You are on page 1of 11

KONSEP DAN

KEPENTINGAN
KEUSAHAWANAN
KONSEP KEUSAHAWANAN

■ Keusahawanan adalah di antara perkara yang terpenting


kepada individu, keluarga, pembangunan masyarakat,
pembangunan negara serta agama. Ianya merupakan
satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap,
kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan
perniagaan dan perusahaan.
Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu
kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan untuk melakukan
perkara-perkara berikut :-

•Mengenalpasti peluang perniagaan


•Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya
sendiri dan orang ramai.
•Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat
memenuhi keperluan orang ramai.
■ Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha
memenuhi keperluan masyarakat.
■ Mengambil risiko yang telah diperhitungkan (calculated
risk)
■ Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran
bagi menghasilkan pembangunan ekonomi
dan kebajikan sosial.
■ Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat
pembaharuan yang boleh meningkatkan daya
pengeluaran dari masa ke semasa.
■ Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan
sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan
faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat
membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi
sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses
mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai
objektif yang dihajati.
KEPENTINGAN

■ MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA


■ MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN
■ MEMBANGUNKAN INDUSTRI SOKONGAN
■ MENYUMBANG SEBAHAGIAN PENDAPATAN KEPADA
MASYARAKAT
■ Apabila aktiviti perniagaan tersebut telah dapat
distabilkan, ianya mampu menarik minat ramai pelabur
asing daripada pelbagai Negara untuk melabur dalam
perniagaan yang usahawan tersebut jalankan. Hal yang
demikian akan meningkatkan pengaliran pendapatan ke
dalam negara kita melalui pelaburan asing dari luar
negara.
■ Peluang pekerjaan wujud kerana setiap perniagaan yang
ditubuhkan memerlukan tenaga manusia untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar
pengangguran.
■ Organisasi yang besar lazimnya memerlukan khidmat
industri sokongan bagi memastikan operasi dan aktiviti
perniagaan berjalan dengan lancar. Kweujudan industri
sokongan ini dapat mempercepat pertumbuhan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
melalui penglibatan golongan bumiputera dalam bidang
perniagaan.
■ Usahawan boleh menjalankan atau melaksanakan
tanggungjawab sosial seperti menghulurkan derma
kebajikan, menjalankan aktiviti sosial dan membina
prasarana. Semua aktiviti tersebut dapat meningkatkan
taraf hidup masyarakat. Selain itu, usahawan juga
digalakkan untuk menyokong dasar-dasar kerajaan
seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
bermatlamatkan penyusunan semula masyarakat dan
pembasmian kemiskinan.
Sekian, terima kasih…

You might also like