tapak.
Daripada analisis yang telah dijalankan, pematuhan skop kerja bagi jawatan
Pengurus Projek ialah sebanyak 87%. Manakala bagi jawatan Jurutera Tapak ialah
sebanyak 67% dan jawatan Penyelia Tapak ialah sebanyak 71% pematuhan.
62

5.3 Masalah Yang Di Hadapi Dalam Penyelidikan

Semasa kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah yang berlaku serta
tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah kesukaran untuk membuat temujanji dengan
responden-responden yang berpotensi untuk mendapatkan data-data yang lebih
sesuai dengan objektif kajian.

Selain itu juga sikap sesetengah personel yang tidak mahu memberi
kerjasama bagi menjalankan kajian ini turut menjadi masalah diamping kekangan
masa bagi mendapatkan responden-responden.

Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah, namun kajian ini dapat juga
disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Berkat ketekunan dan kesabaran
dalam menghadapi masalah tersebut, akhirnya dapat juga kajian ini disiapkan.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Setelah kajian dibuat, terdapat cadangan yang boleh dilaksanakan lanjutan


dari kajian ini. Diantara cadangan yang boleh diperluaskan lagi adalah:-

i. Meluaskan skop kajian ke negeri lain seluruh Malaysia.


ii. Melibatkan personel-personel binaan yang lain.

Kajian demi kajian perlu dilaksanakan untuk mendapatkan hasil sesuatu


pelaksanaan yang telah dan sedang dijalankan. Penambahbaikan boleh dibuat
sekiranya sesuatu hasil dapatan kajian dibuat secara meluas dan ia demi
kelangsungan industri binaan.
63

RUJUKAN

Akta 520, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994

Azzman Abdul Jamal (2017, Disember 28) QLASSIC menjamin kualiti hasil kerja
binaan. Diambil pada 30/12/2017 daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/12/368247/qlassic-
menjamin-kualiti-hasil-kerja-binaan

Bernama (2013, November 28) CIDB keluar 19 notis kesalahan tapak pembinaan.
Sinar Harian. Diambil pada 8/4/2017,daripada
http://www.sinarharian.com.my/cidb-keluar-19-notis-kesalahan-tapak-
pembinaan-1.225382

Cheng, M.Y., Lien, C. L.; Huang, C.P.;Huang, C. M., Matrix Organisation Process
Reengineering for Construction Firms, J. Manage. Eng., 2015, 31(6): -1—1

CIDB, Malaysia, Program Latihan Penyelia Tapak Binaan Bagi Tujuan Pentauliahan
Akreditasi Penyelia Tapak Binaan, edisi Kedua (2017)

Clough,R.H., Sears, G.A., and Sears, K. S. (2000) Construction Project Management.


(Fourth Edition). Canada: John Wiley & Sons , Inc.

Construction Industry Transformation Programme 2016-2020 (CITP)

Dainty,A. R. J., M, Cheng,M. I. and Moore, D. R. Competency-Based Model for


Predicting Construction Project Managers‘ Performance, J. Manage. Eng.,
2005, 21(1): 2-9
64

Kuprenas, J. A., Farzin Madjidi, Smith, B.M., Implementation Of Project


Management In Public Engineering Organization, J. Manage. Eng., 1999,
15(3): 69-77
Kwakye, A. A. (1997) Construction Project Administration in Practice. United
Kingdom: Pearson Education Limited.

Martin, L., Andrew, D. and Helen, L. (2003) Human Resources Management in


Construction Projects Strategic and Operational Approaches. USA and
Canada: Spon Press.

Rojas, E. M., M. Identifiying, Recruiting, and Retaining Quality Field Supervisors


and Project Managers in the Electrical Construction, J. Manage. Eng., 2013,
29(4): 424-434

Schexnayder, C. J., and Mayo, R. E. (2004) Construction Management


Fundamentals. New York: Mc Graw Hill.

Tatum, C. B., Organizing Large Projects: How Managers Decide, J. Constr. Eng.
Manage., 1984, 110(3): 346-358

Tenah, Kwaku A., Construction Personnel Role And Information Needs, J. Constr.
Eng. Manage., 1986, 112(1): 33-48
65

LAMPIRAN
LAMPIRAN A : SOALAN TEMUBUAL
LAMPIRAN B : SURAT KEBENARAN KAJIAN
LAMPIRAN C : TRANSKRIP
LAMPIRAN D : CARTA ORGANISASI
66

LAMPIRAN A : SOALAN TEMUBUAL

SOALAN TEMUBUAL

TAJUK KAJIAN: PROFIL PERSONEL BINAAN DI TAPAK BINA

OBJEKTIF KAJIAN :

iii. Untuk mengenalpasti jawatan yang wujud dari organisasi bagi


perlaksanaan kerja di tapak bina

iv. Untuk memperoleh maklumat dan latar belakang jawatan yang wujud
bagi perlaksanaan kerja di tapak bina.

v. Untuk membandingkan maklumat dan latar belakang jawatan yang


wujud bagi perlaksanaan kerja di tapak bina dengan skop kerja
mengikut CIDB

NAMA : AIZUDDIN BIN ABD RAHIM


MATRIKS ID : SX130004BECS04
KURSUS : BACHELOR IN CONSTRUCTION (SCIENCE)
FAKULTI : ALAM BINA
PENSYARAH : DR SHAMSULHADI BIN BANDI
67

LATAR BELAKANG RESPONDEN


NAMA :
UMUR:
JAWATAN :
NAMA SYARIKAT :
MAKLUMAT PROJEK:

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?


2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?
(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)
3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?
(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?
(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?
(Bidang, tahap pendidikan)
6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang
pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?
Jika ada nyatakan
8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap
personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
68

LAMPIRAN B : SURAT KEBENARAN KAJIAN


69

LAMPIRAN C : TRANSKRIP

LATAR BELAKANG RESPONDEN 1


NAMA : Aaron Koay Hsien Chi
UMUR: 26 tahun
JAWATAN : Jurutera M&E
NAMA SYARIKAT : Builtech Project Management S.B.
MAKLUMAT PROJEK: The Loft

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
3 tahun pengalaman. Industri perumahan.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Skop kerja mekanikal & elektrikal. Standby barang. Dari awal sampai
habis kerja – kerja yang berkaitan.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari UTAR, Setapak.

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Tiada
70

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Tiada kecuali kad hijau. Berdaftar dengan BEM dalam jawatan M&E
engineer

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak tahu.
71

LATAR BELAKANG RESPONDEN 2


NAMA : Ayu Shakira
UMUR: 24 tahun
JAWATAN : QA QC & EHS Engineer
NAMA SYARIKAT : Builtech Project Management S.B.
MAKLUMAT PROJEK:The Loft

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
1 tahun pengalaman. Industri perumahan.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Skop kerja mengawal kualiti pada setiap rumah. Lebih kepada arkitektur.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaysia Pahang
UMP .

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Tiada

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
72

Kursus kad hijau. Belum berdaftar dengan BEM.

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak tahu.
73

LATAR BELAKANG RESPONDEN 3


NAMA : Chi Weng Leong
UMUR: 54 tahun
JAWATAN : Pengurus Tapak
NAMA SYARIKAT : Shiangli Builders S.B
MAKLUMAT PROJEK: Lagenda Southbay

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
30 tahun pengalaman semua bidang. Lebih kepada bidang perumahan

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Memastikan lukisan struktur dan arkitektur ok. Merancang untuk kerja
struktur, arkitektur dan M&E. Menjaga dari segi kos. Membuat kiraan
bahan yang digunakan. Menasihatkan departmen kontrak bila nak hantar
barang. Memastikan pembinaan mengikut kualiti dan progress mengikut
jadual dan mengurus kerja-kerja harian.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik Ungku Omar

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Pernah mengikuti kursus CONQUAS 2 kali.
74

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Kursus kad hijau.

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak mengetahui.
75

LATAR BELAKANG RESPONDEN 4


NAMA : Mohd Hafifarhan b. Jalani
UMUR: 28 tahun
JAWATAN : Jurutera tapak
NAMA SYARIKAT :Fujiya S.B
MAKLUMAT PROJEK:214 unit rumah teres 2 tingkat ,M Residence 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?


Organisasi projek

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
5 tahun pengalaman. Industri perumahan (landed housing) 2 tingkat 3
tingkat.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Piling work sampai rc work (konkrit bertetulang), order barang di tapak
termasuk sekali, inspection dengan klien konsultan, perancangan kerja
refer kat manager.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan UiTM Shah Alam , Ijazah bidang Kejuruteraan awam pada
2012

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
76

Tiada.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Tak pernah, kecuali kursus kad hijau.

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tahu tetapi belum memohon. Bergantung kepada syarikat jika ada buat
akan mengikuti kursus tersebut
77

LATAR BELAKANG RESPONDEN 5


NAMA : Franchist a/l Pradio
UMUR: 24 tahun
JAWATAN : Penyelia tapak
NAMA SYARIKAT : Pembinaan Insfrastruktur OKH S.B.
MAKLUMAT PROJEK: 2 blok 488 unit apartment Rumah Selangorku, M-
Residence 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
3 tahun pengalaman dalam bidang perumahan. Apartmen.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Melibatkan dalam bidang struktur dan arkitektur

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Hanya sampai SPM saja dan terus masuk kerja

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Tiada, hanya belajar di tapak tersebut sahaja.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
78

Kursus kad hijau.

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Pernah mendengar tentang akreditasi dan akan mengambil jika
berpeluang
79

LATAR BELAKANG RESPONDEN 6


NAMA : Tan wee hong
UMUR: 19 tahun
JAWATAN : Penyelia tapak
NAMA SYARIKAT : ENG HAN BINA S.B
MAKLUMAT PROJEK: 201 unit rumah teres 2 tingkat dan 40 unit semi D 2
tingkat, M-Residence 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
3 tahun pengalaman dalam bidang perumahan.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Jaga orang dengan order barang. Terlibat dalam inspection dengan klien
dan konsultan.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Hanya sampai PMR

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Tiada, hanya belajar di tapak sahaja.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


80

Jika ada nyatakan


Kursus kad hijau. Brickwork, plastering, tiling dan formwork

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak mengetahui dan berminat untuk mengikuti.
81

LATAR BELAKANG RESPONDEN 7


NAMA : Lee Chew Ken
UMUR: 28
JAWATAN : Site agent
NAMA SYARIKAT : Builtech Project Management S.B.
MAKLUMAT PROJEK: The Loft

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
4 tahun pengalaman. Perumahan dan komersial

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Terlibat dalam 3 skop struktur, arkitektur, mekanikal & elektrikal. Lebih
tinggi dari supervisor. Jaga semua.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Master Project Management dan Ijazah Construction
management dari USM.

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Kursus safety dan juga Conquas, dihantar oleh syarikat.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


82

Jika ada nyatakan


Tiada

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Pernah interview untuk pentauliahan penyelia tapak bidang arkitektur.
Dan telah lulus. Dihantar oleh syarikat.
83

LATAR BELAKANG RESPONDEN 8


NAMA : Looi Kien Keat
UMUR: 31
JAWATAN : Project engineer
NAMA SYARIKAT : Tiara Contours Construction S.B.
MAKLUMAT PROJEK: Setia v residence 2 blok bangunan 48 tingkat & 31
tingkat

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
5 tahun pengalaman. Campur bidang.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Arrange inspection. Atur kerja supervisor. Dalam bahagian struktur dan
arkitektur.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Ijazah Kejuruteraan Awam dari greenwish university

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Semasa study, ikut latihan industri. Semasa kerja tiada.
84

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Kad hijau dan kursus keselamatan

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Berdaftar dengan BEM.
85

LATAR BELAKANG RESPONDEN 9


NAMA : Shahrul Nizam bin Mohamad Ramli
UMUR: 40 tahun
JAWATAN : Penyelia tapak
NAMA SYARIKAT : ENG HAN BINA S.B
MAKLUMAT PROJEK: 201 unit rumah teres 2 tingkat dan 40 unit semi D 2
tingkat, M-Residence 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
8 tahun pengalaman. Industri perumahan ,landed housing dan highrise
15 tingkat.

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Lebih kepada defect work

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia dari Institut Kemahiran Mara dalam
bidang acuan dan pembuatan logam

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Pernah mengikuti kursus Conquas anjuran BCA
86

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Bricklaying

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak tahu.
87

LATAR BELAKANG RESPONDEN 10


NAMA : Mohamad Riduan
UMUR: 29
JAWATAN : Penyelia Tapak
NAMA SYARIKAT : Tiara Contours Construction S.B.
MAKLUMAT PROJEK: Setia v residence 2 blok bangunan 48 tingkat & 31
tingkat

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
7 tahun pengalaman. Perumahan landed dan highrise. Buat kerja TNB
pencawang pembahagi utama, PPU

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Supervisor struktur dan arkitektur. Supervise general worker,
subkontraktor dan spesifikasi binaan.

5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?


(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari politeknik sultan abdul halim
muadzam shah

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
88

Pernah mengikuti kursus under akademi binaan negara (ABM) Sintok,


kursus konkrit level 1 dan anjuran POLIMAS Pengiraan kos kuantiti
kerja-kerja jalan.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Kad hijau

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Pernah mengikuti interview untuk program akreditasi dan gagal. Dihantar
oleh syarikat.
89

LATAR BELAKANG RESPONDEN 11


NAMA : Yeoh H.L
UMUR: 45 tahun
JAWATAN : Pengurus Tapak
NAMA SYARIKAT : Pembinaan Infrastruktur OKH
MAKLUMAT PROJEK: 2 blok 488 unit apartmen RumahSelangorku, M-
Residence 2

SOALAN TEMUBUAL

1. Apakah jenis organisasi yang digunakan di tapak bina?

2. Apakah jawatan yang terdapat dalam organisasi tapak?


(soalan 1& 2 boleh rujuk carta organisasi)

3. Berapa tahunkah pengalaman dalam industri pembinaan?


(Perumahan/ industri/ komersial/ infrastruktur)
23 tahun pengalaman semua bidang. 15 tahun dalam kontraktor dan 8
tahun dalam pemaju

4. Nyatakan skop kerja yang dilakukan bagi jawatan ini?


(struktur/ arkitektur/ mekanikal/ elektrikal)
Kena plan untuk projek, kena organise lepas tu kena monitor, Buat work
program untuk projek. Kena atur organisation chart. Atur manpower
untuk projek. Fasa rekabentuk ialah fasa mula-mula sebelum start
projek. Fasa perancangan kena faham dulu apa jenis projeknak buat,
kena tau ada berapa jenis cara. Kalau ada 2 3 jenis kena pilih cara mana
yang lebih cepat dan jimat. Semasa pembinaan kena control sumber
bajet dan kena monitor. Mesti ada QA/QC, report, inspection form untuk
comply.
5. Boleh nyatakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan?
(Bidang, tahap pendidikan)
Kelulusan Ijazah kejuruteraan awam dari UTM
90

6. Adakah tuan/puan pernah mengikuti sebarang latihan berkaitan bidang


pembinaan samada kemahiran atau pengurusan?
Jika ada nyatakan
Masa belajar ikut latihan industri.

7. Adakah tuan/puan pernah mengikuti kursus daripada CIDB?


Jika ada nyatakan
Mengikuti kursus anjuran CIDB, Kad hijau, Cara –cara kekuatan dalam
pembinaan lepas tu untuk kemahiran diri. Contoh kursus Microsoft Excel
& Project. Mengikuti kursus anjuran CIDB kerana program lain mahal.

8. Adakah tuan/puan tahu tentang akreditasi daripada CIDB terhadap


personel binaan ?
Jika tahu adakah pernah memohon @ mempunyai akreditasi
Tidak mengetahui tentang program akreditasi anjuran CIDB tetapi
mengetahui tentang program anjuran konsultan seperti Project
Management Program (PMP). Tetapi tidak pernah mengikuti kerana
mahal dan tidak ditanggung oleh syarikat. Berminat untuk mengikuti
program akreditasi anjuran CIDB sekiranya berpeluang.
91

LAMPIRAN D : CARTA ORGANISASI 1


92

LAMPIRAN : CARTA ORGANISASI 2


93

LAMPIRAN : CARTA ORGANISASI 3


94

LAMPIRAN : CARTA ORGANISASI 4


95

LAMPIRAN : CARTA ORGANISASI 5


96

LAMPIRAN : CARTA ORGANISASI 6

You might also like