You are on page 1of 2

INSTITUSI JURUTERA MALAYSIA

The Institution of Engineers, Malaysia


Bangunan Ingenieur, Lots 60/62, Jalan 52/4, Peti Surat 223 (Jalan Sultan),
46720 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 60-3-79684001/ 4002 Fax: 60-3-79577678
E-mail : sec@iem.org.my IEM Homepage: http://www.iem.org.my

1. Sebagai seorang jurutera muda, anda dikehendaki oleh majikan anda untuk menyediakan satu laporan yang boleh
diterima bank bagi suatu cadangan projek. Anda tidak mempunyai akses untuk menentukan kebolehpercayaan
maklumat yang diberikan. Berdasarkan peruntukan dalam Peraturan Kelakuan Profesional IEM, bagaimanakah anda
harus menasihati majikan anda bagi membolehkan penyiapan tugasan anda dengan integriti?

2. Anda ditugaskan oleh majikan untuk mencarigali bahan tertentu di suatu kawasan. Bagaimanapun, dalam usaha
carigali itu, anda tidak menemui bahan yang dikehendaki tetapi menemui beberapa bahan berharga lain yang tidak
menarik minat majikan anda, walaupun amat diminati dan diperlukan oleh pihak lain. Sebagai seorang jurutera,
bolehkah anda membekalkan maklumat berkenaan kepada pihak lain tersebut bagi membolehkan bahan berharga
berkenaan itu dilombong? Bincang dengan mengambilkira peruntukan yang ada dalam Peraturan Kelakuan
Profesional IEM.

3. En. X adalah jurutera projek bagi projek yang dilaksanakan melalui kontrak oleh Syarikat Y yang dimiliki oleh Encik
Z. En. Z memberitahu En. X bahawa beliau sedang memesan model terbaru sebuah alat elektronik untuk kakitangan
syarikatnya dan beliau boleh mendapatkan satu set alat berkenaan untuk En. X dengan harga diskaun syarikat. En. X
bersetuju dan membuat pembayaran semasa penerimaan. Adakah En. X telah melanggar Peraturan Kelakuan
Profesional IEM?

"Adalah menjadi tanggungjawab setiap jurutera untuk memandang tinggi kepada profesionnya dan berkelakuan
dengan integriti apabila melaksanakan tugasnya".

Bincangkan kenyataan ini secara terperinci dalam konteks suasana di Malaysia.

4. Profesionalisme tidak dapat diajar dengan hanya mengulangi Peraturan Kelakuan Profesional IEM ataupun dengan
menghafal satu set peraturan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan itu dan mengapa?

5. Peraturan Kelakuan Profesional IEM tidak membenarkan pengiklanan dan promosi diri secara aktif. Bagaimanakah
caranya peraturan ini dapat meningkatkan kedudukan jurutera sebagai profesional? Lebih penting lagi, dengan
kemunculan era teknologi maklumat di mana realiti alam maya telah menjadi norma, bagaimanakah ketidakpatuhan
Peraturan Kelakuan Profesional IEM dapat dikesan dan ditangani?

6. Anda adalah seorang jurutera dan diketahui bahawa kegiatan projek/pengeluaran loji anda telah membawa kesan
buruk kepada kesihatan, keselamatan dan/atau alam sekitar (HSE). Untuk meningkatkan kualiti HSE, anda perlu
menghentikan kegiatan projek/pengeluaran loji anda selama satu tempoh yang boleh menjejaskan keupayaan untuk
mengikut jadual dan mencapai sasaran implementasi.

Bagaimanakah seharusnya anda mengendalikan konflik yang wujud di antara Peraturan Kelakuan Profesional IEM
dan pertimbangan kepentingan komersial?

7. Kebiasaannya kod amalan membenarkan keputusan kejuruteraan diambil secara budi bicara. Di sana terdapat
kelebihan dan kelemahan dalam kod amalan dan piawaian antarabangsa berbanding dengan ketetapan dokumen kod
dan piawaian kebangsaan dalam konteks industri dan amalan Malaysia.

Bincang dengan memberi contoh-contoh di mana keputusan kejuruteraan dibuat sedangkan ianya tidak menepati kod
amalan antarabangsa dan bagaimana ia adalah dianggap wajar. Adakah kepatuhan kepada amalan antarabangsa
sentiasa diperlukan?

8. Jurutera seringkali dipertanggungjawabkan dengan pelaksanaan projek besar-besaran yang melibatkan kos berjuta-
juta Ringgit. Memandangkan begitu besar jumlah wang yang akan berpindah tangan, keutuhan etika dan integriti
seorang jurutera seringkali juga tercabar. Demi menjaga imej profesion kejuruteraan, apakah langkah-langkah yang
boleh diambil oleh seorang jurutera untuk mencegah amalan rasuah dan menjauhi amalan tidak beretika seperti
mengesahkan kerja yang kurang dari spesifikasi yang ditetapkan?

9. 'Percanggahan kepentingan profesional sering timbul dalam persekitaran kerja seseorang jurutera'. Bincangkan
kenyataan itu dan cadangkan penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah berkenaan.
10.Kebanyakan projek ditawarkan melalui proses pembidaan kompetitif. Andainya anda merupakan jurutera yang
berkenaan bagi salah satu syarikat pembida yang tidak berjaya, dan anda telah menerima pelawaan menyertai
Pasukan Perunding dari 'pemenang' dalam proses pembidaan berkaitan; adakah anda wajar menerima pelantikan
kedua itu? Jika ya, jelaskan situasi yang mungkin dianggap sebagai percanggahan kepentingan. Jika tidak, terangkan
sebab-sebab dan/atau keadaan yang jelas menunjukkan mengapa anda harus menolak pelantikan kedua itu.

11. Anda bertanggungjawab dalam pentadbiran sebuah institusi pengajian tinggi dengan sumber yang terhad. Anda telah
ditugaskan untuk menyemak semula kurikulum kejuruteraan dan diarahkan untuk meningkatkan bilangan graduan.
Dari sudut kelakuan profesional, terangkan apakah isikandungan kurikulum yang wajib ada agar taraf kepiawaian
kejuruteraan tidak dikompromi.

12. Rasuah telah menjejaskan integriti amalan profesional dalam industri kejuruteraan. Jurutera profesional yang
beristiqamah mengamalkan Peraturan Kelakuan Profesional IEM biasanya berhadapan dengan dilema. Pilihan bagi
beliau ialah biarkan saja tanpa ambil peduli atau menjadi peniup wisel. Terangkan bagaimana anda menangani
masalah ini.

13. Andaikan anda adalah rakan kongsi utama sebuah firma kejuruteraan terkemuka di sebuah negeri kecil dalam negara.
Keluarga anda adalah terkenal, dihormati dan berpengaruh setelah beberapa dekad hidup dan berniaga di negeri
tersebut.

Para pemimpin sebuah parti politik telah menemui anda untuk mendapatkan bantuan berkempen menyokong mereka
dalam pilihan raya kecil akan datang. Antara lain, mereka telah berjanji apabila memenangi pilihan raya kelak, untuk
memberikan semua projek utama yang akan ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada firma anda. Keperluan untuk
mendapatkan projek baru memang dirasai oleh firma anda. Bincangkan secara kritis tindakan yang sewajarnya anda
ambil, dengan mengambil kira Peraturan Kelakuan Profesional IEM.

You might also like