You are on page 1of 3

LAPORAN

MAULIDUR RASUL

2016

OLEH:
EN. AHMAD SYAHIR BIN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN

1. ULASAN PENYELARAS PROGRAM

2. PENDAHULUAN, NAMA PROGRAM,TEMA, RASIONAL, dan

OBJEKTIF PROGRAM

3. SASARAN, TARIKH, TEMPAT, MASA

4. LAMPIRAN A(JAWATANKUASA PROGRAM)

5. LAMPIRAN B(TENTATIF PROGRAM)

6. BUKU PROGRAM

7. SURAT

8. GAMBAR-GAMBAR PROGRAM
ULASAN PENYELARAS MAULIDUR RASUL 2016

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana program Maulidur Rasul


2016 peringkat sekolah, SK Convent Jalan Peel dapat dilaksanakan dengan baik
dan lancar.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan
program ini. Kerjasama yang amat baik daripada semua guru dan murid telah
membantu pihak urusetia majlis untuk memastikan semua tentatif program dapat
dilaksanakan dengan sebaik- baiknya.

Antara keunikan program Maulidur Rasul pada tahun ini ialah terdapat
acara perarakan Maulidur Rasul. Murid-murid telah berkumpul di Dataran
Muhibbah terlebih dahulu. Seterusnya mereka telah berarak dengan membawa
pelbagai sepanduk, melalui jalan raya dan kembali semula ke dewan sekolah.
Guru-guru telah memainkan peranan yang baik untuk mengawal keselamatan
murid semasa perarakan.

Di samping itu, terdapat pelbagai persembahan untuk mengisi slot aturcara


program. Antaranya ialah persembahan nasyid dan persembahan busana
muslimah. Beberapa orang murid telah memperagakan pakaian muslimah yang
menutup aurat sebagai contoh kepada pemakaian yang menepati syariat Islam.

Kesimpulannya, pengisian Program Maulidur Rasul 2016 dapat memberi


banyak manfaat dan faedah kepada murid. Diharapkan program seperti ini dapat
diteruskan pada masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………………………...

(En. AHMAD SYAHIR BIN ABDULLAH)

Penyelaras Maulidur Rasul 2016

You might also like