You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Wanita sering di kaitkan dengan sifatnya yang lemah-lembut, sopan-santun,


manja dan penyayang. Namun, sifat tersebut tidak menghalang para wanita untuk
mengharungi segala cabaran dan dugaan untuk berjaya di dalam setiap apa yang
mereka ceburi. Jika sebut sahaja tentang pegawai bomba wanita, ramai yang
beranggapan bahawa pegawai bomba wanita di lantik hanya untuk melakukan tugas-
tugas pejabat dan tugas kerani sahaja. Pada masa kini, bilangan pegawai wanita dalam
jabatan bomba semakin meningkat dan kini kewibawaan wanita yang menyertai
pasukan penyelamat semakin diberi perhatian dan pengiktirafan. Hal ini kerana jabatan
mempercayai kaum wanita dalam menjalankan tugas seperti mengetuai operasi
menyelamat,menjadi ketua balai mahupun mengetuai lain-lain bahagian dalam jabatan
dimana majoriti dimonopoli oleh anggota lelaki.

Memang tidak dinafikan, pada zaman sekarang pegawai wanita mempunyai


kecekalan dan karisma yang tinggi dalam menghadapi tuntutan kerja setanding dengan
kaum lelaki dan sekaligus menghapuskan diskriminasi jantina dalam organisasi dan
agensi kerajaan. Walau bagaimanapun,sehebat manapun kaum wanita,mereka tidak
akan terlepas dalam sebarang konflik terutamanya konflik keluarga-kerja. Jantina
merupakan faktor utama dalam konflik keluarga-kerja kerana jantina seseorang dapat
menentukan peranan mereka di rumah atau tempat kerja. Perubahan peranan dalam
keluarga semakin kelihatan terutamanya dalam kalangan wanita, dimana golongan ini
bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang isteri, tetapi juga sebagai ibu dan
seorang pekerja. Menurut Irwan Nadzif Maphul & Nor Azian Abdullah, 2011, konflik
peranan kerja dan keluarga pada masa kini berlaku disebabkan peningkatan wanita
dalam bidang pekerjaan.

Penulis merupakan salah seorang pegawai bomba wanita yang bertugas di Balai
Bomba dan Penyelamat KLIA. Di dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan
tentang konflik kerja-keluarga yang mungkin berlaku semasa mengetuai pasukan
bomba lelaki yang mana ianya boleh menjadi hazad dan mungkin akan menjejaskan
kesihatan para pekerja. Setelah mengenalpasti hazad, penulis akan mencadangkan
beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko atau mengelakkan daripada
berlakunya setiap hazad yang di telah di kenalpasti.

2.0 Pengenalpastian Hazad.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, hazard


didefinisikan sebagai sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana boleh
mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yang buruk kepada
manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-
mana mudarat tersebut. Secara umumnya, hazad di bahagikan kepada tiga iaitu Hazad
Keselamatan, Hazad Kesihatan dan Hazad Pesekitaran.

You might also like