You are on page 1of 14

KERJAYA DI BIDANG KEJURUTERAAN

OLEH Ir Illias bin Husain,SMP Jurutera Daerah, JKR Daerah Temerloh.

KEJURUTERAAN (ENGINEERING)

Engineering is the discipline, skill, and profession of acquiring and applying scientific, economic, social, and practical knowledge, in order to design and build structures, machines, devices, systems, materials and processes. The creative application of scientific principles to design or develop structures, machines, apparatus, or manufacturing processes, or works utilizing them singly or in combination; or to construct or operate the same with full cognizance of their design; or to forecast their behavior under specific operating conditions; all as respects an intended function, economics of operation or safety to life and property.

JURUTERA

Seseorang yang mengamalkan bidang kejuruteraan di panggil JURUTERA. Untuk praktik sebagai jurutera di Malaysia anda mesti berdaftar sebagai sekurang kurangnya Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk menandatangani dokumen teknikal, seperti lukisan, laporan, kajian, perlukan status Jurutera Professional: Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai. Di Malaysia Jurutera Professional boleh meletakkan perkataan Ir di hadapan namanya.

BIDANG KEJURUTERAAN

Ijazah mesti diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia melalui EAC (Engineering Accreditation Counsil). Semua IPTA dan IPTS di Malaysia perlu m,endapatkan kelulusan sebelum menawarkan sebarang program. Semakan perlu dibuat untuk Universiti luar negara. Semakan boleh dibuat di:

http://www.bem.org.my http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frm MainIktiraf.asp

CABANG BIDANG KEJURUTERAAN


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 5 Awam Elektrik Mekanikal Elektronik Kimia Kajiterbang Pertanian Pengeluaran Kawalan dan Instrumentasi Petroleam Struktur 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 Perlombongan Pemorosesan Galian Perindustrian Marin Bahan Komputer Alam Sekitar Bioteknologi Automotif Nuklear Makanan

BIDANG KEJURUTERAAN

Jurutera awam orang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dan lain-lain Jurutera elektrik orang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan Jurutera Mekanikal orang yang terlatih dalam mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dan sebagainya Jurutera kapal terbang orang yang terlatih dalam mereka, membina, dan menjaga kapal terbang Jurutera kimia orang yang terlatih dalam mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yang digunakan dalam proses kimia industri

BIDANG TUGAS SEKARANG

Merancang, mengawasi projek pembangunan dalam daerah Temerloh bagi projek bangunan kerajaan seperti Ibu Pejabat Polis, Kastam, Sekolah, Pejabat Daerah dll. Merancang, mengawasi projek pembangunan infrastruktur seperti jambatan, jalan. Contoh Jambatan Kuala Krau, Jalan Temerloh Jerantut. Menyelenggara aset kerajaan seperti bangunan, jalan, jambatan, elektrik dan mekanikal. Memberikan khidmat teknikal kepada semua jabatan dalam daerah Temerloh. Untuk peranan JKR Temerloh, rujuk laman web JKR Temerloh di : http://www.jkrtemerloh.net

CIRI CIRI DIRI/PERSONALITI

Meminati bidang ini. Kaji diri anda sendiri apakah anda cenderung kearah biologi atau fizik,kimia,metamatik? Mempunyai pengetahuan dan minat yang mendalam dalam bidang sains (terutama Fizik dan Kimia), Matematik , Bahasa Melayu dan Inggeris. Mempunyai kemahiran komputer yang tinggi. Berkebolehan dan mempunyai kreativiti, boleh berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masaalah berdasarkan fakta sains. Tekun dan bekerja keras, dinamik dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mempunyai keinginan untuk berjaya Dapat bekerja secana berkumpulan

PELUANG KERJAYA

Sektor Awam: JKR, JPS, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi, KKLW, Pertahanan, Angkatan Tentera, Jabatan Alam Sekitar., Pensyarah di IPTA, IPTS, Guru dan semua agensi kerajaan yang berkaitan teknikal. Swasta: Syarikat Pembinaan, Perunding, Syarikat Petroliam, Kilang, Syarikat Penerbangan, tempatan dan antarabangsa. Bekerja sendiri sebagai kontraktor, pembekal, perunding.

GAJI/GANJARAN

Sektor Awam ; Gaji permulaan sekitar RM 2,600.00/bulan. Paling maksima ialah gaji Ketua Pengarah Kerja Raya sekitar RM 20,000/bulan termasuk elaun. Sektor swasta: Kontraktor, Perunding, Industri Tempatan: Gaji permulaan RM 2,000.00.Maksima bergantung kepada pengalaman dan adakah anda merupakan ASET kepada majikan anda?? Syarikat Automobil tempatan: Permulaan RM 2,500.00 Syarikat Petroliem tempatan : RM 3,500.00. Maksima bergantung kepada pengalaman dan bidang tugas. Syarikat Petroliem antarabangsa : RM 5,000.00. Maksima bergantung kepada pengalaman dan bidang tugas.

PROSPEK MASA DEPAN

Amat cerah dengan syarat: Sasarkan visi dan misi anda sebaik sahaja anda lulus dan mendapat ijazah. Anda sentiasa dinamik, terus meningkatkan ilmu dan tahap professionalisme anda. Hadiri seminar, bengkel, ikuti perkembangan semasa. Jadikan diri anda ASET kepada jabatan, majikan anda dengan ilmu yang anda ada. Sentiasa belajar dan mahirkan diri anda dengan perkara baru yang berkaitan dengan profession anda, misalmya teknologi ICT, perisian dll. Dapatkan kelulusan Professional dalam cabang kejuruteraan yang anda miliki.

CABARAN TUGAS

Perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan pengalaman bergantung kepada persekitaran kerja, berupaya menyesuaikan diri dan keperluan majikan/pelanggan. Kerja kerajaan disamping meningkatkan pengetahuan teknikal, perlu memahami dasar kerajaan, prosedur, arahan arahan, hubungan dengan pelanggan dalam menjalankan tugas seharian. Kerja swasta perlu sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi untuk memberikan faedah/keuntungan yang maksima kepada majikan. Kerja sendiri sebagai perunding disamping pengetahuan teknikal yang tinggi dan terkini ,perlu mahir hubungan dengan pelanggan.

BAGAIMANA (SPM)?

Set kan VISI dan MISI anda dan yakin yang anda BOLEH. Belajar dengan tekun untuk mencapai keputusan terbaik dalam matapelajaran berikut: Metamatik Tambahan, Metametik Fizik, Kimia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dalam semua subjek kefahaman tentang asas adalah amat penting. Jangan tangguh, tiada masa lagi untuk berehat, set kan jadual belajar berdasarkan prestasi semasa anda dan sasaran sebelum SPM menjelang. Monitor kemajuan anda melalui ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

BELAJAR DI IPT

Secara umumnya belajar di IPT lebih mudah berbanding di sekolah. Oleh itu dicadangkan selepas SPM cuba pohon IPT ambil Asasi Sains atau Foundation. Adalah lebih mudah untuk mencapai keputusan cemerlang untuk ke program ijazah berbanding dengan Matrikulasi Kementerian Pelajaran. Di IPT cara pembelajaran ada;lah amat berbeza: Kena usaha sendiri, tiada lagi nasihat dari guru seperti disekolah. Kehadiran kelas, tutorial, kertas kerja , ujian dikira sebagai sebahagian dari markah peperiksaan. Pastikan dapatkan markah terbaik di tahun awal pengajian untuk cuba dapatkan keputusan terbaik , CGPA >3,75 di akhir pengajian untuk Ijazah Kelas Pertama.

You might also like