You are on page 1of 1

PERANAN USAHAWAN KEPADA NEGARA.

assalamuaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,pada kali ini kita akan berkongsi
berkenaan peranan usahawan kepada negara.Terlebih dahulu mari kita lihat maksud
keusahawanan.'Keusahawanan' atau 'entrepreneur' di ambil dari bahasa peranchis iaitu
'entreprendre' yang bermaksud memikul atau mencuba sesuatu yang baru.Menurt Dewan
Bahasa dan Pustaka usahawan boleh di definisikan sebagai seseorang yang mempunyai
usaha,ikhtiar dalam menyempurnakan sesuatu pekerjaan.Antara kepentingan usahawan
ialah:-

Meningkatkan Ekonomi.

keusahawanan amat penting bagi meningkatkan ekonomi sesebuah negara.Hal ini


kerana,setiap usahawan akan mencipta produk-produk baharu and akan membina lebih
banyak kilang di dalam negara menyababkan penghasilan output yang banyak dan
bermutu setanding dengan negara luar akan mengurangkan kadar import dalam
negara.Lambakan atau lebihan produk di dalam negara akan di exsport keluar seterusnya
meningkatkan kadar exsport negara.Apabilla kadar ekxport melebihi kadar import negara
akan meningkatkan keuntungan.Hal ini kerana aliran wang yang masuk kedalam negara
adalah melebihi kadar wang yang keluar.

Meningkatkan Pembangunan Kawasan Terlibat.

Usahawan juga penting untuk meningkatkan pembangunan sekitar kawasan operasi


perniaggan.Hal ini di sebabkan kerana,usahawan akan memberbaiki atau membuat
infrastruktur di kawasan operasi. Sebagai contoh,usahawan yang menjalankan aktiviti
perniagaan yang berasaskan pertanian mereka hendaklah membina infrstruktur atau
kemudahan awam seperti sekolah,klinik,kediaman,jalan raya dan sebagainya bagi
melancarkan urusan perniagaan serta bagi menjaga kebajikan para pekerja.

Mengurangkan Masalah Sosial.

Pengangguran merupakan masalah sosial yang amat merisaukan pada masa kini, oleh itu
usahawan dapat menyelesaikan masalah tersebut.Hal ini kerana,seorang usahawan yang
menjalankan sesuatu perniagaan memerlukan perkerja bagi menjalankan atau melancarkan
aktiviti jualan.Dengan adanya kilang yang di usahakan oleh usahawan ini akan memberi
banyak jawatan kosong di kawasan setempat,ini kan meningkatkan taraf hidup penduduk
kawasan setempat serta kadar pengangguran juga akan turut menurun dan kes jenayah
seperti memcuri,merompak dan sebagainya akan turun berkurangan di sebabkan para
penduduk kawasan mempunyai kehidupan yang baik.

Memenuhi Permintaan dan Penawaran Pengguna.

Permintaan dan penawaran pengguna merupakan peranan seseorang usahawan.Hal ini


kerana,pengguna merupakan seseorang yang akan membeli produk atau servis yang di
cipta oleh uasahawan.Oleh yang demikian,seorang usahawan kenalah peka kepada
permintaan dan penawaran agar sentiasa menawarkan sesuatu produk atau servis yang
memenuhi permintaan penguna.Sekirangnya tidak,usahawan hanya akan menambah
lambakan produk atau servis yang sedia ada di pasaran.

Ini saja yang dapat di kongsikan pada hari ini, saya berharap para pembaca mendapat
sesuatu yang baik pada artikle saya pada hari ini.Semoga berjumpa lagi di lain hari untuk
mengtahui lebih lanjut mengenai usahawan.

You might also like