You are on page 1of 101

ii

KEROSAKAN DAN KEMEROSOTAN STRUKTUR KONKRIT DI


MALAYSIA

MOHD ZAKI BIN MOKHTAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Awam-Struktur)

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

JULAI, 2006
iv

Kepada Allah S.W.T, Pencipta Sekalian Alam


v

ABSTRAK

Konkrit merupakan di antara bahan bina yang sering digunakan di dalam projek
kejuruteraan awam di Malaysia. Di antara alasan penggunaanya adalah faktor
ekonomi dan keperluan pembaik pulihan yang rendah sepanjang tempoh keboleh
khidmatannya. Walau bagaimanapun, konkrit mengalami beberapa kerosakan dan
kemerosotan sepanjang hayatnya kerana kekurangan pengetahuan pada sifat dan
kelakuannya. Projek ini dikendalikan bagi mengkaji jenis kerosakan struktur konkrit
khusus di Malaysia. Data-data utama diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya
Malaysia dan sebahagiannya dari Pusat Penyelidikan IKRAM, Pihak Berkuasa
Tempatan dan selebihnya diperolehi daripada beberapa agensi lain. Daripada kajian
ini, punca utama kepada kerosakan konkrit adalah masalah bahan yang telah
merekodkan bilangan kes kerosakan tertinggi (39%) dan diikuti oleh masalah
geoteknik (19%), kesilapan semasa pembinaan (17%), masalah yang tidak dapat
diramalkan (13%) dan kesilapan reka bentuk (12%). Manakala faktor utama
kemerosotan konkrit pula adalah pengkarbonatan (85%), serangan ion klorida (9%),
serangan sulfat (3%) dan serangan alkali (3%).
vi

ABSTRACT

Concrete is foremost among the construction material used in civil engineering


practice in Malaysia. The reasons of its applicable usage are the economic and the
minimal maintenance requirement during service. However concrete has been
facing several damage and deterioration during its life time due to lack of
knowledge in concrete behaviour. This project was conducted to study the types of
concrete structure problems specifically in Malaysia. The main data was gathered
from Public Work Department of Malaysia and some other data were from IKRAM
Research Center, Local Authority, and some other more were through other
agencies. From this survey, the major cause of the concrete damage was
deterioration of concrete (39%) which contributed the highest numbers of defective
concrete case, followed by geotechnical error (19%), construction error (17%),
unpredictable factors (13%) and design deficiency (12%) respectively. The major
factor for concrete deterioration is carbonation (85%), chloride attack (9%),
sulphate attack (3%) and alkali attack (3%) respectively.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB
PERKARA MUKA SURAT

PENGIKTIRAFAN PENYELIA i
TAJUK ii
PENGIKTIRAFAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI GAMBAR xii

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kenyataan Masalah 3
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 3
1.4 Skop Penyelidikan 4
1.5 Kepentingan Kajian 4

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 5
2.2 Konkrit 6
2.2.1 Konkrit In-Situ 7
2.2.2 Konkrit Pra-Tuang 7
2.3 Keretakan pada Konkrit 7
2.4 Faktor Kemerosotan Struktur 9
2.4.1 Kesilapan Reka Bentuk 10
2.4.2 Kesilapan Semasa Pembinaan 13
2.4.3 Masalah Mutu Bahan Bina 16
2.4.4 Masalah Geoteknik 17
2.4.5 Masalah yang Tidak Dapat Diramalkan 19
viii

2.4.5.1 Kesan Letupan 20


2.4.5.2 Kesan Kemalangan (Perlanggaran) 21
2.4.5.3 Kesan Gempa Bumi 23
2.4.5.4 Kesan Kebakaran 24
2.5 Faktor Kemerosotan Konkrit 25
2.5.1 Tindakan Kimia 26
2.5.1.1 Serangan Sulfat 26
2.5.1.2 Serangan Asid 29
2.5.1.3 Serangan Alkali 30
2.5.1.4 Pengaratan Tetulang Keluli 32
2.5.2 Tindakan Fizikal 35
2.5.3 Tindakan Biologi 37

METODOLOGI
3
3.1 Mengenal Pasti Masalah 39
3.2 Pengumpulan Data 39
3.3 Penganalisisan Data 40
3.4 Penyediaan Laporan 40
3.5 Kesimpulan dan Cadangan 41

4 ANALISIS DAN KEPUTUSAN


4.1 Pengenalan 42
Analisa faktor-faktor kerosakan struktur konkrit di
4.2 43
Malaysia
4.3 Analisa faktor-faktor kemerosotan konkrit di Malaysia 50

5 PERBINCANGAN KEPUTUSAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Faktor Kerosakan Struktur Konkrit 53
5.2.1 Kesilapan Reka Bentuk 54
5.2.2 Masalah Bahan Bina 58
5.2.3 Masalah Geoteknik 59
5.2.4 Kesilapan Semasa Pembinaan 63
5.2.5 Masalah yang Tidak Dapat Diramalkan 68
5.3 Faktor Kemerosotan Konkrit 70
5.3.1 Serangan Sulfat 71
5.3.2 Serangan Alkali 72
5.3.3 Pengaratan Tetulang Keluli 73
Pengaratan Tetulang Disebabkan
5.3.3.1 74
Serangan Ion Klorida
Pengaratan Tetulang Disebabkan Proses
5.3.3.2 75
Pengkarbonatan
5.4 Langkah-langkah Pencegahan 80
ix

6 KESIMPULAN DAN CADANGAN


6.1 Rumusan Kajian 85
6.2 Kesimpulan 86
6.3 Cadangan Bagi Kajian Selanjutnya 86

RUJUKAN
88
x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT


2.1 Penerangan bagi jenis keretakan pada rajah 2.1 8
2.2 Had kandungan klorida di dalam jenis konkrit 35
4.1 Bilangan kes kerosakan struktur mengikut tahun
44
pembinaan
4.2 Bilangan kes kerosakan struktur mengikut negeri 46
4.3 Peratusan masalah kerosakan struktur di Malaysia 49
4.4 Bilangan kes terhadap jenis serangan mengikut tahun
51
pembinaan
4.5 Peratusan punca kemerosotan konkrit di Malaysia 52
5.1 Ketebalan penutup konkrit berdasarkan dedahan 81
persekitaran berdasarkan BS 8110: Part 1: 1997
xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT


2.1 Lakaran jenis keretakan yang boleh berlaku pada 8
struktur konkrit
2.2 Rajah menggambarkan mekanisma keretakan akibat 11
pembebanan
2.3 Menunjukkan sebahagian daripada pelan bangunan 15
2.4 Kesan daripada haba ke atas kekuatan dan modulus 25
konkrit
2.5 Mekanisma kerosakan yang disebabkan oleh serangan 27
sulfat
2.6 Rajah mekanisma tindak balas alkali-silika 30
3.1 Carta alir perancangan perjalanan Projek Sarjana 41
4.1 Bilangan kes kerosakan struktur mengikut tahun 44
pembinaan
4.2 Bilangan kes kerosakan struktur mengikut negeri 48
4.3 Peratusan masalah kerosakan struktur di Malaysia 49
4.4 Bilangan kes terhadap jenis serangan mengikut tahun 51
pembinaan
4.5 Peratusan punca kemerosotan konkrit di Malaysia 52
5.1 Bilangan kes kerosakan akibat daripada kebakaran dan 68
gempa bumi mengikut tahun dilaporkan
5.2 Bilangan kes pengaratan tetulang disebabkan proses 75
pengkarbonatan mengikut tahun pembinaan.
xii

SENARAI GAMBAR

NO. GAMBAR PERKARA MUKA SURAT


2.1 Menunjukkan tiang yang gagal 13
2.2 Menunjukkan tiang yang disokong oleh kayu dan bata 15
2.3 Runtuhan berturut-turut yang berlaku akibat daripada 21
kesan letupan
2.4 Rajah menunjukkan runtuhan bangunan disebabkan 22
oleh kesan perlanggaran
2.5 Serangan sulfat pada tembok penahan 28
2.6 Serangan sulfat pada tiang struktur marin 28
2.7 Pembentukan keretakan peta pada permukaan konkrit 31
hasil daripada tindak balas alkali-silika.
2.8 Pengaratan tetulang keluli pada konkrit 33

2.9 Serangan biologi (alga) pada konkrit 38


5.1 Keretakan dikesan pada sambungan tiang dan rasuk 56
5.2 Keretakan dikesan pada korbel di tingkat tiga 56
5.3 Keretakan lepaan di lokasi sambungan di antara tiang 57
dan dinding bata
5.4 Keretakan rasuk yang bersambung dengan korbel 57
5.5 Keretakan dikesan pada rasuk dan papak koridor 60
5.6 Keretakan pada 2 tiang utama blok pentadbiran 60
5.7 Keretakan pada tiang 1A 61
5.8 Keretakan pada tiang 1B 61
5.9 Keretakan dinding bangunan blok pentadbiran 62
5.10 Keretakan pada rasuk bumbung blok kantin 62
5.11 Regangan di antara struktur bangunan utama Blok B 66
xiii

dengan struktur tangga


5.12 Keretakan pada dinding koridor tingkat 2, Blok B 66
5.13 Honeycombed pada rasuk konkrit 1 67
5.14 Honeycombed pada rasuk konkrit 2 67
5.16 Kerosakan pada struktur jambatan konkrit akibat 73
daripada tindak balas alkali-silika
5.17 Pengaratan tetulang keluli disebabkan oleh serangan 74
ion klorida
5.18 Rajah menunjukkan pengaratan tetulang besi yang 77
ketara di permukaan bawah papak tingkat satu bilik
air.
5.19 Rajah menunjukkan keretakan dan pengupasan 77
konkrit yang ketara dipermukaan bawah tingkat satu
5.20 Rajah menunjukkan lepaan dinding di bahagian luar 78
bilik air didapati mengalami keretakan terutama di
bahagian tiang
5.21 Rajah menunjukkan tiang konkrit di tingkat bawah 78
bilik air mengalami keretakan
5.22 Rajah menunjukkan pengaratan besi tetulang di 79
permukaan bawah rasuk tingkat satu
5.23 Gambar menunjukkan kedudukan koridor di belakang 79
bilik air yang terletak di bahagian hujung bangunan
mengalami kerosakan konkrit.
xiv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Industri pembinaan dan infrastruktur di Malaysia telah berkembang pesat


dari tahun ke tahun di dalam menuju ke arah wawasan negara. Pelbagai jenis
pembinaan telah dijalankan dengan berbagai jenis dan rupa di setiap pelosok negara.
Bagi sesuatu projek struktur yang telah direka bentuk dan dibina hendaklah berada
dalam keadaan yang baik dan selamat dan dapat berfungsi untuk suatu jangka masa
kebolehkhidmatannya.

Namun bergitu, terdapat beberapa masalah yang timbul pada sesuatu


struktur ketika dalam proses pembinaan mahupun pada struktur yang telah siap
dibina. Di antara masalah tersebut adalah kegagalan struktur di dalam mencapai
fungsinya dan masalah kemerosotan kekuatan bahan. Masalah ini boleh dilihat
berlaku pada pelbagai jenis struktur bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh
dunia.
xv
2

Kegagalan boleh berlaku pada pelbagai jenis struktur samada bangunan


pencakar langit, jambatan rumah kediaman atau empangan. Kebanyakan daripada
runtuhan struktur berlaku semasa proses pembinaan dijalankan yang
berkemungkinan berpunca daripada bahan-bahan binaan yang kurang berkualiti atau
pekerja-pekerja yang kurang terlatih. Tempoh kritikal bagi sesebuah struktur adalah
semasa tempoh pembinaan sedang dijalankan. Boleh dikatakan bahawa sempadan
bagi kestabilan dan ketakstabilan struktur semasa proses pembinaan boleh berlaku
disebabkan hanya satu perkara kecil sahaja. Jadi perhatian yang lebih harus
diberikan semasa kerja pembinaan sedang dijalankan.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga bangunan yang mengalami


runtuhan semasa tempoh perkhidmatannya kerana beberapa faktor seperti kesilapan
semasa rekabentuk, lebihan beban dan sebagainya. Di antara contoh bangunan yang
mengalami kegagalan semasa hayatnya ialah seperti bangunan Hotel New World di
Singapura dan juga Highland Towers di Malaysia.

Sejak dulu lagi kod-kod peraturan telah ditulis oleh Hammurabi (Raja
Babylon) bagi mengenakan hukum ke atas orang yang terlibat dalam pembinaan
struktur yang mengalami kegagalan. Prinsip-prinsip beliau yang terkenal adalah
‘Make a mistake, Pay for it’ dan ‘Do a wrong thing, Suffer for it’. Kod-kod tersebut
telah diguna pakai semula dan diterbitkan dalam bentuk buku sebagai panduan dan
peraturan pada masa kini. Dari contoh ini kita dapat melihat bahawa kesedaran
tentang runtuhan bangunan telah lama wujud dan sejak itu peraturan mula dicipta.

Jika dilihat, kes yang dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Dan yang
menjadi persoalannya mengapa bilangan ini terus meningkat. Bangunan-bangunan
yang telah dibina berkurun lamanya seperti Taj Mahal di India dan piramid di
Mesir, ia masih lagi mampu berdiri teguh walaupun jika dibandingkan dengan
bilangan kepakaran yang dimiliki oleh kita sekarang adalah jauh melebihi bilangan
kepakaran yang dimiliki oleh mereka. Oleh yang demikian, perkara ini didapati
3xvi

menarik untuk diuraikan dengan harapan agar masalah yang berlaku dapat
diselesaikan.

1.2 Kenyataan Masalah.

Kes-kes kerosakan struktur banyak dilaporkan dari masa ke semasa.


Kadang-kala, masalah ini terus berulang walaupun kerja pembaikpulihan telah
dilakukan. Masalah yang dikaji oleh penulis adalah masalah kerosakan dan
kemerosotan struktur konkrit yang masih banyak berlaku sehingga ke hari ini.
Masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif pada pemilik dan pengguna
malah turut manjejaskan imej negara. Oleh kerana ia merupakan satu masalah yang
amat serius, kajian haruslah dilakukan dengan harapan dapat membantu
menyelesaikan masalah ini kelak.

1.3 Matlamat Dan Objektif Kajian

Kajian projek sarjana ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti dan
memahami dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang membawa kepada
kerosakan struktur di Malaysia.

Di antara objektif kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti punca-punca kerosakan dan kemerosotan struktur konkrit


yang berlaku di Malaysia.
2. Mengkategori kes kerosakan struktur yang berlaku di Malaysia.
xvii
4

1.4 Skop Penyelidikan

Kajian ini hanya tertumpu kepada struktur konkrit yang telah siap dibina di
Malaysia. Rekod-rekod kerosakan dan kemerosotan sruktur konkrit ini hanya
diperolehi daripada agensi-agensi dan pihak yang berkaitan dengan industri
pembinaan seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Berdasarkan data yang diperolehi, analisis dan
semakan dilakukan oleh penulis sebelum beberapa kesimpulan dapat diambil.

1.5 Kepentingan Kajian

Masalah kerosakan struktur sering kali berlaku di Malaysia tidak kira sama
ada ia melibatkan projek yang kecil ataupun yang besar. Masalah ini secara
berterusan membelenggu industri pembinaan. Persoalan demi persoalan terus
diajukan mengenai mutu hasil kerja yang kurang memuaskan walaupun sesuatu
projek tersebut baru sahaja siap dibina.

Menyedari kepentingan untuk menyelesaikan masalah ini, penulis berhasrat


untuk membantu di dalam menyelesaikan masalah ini. Kajian terhadap kerosakan
dan kemerosotan struktur konkrit ini dilakukan bagi mengenalpasti masalah utama
yang sering berlaku di Malaysia. Masalah ini akan dikaji secara keseluruhan bagi
projek-projek yang telah siap dibina di seluruh Malaysia. Penulis berharap agar
dapat mengenalpasti punca utama berlakunya kerosakan struktur dan mencadangkan
langkah-langkah pencegahan dengan harapan dapat mengurangkan dan sekaligus
meyelesaikan masalah ini.
xviii

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan.

Suatu struktur itu dikatakan mengalami kerosakan atau kegagalan apabila ia


gagal menjalankan fungsinya pada suatu jangka hayat yang diharapkan. Secara
amnya, kerosakan struktur berlaku akibat daripada rangkaian kesilapan, kelalaian,
kesalahfahaman dan juga ketidakjujuran dalam melaksanakan kerja[1].

Kekuatan suatu struktur konkrit akan merosot jika konkrit tersebut tidak
direka bentuk dengan baik bagi menangani persekitaran yang dialaminya. Di antara
faktor utama yang menyebabkan kerosakan konkrit adalah pengaratan tetulang,
tindak balas alkali-silika, tindakan pembekuan dan pencairan, serangan kimia dan
suhu yang tinggi[2].

Projek pembinaan akan melalui empat fasa asas yang mana kecacatan atau
kerosakan mungkin akan berlaku pada salah satu daripadanya. Jika masalah timbul
pada salah satu daripada fasa ini, ia akan turut mempengaruhi keseluruhan projek
pembinaan tersebut. Empat fasa tersebut adalah[3]:
xix
6

1. Konsep dan kebolehlaksanaan


2. Reka bentuk, perincian dan spesifikasi
3. Mutu, kawalan kerja, pengawasan dan pemeriksaan daripada penyelia.
4. Pemilikan dan penggunaan

Setiap daripada empat fasa tersebut hendaklah disertai dengan; pengetahuan


(latihan dan pendidikan), pengalaman, dan pengawalan mutu dengan baik.

Sesetengah projek berada di dalam keadaan yang amat menakutkan di mana


reka bentuk dan spesifikasinya tidak dibuat mengikut prosedur yang betul dan boleh
membawa kepada kerosakan dan keruntuhan struktur tersebut. Sebahagiannya pula
ada yang mempunyai reka bentuk yang sempurna tetapi tidak dilaksanakan dengan
baik. Dan terdapat juga bangunan yang telah siap dibina mengalami
pengubahsuaian, penambahan beban, kekurangan pembaikpulihan dan kekurangan
perlindungan daripada iklim dan alam sekitar[3].

2.2 Konkrit

Konkrit adalah bahan komposit yang terdiri daripada butiran kasar (batu
baur) dan bahan matriks (simen) yang memenuhi ruang di antara butir batu baur dan
melekatkannya[4]. Konkrit merupakan bahan binaan yang sesuai digunakan dalam
apa jua pembinaan dengan banyak kelebihan dan juga kelemahan[3]. Ia boleh
dihasilkan di tapak bina dengan atau tanpa tetulang keluli, atau melalui pra-tuang
konkrit dengan tetulang keluli atau prategasan.
7xx

2.2.1 Konkrit In-situ

Konkrit in-situ merupakan jenis yang sering kali digunakan di dalam industri
pembinaan. Selepas proses pencampuran, konkrit berada dalam keadaan separa cair
dan dituang ke dalam acuan yang telah disediakan terlebih dahulu. Ia seterusnya
akan diawet sehingga mencapai kekuatan yang dikehendaki. Sifatnya membolehkan
konkrit dapat dibuat dalam apa jua bentuk yang dikehendaki.

2.2.2 Konkrit Pra-tuang

Berbanding konkrit in-situ, konkrit pra-tuang dihasilkan di kilang dengan


kelengkapannya yang tersendiri. Kualiti konkrit seterusnya dapat dikawal di tempat
pembuatan sebelum dibawa ke tapak bina.

2.3 Keretakan Pada Konkrit

Jenis keretakan pada konkrit, lokasi keretakan dan puncanya boleh


digambarkan secara ringkas melalui Rajah 2.1 dan Jadual 2.1. Kesemua jenis
keretakan ini boleh berlaku pada struktur konkrit jika langkah berjaga-jaga tidak
diambil dalam setiap proses pembinaan. Oleh yang demikian, penekanan haruslah
diberikan kepada kawalan kualiti bagi bahan binaan dan mutu kerja bagi
mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
xxi
8

Rajah 2.1: Lakaran jenis keretakan yang boleh berlaku pada struktur konkrit.

Jadual 2.1: Penerangan bagi jenis keretakan pada rajah 2.1


Simbol Tempoh
Jenis Lokasi Faktor
pada Faktor primer keretakan
keretakan keretakan sekunder
rajah muncul
1 Papak 30 minit
Pengecutan Proses penguapan
2 Papak Penjujuhan hingga 6
plastik yang pantas
3 Papak jam
Konkrit
Pengaratan Rasuk dan Kekurangan Selepas 2
3 berkualiti
tetulang papak penutup tahun
rendah
Dalam
4
seksyen
10 minit
Pengendapan Bahagian
5 Penjujuhan hingga 3
plastik atas tiang
jam
Pada papak
6
wafel
9xxii

Papak atau Pengekangan pada 1 hari


11, 8
dinding pergerakan terma hingga 2-3
Pengecutan Perbezaan suhu Penyejukan minggu
12 Unsur tebal
terma awal berlebihan pantas
Pada Pengekangan pada
13
tetulang pergerakan terma
Acuan yang tidak Proses Semasa
9 Dinding
telap penjujuhan proses
Crazing
yang tidak pengerasan
10 Papak Lebihan kemasan
mencukupi konkrit
Selepas
Pengecutan Papak dan Sambungan yang beberapa
8
kering dinding tidak berkesan minggu atau
bulan
Pergerakan Papak atau Kelemahan Pada bila-
7
subgred asas subgred bila masa
Pembebanan Lazimnya Pembebanan yang
14 1-2 hari
lebihan pada papak berlebihan

2.4 Faktor Kerosakan Struktur.

Beberapa faktor yang boleh membawa kepada kerosakan struktur adalah seperti
berikut:

1. Kesilapan reka bentuk


2. Kesilapan semasa pembinaan
3. Masalah mutu bahan binaan
4. Masalah geoteknik
5. Masalah yang tidak dapat diramalkan
10
xxiii

2.4.1 Kesilapan reka bentuk

Kerosakan tidak hanya dilihat pada struktur yang mengalami keruntuhan,


tetapi juga apabila struktur tersebut tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki
seperti berlaku pemendapan, perubahan bentuk, keretakan dan perubahan
penjajaran. Kesilapan reka bentuk boleh berlaku dengan mudah kerana kesemua
data reka bentuk berada di dalam dokumen kontrak seperti lukisan dan
spesifikasi[3]. Sebarang kesilapan atau kelalaian boleh berlaku daripada pereka
bentuk sama ada arkitek mahupun jurutera.

Kesilapan boleh berlaku semasa membuat andaian jumlah beban dan diikuti
dengan kelalaian semasa membuat perincian, ketidakprihatinan pada sambungan di
antara dua anggota, kedudukan dan saiz tetulang yang tidak betul dan pengabaian
pada kesan pengembangan dan pengecutan bahan.

Memenuhi kod piawai bangunan tidak semestinya menjamin kepada


kesempurnaan sesuatu struktur[1]. Proses reka bentuk menggunakan kod piawai
boleh menghasilkan hasil kerja yang tidak berapa memuaskan. Pereka bentuk sering
tidak memberi perhatian, bahawa kebanyakan kod piawai reka bentuk konkrit
bertetulang menggunakan keperluan minimum dan tidak berapa jelas tentang had
penggunaannya. Reka bentuk yang hanya menjamin keselamatan pada struktur
anggota biasa mungkin tidak berapa selamat untuk digunakan bagi struktur anggota
yang besar dan lebih rumit.

Pereka bentuk hendaklah mengetahui beberapa batasan di dalam setiap


aktivitinya. Terdapat beberapa kekangan di dalam apa jua teknik atau konsep yang
digunakan di tapak bina selain daripada sumber tenaga manusia. Pereka bentuk
hendaklah menyediakan ruang untuk melakukan sebarang pengubahsuaian reka
bentuk untuk mengambil kira faktor alam sekitar, kesan hentaman, beban ufuk dan
perubahan pengguna ruang[5]. Pereka bentuk hendaklah mengimbangi di antara
11
xxiv

teori, reka bentuk dan praktis.

Kesilapan pada reka bentuk akan mengakibatkan keretakan berlaku akibat daripada
kenaan tegasan yang berlebihan pada unsur struktur. Apabila beban dikenakan pada
unsur konkrit bertetulang, daya tegangan akan diambil oleh tetulang keluli. Konkrit
disekeliling tetulang akan turut juga mengalami tegangan. Apabila daya tegangan
yang dikenakan melebihi daya tegangan konkrit, keretakan akan muncul[22]. Ini
dapat digambarkan seperti pada Rajah 2.5.

Kenaan beban

Rasuk melentur di Keretakan mula


bawah kenaan beban muncul
Daya tegangan
tinggi di tengah-
tengah rentang

Daya mampatan

Daya tegangan

Tetulang keluli
Rajah 2.2: Rajah menggambarkan mekanisma keretakan akibat pembebanan.
xxv
12

Menggunakan reka bentuk yang diambil sepenuhnya daripada projek yang


hampir serupa atau membuat perubahan reka bentuk asal boleh menyebabkan
kerosakan struktur[1]. Suatu struktur tersebut adalah unik di mana beberapa faktor
seperti faktor geografi dan pembebanan adalah berbeza di antara satu sama lain.
Penggunaan reka bentuk daripada struktur lain tanpa membuat semakan dan
pengubahsuaian boleh menyebabkan struktur tersebut gagal menjalankan fungsinya
dengan baik. Mengubah reka bentuk tanpa pengetahuan pereka bentuk asal boleh
menyebabkan masalah yang lebih serius. Ini kerana beberapa nilai penting atau
anggapan yang dibuat oleh pereka bentuk asal tidak diketahui dan sebarang
pengubahsuaian boleh membawa kepada kerosakan struktur. Proses semakan pada
setiap peringkat pembinaan perlu dilakukan walaupun ia memakan kos dan masa.

Antara bentuk-bentuk kesilapan yang wujud dalam reka bentuk struktur dan
lukisan perincian adalah seperti berikut[5]:

1. Kesilapan dari segi konsep


2. Kesilapan pengiraan semasa mereka bentuk
3. Anggapan yang salah digunakan untuk mengira beban dan sifat
kebolehlenturan suatu struktur.
4. Pertukaran yang kerap dalam lukisan perincian
5. Perincian yang tidak sempurna dan kurang jelas
6. Kedudukan dan jarak antara tetulang yang tidak logik
7. Penutup konkrit yang tidak mencukupi
8. Tidak menggunakan anggapan yang betul semasa menggunakan analisis
komputer

Antara contoh kerosakan struktur ruang berpunca daripada kesilapan reka


bentuk ialah sebuah plaza di India[5]. Rujuk Gambar 2.1. Pihak jurutera perunding
telah mereka bentuk saiz keratan dan bilangan tetulang yang sama bagi semua tiang
tanpa mengambil kira kedudukan ataupun beban-beban lain yang bertindak ke atas
tiang tersebut. Daripada pelan bangunan, didapati tiada bahagian yang simetri yang
membolehkan beban yang sama digunakan dalam kesemua tiang. Jurutera tersebut
13
xxvi

mereka bentuk sedemikian untuk memudahkan kerja pembinaan dan memastikan


faktor estetik tidak terjejas. Berdasarkan analisis yang dijalankan, walaupun
kesemua tiang tersebut direka bentuk dengan seragam, tiang-tiang tersebut
menanggung beban dan momen yang berlainan. Ini telah menyebabkan terdapat
pelbagai kelakuan tiang. Ada tiang yang didapati gagal, selamat dan terlebih
selamat.

Gambar 2.1: Menunjukkan tiang yang gagal.

2.4.2 Kesilapan Semasa Pembinaan

Seorang jurutera mereka bentuk struktur dan menterjemahkan secara dua


dimensi pada lukisan di atas kertas. Manakala kontraktor pula merealisasikan
lukisan tersebut kepada tiga dimensi semasa pembinaan. Ini menunjukkan bahawa
kontraktor memainkan peranan yang penting dalam proses mendirikan sesuatu
struktur tersebut. Secara umumnya jurutera dan kontraktor mempunyai
tanggungjawab dan melakukan tugas yang berbeza. Tetapi persefahaman dan
xxvii
14

komunikasi antara kedua-dua pihak perlulah baik dan sependapat. Banyak


kegagalan struktur berlaku kerana kurangnya koordinasi kerja di antara jurutera dan
kontraktor.

Kemahiran kerja adalah faktor utama yang mempengaruhi kemungkinan


berlakunya sesuatu kerosakan kepada struktur. Adalah menjadi suatu kemestian
sesuatu kerja tersebut dikendalikan oleh pekerja yang mahir dan di bawah
pengawasan penyelia yang bertauliah[6]. Jika tidak masalah seperti honeycombed,
kesilapan penjajaran dan masalah kebocoran pada acuan akan berlaku dengan
mudah. Semasa pembinaan dijalankan, pengawasan sepenuhnya perlu dilakukan
dan ia dapat memberikan beberapa kesan positif seperti berikut[7]:

1. Dapat mengurangkan kecacatan pada struktur


2. Dapat mengurangkan kos pembaikpulihan
3. Meningkatkan lagi taraf keselamatan di tapak bina.
4. Dapat memperbaharui imej industri pembinaan dan hubungan dengan
pemilik.

Antara contoh kerosakan struktur disebabkan oleh kesilapan semasa


pembinaan adalah kes kegagalan sambungan pada sebuah bangunan yang
simetri[5]. Pihak kontraktor telah memilih untuk membina satu bahagian bangunan
terlebih dahulu sebelum menggunakan acuan yang sama untuk membina bahagian
bangunan yang kedua. Tiga jurutera profesional telah menyelia tapak pembinaan
tersebut. Dalam turutan pembinaan yang dicadangkan oleh kontraktor, papak dan
rasuk yang bertanda X akan disokong di atas sokong kayu serta dinding bata dan
pembinaan tiang ditangguhkan dahulu untuk membolehkan bahagian kedua
bangunan dibina. Rujuk Rajah 2.1 dan Gambar 2.2. Tiada sesiapapun menyedari
bahawa bahagian X yang sepatutnya ditapung oleh konkrit bertetulang masih
disokong kayu. Situasi ini hanya dikenal pasti apabila pembinaan telah mencapai
tingkat ke-6. Namun demikian, ia sudah terlambat kerana struktur tersebut telah
mengalami kerosakan yang teruk. Ini kerana sokong kayu berserta dinding bata
tidak dapat menggantikan fungsi tiang konkrit yang sepatutnya digunakan untuk
xxviii
15

menanggung beban tingkat atas.

Rajah 2.3: Menunjukkan sebahagian daripada pelan bangunan.

Gambar 2.2: Menunjukkan tiang yang disokong oleh kayu dan bata
16
xxix

2.4.3 Masalah Mutu Bahan Binaan.

Bahan-bahan binaan seperti konkrit, keluli, bata dan kayu adalah bahan-
bahan yang biasa ditemui pada sesebuah struktur. Setiap bahan binaan ini
mempunyai ciri-ciri kelakuannya yang tersendiri. Sebarang perbezaan di antara nilai
reka bentuk dan nilai ciri sebenar bahan tersebut akan menyebabkan struktur
tersebut tidak dapat memberikan prestasi seperti yang diharapkan. Konkrit adalah
sejenis bahan binaan yang sangat penting dalam industri pembinaan pada masa kini.
Untuk menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi, bahan-bahan yang digunakan
seperti simen dan batu baur perlulah berada dalam keadaan yang baik dan
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

Kualiti sesuatu bahan binaan yang dibekalkan ke tapak bina adalah berlainan
bergantung kepada pembekal dan juga harganya[5]. Kebiasaannya, harga yang
tinggi dikenakan kepada bahan binaan yang terjamin kualitinya dan begitulah juga
sebaliknya. Kos bahan binaan bergantung kepada cara penghasilannya, sumber dan
juga musim ketika mana ia dihasilkan[5]. Oleh yang demikian, lazimnya pihak
kontraktor akan menggunakan bahan binaan yang murah semata-mata untuk
mendapatkan keuntungan yang dikehendaki dengan mengabaikan kualiti bahan
tersebut.

Lazimnya, masalah yang timbul pada struktur disebabkan bahan binaan


adalah berpunca daripada penggunaan beberapa bahan binaan yang berkualiti
rendah. Bahan-bahan binaan yang berkualiti rendah ini akan menjejaskan kekuatan
struktur apabila ia memberikan kesan secara kumulatif[5]. Bahan binaan yang
berkualiti rendah ini akan digunakan untuk satu jangka masa yang lama dan secara
berterusan ia akan memberikan kesan negatif kepada struktur.

Oleh yang demikian, setiap kerja kontraktor di tapak bina hendaklah


dipantau bagi menjamin mutu kerja yang baik. Satu kumpulan kawalan kualiti
17
xxx

hendaklah ditubuhkan bagi menjalankan pemeriksaan dan ujian di tapak bina[8].


Kumpulan kawalan kualiti merupakan di antara disiplin yang penting di dalam
industri pembinaan. Untuk melaksanakannya, sesuatu organisasi hendaklah
membangunkan prosedur senarai semak yang lengkap. Kumpulan ini akan
memastikan kualiti kerja terjamin dengan membuat ujian bukan sahaja ke atas
bahan yang dibekalkan, malah turut membuat ujian ke atas konkrit, kekuatan galas
tanah, saiz dan ke dalaman cerucuk dan lain-lain lagi.

2.4.4 Masalah Geoteknik

Asas merupakan struktur yang menyediakan sokongan kepada berbagai jenis


beban yang bertindak ke atas struktur. Ia bertindak sebagai penghubung di antara
struktur dan tanah, yang merupakan tempat menanggung beban yang terakhir.
Beban diagihkan secara terus kepada tanah atau secara perantaraan melalui cerucuk.

Masalah geoteknik merujuk kepada masalah struktur asas atau cerucuk dan
juga masalah tanah itu sendiri. Masalah pertama berkemungkinan berpunca
daripada kenaan beban secara berlebihan daripada struktur atas. Manakala masalah
daripada tanah berpunca daripada bilangan cerucuk yang tidak mencukupi atau
kesilapan semasa penanaman cerucuk atau berkemungkinan juga daripada
kehilangan kekuatan galas tanah akibat daripada kerja berhampiran[3].

Masalah yang sering dapat dilihat berpunca daripada masalah asas dan
masalah tanah ialah berlakunya mendapan yang tidak seragam dan seterusnya akan
menjejaskan keseluruhan struktur tersebut. Kegagalan asas boleh dikategorikan
seperti berikut[3]:

1. Penggalian bawah tanah


18
xxxi

2. Kegagalan pemindahan beban


3. Pergerakan sisi
4. Sokong yang tidak seimbang
5. Masalah reka bentuk
6. Masalah pembinaan
7. Perubahan aras air bumi
8. Kesan gegaran
9. Kesan gempa bumi.

Oleh kerana struktur berada dalam keadaan dikekang dan bersambung-


sambung di antara satu anggota dengan anggota yang lain, masalah asas dan tanah
akan membawa kepada kerosakan keseluruhan struktur. Jika berlaku enapan pada
salah satu sokong atau asas, struktur akan menjadi tidak stabil dan mengakibatkan
anggota lain menanggung tegasan[1].

Masalah pembinaan juga timbul apabila pembinaan dilakukan pada kawasan


batu kapur. Batu kapur akan bertindak balas dengan air berasid dan memberikan
masalah kepada struktur asas jika pembinaan dilakukan di atas formasi batu kapur.
Di antara fenomena yang sering terjadi ialah kejadian penurunan caving dan
penurunan sinkhole. Kejadian penurunan caving boleh berlaku disebabkan oleh[9]:

1. Mendapan akibat daripada penurunan aras air bumi.


2. Mendapan yang berlaku apabila zarah-zarah tanah memasuki lompang pada
batuan bawah tanah hasil daripada hakisan pada rekahan.

Kejadian penurunan sinkhole terjadi apabila gerbang atau kubah di atas


lompang runtuh secara tiba-tiba. Proses kejadian penurunan sinkhole adalah seperti
berikut[9]:

1. Penurunan ini lazimnya berlaku pada zon yang mempunyai batuan keras
yang akan membentuk kubah, batuan lembut dan laluan air.
19
xxxii

2. Laluan aliran akan menghakis batuan lembut di bawah kubah dan


membentuk lompang dan ruang.
3. Beban kenaan yang besar di atas permukaan akan mengakibatkan runtuhan
secara tiba-tiba dan membentuk penurunan sinkhole.

Di Malaysia, masalah berlaku di beberapa kawasan seperti Sungai Kuantan


dalam pembinaan pintu benteng bagi syarikat pembekal air Kuantan pada Oktober
1981[10]. Kejadian berlaku di mana 80 batang cerucuk didapati tenggelam pada ke
dalaman yang luar biasa dan penambahan sebanyak 20, 30, dan 40 kaki lagi
terpaksa dilakukan.

Kes-kes yang hampir serupa turut dilaporkan dalam pembinaan lebuh raya
Kuala Lumpur-Seremban pada Mei 1983[9]. Kes yang lain dilaporkan pula ialah
pembinaan tempat pendaratan helikopter di Ipoh semasa kerja tanah dilakukan[9].
Sinkhole selebar 10 kaki dan sedalam 5 kaki muncul semasa kerja pemampatan
tanah dilakukan menggunakan jentera pemampat.

2.4.5 Masalah yang Tidak Dapat Diramalkan.

Masalah kerosakan pada struktur boleh diatasi jika kesemua langkah


berjaga-jaga dan pengawalan kualiti dilakukan dengan baik. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kejadian atau fenomena yang sukar dan tidak dapat diramalkan
berlaku ke atas struktur. Walaupun tidak menjadi suatu perkara yang mustahil bagi
mereka bentuk struktur untuk mengatasi beberapa masalah tersebut, ia menjadi tidak
ekonomi apabila faktor kos diambil kira dalam reka bentuk.
20
xxxiii

2.4.5.1 Kesan Letupan

Kesan letupan akibat daripada letupan gas boleh mengakibatkan kerosakan


yang teruk kepada struktur. Oleh kerana pembakaran gas adalah perlahan
berbanding dengan peledakan daripada letupan yang tinggi ia akan menghasilkan
tekanan yang sangat tinggi. Apabila letupan berlaku dan mengakibatkan kerosakan
dalaman, risiko keselamatan bagi keseluruhan struktur amatlah rendah. Akan tetapi,
apabila kerosakan berlaku pada anggota struktur yang penting seperti tiang, dinding
menanggung beban atau rasuk, risikonya amatlah tinggi sehingga boleh
menyebabkan runtuhan keseluruhan bangunan[11].

Peristiwa yang terkenal adalah peristiwa runtuhan Ronan Point di timur


London pada 1968[3]. Rujuk Gambar 2.5. Letupan berlaku berpunca daripada
letupan gas pada bahagian dapur bangunan tinggi. Peristiwa ini membuka mata para
jurutera buat pertama kali tentang bahaya berlakunya runtuhan berturutan pada
sistem konkrit pra-tuang. Berpandukan kod piawai British BS 8110: Part 2: 1985,
sesuatu struktur tersebut perlulah dapat menanggung beban sebesar 34kN/m2 jika ia
hendak direka bentuk bagi mengatasi beban daripada letupan.
21
xxxiv

Gambar 2.3: Runtuhan berturut-turut yang berlaku akibat daripada kesan letupan.

2.4.5.2 Kesan Kemalangan (Perlanggaran)

Kesan perlanggaran objek ke atas struktur akan menyebabkan anggota


struktur tersebut terpaksa menanggung beban yang besar dan struktur
berkemungkinan mengalami kerosakan yang teruk. Oleh kerana terdapat
pertambahan saiz dan berat kenderaan di jalan raya hari ini, risiko kerosakan akibat
daripada kesan perlanggaran kenderaan turut bertambah[3]. Kesan letupan daripada
gas berkemungkinan berlaku pada sebarang aras bangunan, manakala kesan
perlanggaran pula terhad kepada tingkat bawah sahaja.
22
xxxv

Berdasarkan piawai bangunan kini, jika berlaku sebarang perlanggaran kapal


terbang ka atas bangunan tinggi, kerosakan yang dialami amatlah kritikal dan
berkemungkinan berlakunya runtuhan keseluruhan bangunan[3]. Kebarangkalian
sesebuah bangunan akan dilanggar oleh kapal terbang dalam tempoh hayat 60 tahun
adalah antara 1 dalam 1,000,000 dan 1 dalam 10,000 bergantung kepada saiz dan
lokasi bangunan tersebut. Contoh yang mudah bagi perlanggaran kapal terbang ke
atas bangunan tinggi adalah peristiwa 11 September 2001. Rujuk Gambar 2.6. Dua
buah kapal terbang telah melanggar bangunan pusat dagangan dunia (World Trade
Centre) di Amerika Syarikat dan mengakibatkan runtuhan keseluruhan bangunan.

Gambar 2.4: Rajah menunjukkan runtuhan bangunan disebabkan oleh kesan


perlanggaran.
xxxvi
23

2.4.5.3 Kesan Gempa Bumi

Gempa bumi merupakan satu fenomena bencana alam akibat daripada


pergerakan tektonik di dalam bumi, selain daripada runtuhan gua dalam bumi,
impak daripada meteorit dan letusan gunung berapi[12]. Pergerakan gelombang
gegaran itu akan bermula di pusat gegaran dan seterusnya merebak sehingga
berpuluh-puluh batu. Struktur akan dikenakan beban secara dinamik dan jika ia
tidak direka bentuk dengan baik, kerosakan mahupun runtuhan tidak dapat
dielakkan[13]. Di antara mekanisme kerosakan akibat daripada gempa bumi adalah
seperti berikut:

1. Daya dalaman yang terhasil daripada gegaran pada struktur


2. Kegagalan Tanah (mendapan, tanah runtuh, dan pencairan)
3. Tsunami
4. Fault rupture

Untuk mengurangkan kerosakan bangunan akibat daripada kesan gempa


bumi, Earth Quake Design Of Building dengan menggunakan Uniform Building
Code telah diperkenalkan seawal tahun 1927 berikutan kejadian gempa bumi yang
berlaku di Chile. Kod itu kemudiannya diubahsuai berikutan kajian-kajian yang
telah dilakukan oleh penyelidik.

Kejadian gempa bumi yang berlaku di bahagian Sumatera, Indonesia pada


26 Disember 2004 dan diikuti dengan beberapa gegaran susulan turut dirasai oleh
Malaysia. Beberapa negeri di semenanjung Malaysia merasai gegaran kesan
daripada gempa bumi tersebut. Beberapa struktur dilaporkan mengalami kerosakan
yang kecil.
24
xxxvii

2.4.5.4 Kesan Kebakaran

Berbanding dengan struktur keluli, struktur konkrit mempunyai ciri-ciri


rintangan kebakaran yang baik dan sering kali digunakan untuk melindungi keluli
daripada kesan kebakaran[4]. Konkrit mempunyai kadar pengaliran haba yang
rendah dan haba pendam tentu yang tinggi berbanding dengan logam.

Walau bagaimanapun, konkrit akan mengalami kerosakan jika terdedah


kepada suhu yang tinggi dan akan mengalami kehilangan kekuatan dan
keretakan[14]. Kelebihan konkrit apabila terdedah kepada kebakaran ialah:

1. Kadar keberaliran haba yang rendah


2. Dapat menyimpan kekuatan jika pendedahan tidak terlalu lama
3. Tidak menghasilkan asap/sisa bertoksik diakhir pembakaran

Kehilangan kekuatan pada suhu yang tinggi adalah lebih besar bagi konkrit
tepu daripada konkrit kering, dan kandungan lembapan. Kekuatan konkrit terawet
pukal selepas berumur 14 tidak dipengaruhi oleh suhu dalam lingkurangan 21
hingga 96oC. Konkrit yang diperbuat daripada batu kapur atau batu baur siliceous
menunjukkan perubahan warna berdasarkan tahap pembakaran[4]. Rujuk Rajah 2.7.
Perubahan warna ini dapat memberi petunjuk bagi mengetahui kerosakan yang
diakibatkan oleh kebakaran. Konkrit yang melepasi peringkat warna merah jambu
berkemungkinan sudah mengalami kerosakan yang teruk.
xxxviii
25

Rajah 2.4: Kesan daripada haba ke atas kekuatan dan modulus konkrit[4].

2.4 Faktor Kemerosotan Konkrit

Konkrit adalah semula jadinya sebagai bahan yang tahan lasak. Jika ia
direka bentuk dengan baik untuk menangani sesuatu keadaan persekitaran, dan
dihasilkan dengan mengawal kualitinya, konkrit dapat bebas daripada
pembaikpulihan untuk satu jangka masa yang amat panjang[15]. Konkrit walau
bagaimanapun boleh terdedah kepada bahaya dalam persekitaran yang berlainan
melainkan langkah berjaga-jaga diambil. Kerosakan konkrit boleh disebabkan oleh
salah satu daripada tiga komponen major iaitu simen, batu baur dan tetulang keluli
dan boleh juga diakibatkan oleh tindakan fizikal atau tindakan kimia[4].

Ketahanlasakan konkrit boleh di istilahkan sebagai kemampuan konkrit


untuk mengekalkan tahap kebolehkhidmatannya semasa tempoh hayatnya[2]. Untuk
mencapai ketahanlasakan konkrit yang baik, perkara berikut perlulah diambil
kira[2]:
xxxix
26

1. Kadar nisbah air-simen


2. Ketebalan penutup konkrit
3. Pengawetan
4. Pengehadan ion klorida

Penyerapan bahan-bahan larutan ke dalam konkrit akan mengurangi


ketahanlasakan konkrit tersebut. Penyerapan ini bergantung kepada kebolehtelapan
konkrit tersebut. Dalam konkrit bertetulang, kemasukan kelembapan dan udara akan
menyebabkan berlakunya pengaratan pada tetulang keluli[16].

2.5.1 Tindakan Kimia

2.5.1.1 Serangan Sulfat

Secara semula jadinya, kehadiran sulfat daripada sodium, potasium, kalsium


atau magnesium boleh menyerang konkrit[15]. Sulfat lazimnya hadir dalam air
bawah tanah terutamanya apabila nisbah tanah liat yang tinggi wujud di dalam
tanah. Air laut pula mengandungi kandungan sulfat yang tinggi manakala air hujan
yang berkemungkinan mengandungi sulfat adalah berpunca daripada pencemaran
udara.

Sulfat bertindak pada simen yang sudah mengeras dalam dua cara dan
menghasilkan kerosakan pada konkrit[17]. Tindak balas asas ialah di antara ion
sulfat dan tri-kalsium alumina (C3A) di dalam simen dan membentuk dua komponen
kalsium sulphoaluminat (ettringite atau monosulfat). Kedua-dua hasil tindak balas
27
xl

ini akan menyebabkan pengembangan (4 kali ganda dan 2 kali ganda masing-
masing) dan menyebabkan kemusnahan yang teruk pada konkrit.

Seterusnya ion sulfat bertindak balas dengan kalsium hydroxide untuk


membentuk kalsium sulfat. Tindak balas ini menyebabkan pengembangan (2 kali
ganda) dan menyebabkan kemusnahan pada konkrit. Rujuk Rajah 2.3. Magnesium
sulfat memberikan kesan yang teruk, sodium dan potasium kurang memberikan
kesan dan kalsium sulfat pula langsung tidak terlibat dalam tindak balas ini.

Ion sulfat + Matrik simen + Ettringite

Ettringite akan mengembang dan


menyebabkan kerosakan pada konkrit

Rajah 2.5: Mekanisma kerosakan yang disebabkan oleh serangan sulfat.

Konkrit yang telah diserang oleh sulfat kelihatan keputihan pada


permukaannya. Rujuk Gambar 2.5. Kerosakan lazimnya bermula pada hujung dan
bucu dan diikuti oleh keretakan yang berpanjangan yang mana memudahkan
penyusupan selanjutnya dan merosakkan konkrit. Serangan sulfat dari air laut akan
menyebabkan penguraian konkrit berlaku dan memudahkan ion klorida menyusupi
masuk kedalam konkrit dan menyebabkan pengaratan tetulang keluli. Rujuk
Gambar 2.6.

Untuk mengatasi masalah serangan sulfat pada konkrit, simen yang rendah
tri-kalsium aluminat (C3A) digunakan. Perkara penting yang perlu diperhatikan
adalah dalam sesetengah kes, ketumpatan dan kebolehtelapan konkrit boleh
xli
28

mempengaruhi ketahanlasakan konkrit tersebut ke tahap yang boleh mengatasi


pengaruh daripada jenis simen yang digunakan.

Gambar 2.5: Serangan sulfat pada tembok penahan.

Gambar 2.6: Serangan sulfat pada tiang struktur marin


xlii
29

2.5.1.2 Serangan Asid

Tiada portland simen yang dapat menentang serangan asid. Asid menyerang
konkrit dengan mengubah komponen kalsium pada simen kepada komponen garam.
Serangan asid terjadi apabila pH asid tersebut kurang daripada 6.5. Serangan yang
lebih teruk terjadi apabila pH asid kurang daripada 4.5.

Secara amnya jarang didapati kehadiran asid pada air bawah tanah. Air yang
berasid mungkin hadir di kawasan tapak pelupusan sampah atau kawasan
perlombongan. Keadaan sangat berasid mungkin wujud pada kawasan pembuangan
industri dan pertanian. Kawasan pembetungan mungkin juga berada di bawah
keadaan berasid.

Kerosakan pada konkrit oleh asid disebabkan oleh hasil daripada tindak
balas asid dan kalsium hydroxide pada simen. Kadar kerosakan asid ditentukan
sebahagiannya oleh keagresifan asid, tetapi yang paling penting adalah berdasarkan
keterlarutan garam kalsium hasil daripada tindak balas. Asid sulfurik dan asid
karbonik adalah jenis yang lazim ditemui pada air bawah tanah. Ion sulfat boleh
terlibat di dalam serangan sulfat dan asid karbonik boleh menjadi sangat menghakis
disebabkan oleh formasi kalsium bikarbonat.

Dalam keadaan lembap, SO2, CO2 dan wasap asid lain yang terdapat dalam
atmosfera menyerang konkrit menerusi pelarutan dan penyingkiran sebahagian
daripada simen terset, akhirnya meniggalkan jisim yang lembut dan
bercendawan[16]. Serangan jenis ini terjadi dalam cerobong dan terowong jalan
keretapi stim.

Pada keadaan pendedahan yang sangat teruk kepada asid, seperti sesetengah
keadaan bawah tanah di mana nilai pH kurang daripada 3.5 dan di mana terdapat
30
xliii

pergerakan air, lapisan perlindungan kepada konkrit mestilah disediakan. Pada


keadaan yang lebih baik, alternatif berikut boleh diambil kira:

1. Menambahkan kandungan simen


2. Menambah ketebalan konkrit
3. Menggunakan bahan gantian simen seperti GGBS atau PFA dalam
campuran konkrit

2.5.1.3 Serangan Alkali

Tindak balas Alkali-Silika: Sesetengah jenis batuan mengandungi silika


reaktif yang boleh bertindak balas dengan hydroxide yang berasal dari alkali (Na2O,
K2O) di dalam simen dan mengakibatkan kemusnahan pada konkrit. Tindak balas
bermula apabila mineral siliceous dalam batu baur diserang oleh ion alkali di dalam
simen dan menghasilkan gel alkali-silika. Gel tersebut akan menyerap air dan
mengembang. Ia seterusnya akan mengakibatkan keretakan dan memusnahkan
ikatan pada batu baur dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada konkrit.
Tindak balas ini akan menghasilkan keretakan peta pada keseluruhan permukaan
konkrit dan kerap kali disertai oleh gel. Rujuk Rajah 2.3 dan Gambar 2.6

Rajah 2.6: Rajah mekanisma tindak balas alkali-silika.


31
xliv

Gambar 2.7: Pembentukan keretakan peta pada permukaan konkrit hasil daripada
tindak balas alkali-silika.

Di Malaysia, granite dan batu kapur digunakan secara meluas di dalam


pembinaan dan ia menunjukkan rekod khidmat yang baik[15]. Walau
bagaimanapun, batuan jenis lain seperti andesite, rhyolite dan quartzite didapati
memberikan kesan negatif kepada konkrit. Tindak balas alkali-silika yang pertama
dilaporkan adalah pada bahagian sub-struktur jambatan di Pahang pada 1989.

Tindak balas Alkali-Karbonat: Tindak balas ini berlaku di antara alkali di


dalam simen dan sesetengah batu kapur dolomitik. Kajian mendapati
pengembangan yang diakibatkan oleh tindak balas alkali-karbonat adalah
disebabkan oleh pengambilan air oleh mineral tanah liat yang kering hasil daripada
tindakan dedolomitization[18]. Untuk mengelakkan tindak balas ini daripada
berlaku, penggunaan simen rendah alkali dan bahan ganti simen hendaklah
digunakan yang mana sukar untuk dilakukan di dalam praktis[18]. Walau
bagaimanapun, karbonat reaktif dalam batuan amatlah jarang ditemui.
32
xlv

2.5.1.4 Pengaratan Tetulang Keluli

Masalah pengaratan tetulang keluli merupakan masalah yang utama di dalam


ketahanlasakan konkrit bertetulang. Apabila pengaratan berlaku, karat akan
membentuk formasi dan mengembang dan seterusnya menyebabkan keretakan pada
konkrit. Tetulang keluli di dalam simen dilindungi oleh pengaratan melalui tindakan
kimia pada permukaan tetulang dan perlindungan persekitaran oleh penutup
konkrit[4].

Proses penghidratan simen membentuk alkali dan menyebabkan konkrit


berada dalam keadaan yang sangat beralkali iaitu pH di antara 12.5 hingga 13.5
[15]. Lapisan pasif akan terbentuk pada permukaan tetulang akibat daripada
keadaan yang sangat beralkali ini dan melindungi tetulang daripada berlakunya
pengaratan. Walau bagaimanapun, lapisan pasif ini akan termusnah apabila
berlakunya pengkarbonatan dan dengan kehadiran ion klorida. Dengan kehadiran
oksigen dan air, pengratan tetulang akan berlaku.

Di antara tanda awal pengaratan adalah berlakunya keretakan di sepanjang


tetulang dan ini dipengaruhi oleh nisbah penutup konkrit dan diameter tetulang[19].
Rujuk Gambar 2.10. Struktur akan lebih lasak jika diameter tetulang yang besar
digantikan oleh beberapa tetulang yang lebih kecil dan mempunyai jumlah keluasan
yang sama.
33
xlvi

Gambar 2.8: Pengaratan tetulang keluli pada konkrit

Pengkarbonatan: Proses pengkarbonatan berlaku apabila karbon dioksida


di udara memasuki konkrit dan mengurangkan kealkalian konkrit tersebut. Karbon
dioksida akan bertindak balas dengan kalsium hydroksida yang merupakan
penyumbang utama kepada kealkalian konkrit, dan membentuk asid karbonik[4].

CO2 + Ca(OH)2 CaCO3 + H2O

Apabila pH konkrit menurun kepada 9, lapisan pasif yang melindungi tetulang akan
musnah[17]. Dengan kehadiran air dan oksigen, pengaratan tetulang akan berlaku.
Kadar penyusupan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kelembapan
bandingan atmosfera, ketelapan konkrit dan ketebalan penutup konkrit[15].
Pengaratan seterusnya akan berlaku dan lazimnya proses ini akan memakan masa
bertahun lamanya sebelum keretakan berlaku. Kajian mendapati, konkrit di dalam
bangunan di karbonat tiga kali lebih pantas daripada konkrit di luar bangunan tetapi
proses pengaratan adalah perlahan disebabkan oleh keadaan yang kering[15]. Faktor
yang mempengaruhi pengkarbonatan ialah:
34
xlvii

1. Keadaan dedahan: Proses pengkarbonatan berlaku dengan pantas pada


keadaan kelembapan bandingan di antara 50% sehingga 75%[17].
2. Ketelapan konkrit: Konkrit yang ketelapannya rendah mengurangkan kadar
penyusupan karbon dioksida dan melambatkan ke dalaman proses
pengkarbonatan melawan masa.
3. Bahan ganti simen: PFA dan GGBS mempunyai kealkalian yang lebih
rendah berbanding dengan OPC dan memudahkan berlakunya
pengkarbonatan.

Ion Klorida: Ion klorida boleh memusnahkan lapisan pasif pada tetulang
keluli walaupun pada kealkalian yang tinggi. Ion klorida yang wujud di dalam air
laut dan garam penyahais boleh memasuki konkrit melalui serapan pada kapilari
konkrit. Ion klorida mungkin juga wujud di dalam bahan tambah kimia ataupun air
dan batu baur yang digunakan semasa penghasilan konkrit. Kehadiran ion klorida di
dalam konkrit bertetulang menjadi sangat serius bergantung pada kualiti konkrit dan
pendedahan persekitaran. Kajian yang dilakukan oleh Building Research
Establishment telah mengatakan bahawa pengaratan kurang berlaku pada
kandungan klorida yang kurang daripada 0.4% daripada berat simen dan menjadi
kritikal jika ia melebihi 1%[15]. Beberapa langkah yang dapat diambil bagi
mengatasi masalah ini ialah:

1. Perlindungan permukaan: Perlindungan daripada logam seperti zink


bergalvanis sering digunakan dan didapati berkesan melindungi struktur
konkrit daripada ion klorida[15].
2. Ketelapan konkrit: Penggunaan konkrit yang berkualiti tinggi, berketelapan
rendah dan nisbah air/simen yang rendah dengan kandungan simen yang
tertentu berserta dengan ketebalan penutup konkrit yang mencukupi boleh
memperbaiki masalah ini[4].
3. Jenis simen: Penggunaan Pozzolana Portland cement (PPC) dan Portland
slag cement (PSC) didapati dapat memberikan kesan yang positif berbanding
dengan penggunaan Ordinary Portland cement (OPC). Ini adalah kerana ia
35
xlviii

mengurangkan ketelapan konkrit, menambahkan serakan liang dan


mengurangkan liang rerambut berbanding dengan OPC[20].

Bagi mengurangkan masalah ini, JKR telah menyediakan spesifikasi piawai seperti
dalam Jadual 2.1[15]:

Jadual 2.2: Had kandungan klorida di dalam jenis konkrit


Jenis Konkrit Jumlah Klorida
Maksimum (%)
Konkrit yang mengandungi tetulang keluli tertanam dan dibuat 0.4
menggunakan simen yang memenuhi MS 522, BS 1370 atau
gabungan dengan bahan tambahan lain (pfa atau ggbs)
Konkrit yang mengandungi tetulang keluli tertanam dan dibuat 0.2
menggunakan simen yang memenuhi BS 4027
Konkrit pra-tegasan dan konkrit heat-cured yang mengandungi 0.1
tetulang keluli.
Konkrit bukan struktur. Tiada Had

2.5.2 Tindakan Fizikal

Lelasan: Lapisan simen tidak mempunyai rintangan terhadap lelasan yang


baik, dan mutu dan prestasi konkrit banyak bergantung kepada kekuatan batu baur
yang digunakan. Batu baur seperti emery atau iron shot digunakan dalam konkrit
penutup untuk memberikan rintangan lelasan sebagai lantai di kawasan
perindustrian[4]. Konkrit berkekuatan tinggi dengan nisbah air/simen yang rendah
kurang bergantung kepada jenis batu baur, dan penggunaan nisbah air/simen yang
rendah memberikan konkrit yang padat dan kuat untuk menentang lelasan[21].
Bahan kimia yang sesuai boleh digunakan untuk menyediakan lapisan tambahan
36
xlix

bagi melindungi konkrit. Ia dilakukan dengan menyembur lapisan permukaan yang


mana ia akan bertindak balas dengan permukaan konkrit yang sudah mengeras.
Kebanyakan bahan kimia tersebut adalah berasaskan sodium silika yang akan
bertindak dengan kalsium hydroxide dan menghasilkan C-S-H atau bertindak balas
dengan fluorosilicates larut untuk membentuk calcium fluorosilicate tidak larut[4].

Hakisan: Hakisan pada konkrit berlaku akibat daripada lelasan air dan
bahan terampai. Hakisan adalah kes istimewa di dalam lelasan dan berlaku pada
terusan, paip dan pelimpah. Ia bergantung kepada kuantiti dan ciri-ciri pepejal
terampai. Hakisan oleh air yang bebas daripada endapan tidak memberikan kesan
yang mendalam kecuali jika serangan kimia berlaku. Rintangan terhadap hakisan
ditentukan oleh kekuatan mampatan konkrit[4]. Penggunaan batu baur bersaiz besar
dilihat dapat memberikan kelebihan. Masalah hakisan hanya berlaku pada
permukaan konkrit sahaja. Oleh yang demikian, perhatian yang serius perlu
diberikan semasa kerja konkrit agar konkrit yang berkualiti tinggi dapat dihasilkan.

Peronggaan (Cavitation): Kerosakan yang diakibatkan oleh peronggaan


memberikan kesan yang lebih teruk berbanding dengan kesan hakisan. Malahan
konkrit yang berkualiti tinggi juga berkemungkinan mengalami serangan yang
teruk. Peronggaan berlaku apabila air yang berkelajuan tinggi secara tiba-tiba
bertukar haluan atau halaju. Ini menyebabkan zon bertekanan rendah wujud pada
permukaan selepas perubahan tersebut. Penurunan tekanan ini memberikan kesan
yang sangat besar sehinggakan mampu untuk merosakkan logam. Jelasnya konkrit
akan mengalami kerosakan yang teruk dan cara yang terbaik menghindari
peronggaan ialah dengan mengelakkannya daripada terjadi melalui reka bentuk.
Peronggaan walau bagaimanapun tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Penggunaan
bahan yang berkualiti tinggi dapat mengurangkan kesan kerosakan. Penggunaan
konkrit berkekuatan tinggi dengan nisbah air/simen yang rendah dan penggunaan
saiz batu baur yang kecil dapat memberikan rintangan yang baik kepada
peronggaan[4].
l
37

Pembekuan dan Pencairan: Konkrit merupakan bahan yang berliang-liang


dan mengandungi lembapan. Ia mudah mengalami kerosakan akibat daripada
kitaran pembekuan dan pencairan[4]. Apabila konkrit terdedah kepada fenomena
ini, simen dan batu baur kedua-duanya akan mengalami kerosakan di dalam
keadaan yang berlainan. Air di dalam simen berada dalam bentuk alkali lemah.
Apabila pembekuan berlaku, ais terbentuk pada liang rerambut dan pertambahan isi
padu sebanyak 9% berlaku[2]. Pertambahan isi padu ini akan mengakibatkan
konkrit terpaksa menanggung tegasan yang lebih dan jika proses ini berlaku
berulangan, keretakan mungkin boleh berlaku. Lompang di dalam batu baur
kebiasaannya lebih besar daripada simen. Batu baur seperti granit, basalt dan
quartzite didapati mempunyai rintangan yang baik ke atas kesan pembekuan dan
pencairan ini[2].

2.5.3 Tindakan Biologi

Pertumbuhan pada konkrit boleh menyebabkan kerosakan secara mekanikal.


Tindakan biologi ini disebabkan apabila lumut, alga dan akar tumbuhan memasuki
konkrit melalui keretakan dan titik lemah dan mengakibatkan pertambahan daya dan
menyebabkan pembesaran keretakan (Rujuk Gambar 2.7). Pertumbuhan tumbuhan
mikro berkemungkinan membawa kepada serangan kimia apabila asid humik
terbentuk dan menghakis simen.
38
li

Gambar 2.9: Serangan biologi (alga) pada konkrit


lii

BAB III

METODOLOGI

3.1 Mengenal Pasti Masalah

Sebelum sesuatu kajian dijalankan, adalah penting bagi mengenal pasti


masalah terlebih dahulu. Daripada masalah yang berbangkit, objektif dapat
ditentukan dan kajian akan dilaksanakan berlandaskan kepada objektif tersebut.
Skop kajian yang telah ditentukan akan dipenuhi agar ia memenuhi spesifikasi bagi
projek sarjana.

3.2 Pengumpulan Data.

Pengumpulan data telah dilakukan dengan mendapatkan kerjasama daripada


beberapa agensi dan pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan. Pihak-pihak
tersebut adalah seperti berikut:
1. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), unit Kejuruteraan Forensik.
2. Pusat Penyelidikan IKRAM
40
liii

3. Pihak Berkuasa Tempatan


4. Perlabuhan dan bangunan tepi pantai
5. Kementerian Pertanian dan Perikanan

Data yang diambil mengandungi jenis kerosakan yang berlaku ke atas struktur
konkrit berserta dengan lokasi dan tarikh kerosakan itu dilaporkan. Selain daripada
itu, beberapa rekod lain juga diambil seperti tahun pembinaan, gred konkrit yang
digunakan, dan foto kerosakan struktur tersebut. Segala data yang diperoleh
merupakan rekod sebenar kerosakan bangunan yang berlaku di Malaysia.

3.3 Penganalisisan Data

Data-data mentah yang diperoleh dianalisis mengikut kepada jenis


kerosakan. Selain daripada itu, lokasi struktur dibina dikenal pasti dan pembahagian
akan dibuat mengikut negeri. Hayat bangunan, tarikh dan jenis pembaikan
kerosakan yang dilaporkan telah dianalisis untuk melihat senario masalah
kerosakan yang berlaku di Malaysia. Hasil keputusan dikeluarkan sama ada dalam
bentuk carta pai, graf ataupun jadual.

3.4 Penyediaan Laporan

Dalam peringkat ini, penulisan laporan dilakukan berdasarkan analisis yang


telah dilakukan. Laporan akan disediakan mengikut susunan bab yang tertentu.
Laporan disediakan mengikut format yang telah ditetapkan bagi memenuhi kriteria
laporan projek sarjana.
41
liv

3.5 Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan analisis yang dilakukan, beberapa kesimpulan diambil


berlandaskan objektif yang telah dikenal pasti pada peringkat awal. Seterusnya,
cadangan akan diutarakan dengan tujuan untuk memperbaiki masalah kerosakan
struktur di Malaysia.

Mengenal Pasti Masalah

Pengumpulan Data

Penganalisisan Data

Penyediaan Laporan

Kesimpulan dan Cadangan

Rajah 3.1 : Carta alir perancangan perjalanan Projek Sarjana


lv

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Data-data utama diperolehi daripada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia


(JKR), unit Kejuruteraan Forensik. Rekod-rekod yang diperolehi adalah laporan
kerosakan struktur bagi tahun 2004 dan 2005. Selain daripada itu, kes kerosakan
struktur diperolehi daripada beberapa agensi seperti yang telah dinyatakan di dalam
bab 3. Terdapat sebanyak 149 kerosakan telah dilaporkan diseluruh Malaysia
sepanjang tahun 2004 dan 2005. Walau bagaimanapun, hanya 90 sahaja daripada
rekod tersebut telah digunakan untuk dianalisis oleh penulis. Ini kerana rekod-rekod
yang selebihnya dikategorikan sebagai data yang tidak lengkap kerana terdapat
laporan penyiasatan yang hilang atau sulit dan ada juga yang masih di dalam proses
penyiasatan.

Data-data yang diperolehi ini hanya mewakili sebilangan kecil sahaja


kerosakan yang berlaku dan tidak menggambarkan situasi sebenar kerosakan
struktur yang berlaku di Malaysia kerana kemungkinan terdapat kerosakan yang
tidak dilaporkan. Selain daripada itu, terdapat juga kemungkinan bahawa kerosakan
tersebut lambat dilaporkan daripada tarikh sebenar ia dikesan.
lvi
43

Secara amnya, data-data yang diperolehi telah dibahagikan kepada dua iaitu,
faktor-faktor kerosakan struktur konkrit dan faktor-faktor kemerosotan konkrit.
Pembahagian ini dibuat bagi melihat secara am jenis-jenis kerosakan dan faktor
kemerosotan struktur konkrit yang berlaku di Malaysia.

4.2 Analisa faktor-faktor kerosakan struktur konkrit di Malaysia

Kerosakan-kerosakan struktur yang berlaku boleh dikategorikan berdasarkan


mekanisma kegagalan yang berlaku. Secara amnya, kerosakan yang sering dilihat
berlaku pada struktur konkrit adalah seperti berikut:

1. Keretakan
2. Kegagalan pada sambungan
3. Kebocoran
4. Pengaratan tetulang keluli
5. Mendapan
6. Honeycombed
7. Peluruhan konkrit

Berpandukan jenis kerosakan yang dilaporkan, penyiasatan telah dilakukan oleh


pihak Jabatan Kerja Raya unit Kejuruteraan Forensik untuk mengenalpasti punca
kerosakan yang berlaku sebelum kerja-kerja pembaik pulihan dilakukan.
Berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan, faktor-faktor utama kerosakan
struktur konkrit secara keseluruhannya boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu:

1. Kesilapan rekabentuk
2. Masalah bahan bina
3. Masalah geoteknik
4. Kesilapan semasa pembinaan
5. Masalah yang tidak dapat diramalkan.
lvii
44

Kerosakan-kerosakan yang berlaku telah dikategorikan mengikut tahun


pembinaan dan negeri. Pengkategorian ini dilakukan bagi melihat masalah yang
berlaku di Malaysia berlandaskan usia struktur tersebut dan lokasinya. Jadual 4.1 di
bawah menunjukkan bilangan kes kerosakan struktur yang telah dilaporkan
sepanjang tahun 2004 dan 2005 dan telah dikategorikan mengikut tahun
pembinaannya dengan jarak 10 tahun.

Jadual 4.1: Bilangan kes kerosakan struktur mengikut tahun pembinaan

Tahun Pembinaan
Jenis Kerosakan 1956- 1966- 1976- 1986- 1996- Jumlah
<1955 1965 1975 1985 1995 2005
Kesilapan
1 0 1 1 3 5 11
Rekabentuk
Masalah Bahan
2 4 6 15 8 0 35
Binaan
Masalah Geoteknik 0 1 0 4 8 4 17
Kesilapan semasa
4 1 1 0 3 6 15
pembinaan
Masalah yang tidak
3 1 2 2 4 0 12
dapat diramalkan
90

16

14

Kesilapan Rekabentuk
Bilangan kes kerosakan

12

Masalah Bahan Binaan


10
Masalah Geoteknik
8
Kesilapan semasa
6 pembinaan
Masalah yang tidak
4 dapat diramalkan

0
< 1955 1956- 1966- 1976- 1986- 1996-
1965 1975 1985 1995 2005
Tahun pembinaan

Rajah 4.1: Bilangan kes kerosakan struktur mengikut tahun pembinaan


45
lviii

Rajah 4.1 merupakan carta bar yang diperolehi daripada jadual 4.1 iaitu
bilangan kes kerosakan yang dilaporkan mengikut jenis kerosakan berdasarkan
tahun pembinaan struktur tersebut. Pembahagian tahun pembinaan dilakukan
dengan memberikan usia kepada struktur bermula seawal usia 10 tahun. Pada paksi-
y pula menunjukkan bilangan kes kerosakan yang dilaporkan dan telah dikenal pasti
punca kerosakannya.

Berpandukan carta bar di atas, ia jelas menunjukkan masalah rekabentuk dan


masalah kesilapan semasa pembinaan kerap terjadi pada struktur berusia 10 tahun
ke bawah. Manakala bagi kes kerosakan berpunca daripada masalah bahan bina, ia
mula menunjukkan kesan selepas 20-30 tahun pembinaannya. Masalah geoteknik
muncul secara agak purata bagi keseluruhan usia struktur. Manakala bagi masalah
yang tidak dapat diramalkan seperti kebakaran dan gegaran daripada gempa bumi,
kerosakan yang berlaku tidak dipengaruhi oleh usia struktur, tetapi lebih kepada
tahap dan kekerapan berlakunya kejadian tersebut.

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan bilangan kes kerosakan struktur yang


telah dilaporkan sepanjang tahun 2004 dan 2005 dan telah dikategorikan mengikut
lokasi negeri kedudukan struktur tersebut. Pengklasifikasian ini dibuat bagi melihat
taburan kerosakan yang dilaporkan bagi setiap negeri di Malaysia.
Negeri
Jenis
Jumlah
Kerosakan Negeri Wilayah Pulau
Johor Pahang Melaka Selangor Perak Kedah Perlis Kelantan Terengganu Sabah Serawak
Sembilan Persekutuan Pinang

Kesilapan reka 2 1 0 1 0 4 0 0 1 0 1 0 1 0 11
bentuk

Masalah bahan 10 4 0 4 2 3 1 1 5 0 0 2 2 1 35
binaan

Masalah 3 2 0 1 3 5 1 0 1 0 0 0 1 0 17
geoteknik
Kesilapan
semasa 6 0 0 1 0 5 0 1 1 0 0 1 0 0 15
pembinaan

Masalah yang
tidak dapat 3 1 1 1 1 1 1 1 2 0 0 0 0 0 12
diramalkan

90

Jadual 4.2: Bilangan kes kerosakan struktur mengikut negeri


46
lix
47
lx

Jadual 4.2 diatas dapat menunjukkan dengan jelas bilangan kes kerosakan
struktur yang telah dilaporkan bagi setiap negeri. Negeri Johor melaporkan bilangan
kerosakan yang paling banyak dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang
dan seterusnya bagi negeri-negeri lain.

Bilangan kes yang dilaporkan ini berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor


pembangunan setempat dan tahap kesedaran pemilik terhadap kerosakan yang
berlaku. Selain daripada itu, faktor geografi turut memainkan peranan
mempengaruhi tahap kerosakan berpunca daripada bahan binaan.
Rajah 4.2: Bilangan kes kerosakan struktur mengikut negeri
48
lxi
lxii
49

Jadual 4.3: Peratusan masalah kerosakan struktur di Malaysia


Jenis Kerosakan Bilangan Peratus (%)
Kesilapan Rekabentuk 11 12
Masalah Bahan Binaan 35 39
Masalah Geoteknik 17 19
Kesilapan semasa pembinaan 15 17
Masalah yang tidak dapat diramalkan 12 13
Jumlah 90 100

13% 12%

Kesilapan Rekabentuk

Masalah Bahan Binaan


17% Masalah Geoteknik

Kesilapan semasa pembinaan

Masalah yang tidak dapat


diramalkan
39%

19%

Rajah 4.3: Peratusan masalah kerosakan struktur di Malaysia

Jadual 4.3 mempersembahkan jumlah kes kerosakan yang telah dilaporkan


pada tahun 2004 dan 2005 beserta peratusannya. Jumlah sebenar kerosakan
mungkin melebihi daripada nilai yang telah dinyatakan seperti di atas. Walau
bagaimanapun berdasarkan maklumat yang sedia ada, nilai peratusan kerosakan
boleh diambil bagi tujuan perbandingan.

Rajah 4.3 di atas menunjukkan peratusan kerosakan struktur yang telah


berlaku di Malaysia. Masalah bahan bina merupakan masalah major dengan 39%
mendominan punca kerosakan struktur konkrit di Malaysia. Ia dikuti oleh masalah
50
lxiii

geoteknik (19%), kesilapan semasa pembinaan (17%), masalah yang tidak dapat
diramalkan (13%) dan kesilapan rekabentuk (12%).

4.3 Analisa faktor-faktor kemerosotan konkrit di Malaysia

Kemerosotan konkrit berlaku disebabkan kurangnya pemahaman terhadap


kelakuan dan sifat konkrit tersebut. Jika penelitian yang lebih diberikan semasa
proses mereka bentuk campuran bagi sesuatu keadaan persekitaran, konkrit dapat
bertahan lama tanpa memerlukan sebarang kerja pembaik pulihan. Kemerosotan
konkrit boleh berlaku selepas beberapa tahun pembinaannya. Faktor alam sekitar
memainkan peranan yang penting yang mempengaruhi kemerosotan sesuatu
struktur konkrit.

Berdasarkan rekod yang telah diperolehi, faktor-faktor kemerosotan konkrit


telah dikategorikan mengikut kepada jenis serangan atau tindak balas kimia yang
berlaku ke atasnya iaitu:

1. Serangan sulfat
2. Serangan asid
3. Serangan Alkali
4. Tindak balas ion klorida
5. Pengkarbonatan.
lxiv
51

Jadual 4.4: Bilangan kes terhadap jenis serangan mengikut tahun pembinaan
Tahun pembinaan
1956- 1966- 1976- 1986- 1996-
Jenis serangan <1955 1965 1975 1985 1995 2005 Jumlah
Serangan Sulfat 0 0 0 0 1 0 1
Serangan Asid 0 0 0 0 0 0 0
Serangan Alkali 0 0 0 1 0 0 1
Serangan ion klorida 0 0 0 1 2 0 3
Pengkarbonatan 2 4 6 13 5 0 30
35

14

12
Bilangan kes kerosakan

10

8
Serangan Sulfat
Serangan Asid
6 Serangan Alkali
Serangan ion klorida
Pengkarbonatan
4

0
< 1955 1956-1965 1966-1975 1976-1985 1986-1995 1996-2005
Tahun pembinaan

Rajah 4.4: Bilangan kes terhadap jenis serangan mengikut tahun pembinaan

Berdasarkan rajah 4.4 di atas, masalah kemerosotan bahan didapati hanya


berlaku pada struktur yang berusia 10 tahun ke atas sahaja. Proses pengkarbonatan
didapati merupakan masalah yang paling kritikal dan akan menyerang pada struktur
konkrit bermula pada usia lingkungan 10 tahun dan ke atas. Rekod yang tertinggi
adalah sebanyak 13 kes bagi struktur yang berusia dalam lingkungan 30 tahun.
Kadar proses pengkarbonatan konkrit di Malaysia secara amnya adalah sebanyak
1mm/tahun, dan ini menyebabkan proses pengkarbonatan memakan masa yang agak
lama sebelum ia sampai ke kedudukan tetulang. Oleh yang demikian, ketebalan
penutup konkrit memainkan peranan yang penting di dalam menentukan kadar
52
lxv

serangan proses pengkarbonatan bagi sesuatu struktur. Selain daripada itu, di


Malaysia, corak pembangunan bercampur diamalkan di mana kawasan kediaman
terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian. Pencemaran udara daripada
sektor perindustrian akan menyebabkan kandungan karbon dioksida di dalam udara
meningkat dan seterusnya menggalakkan lagi kadar serangan pengkarbonatan pada
struktur konkrit. Bagi jenis serangan lain, ia hanya melibatkan bilangan yang kecil
sahaja jika mahu dibandingkan dengan proses pengkarbonatan.

Jadual 4.5: Peratusan punca kemerosotan konkrit di Malaysia


Jenis serangan Bilangan Peratus (%)
Serangan Sulfat 1 3
Serangan Asid 0 0
Serangan Alkali 1 3
Serangan ion klorida 3 9
Pengkarbonatan 30 85
Jumlah 35 100

3% 3%
9%

Serangan Sulfat

Serangan Alkali

Serangan ion klorida

Pengkarbonatan

85%

Rajah 4.5: Peratusan punca kemerosotan konkrit di Malaysia

Jadual 4.4 mempersembahkan jumlah kes kemerosotan struktur yang


telah dilaporkan pada tahun 2004 dan 2005 berserta peratusannya. Rajah 4.3 di atas
dapat menunjukkan dengan jelas peratusan bagi punca kemerosotan konkrit yang
berlaku di Malaysia. Masalah pengkarbonatan konkrit mewakili peratusan yang
terbesar sekali dengan 85% dan diikuti oleh serangan ion klorida 9%, dan serangan
sulfat dan serangan alkali masing-masing dengan 3%.
lxvi

BAB V

PERBINCANGAN KEPUTUSAN

5.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, perbincangan daripada bab 4 akan dilakukan dengan lebih
terperinci. Perbincangan akan lebih menumpukan kepada faktor-faktor kerosakan
dan kemerosotan struktur konkrit di Malaysia.

5.2 Faktor Kerosakan Struktur Konkrit.

Faktor-faktor kerosakan struktur konkrit boleh dikategorikan kepada 5 jenis


mengikut kepada analisis yang telah dijalankan sebelum ini iaitu:

1. Kesilapan reka bentuk


2. Masalah bahan bina
3. Masalah geoteknik
4. Kesilapan semasa pembinaan
lxvii
54

5. Masalah yang tidak dapat diramalkan

5.2.1 Kesilapan Reka Bentuk

Mengesan sebarang kesilapan dalam proses mereka bentuk bagi sesuatu


struktur boleh dilakukan dengan menyemak segala maklumat rekabentuk dan ia
boleh diperolehi daripada dokumen kontrak. Oleh yang demikian sebarang
kesilapan daripada pereka bentuk boleh dikesan dengan mudah. Akan tetapi,
muncul masalah apabila segala perincian reka bentuk tidak dapat diperolehi akibat
daripada kegagalan untuk mengesannya yang lazimnya melibatkan struktur
bangunan lama.

Daripada siri kerosakan yang telah direkodkan, kebanyakan struktur


bangunan yang berusia lingkungan 10 tahun mengalami kerosakan akibat daripada
kesilapan reka bentuk berbanding dengan kerosakan jenis lain. Kesilapan mungkin
berlaku bermula semasa membuat anggapan nilai beban sehingga kepada penelitian
yang kurang semasa membuat perincian, kurangnya perhatian pada sambungan di
antara dua anggota, kedudukan dan saiz tetulang yang tidak betul dan tidak
mempertimbangkan tegasan sekunder semasa mereka bentuk[1].

Berdasarkan laporan yang diperolehi, di antara jenis kerosakan yang sering


kali dilihat pada struktur bangunan akibat daripada kesilapan rekabentuk adalah
seperti berikut:

1. Keretakan pada sambungan di antara tiang dan rasuk


2. Keretakan melintang dan menjajar pada rasuk dan tiang
3. Kebocoran pada lantai akibat daripada keretakan pada papak tingkat atas
55
lxviii

4. Keretakan pada lantai akibat daripada punching shear di antara tiang dan
papak.

Bagi struktur yang berusia 10 tahun ke atas, kerosakan pada anggota struktur
kebanyakannya di dapati berpunca daripada:

1. Perubahan penggunaan ruang bangunan yang lazimnya dilakukan pada


struktur bangunan lama.
2. Penambahan beban seperti pemasangan tangki air tambahan tanpa
mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkaitan.
3. Kerja-kerja pembaharuan seperti menambah kawasan beranda tingkat atas
tanpa membuat sebarang semakan rekabentuk.

Di dalam sebuah kes kerosakan dan keretakan pada sebuah bangunan 4


tingkat yang terdiri daripada struktur konkrit bertetulang di Kuala Lumpur, beberapa
siri keretakan telah dikesan pada sambungan seperti berikut:

1. Keretakan pada struktur corbel di grid S/11 di tingkat tiga (rujuk Gambar 5.1
dan Gambar 5.2). Keretakan ini berlaku disebabkan oleh :
i. Binaan corbel di tapak didapati tidak mengikut perincian lukisan
struktur perunding. Didapati Lasto block bearings tidak dipasang
pada struktur corbel tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam rajah.
ii. Melalui semakan rekabentuk yang dijalankan, didapati tetulang
tegangan struktur corbel mengalami overstressing dan seterusnya
menyebabkan kegagalan struktur corbel.
2. Keretakan lepaan di lokasi sambungan di antara tiang dan dinding bata
(rujuk Gambar 5.3).
3. Keretakan pada rasuk yang bersambung dengan corbel (rujuk Gambar 5.4).
56
lxix

Gambar 5.1: Keretakan dikesan pada sambungan tiang dan rasuk

Gambar 5.2: Keretakan dikesan pada corbel di tingkat tiga


lxx
57

Gambar 5.3: Keretakan lepaan di lokasi sambungan di antara tiang dan dinding bata

Gambar 5.4: Keretakan rasuk yang bersambung dengan korbel


58
lxxi

5.2.2 Masalah Bahan Binaan

Sesetengah pihak berpendapat bahawa bahan itu sendiri tidak akan gagal
tetapi kegagalan itu sebenarnya berpunca daripada manusia. Sememangnya itu
adalah benar dimana kebanyakkan masalah daripada bahan adalah berpunca
daripada kelalaian manuasia memahami sifat kelakuan bahan tersebut. Bahan
buatan seperti konkrit, mortar, bata, keluli dan kaca berkemungkinan mempunyai
kecacatan semasa proses pembuatannya. Konkrit khususnya merupakan bahan yang
sangat sensetif kepada kerosakan kerana ia mengandungi beberapa bahan di dalam
kandungannya. Kegagalan bahan adalah disebabkan sama ada kecuaian semasa
membuat pemilihan bahan ataupun kecuaian semasa proses penyediaan. Sesuatu
bahan tersebut tidak akan gagal, kerana ia hanya mengikut hukum alam dan fizik.

Kegagalan konkrit lazimnya berlaku disebabkan oleh agen reaktif yang


terdapat di dalam bahan itu sendiri dan juga disebabkan oleh agen agresif yang
berpunca daripada alam persekitaran. Pemilihan bahan yang berkualiti dan tepat
bagi sesuatu persekitaran, dapat menjamin tempoh hayat sesuatu struktur agar lebih
bertahan lama.

Masalah bahan bina melibatkan peratusan yang tertinggi sekali dengan 39%
daripada keseluruhan kes yang telah dilaporkan bermula dari tahun 2004 sehingga
tahun 2005. Secara amnya, kegagalan yang berpunca daripada bahan bina akan
mula berlaku selepas 20 tahun pembinaannya. Dalam 10 tahun pertama, tiada
sebarang rekod kerosakan dilaporkan. Angka kerosakan didapati bermula pada
struktur berusia 20 tahun dan seterusnya meningkat pada struktur berusia
menjangkau 30 tahun. Angka kerosakan seterusnya didapati menurun bagi tahun-
tahun seterusnya. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada bahagian
kemerosotan konkrit kerana terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi
serangan dan tindak balas ke atas konkrit.
59
lxxii

5.2.3 Masalah Geoteknik

Masalah geoteknik lazimnya disebabkan oleh mendapan pada lapisan bawah


tanah dan mengakibatkan kerosakan pada struktur rasuk dan tiang. Keretakan yang
jelas boleh kelihatan pada permukaan dinding dan tembok. Kerosakan ini
diakibatkan oleh terdapatnya perbezaan mendapan berpunca daripada perubahan
keadaan subgrade ataupun daripada kesalahan semasa membuat andaian di dalam
proses reka bentuk.

Kerosakan akibat daripada mendapan tanah ini berlaku pada kesemua


peringkat usia struktur. Ini kerana kerosakan ini tidak dipengaruhi oleh keadaan
sesuatu struktur tersebut, tetapi lebih kepada keadaan tanah yang menanggung
beban muktamad. Lazimnya sebarang aktiviti kerja tanah yang tidak dirancang
dengan betul boleh mengakibatkan masalah ini terjadi kepada bangunan
berhampiran.

Di dalam kes yang berlaku di Kuala Lumpur, keretakan telah dikesan pada
sebuah bangunan sekolah yang terdiri daripada struktur konkrit bertetulang
berhampiran Kampung Pandan. Beberapa siri keretakan telah dikesan berlaku pada
blok pentadbiran dan blok kantin sekolah. Sekolah tersebut yang baru beroperasi
pada awal tahun 2003 mengalami masalah keretakan, dan telah dilaporkan seawal
bulan September 2004. Kerja-kerja penyiasatan dilakukan sejurus selepas itu oleh
Jabatan Forensik dan mendapati kerosakan pada bangunan berhampiran adalah
disebabkan oleh mendapan tanah yang berpunca daripada kerja-kerja penggerudian
SMART Tunnel. Keretakan telah dikesan pada lokasi-lokasi berikut:

1. Keretakan sebesar 10mm pada papak dan rasuk koridor (rujuk Gambar 5.5).
2. Keretakan pada tiang blok pentadbiran (rujuk Gambar 5.6 – Gambar 5.8).
3. Keretakan sebesar 50 mm pada dinding bangunan (rujuk Gambar 5.9)
4. Keretakan pada sambungan di antara tiang dan rasuk bumbung blok kantin
(rujuk Gambar 5.10)
60
lxxiii

Gambar 5.5: Keretakan dikesan pada rasuk dan papak koridor.

Lihat Gambar 5.6

Lihat Gambar 5.7

Gambar 5.6: Keretakan pada 2 tiang utama blok pentadbiran.


61
lxxiv

Gambar 5.7: Keretakan pada tiang 1A.

Gambar 5.8: Keretakan pada tiang 1B.


62
lxxv

Gambar 5.9: Keretakan dinding bangunan blok pentadbiran.

Gambar 5.10: Keretakan pada rasuk bumbung blok kantin.


63
lxxvi

5.2.4 Kesilapan Semasa Pembinaan

Sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kegagalan untuk


mengikut prosedur dan amalan praktis yang baik boleh dikategorikan sebagai
kerosakkan yang diakibatkan oleh kesilapan semasa pembinaan. Amalan kerja di
tapak bina merupakan komponen yang penting di dalam menentukan sama ada baik
atau tidak hasil kerja yang diperolehi kelak.

Kerosakkan akibat daripada kesilapan semasa pembinaan melibatkan 17%


daripada kesemua kes yang telah dilaporkan. Sesetengah kes kerosakan dapat
dikesan pada jangka hayat awal struktur dan sebahagiannya pula berlaku setelah
struktur mencapai usia melebihi 10 tahun. Di antara kerosakan yang lazim
dilaporkan adalah:

1. Keretakan plastik pada permukaan disebabkan oleh proses pengawetan yang


tidak mencukupi.
2. Honeycomebed pada konkrit.
3. Keretakan disebabkan mendapan yang berbeza pada lapisan tanah yang
berkemungkinan disebabkan oleh lapisan tanah tidak dipadatkan dengan
baik.
4. Kebocoran pada tingkat atas disebabkan oleh sifat konkrit yang porus.

Kerosakan yang sering kali terdapat di dalam laporan adalah masalah


keretakan permukaan. Kebanyakan kes melaporkan masalah keretakan permukaan
ini berlaku pada permukaan konkrit yang terdedah kepada cuaca seperti papak
koridor dan papak apron pada perimeter bangunan. Keretakan ini adalah berpunca
daripada kehilangan lembapan disebabkan oleh proses pengawetan yang tidak
sempurna.
64
lxxvii

Pengawetan merupakan di antara proses yang terpenting di dalam


penghasilan konkrit untuk tujuan pembinaan. Akan tetapi, ia sering dipandang
ringan oleh pihak kontraktor. Semasa di antara proses penuangan dan mengerasan
konkrit, konkrit basah akan mengalami penjujuhan. Proses penjujuhan adalah
disebabkan oleh pemendapan komponen yang lebih tumpat di dalam konkrit dan
menyebabkan lembapan naik ke permukaan. Proses penguapan air pada konkrit
hendaklah dikawal dengan baik melalui proses pengawetan yang sempurna bagi
mengelakkan tegasan yang tinggi daripada terhasil. Tegasan ini seterusnya akan
menyebabkan keretakan pada permukaan konkrit[4].

Kerosakan yang lain pula adalah masalah honeycombed pada konkrit yang
berpunca daripada amalan kerja yang kurang memuaskan. Dalam keadaan yang
lebih teruk, honeycombed yang terhasil mendedahkan tetulang keluli kepada
persekitaran dan menggalakkan proses pengaratan tetulang keluli. Ini adalah kerana
tiada lapisan pelindung bagi melindungi tetulang keluli tersebut daripada diserang
oleh agen agresif. Pengaratan tetulang keluli akan menyebabkan penambahan
tegasan di dalam konkrit dan mengakibatkan keretakan pada struktur.

Masalah kebocoran adalah di antara masalah yang lazim dilaporkan oleh


pemilik. Di antara penyebab berlakunya masalah ini adalah keadaan konkrit yang
porus kerana proses pemadatan konkrit yang tidak mencukupi dan kegagalan
menyediakan lapisan kalis lembapan dengan baik.

Selain daripada itu, penggunaan tenaga buruh yang tidak mahir mungkin
turut membawa kepada mutu penghasilan yang rendah. Kemasukan pekerja-pekerja
asing dari beberapa negara jiran ke dalam industri pembinaan akan menjimatkan kos
buruh. Akan tetapi, tiada jaminan penghasilan mutu kerja yang baik daripada
mereka. Ini adalah kerana, kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sebarang
kemahiran atau pengalaman berkaitan dengan industri pembinaan. Dan jika
pengawasan tidak diberikan secukupnya, ia akan menghasilkan mutu kerja yang
65
lxxviii

kurang memuaskan. Ini seterusnya akan memberikan kesan negatif kepada industri
pembinaan.

Perbezaan di antara reka bentuk dan perlaksanaan di tapak dapat


dikurangkan melalui pengawasan oleh penyelia semasa kerja dijalankan. Di dalam
proses pemeriksaan oleh penyelia, ia tidak bergantung kepada siapa yang melawat
tapak, atau berapa kali lawatan dibuat, atau berapa lama masa di antara dua lawatan.
Apa yang penting adalah kemampuan penyelia tersebut untuk mengawasi tapak
bina, melihat sebarang kesilapan, melaksanakan pembetulan, dan kemampuannya
untuk mengawasi keseluruhan kerja pembinaan dan jika berlaku sebarang
kecacatan, tindakan akan segera diambil[5].

Sebuah kes kerosakan akibat daripada kesilapan pembinaan telah direkodkan


berlaku pada sebuah bangunan sekolah di Pekan, Pahang. Kerosakan telah dikesan
pada blok B yang telah dibina pada tahun 1983. Bangunan tersebut terdiri daripada
3 tingkat dan telah dibina menggunakan konkrit bertetulang. Melalui pemeriksaan
yang dijalankan ketika lawatan, kerosakan didapati tertumpu pada lokasi-lokasi
seperti berikut:

1. Regangan sebanyak 40mm di antara struktur bangunan dengan struktur


tangga luar (rujuk Gambar 5.11).
2. Keretakan di sebahagian dinding bata koridor tingkat 2 (rujuk Gambar 5.12).
Keretakan ini berpunca dari pengaratan besi tetulang dalam tetopi koridor.
3. Honeycombed pada konkrit di beberapa lokasi pada struktur rasuk (rujuk
Gambar 5.13 dan Gambar 5.14)
66
lxxix

Gambar 5.11: Regangan di antara struktur bangunan utama Blok B dengan


struktur tangga.

Gambar 5.12: Keretakan pada dinding koridor tingkat 2, Blok B.


67
lxxx

Gambar 5.13: Honeycombed pada rasuk konkrit 1.

Gambar 5.14: Honeycombed pada rasuk konkrit 2.


68
lxxxi

5.2.5 Masalah Yang Tidak Dapat Diramalkan

Faktor kerosakan bagi struktur konkrit yang telah dibincangkan sebelum ini
adalah berada dibawah kawalan manusia. Manakala bagi kerosakan yang berlaku
akibat daripada faktor yang tidak dapat dielakkan, telah dikategorikan kepada
masalah yang tidak dapat diramalkan.

Daripada kes-kes yang telah dilaporkan, masalah yang boleh dikategorikan


dalam kategori ini adalah kerosakan akibat daripada kesan kebakaran dan kesan
gegaran gempa bumi. Sebanyak 12 kes yang dilaporkan berlaku sepanjang tahun
2004 dan 2005. Pada tahun 2004, sebanyak 3 kes kebakaran dilaporkan dan pada
tahun 2005, sebanyak 7 kes melibatkan kerosakan akibat daripada kebakaran dan 2
kes kerosakan berpunca daripada gegaran gempa bumi dilaporkan (rujuk Rajah 5.1).

5
Bilangan kes

Kebakaran
3 Gempa bumi

0
2004 2005
Tahun

Rajah 5.1: Bilangan kes kerosakan akibat daripada kebakaran dan gempa bumi
mengikut tahun dilaporkan.
69
lxxxii

Kes kebakaran bangunan direkodkan telah meningkat dari tahun ke tahun.


Bangunan lazimnya direka bentuk untuk membolehkan bangunan tersebut bertahan
sebelum ia runtuh untuk satu jangka masa tertentu bagi membolehkan mangsa
keluar menyelamatkan diri. Lazimnya tempoh masa adalah di antara 1 hingga 3 jam.
Namun demikian, bangunan tersebut tidak dapat lari daripada mengalami kerosakan
akibat daripada pendedahan suhu yang sangat tinggi. Kebakaran boleh menjejaskan
struktur konkrit dengan cara seperti berikut[22]:

1. Penambahan isipadu yang tidak sekata pada kawasan yang terdedah


menyebabkan struktur melentik dan retak.
2. Pengembangan dengan pantas pada permukaan yang terdedah pada haba
yang tinggi menyebabkan kerosakan yang teruk. Sesetengah batu baur akan
mengembang dan meletup. Lembapan di dalam konkrit akan meruap dan
menyebabkan letupan kecil pada serpihan kecil konkrit.
3. Simen mortar akan berubah kepada kapur tohor (quicklime) pada suhu
400oC dan menyebabkan penguraian konkrit.
4. Tetulang keluli akan kehilangan keupayaan tegangan akibat daripada
pertambahan suhu.
5. Kadar pengembangan tetulang keluli yang lebih pantas daripada konkrit
akan menyebabkan kehilangan daya lekatan antara keduanya.

Bagi sesuatu bangunan yang telah terbakar, penyiasatan hendaklah


dijalankan bagi melihat sama ada bangunan tersebut selamat digunakan atau tidak.
Seterusnya jika didapati bangunan tersebut tidak selamat digunakan, kerja-kerja
pemulihan hendaklah dijalankan. Daripada laporan yang telah diperolehi, kesemua
bangunan yang mengalami kebakaran memerlukan kerja pembaikan. Di antara kerja
pembaikan yang lazim dilakukan adalah seperti berikut:

1. Pembaikan penampalan konkrit.


2. Suntikan epoxy
3. Skimcoat
70
lxxxiii

Gempa bumi merupakan di antara bencana alam yang paling menakutkan.


Dengan keupayaan yang terhad untuk menganggar lokasi, masa dan magnitudnya
membuatkan bencana alam ini banyak menyebabkan kerosakan kepada struktur di
seluruh dunia dan ia dikategorikan sebagai kerosakan yang berlaku di luar ramalan
manusia. Dengan pertambahan pengetahuan dan pengalaman daripada kejadian
lepas, kajian telah dibangunkan untuk membolehkan struktur direka bentuk bagi
menangani masalah ini.

Malaysia merupakan negara yang berada di luar kawasan lingkaran gempa


bumi dan gunung berapi. Namun begitu, Malaysia masih mengalami kesan gegaran
gempa bumi yang terjadi di negara jiran. Walaupun dengan magnitud gegaran yang
kecil, terdapat laporan yang menyatakan bahawa ia mampu menjejaskan struktur
konkrit. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kes kerosakan bengunan yang
berlaku akibat daripada kesan gegaran gempa bumi yang berpunca dari negara jiran,
Indonesia. Gempa bumi yang berlaku pada 26 Disember 2004 di Indonesia telah
menyebabkan beberapa negeri di Malaysia mengalami kesan gegaran tersebut. 2
buah kes kerosakan telah dilaporkan melibatkan bangunan di Pulau Pinang dan
Wilayah Persekutuan. Gegaran tersebut telah menyebabkan keretakan dan
memerlukan kerja-kerja pembaik pulihan.

5.3 Faktor Kemerosotan Konkrit.

Kemerosotan konkrit berkemungkinan disebabkan oleh kandungan di dalam


konkrit itu sendiri atau disebabkan faktor pendedahan alam persekitaran.
Kemerosotan konkrit semasa tempoh hayat di dalam setiap kes yang telah
dilaporkan adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

1. Serangan sulfat
2. Serangan Alkali
71
lxxxiv

3. Pengaratan tetulang keluli.

5.3.1 Serangan Sulfat

Bahan kimia agresif seperti sulfat dari sodium, potassium dan magnesium
kadang-kala boleh hadir dalam tanah atau air bawah tanah. Kesemua bahan kimia
ini boleh menyerang kandungan simen dan menghasilkan sebatian yang akan
menambahkan isipadu dan menyebabkan pengembangan di dalam konkrit dan
seterusnya akan menyebabkan berlakunya penguraian konkrit.

Sebuah kes telah dilaporkan berlaku di Selangor pada tahun 2005


melibatkan sebuah sekolah yang berusia 20 tahun. Serangan sulfat berlaku pada
rasuk bumi dan papak lantai bawah dipercayai berpunca daripada tanah di
bawahnya. Kadar serangan sulfat ini bergantung kepada jenis dan kuantiti sulfat,
keadaan air bawah tanah dan kualiti konkrit[23]. Konkrit yang berkualiti rendah
akan diserang dengan lebih teruk berbanding dengan konkrit yang telah dipadatkan
dengan baik dan berketelapan rendah.

Kerosakan daripada serangan sulfat terhadap konkrit boleh dikurangkan


dengan menggunakan simen yang mengandungi kandungan C3A yang rendah
seperti simen penahan sulfat. Rintangan terhadap serangan sulfat yang lebih baik
juga dapat diperoleh dengan penggantian simen dengan bahan pozzolana.
Kebanyakan pozzolana didapati sangat berkesan menjadikan konkrit tahan terhadap
serangan sulfat, terutama sekali jika digunakan bersama-sama simen penahan
sulfat[16].
72
lxxxv

5.3.2 Serangan Alkali

Sesetengah batu baur mengandungi silika reaktif dan dengan kehadiran


lembapan, ia akan bertindak balas dengan simen dan menyebabkan pengembangan
berlaku dan merosakkan konkrit. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas
alkali-agregat ataupun juga dikenali sebagai ‘kanser konkrit’. Di antara faktor yang
mempengaruhi kadar serangan alkali ialah[4]:

1. Sifat semula jadi bagi silika reaktif


2. Kuantiti silica reaktif
3. Saiz zarah bagi bahan reaktif
4. Kadar kandungan alkali di dalam konkrit
5. Kadar kandungan lembapan di dalam konkrit.

Serangan alkali ini telah direkodkan berlaku pada sebuah jambatan di Kuala
Lumpur (rujuk Gambar 5.16). Serangan ini berlaku selepas 30 tahun pembinaannya.
Keretakan peta telah dikesan pada permukaan struktur konkrit dan diikuti dengan
kehadiran gel daripada celahan retakan. Batu baur yang berlainan jenis akan
menyebabkan kadar serangan yang berbeza dan mengambil masa yang lama untk
dikesan.

Sesetengah bahan tambah kimia seperti mono kalsium phosphate, kalsium


nitrat, lithium fluoride, lithium hydroxide, lithium nitrate dan lithium phosphate
apabila ditambahkan dengan nisbah 5% hingga 10% berdasarkan berat air
campuran, ia didapati dapat mengawal tindak balas alkali-silika[2]. Nisbah
campuran yang sesuai telah dibuktikan oleh beberapa kajian sebagai sangat
berkesan. Bahan tambah pozzolana juga didapati dapat mengurangkan dan
mengawal kadar serangan.
73
lxxxvi

Gambar 5.16: Kerosakan pada struktur jambatan konkrit akibat daripada tindak
balas alkali silika.

5.3.3 Pengaratan Tetulang Keluli

Masalah terbesar yang membawa kepada kerosakan struktur konkrit adalah


masalah pengaratan tetulang keluli. Pengaratan tetulang diistilahkan sebagai
kemusnahan pada keluli disebabkan oleh tindak balas kimia atau tindak balas
elektro kimia dengan alam persekitaran. Simen portland biasa menyediakan
perlindungan yang baik ke atas tetulang keluli terhadap serangan pengaratan
disebabkan oleh kandungan alkalinya dan rintangan aliran elektrik yang tinggi.
Kebolehan sesuatu konkrit tersebut melindungi tetulang keluli bergantung kepada
faktor kualiti konkrit, kedalaman penutup konkrit dan mutu kerja semasa pembuatan
konkrit[1].
74
lxxxvii

Di Malaysia, kebanyakan kes kerosakan dilaporkan adalah berpunca


daripada pengaratan tetulang keluli. Keretakan sepanjang kedudukan tetulang
merupakan fenomena yang lazim ditemui dan dikaitkan dengan pengaratan tetulang.
Terdapat dua mekanisma pengaratan iaitu pengaratan disebabkan serangan ion
klorida dan proses pengkarbonatan.

5.3.3.1 Pengaratan Tetulang Disebabkan Serangan Ion Klorida.

Berdasarkan laporan yang telah diterima, sepanjang tahun 2004 dan 2005,
sebanyak 3 kes kerosakan telah dilaporkan. Dua daripada kes telah dilaporkan
berlaku pada jeti disebabkan oleh serangan ion klorida daripada air laut. Ion klorida
yang meresap ke dalam konkrit akan menyerang lapisan pasif yang melindungi
tetulang dan seterusnya menyebabkan pengaratan berlaku. Kedua-dua kes tersebut
berlaku pada struktur yang berusia dalam lingkungan 20 tahun (rujuk Gambar 5.17).

Gambar 5.17: Pengaratan tetulang keluli disebabkan oleh serangan ion klorida.
75
lxxxviii

Manakala bagi kes seterusnya yang telah dilaporkan, berlaku pengaratan


tetulang pada sebuah bangunan di Sabah disebabkan serangan ion klorida. Daripada
siasatan yang telah dijalankan, ion klorida tersebut didapati berpunca daripada pasir
yang digunakan di dalam bancuhan konkrit. Penggunaan pasir pantai boleh
menyebabkan serangan ion klorida jika ujian tidak menjalankan terlebih dahulu.
Kerosakan telah berlaku pada struktur rasuk dan lantai. Dipercayai, tidak kesemua
bahagian struktur dibina menggunakan pasir yang telah tercemar. Ini kerana pada
anggota struktur lain, ia didapati bebas daripada sebarang kandungan ion klorida.

5.3.3.1 Pengaratan Tetulang Disebabkan Proses Prngkarbonatan.

14

12

10
Bilangan kes

0
2005-1996 1995-1986 1985-1976 1975-1966 1965-1956 < 1955

Tahun pembinaan

Rajah 5.2: Bilangan kes pengaratan tetulang disebabkan proses pengkarbonatan


mengikut tahun pembinaan.
76
lxxxix

Rajah 5.18 menunjukkan bilangan kes yag telah dilaporkan sepanjang tahun
2004 hingga 2005 bagi kerosakan pengaratan tetulang keluli yang disebabkan
proses pengkarbonatan. Kes pengaratan didapati hanya bermula selepas 20 tahun
pembinaan. Struktur yang berusia dalam lingkungan 30 tahun mencatatkan kes
kerosakan yang paling tinggi. Ini dengan jelas menunjukkan proses pengkarbonatan
memakan masa yang lama iaitu di antara 20 hingga 30 tahun sebelum pengaratan
tetulang terjadi.

Kes yang berkaitan dilaporkan berlaku pada sebuah bangunan sekolah 2


tingkat di Tangkak, Johor. Bangunan yang telah dibina pada tahun 1984 mengalami
kerosakan yang teruk akibat daripada aktiviti pengkarbonatan dan seterusnya
berlaku pengaratan tetulang. Hasil pemantauan mendapati kerosakan berlaku di
lokasi-lokasi berikut:

1. Bilik air tingkat satu yang terdiri daripada dua bay dan terletak di hujung
bangunan (end bay). Pengaratan tetulang besi yang ketara di permukaan
bawah papak tingkat satu akibat resapan air yang berlaku pada papak
tersebut di mana air bertindak sebagai agen pengaratan besi tetulang (rujuk
Gambar 5.19). Ini seterusnya menyebabkan keretakan dan pengupasan
konkrit yang ketara berlaku di permukaan bawah papak tingkat satu (rujuk
Gambar 5.20).
2. Lepaan dinding di bahagian luar bilik air didapati mengalami keretakan dan
mengelupas terutama di bahagian tiang (rujuk Gambar 5.21).
3. Tiang di tingkat bawah bilik air mengalami keretakan (rujuk Gambar 5.22)
4. Koridor di belakang bilik air yang melibatkan 3 bay. Pengaratan tetulang
besi berlaku di permukaan bawah papak dan rasuk tingkat satu. Ini
seterusnya menyebabkan keretakan dan pengupasan konkrit yang ketara
berlaku di permukaan bawah papak dan rasuk tingkat (rujuk Gambar 5.23
dan Gambar 5.24).
xc
77

Gambar 5.18: Rajah menunjukkan pengaratan tetulang besi yang ketara di


permukaan bawah papak tingkat satu bilik air.

Gambar 5.19: Rajah menunjukkan keretakan dan pengupasan konkrit yang ketara di
permukaan bawah papak tingkat satu.
xci
78

Gambar 5.20: Rajah menunjukkan lepaan dinding di bahagian luar bilik air didapati
mengalami keretakan terutama di bahagian tiang.

Gambar 5.21: Rajah menunjukkan tiang konkrit di tingkat bawah bilik air
mengalami keretakan.
xcii
79

Gambar 5.22: Rajah menunjukkan pengaratan besi tetulang di permukaan bawah


rasuk tingkat satu.

Gambar 5.23: Gambar menunjukkan kedudukan koridor di belakang bilik air yang
terletak di bahagian hujung bangunan mengalami kerosakan konkrit.
xciii
80

5.4 Langkah-Langkah Pencegahan

Kualiti sesuatu struktur konkrit itu tidak hanya diukur sesudah ia siap di bina
sahaja. Akan tetapi, ia diukur sejauh mana ia mampu mengekalkan fungsinya
sepanjang tempoh keboleh khidmatannya. Pembebanan untuk satu jangka masa
yang panjang dan kesan alam persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi
kemampuan konkrit tersebut untuk bertahan bagi satu tempoh hayatnya.

Masalah kemerosotan konkrit yang berpunca daripada bahan binaan


merupakan masalah major yang berlaku di Malaysia. Pengaratan tetulang konkrit
telah mencatatkan rekod tertinggi dan ini adalah disebabkan oleh serangan ion
klorida dan proses pengkarbonatan. Masalah ini lazimnya berlaku pada struktur
yang berusia 20 tahun ke atas. Asas prinsipal kepada pencegahan masalah ini adalah
dengan mengekalkan keadaan pasif tetulang dengan memastikan konkrit beralkali
tinggi dan penelitian semasa proses reka bentuk dan pembinaan hendaklah
dilakukan untuk mencapai objektif tersebut[24].

Ketebalan minimum bagi penutup konkrit telah dinyatakan di dalam


BS8110: Part 1: 1997 seperti di dalam jadual 5.1. Bagi konkrit bertetulang biasa
yang tidak terdedah kepada persekitaran teruk seperti air laut, “Building Code
Requirement for Reinforced Concrete (ACI 318-63)” menyatakan ketebalan
minimum adalah seperti berikut:

1. Asas dan anggota struktur yang dibina di atas permukaan tanah, 7.5 cm.
Konkrit yang dituang di dalam acuan dan kemudiannya didedahkan kepada
permukaan tanah dan persekitaran, 3.8 cm untuk konkrit bersaiz tetulang
kurang daripada 16 mm dan 5 cm bagi konkrit bersaiz tetulang lebih
daripada 16mm.
2. Konkrit yang tidak terdedah kepada tanah atau persekitaran, 1.9 cm bagi
papak dan dinding, 3.8 cm bagi rasuk.
81
xciv

3. Tiang, 3.8 cm atau sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda saiz maksimum batu
baur kasar.

Jadual 5.1: Ketebalan penutup konkrit berdasarkan dedahan persekitaran


berdasarkan BS 8110: Part 1: 1997
Ketebalan penutup konkrit pada kesemua tetulang (termasuk perangkai) untuk
memenuhi keperluan ketahanlasakan. (lihat nota)

Keadaan dedahan Ketebalan penutup

mm mm mm mm mm
Sedikit 25 20 201) 201) 201)
Sederhana - 35 30 25 20
Teruk - - 40 30 25
Sangat teruk - - 502) 402) 30
Melampau - - - - 50
Nisbah air-simen maksimum 0.65 0.60 0.55 0.50 0.45
Kandungan simen minimum 275 300 325 350 400
Gred konkrit terendah C30 C35 C40 C45 C50
1)Ketebalan penutup konkrit ini boleh dikurangkan kepada 15mm dengan syarat saiz maksimum
batu baur tidak melebihi 15mm.
2)Jika konkrit terdedah kpada kesan pembekuan, air-entrainment hendaklah digunakan.
Nota1. Jadual ini berhubung dengan batu baur biasa dengan maksimum saiz 20mm.

Selain daripada itu, konkrit tersebut hendaklah berkualiti tinggi tanpa


kehadiran honeycombed. Sambungan pembinaan hendaklah dilakukan dengan
memastikan bahawa tiada penyerapan air berlaku padanya. Jika konkrit terdedah
kepada kesan pembekuan dan pencairan, ia seharusnya mengandungi bahan tambah
air entrained. Walaupun pendedahan persekitaran kepada kesan pembekuan dan
pencairan tidak bergitu ketara, penggunaan bahan tambah air entrained pada jumlah
yang bersesuaian dapat memperbaiki kebolehkerjaan dan mengurangkan
pengasingan semasa penuangan konkrit[24]. Berikut merupakan beberapa perkara
yang perlu diambil perhatian untuk mencegah daripada berlakunya pengaratan
konkrit[2].
xcv
82

1. Menyediakan penutup konkrit yang berketumpatan tinggi dan berketelapan


rendah bagi melindungi tetulang keluli.
2. Melindungi permukaan konkrit daripada persekitaran.
3. Melindungi permukaan tetulang keluli dengan manyalut lapisan yang
bersesuaian seperti lapisan epoxy dan lapisan logam dapat memelihara
tetulang daripada serangan agen pengaratan.
4. Mengunakan tetulang keluli khas seperti stainless steel yang sukar untuk
berkarat.
5. Penggunaan perlindungan katodik (cathodic protection).

Konsep nisbah air-simen telah diguna pakai sejak 60 tahun lalu dan masih
lagi diguna sehingga hari ini. Nisbah air-simen merupakan faktor yang terbesar dan
terpenting di dalam memperbaiki ketahanlasakan konkrit. Semakin rendah nisbah
air-simen yang digunakan, semakin tinggi kualiti konkrit yang dihasilkan. Nisbah
air-simen yang rendah dapat memperbaiki 4 ciri utama ketahanlasakan konkrit
iaitu[2]:

1. Rintangan terhadap pengaratan tetulang keluli.


2. Rintangan terhadap serangan sulfat.
3. Rintangan terhadap kesan pembekuan dan pencairan.
4. Rintangan terhadap lelasan.

Penggunaan nisbah air-simen yang rendah dapat memperlahankan


penyerapan ion klorida, karbon dioksida, oksigen dan juga merendahkan
ketelapannya. Bagi struktur yang memerlukan konkrit berketahan lasakkan yang
tinggi, nisbah air-simen maksimum hendaklah ditentukan terlebih dahulu.

Penambahan bahan tambah dapat membantu menghasilkan konkrit yang


berkualiti tinggi. Tujuan asas penggunaan bahan tambah ini adalah untuk
mengurangkan kadar permintaan air, meningkatkan kekuatan, mengurangkan
ketelapan dan mengelakkan pengaratan tetulang keluli. Di antara bahan tambah
tersebut adalah[2]:
xcvi
83

1. Superplasticisers: Bahan tambah ini bertindak dengan mengurangkan kadar


keperluan air di dalam campuran. Ini secara tidak langsung memperbaiki
kebolehkerjaan konkrit tanpa menjejaskan kekuatannya. Konkrit yang
terhasil mempunyai rintangan yang tinggi terhadap penyerapan karbon
dioksida dan ion klorida.
2. Kalsium nitrat: Kalsium nitrat bertindak sebagai bahan rintangan pengaratan
terhadap konkrit bertetulang dan penggunaannya hendaklah tidak melebihi
2% daripada berat simen.
3. Mikrosilika: Mikrosilika ataupun silika fume apabila dicampurkan ke dalam
konkrit, ia dapat mengurangkan kadar kerosakan konkrit terhadap serangan
kimia. Kandungan silika yang tinggi dan sifatnya yang sangat halus,
menjadikan mikrosilika ini sebagai bahan pozzolanik yang sangat berkesan.
Kehadirannya dapat memperbaiki rintangan konkrit terhadap proses
pengkarbonatan disebabkan oleh pengurangan kalsium hydroksida.
Mikrosilika digunakan apabila konkrit tersebut memerlukan kekuatan yang
tinggi dan perlindungan terhadap pengaratan. Akan tetapi, penambahan
mikrosilika akan mengakibatkan proses pengawetan menjadi semakin
kritikal.

Sifat konkrit boleh dipengaruhi oleh aspek kerja semasa pembinaan. Proses
pemadatan perlulah dilakukan dengan sempurna tanpa menyebabkan berlakuya
pengasingan dengan memastikan tahap kebolehkerjaan konkrit yang sesuai dan
menggunakan peralatan yang bersesuaian semasa kerja penuangan dan pemadatan.
Pemadatan penuh sangat penting terutama berhampiran dengan lokasi sambungan
dan tetulang. Kesemua kerja penuangan dan pemadatan hendaklah diawasi oleh
penyelia yang bertanggung jawab. Kerja pemadatan perlulah dilakukan dengan
berhati-hati bagi mengelakkan tetulang, tendon atau acuan daripada berubah
kedudukannya. Jika pemadatan luaran dilakukan, reka bentuk acuan dan kedudukan
pemadat hendaklah dipastikan bersesuain agar pemadatan yang penuh dapat dicapai
dan mengelakkan kecacatan permukaan.
84
xcvii

Pengawetan adalah proses untuk mengelakkan kehilangan lembapan dalam


konkrit. Pengawetan dan perlindungan seharusnya dilakukan sebaik sahaja kerja
pemadatan selesai untuk melindungi konkrit daripada pengeringan awal disebabkan
oleh radiasi solar dan angin dan kehilangan kandungan akibat dibawa keluar oleh
hujan dan aliran air. Tempoh pengawetan bergantung kepada jenis simen yang
digunakan dan juga suhu konkrit.
xcviii

BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Rumusan Kajian

Kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca-punca kerosakan dan


kemerosotan struktur konkrit di Malaysia. Bab 1 membincangkan latar belakang
berkenaan isu yang terlibat di dalam kajian ini yang membawa kepada perlaksanaan
pencarian maklumat kes kerosakan struktur di Malaysia. Bab 2 pula merupakan
kajian literatur yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Kajian literatur
melihat kepada kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini melalui jurnal,
persidangan yang berkaitan, mahupun buku yang telah diterbitkan. Metodologi
kajian diterangkan dengan jelas pada bab 3. Manakala bab 4 pula
mempersembahkan keputusan analisis data yang diperolehi semasa kajian.
Perbincangan dilakukan pada bab 5 sebelum kesimpulan dan cadangan dilakukan
pada bab 6.
xcix
86

6.2 Kesimpulan

1. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kerosakan struktur konkrit


dikenalpasti berpunca daripada kesilapan reka bentuk, masalah bahan bina,
masalah geoteknik, kesilapan semasa pembinaan dan masalah yang tidak
dapat diramalkan seperti kebakaran dan gegaran gempa bumi. Manakala
masalah kemerosotan konkrit pula berpunca daripada serangan sulfat,
serangan alkali dan pengaratan tetulang keluli yang diakibatkan daripada
serangan ion klorida dan proses pengkarbonatan.
2. Berdasarkan kes kerosakan yang telah diperolehi, masalah bahan bina (39%)
mencatatkan rekod tertinggi dan diikuti oleh masalah geoteknik (19%),
kesilapan semasa pembinaan (17%), masalah yang tidak dapat diramalkan
(13%) dan kesilapan reka bentuk (12%).

Manakala bagi kes kemerosotan konkrit pula, pengaratan disebabkan oleh


proses pengkarbonatan mencatatkan peratusan tertinggi dengan (85%) dan
diikuti oleh pengaratan tetulang akibat serangan ion klorida (9%), serangan
sulfat (3%) dan serangan alkali (3%).

6.3 Cadangan bagi Kajian Selanjutnya

Kajian ini telah dijalankan dan mencapai kesimpulan berdasarkan objektif


yang telah ditetapkan terlebih dahulu pada bab 1. Berikut merupakan cadangan bagi
kajian dimasa hadapan:

1. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti punca-punca kerosakan dan


kemerosotan struktur di Malaysia dengan berpandukan data-data yang telah
tersedia ada. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dengan memfokuskan
sama ada kepada mencari punca-punca kerosakan konkrit ataupun mencari
c

punca-punca kemerosotan struktur konkrit. Beberapa kajian kes boleh


87
dijalankan terhadap struktur yang telah mengalami kerosakan seperti kes
kerosakan pada Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dalam 2 (MRR2) di
Kepong, Selangor. Kajian boleh dijalankan bagi mengenalpasti sama ada
kerosakan tersebut disebabkan oleh masalah individu ataupun ia berlaku
disebabkan oleh beberapa masalah kerosakan yang bertindak bersama.

2. Berdasarkan kesimpulan yang telah dicapai, masalah bahan iaitu masalah


pengaratan tetulang keluli berpunca daripada proses pengkarbonatan
merupakan punca utama kepada kerosakan dan kemerosotan struktur
konkrit di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian selanjutnya boleh
dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor pendorong kepada masalah ini
melalui ujian makmal dengan mengambil kira beberapa faktor persekitaran
yang mempengaruhi kadar serangan di Malaysia seperti kelembapan
bandingan dan suhu persekitaran. . Di samping itu, kajian kes boleh
dijalankan terhadap beberapa contoh bangunan. Kedalaman
pengkarbonatan, usia struktur, dan gred konkrit boleh diambil bagi
membantu mendapatkan gambaran sebenar tahap serangan di Malaysia.
ci
88

Rujukan

[1] Jacob Feld. Lessons from Failures of Concrete Structures. Detroit,


Michigan. 1964
[2] S.C. Patodiya. New Trends in Achieving Durability of Concrete.
International Symposium on Innovative World of Concrete. August 30-
September 3, 1993. Bangalore, India: Indian Concrete Institute. 1993. 2-23 –
2-34.
[3] Dov Kamainetzky. Design and Construction Failures. Lessons from
Forensic Investigations. New York. 1991
[4] Sidney Mindess, J. Francis Young, David Darwin. Concrete. 2nd Edition.
Upper Saddle River. N. J. 2002
[5] R.N. Raikar. Learning From Failure.Deficiencies in Design, Construction
and Service. New Bombay, India. 1987
[6] R.N. Raikar. Need for Trained Supervisors for Concrete Industry. The
Indian Concrete Journal. 1997. Volume 71(10): 537-540
[7] D. Jungwirth. A Comprehensive Conception for Quality Assurance.
Proceding of the Second International RILEM/CEB Symposium. June 12-
14,1991. 65-72
[8] R.L. Malik. Quality Assurance in Design and Construction. The Indian
Concrete Journal. 1997. Volume 71(8): 433-437
[9] Ir. Hon Too Fang. Foundation Problems In Limestone Areas. Journal of The
Public Department. 1983. Disember: 26-32.
[10] Ir. R. Selvarajah. Sungei Kuantan Barrage Problems In The Construction of
The Foundation. Journal of The Public Department. 1983. Disember:
104-108.
[11] Vanessa S. Berg and Dale S. Preece. Reinforced Concrete Structure Failure
Mechanisms Resulting from Explosively-Induced Overpressures.
International Society of Explosives Engineers. 2004. Volume 1.
cii
89

[12] Anil K. Chopra. Dynamics of Structures. Theory and Application to


Earthquake Engineering. New Jersey. 1995
[13] Da Huo, Guanghui Li, Dongwei Wang and Fang Fu. Reliability Analysis of
Existing Frame Structure Based on Failure Correlation.
[14] S.C. Gupta and V. Thiruvengadam. Assessment of Fire Damage: A Case
Study. International Symposium on Innovative World of Concrete. August
30-September 3, 1993. Bangalore, India: Indian Concrete Institute. 1993. 4-
275 – 4-292.
[15] Ir. Tham Kum Weng and Ir. Choo Kok Beng. Durability of Concrete
Structure. CEC/Prof. Chin Fung Kee Memorial Continuing Education
Workshop on Rehabilitation and Repair of Structures. April 16-17, 1992.
Kuala Lumpur Malaysia
[16] A.M. Neville. Properties of Concrete. Third Edition. Burnt Mill, Harlow.
1981.
[17] Brian Pritchard. Concrete Deterioration. CEC/Prof. Chin Fung Kee
Memorial Continuing Education Workshop on Rehabilitation and Repair of
Structures. April 16-17, 1992. Kuala Lumpur Malaysia.
[18] Tang Mingshu, Deng Min, Lan Xianghui and Han Sufen. Studies on Alkali-
Carbonate Reaction. ACI Material Journal. 1994. Volume 91, No.1. 26-29.
[19] Dr. Ho Nyok Yong, Mr Chieng King Wu, Dr. Ting Seng Kiong and Dr. R.
Sri Ravandrarajah. Corrosion Induced Cracking in Concrete. International
Conference on Concrete Engineering and Technology. October 8-10,1991.
Kuala Lumpur, Malaysia: 1991. 2-16 – 2-24.
[20] S. Muralidharan, R. Vedalakshmi, V. Saraswathi, James Joseph and N.
Palaniswamy. Studies on The Aspects of Chloride Ion Determination in
Different Types of Concrete Under Macro-cell Corrosion Condition.
Building and Environment. 2005: 1275-1281.
[21] K.Ganesh Babu. High Performance Concrete. International Symposium on
Innovative World of Concrete. August 30-September 3, 1993. Bangalore,
India: Indian Concrete Institute. 1993. 3-169 – 3-179.
[22] Peter H. Emmon. Concrete Repair and Maintenance Illustrated. Kingston.
R.S. Means Company, Inc. 1993
[23] W.H. Ransom. Building Failures; Diagnosis and Avoidance. E & F.N. Spon
Ltd, London. 1981
ciii
90

[24] Hubert Woods. Durability of Concrete Construction. Detroit, Michigan:


American Concrete Institute. 1968

You might also like