You are on page 1of 7

ASSIGNMENT 1 SFT 1013 WAVES AND OPTICS SEMESTER 2 SESSIONS 2012/2013 LECTURER: ROSZAIRI BIN HARON

DATE: 18 JULY 2013 GROUP A

GROUP MEMBERS: NANDANA A/P SARAVANAMUTHU

(E20112003151)

NIK AZILA NOR HARLIEZA BT JUSOH (E20112003143) KEVIN TAN (E20112003139)

1.0 PENGENALAN

Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.Memulakan perniagaan sendiri tidaklah semudah yang disangka, kemahiran yang perlu ada pada setiap usahawan perlulah berani mengambil risiko untung rugi dalam perniagaan. Bijak mengatur strategi untuk memajukan perniagaan. Selain daripada itu, keusahawanan amat penting untuk diri kita ini kerana boleh memupuk semangat kerjasama dan tidak kenal erti putus asa. Kita juga dapat pengalaman baru seperti cabaran apabila barang yang untuk dijual mengalami kerosakan. Objektif yang perolehi semasa menjual produk adalah kita dapat mempelajari perkara yang baru. Selain itu, kita dapat memperolehi keuntungan dengan cara perniagaan yang betul dan mempelajari strategik perniagaan melalui jualan produk serta memperolehi pengalaman yang baru. Kita juga dapat mengetahui caracara berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan sambil dapat mempraktikkan kemahiran perniagaan diri. 2.0 LATAR BELAKANG PRODUK

Dalam projek ini, saya ditugaskan untuk menjual 10 botol minyak wangi serta 10 unit tudung. Minyak Wangi saya terdiri daripada 3 jenis warna dan bau, iaitu putih, biru serta

berwarna ungu. Manakala, tudungnya pula terdiri daripada sepuluh warna yang berbeza serta menarik juga. Jenamanya terdiri daripada, POLO BLUE( untuk kaum lelaki&perempuan), HUGO (untuk kaum wanita), HUGO (untuk kaum lelaki). Jadi, minyak wangi ini boleh dibeli oleh kaum lelaki mahupun wanita.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kaum wanita muslim Remaja perempuan & remaja lelaki (minyak wangi) Para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris , Tanjung Malim Jiran-jiran di kawasan perumahan rumah saya Pelajar perempuan sekolah menengah Pekerja-pekerja kilang

4.0 KAEDAH-KAEDAH MENJUAL PRODUK

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjual produk saya iaitu Tudung dan Minyak Wangi. Antara kaedah yang saya telah gunakan adalah penjualan secara langsung, dan melalui laman web. Bagi penjualan secara langsung, saya telah memilih Kolej Harun Aminurrashid dan kawasan perumahan saya untuk mempromosikan dan menjual produk saya. Hal ini kerana Kolej Harun Aminurrashid dan kawasan perumahan saya adalah tempat tumpuan remaja perempuan. Tambahanpula, saya pilih kumpulan sasaran remaja perempuan kerana tudung ini banyak dipakai oleh kaum remaja. Selain itu, saya juga telah mempromosikan produk saya di laman web Facebook. Hal ini kerana Facebook adalah suatu laman web yang sangat terkenal di seluruh dunia, melalui Facebook dapat berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dari seluruh dunia. Saya mempromosikan dan memperkenalkan produk di Facebook beserta dengan gambar dan maklumat. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin memberi komen dan menanyakan persoalan atau membeli produk dapat menghubungi saya melalui Facebook. Maka laman web sosial adalah

suatu teknik menjual produk dengan senang kerana pada zaman teknologi ini semuanya dalam laman web. Bukan itu sahaja, saya juga telah menjualnya kepada jiran-jiran saya serta kawankawan emak saya. Dengan ini, saya juga dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka dan mempelajari banyak perkara terbaru.

Harga Barangan adalah seperti berikut :

Jenis Barangan Tudung (10 HELAI) Minyak Wangi (10 BOTOL)

Harga Seunit (RM) RM 11 RM 8

Harga Jumlah (RM) RM 110 RM 80

Penjualan dan untung yang diperolehi :

Jenis Produk 10 unit Tudung Minyak Wangi (10 botol) JUMLAH

Harga yang dijual RM 120.00 RM 100.00 RM 220.00

Harga modal RM 110.00 RM 80.00 RM 190.00

*untung yang diperolehi : RM 30.00 5.0 CABARAN YANG DIHADAPI SEMASA MENJUAL PRODUK Antara cabaran yang dihadapi oleh saya semasa menjual produk saya iaitu selendang Tudung dan Minyak Wangi adalah kurang promosi untuk menarik lebih banyak pelanggan untuk membeli produk juga adalah salah satu kekangan yang saya hadapi. Oleh sebab, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang menjual barangan sebelum ini, oleh itu, saya kekurangan idea untuk mempromosikan dan menjual produk saya kepada orang lain. Dengan itu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminta bantuan rakan-rakan saya supaya memberikan cadangan kepada saya untuk menarik perhatian pelanggan. Saya juga mendapatkan cara menarik perhatian pelanggan dan mempromosi serta menjual barangan

dengan merujuk kepada buku rujukan dan carian melalui laman web. Selain itu, pelanggan beranggapan barangan yang saya jual pada harga yang mahal. Walaupun sesetengah pelanggan mempunyai minat terhadap produk saya tetapi oleh sebab mereka beranggapan bahawa produk dijual pada harga yang mahal, mereka tidak membeli produk daripada saya pada akhirnya. Untuk mengatasi kekangan ini, saya cuba memujuk pelangan saya untuk membeli produk daripada saya dengan harga yang berpatutan tanpa mengalami sebarang kerugian. Tambahan pula, persaingan sengit juga adalah salah satu cabaran yang saya hadapi semasa menjual produk. Hal ini kerana, terdapat beberapa orang rakan juga menjualkan barangan yang sama seperti saya. Oleh itu, persaingan telah muncul di antara kami. Walaubagaimanapun, persaingan ini merupakan sesuatu persaingan yang sihat dan baik.

6.0 PENDAPATAN PELANGGAN DAN CADANGAN SAYA Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan saya dan pelanggan saya bagi melariskan lagi jualan Tudung dan minyak wangi. Antaranya adalah pengeluar hendaklah menambahkan kualiti dan warna selendang di mana warna yang sedia ada tidak begitu menarik perhatian pelanggan. Pengeluar juga perlu mengeluarkan selendang yang dihiasi dengan pelbagai jenis labucik dan batu hiasan bagi menyesuaikan produk dengan fesyen terkini. Selain itu, usahawan juga perlu ada idea-idea perniagaan yang perlu dipertimbangkan, dan bakal usahawan juga haruslah bijak untuk memilih kumpulan sasaran mereka. Tambahanpula, pelangan saya berpendapat bahawa tudung-tudung yang saya jual ini boleh diletakkan dalam kotak supaya ia kelihatan lebih berjenama. Bukan itu sahaja,untuk perjualan minyak wangi pula botol yang dibekalkan perlulah lebih menarik dari segi warna dan tulisan. Manakala, wanginya perlulah diminati oleh semua jenis kaum wanita.

7.0 KESIMPULAN Kesimpulanya, saya sebagai penjual telah mempelajari banyak tentang konsep keusahawanaan ini. Saya mempelajari cara-cara untuk menarik pemerhatian pelangan untuk

menjual produk saya. Tambahanpula saya dapat ,mengetahui beberapa strategi dan teknik penjualan yang memberikan keuntungan yang lumayan.

8.0 GAMBAR-GAMBAR BARANGAN SAYA ( TUDUNG & MINYAK WANGI)

You might also like