You are on page 1of 12

Panduan Pelaksanaan

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

PENDAHULUAN
1.

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah


satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana
dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

2.

Matlamat
Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah
dan Syiar Islam dapat dihayati bersama.

3.

Objektif
3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam
3.2

membina hadharah.
Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan

3.3
3.4

menyeluruh.
Meneruskan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar.
Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk
berdakwah.

4.

Tarikh Cadangan Pelaksanaan


Sepanjang bulan Jun dan Julai 2015.

5.

Tempat
Semua aktiviti dilaksana di dalam premis sekolah masing-masing kecuali aktiviti
Sahabat Masjid dilaksana di masjid yang berdekatan dengan sekolah.

6.

Sasaran
Sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan melibatkan:
6.1 Murid-murid
6.2 Guru-guru
6.3 Kakitangan sekolah

7.

Strategi Pengurusan
7.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah peringkat sekolah.
7.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 1

7.3

Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi memutuskan perkara


berikut:
7.3.1
7.3.2
7.3.3
7.3.4

Memasukkan aktiviti ini dalam takwim sekolah.


Menyelaras jadual dan agihan tugas guru.
Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.
Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sekurangkurangnya 4 aktiviti mengikut kesesuaian masa dan kewangan.

8.

Strategi Pelaksanaan
8.1 Mengadakan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah
8.2
8.3

Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat sekolah.


Melaksanakan program-program yang diatur sepanjang bulan dakwah.
Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan kelemahan serta cadangan

8.4

untuk memperbaiki kelemahan selepas tamat Program Bulan Dakwah.


Menghantar laporan pelaksanaan dengan mengisi borang seperti di lampiran A1
ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Rumusan
laporan pelaksanaan tersebut seperti di lampiran A2 dipanjangkan ke Sektor
Pendidikan Islam JPN dan Bahagian Pendidikan Islam KPM.

9.

Cadangan Aktiviti
Berikut adalah cadangan pengisian aktiviti untuk Program Bulan Dakwah peringkat
sekolah. Sila semak Lampiran B untuk panduan pelaksanaan.
9.1
9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7
9.8
9.9
9.10
9.11
9.12
9.13
9.14

Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan


Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
Kempen Ihtiram (Tak Nak Buli)
Sahabat Masjid
Daurah Hadith
Cinta Rasul
Cakna Palestin
Al-Quran di hatiku
Syurga Milik Kita
Sesuci Srikandi
Jom Solat On time, Any time, Over time
Daie Internet
Panggilan Tanah Suci
Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh sekolah.

10. Carta Perbatuan Program


(Rujuk Lampiran C)
11. Implikasi Kewangan
Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan disebabkan ia dilaksanakan
mengikut kesesuaian masa dan kewangan sekolah.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 2

12. Syor
Ahli mesyuarat dipohon memberi pandangan dan kelulusan pelaksanaan Program
Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Disediakan oleh:
Sektor Dakwah dan Kepimpinan
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
April 2015M / Jamadil Akhir 1436H

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 3

Lampiran A1
LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015
Nama Sekolah
Alamat Sekolah
No. Tel.

: ____________________________________
: ____________________________________
____________________________________
: ____________________________________

Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam : ____________________________________


No. Tel. Bimbit
: ____________________________________

Bil

Aktiviti

Dilaksana

Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan

Bumiku Bersih Anugerah Tuhan

3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Tidak
Dilaksana

Kempen Ihtiram
Sahabat Masjid
Daurah Hadis
Cinta Rasul
Cakna Palestin
Al-Quran di hatiku
Syurga Milik Kita
Sesuci Srikandi
Jom Solat On time, Any time, Over time
Daie Internet
Panggilan Tanah Suci
Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh
sekolah.

Kekuatan
:
Kelemahan :
Cadangan Penambahbaikan:
Disediakan Oleh

Disahkan Oleh

..

..

Lampiran A2
LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015
PPD / JPN

: ____________________________________

Penyelia UPI / Pegawai SPI

: ____________________________________

No. Tel. Bimbit

: ____________________________________

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 4

Bil

Aktiviti

Bilangan Sekolah yang


Melaksanakan

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 5

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan


Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
Kempen Ihtiram
Sahabat Masjid
Daurah Hadith
Cinta Rasul
Cakna Palestin
Al-Quran di hatiku
Syurga Milik Kita
Sesuci Srikandi
Jom Solat Ontime, Anytime, Overtime
Daie Internet
Panggilan Tanah Suci
Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai
oleh sekolah.

14

Kekuatan

Kelemahan

Cadangan Penambahbaikan:

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 6

Lampiran B
Cadangan Pengisian
PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2015

Berikut adalah cadangan pengisian program untuk bulan dakwah peringkat sekolah bagi
tahun 2015.
1. Tajuk
: Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan
Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :
1. Mengucapkan salam dengan sebutan yang betul, senyum dan sapaan
mengikut panduan dari Al-Quran dan Hadith.
2. Mengamalkan kaedah salam, senyum dan sapaan dalam kehidupan
seharian.
3. Memberikan laluan kepada orang lain dengan cara yang betul dan
bersopan.
Cadangan Aktiviti:
1. Taklimat kaedah, adab-adab dan kelebihan pengucapan salam serta
memberikan laluan dengan yang betul.
2. Brosur / poster / banting kaedah, adab-adab dan kelebihan salam serta
memberi laluan.
3. Penekanan kepentingan salam setiap kali pertemuan dan memberi laluan.
2. Tajuk
: Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :
1. Memahami kepentingan menjaga kebersihan bersesuaian dengan AlQuran dan Hadith
2. Mengamalkan budaya menjaga kebersihan di dalam dan luar kawasan
sekolah.
3. Bekerjasama bergotong-royong dan menjaga kebersihan persekitaran.
Cadangan aktiviti :
1. Ceramah Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman
2. Kempen penggunaan tong sampah dengan betul
3. Gotong-royong kebersihan kelas, tandas dan sudut pengumpulan
sampah.
3. Tajuk
: Kempen Ihtiram
Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat :
4. Mengeratkan hubungan antara murid yang senior dan junior.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 7

5. Mengamalkan adab-adab bersahabat dengan menekankan prinsip ithar,


ikram dan rahmah.
6. Mencegah gejala buli di sekolah
Cadangan aktiviti :
4. Ceramah pencegahan buli
5. Tayangan video berkaitan buli
6. Signboard Saya benci buli di kawasan sekolah
7. Halaqah / Usrah / Latihan dalam kumpulan (LDK)
Sasaran : Pelajar muslim yang berisiko atau berpotensi terlibat dengan
gejala buli (pembuli dan mangsa buli)
Kekerapan : Satu kali perjumpaan setiap bulan
1. Taaruf
2. Adab-adab bersahabat
3. Konsep ithar (mengutamakan orang lain terlebih dahulu)
4. Konsep ikram (memuliakan orang lain)
5. Konsep rahmah (mengasihani orang lain)
6. Menjauhi permusuhan dan dendam
7. Riadhah dan jamuan makan bersama
4. Tajuk
: Sahabat Masjid
Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat :
1. Membantu pihak masjid mengawal disiplin murid semasa berada di
masjid.
2. Menambahkan ilmu berkaitan adab-adab di masjid
3. Melazimikan diri dengan solat berjemaah di masjid
4. Melahirkan generasi yang beradab dan cintakan masjid
Cadangan aktiviti :
1. Jadual petugas disiplin di Masjid semasa solat Jumaat dalam kalangan
guru dan murid.
2. Ceramah adab-adab di masjid berdasarkan kitab turath dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1991: Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid
3. Ziarah dan khidmat masyarakat gotong-royong di masjid.
4. Meletakkan bunting / papan tanda nama sekolah di kawasan murid
semasa solat Jumaat.
5. Sahabat basikal masjid
5. Tajuk
Objektif

: Daurah Hadith
: Di akhir kempen, peserta akan dapat :
1. Mengamalkan pengajaran daripada hadith
2. Mencintai hadith Rasulullah s.a.w.
3. Memelihara hadith Rasulullah s.a.w.

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 8

Cadangan aktiviti :
1. Marathon bacaan hadith 40 secara terus menerus dengan
ringkas dalam tempoh 3-4 jam.
2. Pertandingan hafazan hadith ringkas (Matan sahaja)
3. Ceramah pengenalan ilmu Mustolah Hadith
4. Kuiz berkaitan Hadith

ulasan

6. Tajuk
Objektif

: Cinta Rasul
: Di akhir program peserta akan dapat
1. Memupuk kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
2. Mengenali akhlak Rasulullah s.a.w. dan sifat fizikal baginda.
3. Mengamalkan sunnah harian dalam kehidupan
Cadangan aktiviti
:
1. Persembahan nasyid, marhaban dan selawat
2. Pertandingan buku skrap Cinta Rasul
3. Tayangan video Muhammad Utusan Terakhir / Ar Risalah
4. Bacaan kitab Syamail atau seumpamanya seperti Marifah Rasulullah
tulisan Dr. Zulkifli Al-Bakri
5. Majlis seribu selawat

7. Tajuk
Objektif

: Cakna Palestin dan Syria


: Di akhir program, peserta akan dapat
1. Mewujudkan sensitiviti terhadap nasib umat Islam di Palestin dan Syria
2. Menggalakkan infaq di kalangan warga sekolah
3. Mengukuhkan perasaan ukhwah di kalangan umat Islam

Cadangan aktiviti
:
1. Ceramah kesedaran sejarah dan isu Palestin dan Syria
2. Tayangan video kesengsaraan rakyat Palestin dan Syria
3. Sembang santai bersama NGO yang menguruskan tabung Palestin dan
Syria
4. Pelancaran Tabung Palestin dan Syria
8. Tajuk
Objektif

: Al-Quran di hatiku
: Di akhir kempen, peserta akan dapat
1. Menanam minat menjadikan Al Quran sebagai bacaan harian.
2. Setiap warga sekolah dapat membaca satu muka surat setiap hari.
3. Menyuburkan semangat mempelajari Al Quran
4. Khatam Al-Quran secara berjemaah sekurang-kurangnya satu kali
dalam bulan Ramadhan

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 9

Cadangan aktiviti
:
1. Memperdengarkan bacaan Al Quran setiap hari sebelum pdp
2. Kuiz tajwid
3. Kelas celik al Quran (Iqra atau Muqaddam)
4. Pertandingan hafazan surah-surah lazim
5. Tahsin bacaan surah al-Fatihah dan kefahamannya
6. Kempen One Day One Page Al-Quran.
9. Tajuk
Objektif

: Syurga Milik Kita


: Di akhir program, peserta akan dapat
1. Muhasabah diri tentang umur dan alam akhirat
2. Mengetahui adab ziarah kematian
3. Menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat
Cadangan aktiviti :
1. Ceramah Alam Barzakh & adab ziarah kematian
2. Tayangan video majlis pengkebumian orang Islam yang menepati
syariat.
3. Gotong-royong di tanah perkuburan Islam
4. Banner info tentang persiapan kematian dan adab ziarah kubur

10. Tajuk
Objektif

: Sesuci Srikandi
: Di akhir program, peserta akan dapat
1. Mengetahui hukum-hakam darah wanita
(haidh/nifas/wiladah/istihadhoh)
2. Dapat mempraktikkan mandi hadas besar dengan betul
3. Meningkatkan kesedaran tatacara yang betul pembersihan tuala wanita
dengan betul
4. Kesedaran peralihan zaman kanak-kanak ke alam dewasa (mukallaf)

Cadangan aktiviti :
1. Ceramah hukum-hakam darah wanita
2. Kuiz soal jawab yang berkaitan
3. Edaran risalah yang berkaitan
4. Amali mandi hadas dan pembersihan tuala wanita
11. Tajuk
Objektif

: Jom Solat Ontime, Anytime, Overtime


: Di akhir program, peserta akan dapat
1. Maklumat yang jelas tatacara mendirikan beberapa jenis solat dan sujud
dalam pelbagai situasi
2. Dapat mengetahui tatacara solat di dalam kenderaan.
3. Dapat mengetahui tatacara sujud syukur

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 10

Cadangan aktiviti :
1. Ceramah tatacara solat khauf dan solat menghormati waktu
2. Edaran risalah yang berkaitan
3. Amali solat khauf, solat dalam pesawat, sujud syukur
12. Tajuk
Objektif

: Daie Internet
: Di akhir program, murid akan dapat
1. Mewujudkan group berunsur keislaman di Facebook dan media-media
sosial yang lain
2. Berkongsi maklumat berkaitan Islam
3. Meningkat kemahiran ICT di kalangan murid
4. Mengelakkan remaja dari salah faham terhadap jihad
Cadangan aktiviti :
1. Majlis pelancaran Daie Internet
2. Ceramah adab-adab di alam siber
3. Pertandingan video pendek berunsur islamik
4. Usrah maya

13. Tajuk
Objektif

: Panggilan Tanah Suci


: Di akhir program, peserta akan dapat
1. Mendalami ilmu tentang haji dan umrah secara teori dan amali
2. Menanam keazaman yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji dan
umrah
3. Pendedahan awal bagi ibadah haji dan umrah

Cadangan aktiviti :
1. Ceramah tatacara menunaikan haji dan umrah
2. Amali ibadah haji dan umrah (Sekolah Menengah)
3. Amali ibadah umrah (SekolahRendah)
4. Tayangan video
5. Pameran alat kelengkapan haji

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 11

Lampiran C
Carta Perbatuan
PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA TAHUN 2015
Bil.

Aktiviti

1.

Edaran Surat
Makluman

2.

Pelaksanaan
Program Bulan
Dakwah di
sekolah

3.

Penghantaran
Pelaporan ke
UPI, PPD

4.

Penghantaran
Pelaporan ke
SPI, JPN

5.

Penghantaran
Pelaporan ke
BPI, KPM

6.

Pembentanga
n Pelaporan

Mei

Jun

Julai

Ogos

Sep

Okt

Nov

Dis

Mei
1 Jun
31 Julai
1 Ogos 30
Sept
1 Okt
15 Okt
16
30 Okt

1 Nov

Panduan Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia | 12

You might also like