You are on page 1of 3

AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED

2/7
257790
K02

CAMPURAN PASARAN
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
2/7
257790
K02

a) Komen berdasarkan keratan akhbar di atas:

Berdasarkan keratan akhbar diatas, mengisahkan seorang usahawan yang


melancarkan gedung utama jualannya di Mid Valley Megamall iaitu MR D.I.Y. Trading
Sdn Bhd (MR D.I.Y.) yang diasaskan oleh Andy Chin. Beliau membuka gedung tersebut
dengan bertemakan ‘Alami Perbezaannya’.

Andy Chin iaitu ketua pemasaran MR D.I.Y. menjelaskan tema itu mencerminkan
komitmen syarikat untuk membawakan pengalaman beli-belah yang lebih menarik di
gedung MR D.I.Y. dengan memperkenalkan konsep baharu dan reka bentuk anggun dan
juga menawarkan pilihan produk paling luas pada harga yang rendah. Menurut beliau
gedung utama di Mid Valley itu dengan ruang binaan seluas lebih 15,000 kaki persegi itu
menerapkan unsur reka bentuk moden dan futuristik yang mampu membuatkan
pelanggan tertarik dan selesa. MR D.I.Y. mengambil langkah yang strategik untuk
bertapak di Mid Valley Megamall kerana ia adalah antara pusat beli-belah paling popular
dan terbesar di Malaysia. Gedung itu adalah yang ke-360 dan menandakan sebagai
mercu jaya penting bagi pertumbuhan untuk MR D.I.Y.

Gedung tersebut juga menawarkan 20,000 jenis produk menerusi sembilan


bahagian iaitu perkakasan, isi rumah, barangan eletrik, aksesori kereta, alat tulis,
mainan, hadiah, alatan sukan dan barangan kemas dan kosmetik. Selain itu, MR D.I.Y.
mengadakan kegiatan seperti majlis penyampaian hadiah peraduan Buy, Snap & Win,
MR D.I.Y. yang mana hadiah bernialai lebih RM60,000 disampaikan kepada pemenang
termasuk 10 unit iPhone X (256GB) dan baucar tunai. Selain itu, seramai 300 pelanggan
yang pertama ke gedung MR D.I.Y. Mid Valley Megamall juga akan menerima hadiah
percuma edisi terhad bernilai lebih RM3800 pada hari pelancaran. Hal ini adalah salah
satu cara untuk menarik para pelanggan untuk datang syarikat beliau.
AHMAD MUSTAQIM BIN MOHAMED
2/7
257790
K02

b) Hubungkait dengan kuliah:

pada pendapat saya, berdasarkan keratan akhbar yang dikeluarkan oleh


Utusan Malaysia pada Khamis 8 Mac 2018 yang telah menceritakan tentang seorang
usahawan yang bernama Andy Chin yang telah membuka MR D.I.Y. Trading Sdn Bhd
yang berkait rapat tentang topik pembelajaran kuliah siswaniaga 2 iaitu campuran
perniagaan.

Campuran perniagaan ialah 7P iaitu price, promotion, product, place, politic,


perception and people.7p yang pertama iaitu price, syarikat beliau menggunakan
harga yang mampu milik bagi menarik pelanggan yang sederhana mampu. Selain
itu, promotion, MR D.I.Y. seperti majlis penyampaian hadiah peraduan Buy, Snap &
Win, MR D.I.Y. yang mana hadiah bernialai lebih RM60,000 disampaikan kepada
pemenang termasuk 10 unit iPhone X (256GB) dan baucar tunai. Bahagian product
ialah syarikat usahawan tersebut menawarkan lebih 20,000 jenis produk bahagian
iaitu perkakasan, isi rumah, barangan eletrik, aksesori kereta, alat tulis, mainan,
hadiah, alatan sukan dan barangan kemas dan kosmetik. Place pula, syarikat
tersebut terletak di Mid Valley Megamall kerana ia adalah antara pusat beli-belah
paling popular dan terbesar di Malaysia dan berkemungkinan besar akan dikunjungi
ramai pelanggan untuk membeli belah. Perception pula, dengan menawarkan harga
yang berpatutan tanpa cas yang mahal, ia mampu mengubah persepsi pelanggan
bahawa barangannya adalah murah berbanding kedai yang lain. Campuran
perniagaan yang seterusnya ialah people, MR D.I.Y. menggunakan konsep dan reka
bentuk yang menonjol termasuk kaunter juruwang bagi menarik para pelanggan
dengan membuktikan bahawa syarikat beliau tidak membebankan pelanggan dan
juga memudahkan urusan mereka. 7P yang terakhir adalah politic, syarikat tersebut
menggunakan kata slogan kata yang menyatakan bahawa “kami yakin pembeli boleh
alami perbezaannya di gedung utama ini, kerana kami bertekad melakukan sesuatu
yang bermakna dalam kehidupan harian pelanggan yang dihargai” bagi menarik
minat dan meyakinkan pelanggan tersebut ke syarikat MR D.I.Y..

Akhir sekali, seorang usahawan yang berjaya, mereka sentiasa akan


menggunakan 7P ini bagi meningkatkan hasil untung pada hari jualan dan
menggunakannya untuk menarik pelanggan.

(552 patah perkataan)

You might also like