You are on page 1of 29

i.

Terangkan maksud pemasaran

Pemasaran bermaksud satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsep produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk
menggalakkan berlakunya pertukaaran yang dapat memnuhi keperluan pengguna dan pada masa
yang sama mencapai objektif organisasi. Menurut Philip Kotler, pemasaran ialah satu proses sosial
dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran
produk dan nilai antara satu sama lain. Dengan erti kata lain, pemasaran ialah proses yang
dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu
produk untuk memasar dan men.yampaikan maklumat tentang sesuatu produk untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. Tujuan pemasaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan
dengan membuat strategi penjualan. Dalam pada itu, perniagaan memerlukan strategi yang sesuai
bagi mencapai target yang disasar.

Contohnya, Syarikat Samsung Elektronik mengeluarkan produk telefon pintar boleh lipat
canggih terkini iaitu Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4 yang mana sesuai bagi semua peringkat
umur dan pendapatan. Sebagai huraian tambahan, Syarikat Samsung Elektronik melaksanakan
promosi dengan membayar artis korea yang terkenal iaitu Bangtan Sonyeondan atau lebih dikenali
sebagai BTS sebagai model telefon pintar keluaran mereka. Promosi tersebut merupakan langkah
yang bijak oleh Syarikat Samsung Elektronik kerana model-model berkenaan jelas mempunyai
pengaruh yang kuat di seluruh negara. Tambahan pula, semua peranti keluaran Syarikat Samsung
Elektronik dapat diperolehi dengan mudah di rantaian kedai-kedai Samsung berdekatan. Syarikat
Samsung Elektronik lebih menyasarkan golongan muda yang berkeinginan untuk bergaya dan
berkemampuan untuk membeli telefon pintar yang baru. Oleh kerana Syarikat Samsung Elektronik
menyasarkan pengguna dari pelbagai tahap pendapatan maka mereka menetapkan harga telefon
yang mampu milik megikut jenis produk dan kelebihan telefon pintar tersebut. Oleh itu, harga bagi
Galaxy Z Flip4 adalah RM 4328.96 manakala harga bagi Galaxy Z Fold4 adalah RM 7792.16.
Pembeli dapat membuat pilihan mengikut pendapatan dan bajet masing-masing serta reka bentuk
pilihan mereka kerana Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold4 mempunyai dua pendekatan yang sangat
berbeza sebagai telefon boleh lipat.

1
Galaxy Z Flip 4

Galaxy Z Fold 4

2
3
ii. Terangkan satu kepentingan pemasaran kepada:
a) Individu
Pemenuhan utiliti

Pemenuhan utiliti ialah memenuhi keperluan dan kehendak manusia terhadap sesuatu
produk atau perkhidmatan. Ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk
menyediakan segala keperluan yang tidak dapat diusahakan sendiri. Individu akan memilih
produk yang memenuhi citarasa yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak mereka.
Dalam konteks ini, Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau
perkhidmatan.Utiliti terdiri daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual.
Utiliti dari pengeluar menukarkan input (bahan mentah) kepada output (produk) yang
diperlukan oleh pelanggan. Manakala empat bentuk utiliti daripada pihak penjual,
pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa, dan pemilikan kepada
pelanggan.

Utiliti tempat

Tempat yang telah disediakan oleh pihak penjual yang mana boleh dikunjungi oleh
pengguna bagi memperoleh produk yang dikehendaki.

Contohnya, Aiman Hakim yang berada di sekitar Kuala Lumpur berhasrat untuk membeli
telefon pintar keluaran Syarikat Samsung Elektronik versi Galaxy Z Flip4 boleh
mengunjungi kedai Samsung yang terletak di dalam pasaraya Pavilion. Di outlet Samsung
berkenaan sudah pasti menyediakan semua keluaran produk Samsung termasuklah Galaxy
Z Flip4 yang mana dapat memudahkan beliau untuk membeli.

4
5
Utiliti bentuk

Kepelbagaian ciri seperti bentuk, warna dan saiz yang ditawarkan kepada bakal pengguna
sebelum membuat pemilihan produk.

Contohnya, Syarikat Samsung Elektronik menawarkan empat jenis warna untuk telefon
pintar Galaxy Z Flip4 iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue. Beberapa warna
yang unik tersebut dapat memberi pilihan kepada Aiman Hakim selaku bakal pengguna
untuk memilih warna pilihannya sendiri sekaligus dapat menarik minat Aiman untuk
menggunakan telefon pintar Galaxy Z Flip4.

Pink Gold Blue

6
Utiliti masa

Utiliti masa bermaksud pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa
ia diperlukan.
Contohnya, Aiman Hakim sebagai bakal pengguna telefon Galaxy Z Flip4 boleh pergi ke
outlet Samsung di Pasaraya Pavilion mengikut waktu operasi iaitu bermula pada pukul 10
a.m sehingga 10 p.m. untuk membeli telefon tersebut.

Utiliti pemilikan
Utiliti pemilikan menunjukkan bahawa pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki
sama ada secara bayaran tunai atau ansuran terhadap sesuatu produk yang dikehendaki.
Contohnya, Aiman Hakim membeli telefon Galaxy Z Flip4 yang berharga RM 4328.96
secara ansuran. Beliau membayar deposit sebanyak RM 2000 terlebih dahulu dan membuat
kontrak dengan Syarikat Samsung Elektronik untuk membayar baki secara bulanan
sebanyak RM 230 selama 12 bulan. Oleh hal demikian, Beliau masih dapat memiliki
telefon Galaxy Z Flip4 walaupun tidak membayar telefon secara bayaran tunai.

B) Organisasi

Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

Aktiviti pemasaran mampu mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan


dengan wang atau sebarang faedah. Dalam konteks ini, Syarikat perlu sentiasa mengadakan
pengubahsuaian produk untuk memenuhi keperluan produk sekaligus memastikan produk
keluaran syarikat kekal dalam pasaran. Inovasi merupakan aspek penting bagi
memanjangkan usia perniagaan sesebuah syarikat dalam suatu pasaran. Inovasi merupakan
kaedah penghasilan idea untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik
sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea
yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti
dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam
bentuk sistem, prosedur,kaedah dan cara penggunaan mahupun pengenalan teknologi.

7
Inovasi diakui secara meluas sebagai suatu pendekatan bagi syarikat untuk kekal berada di
hadapan pesaing perniagaan (Tee et al. 2012; Xia et al. 2012) dan membolehkan syarikat
berada pada kedudukan yang stabil di dalam pasaran (El Amine & Abderrezak 2013).
Inovasi juga menambah baik produk dan proses, membantu kemandirian syarikat serta
membolehkan syarikat berkembang dengan lebih cepat, lebih cekap dan akhirnya
menjadikan perniagaan syarikat lebih menguntungkan (Atalay et al. 2013). Syarikat yang
memiliki keupayaan inovasi akan bertindak balas dengan lebih cepat kepada perubahan
persekitaran berbanding dengan syarikat yang tidak mempunyai keupayaan inovasi.
Manakala, ketidakupayaan syarikat untuk berinovasi akan menyebabkan perniagaan tidak
berkembang dan akhirnya tersingkir daripada persaingan perniagaan (Yam et al. 2004)

Contohnya, Syarikat Samsung Elektronik merupakan pemimpin industri pada permulaan


era telefon pintar. Kewujudan siri Galaxy produk Syarikat Samsung Elektronik bermula
apabila Syarikat Samsung Eektronik mula bekerjasama dengan Android. Sebagai huraian
lanjut, pada bulan Mac 2010, Samsung melancarkan peranti siri Galaxy S pertama. Peranti
pertama tersebut dilengkapi dengan teknologi terbaik kelas pertama termasuklah GPU
berkuasa, paparan Super AMOLED 4 inci, dan kamera 5-megapiksel. Kewujudan Galaxy
S telah membuka mata pengguna tentang kewujudan telefon pintar tersebut dapat memberi
manfaat dalam kehidupan seharian. Berikutan daripada Galaxy S, Galaxy SII dan Galaxy
SIII turut memberikan faedah yang lebih relevan kepada pengguna yang mana telah
mengukuhkan lagi status Samsung sebagai perintis dalam industri telefon pintar.

Selama bertahun-tahun, siri Galaxy terus memecakan rekod baru, meningkatkan dan
mengembangkan pengalaman telefon pintar dengan keunikan peranti baru. Antaranya ialah
keunikan paparan tepi melengkung skrin telefon pintar buat kali pertama, mencipta skrin
yang imersif. Malahan Samsung turut mewujudkan satu inovasi yang digunakan oleh
telefon pintar keluaran syarikat lain pada hari ini iaitu ‘Infinity Display’ yang mana ia
memudahkan pengguna untuk menolak bezel ke tepi telefon, mengembangkan saiz skrin
tanpa memerlukan telefon yang lebih besar untuk mencipta pengalaman tontonan
muktamad dan tidak terganggu.

Pada tahun 2011 pula, Galaxy Note ditubuhkan oleh Samsung yang mana ia termasuk
dalam kategori peranti mudah alih yang terbaru ketika itu. Hal ini kerana, telefon pintar

8
tersebut direka dengan skrin yang besar dan diwujudkan bersama pen digital yang dikenali
sebagai S Pen. Pada masa ini, The Note memulakan kerjaya ikonik S Pen yang
menunjukkan cara baharu untuk berinteraksi dengan telefon pintar menggunakan pen
digital memperoleh perhatian orang ramai. Tambahan pula dengan peningkatan saiz skrin,
pengguna boleh menonton hiburan dan melaksanakan tugas dengan mudah. Malahan pada
tahun 2019, Samsung menggemparkan industri telefon pintar dengan memperkenalkan
telefon pintar boleh-lipat dinamakan sebagai Samsung Galaxy Fold. Samsung Galaxy Fold
hadir dengan skrin 7.3-inci yang mana boleh dilipat menjadi telefon bersaiz 4.6-inci. Ini
membolehkan pengguna menggunakannya dalam bentuk tablet atau telefon pintar. Dalam
mod tablet, pengguna boleh membuka sehingga tiga aplikasi serentak sekaligus
memudahkan proses multi-tugasan pengguna.

Dalam pada itu, Samsung bukan sahaja mengubah reka bentuk telefon pintar keluarannya.
Mereka juga meningkatkan kuasa sambungan kepada 5G untuk dipadankan dengan setiap
kelajuan dimana-mana sahaja. Sebagai huraian lanjut, kajian telah menunjukkan bahawa
bahawa 5G boleh menyampaikan data sehingga 10 kali lebih cepat daripada 4G. Ini
bermakna muat turun HyperFast, permainan mudah alih hampir tanpa lag, dan sembang
video adalah sangat lancar. Inovasi ini semangnya melayakkan Samsung untuk kekal
sebagai printis dalam industri telefon pintar.Penggunaan teknologi oleh Samsung yang
mengutamakan industri dan trailblazing telah memberi peluang kepada pengguna untuk
melakukan apa yang mereka fikir tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian, jelaslah
mengapa pengubahsuaian produk bagi memenuhi keperluan pengguna dapat memantapkan
dan memanjangkan usia perniagaan.

9
10
iii. Jelaskan dua asas segmentasi selain Asas Geografi yang boleh digunakan oleh Syarikat
Samsung Elektronik dalam memastikan produk dapat memenuhi kehendak pengguna.
a. Asas Demografi

Asas demografi merupakan pembahagian pasaran berdasarkan umur, jantina, saiz keluarga,
pendidikan, pendapatan, agama, bangsa, kewarganegaraan, kitaran hayat keluarga serta
pekerjaan. Syarikat mungkin bercadang untuk beroperasi di beberapa kawasan sahaja, atau
beroperasi di ke semua kawasan tetapi memberi perhatian kepada perbezaan geografi dari
segi keperluan dan kehendak. Demografi merupakan satu asas segmentasi yang paling
popular untuk melakukan pemetakan pengguna kerana keperluan, kehendak dan kadar
penggunaan pengguna kebiasaannya berbeza mengikut demografi mereka. Maklumat ini
penting diketahui sebelum asas-asas segmentasi yang lain boleh digunakan secara efektif
dalam membuat penilaian saiz pasaran.

i. Pendapatan

Dalam perniagaan, pendapatan adalah jumlah wang yang diperoleh atau diterima
oleh syarikat berdasarkan kegiatannya seperti penjualan produk atau perkhidmatan
kepada pelanggan. Pendapatan adalah hasil atau upah yang diperolehi oleh
masyarakat sebagai pertukaran kepada perkhidmatan yang telah dilakukan yang
boleh digunakan untuk kegunaan. Tahap penggunaan orang berbeza-beza
bergantung kepada hasil pendapatan mereka. Pendapatan adalah faktor penentu
penggunaan orang. Semakin tinggi pendapatan pengguna, semakin tinggi kuasa
beli untuk penggunaan yang mana permintaan barangan akan meningkat.
Sebaliknya, jika pendapatan lebih rendah, semakin rendah kuasa beli pengguna,
dan akhirnya permintaan barangan untuk penggunaan juga berkurangan. Oleh hal
demikian, syarikat mengkaji pendapatan sasaran penggunanya supaya dapat
mencapai target jualan.

Contohnya, Syarikat Samsung Elektronik memasarkan Galaxy Z Flip4 kepada


pelanggan yang mempunyai pendapatan sebanyak RM 10,000.00 sehingga RM
15,000.00 sebulan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka mampu membeli
telefon pintar Galaxy Z Flip4 yang berharga RM 4328.96 . Nilai harga jualan yang

11
agak tinggi tidak akan mempengaruhi pembelian mereka kerana kemampuan yang
dimiliki untuk membeli produk yang dipasarkan.

ii. Pekerjaan

Pekerjaan adalah aktiviti yang mesti dijalankan oleh semua orang demi
kelangsungan hidup mereka dan untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan dalam
kehidupan. Setiap orang bekerja, salah satunya adalah untuk memenuhi keperluan
asas mereka, kerana keperluan asas adalah keperluan yang mesti dipenuhi dan tidak
boleh ditangguhkan. Dalam konteks ini, sebagai pekerja, sudah pasti mereka akan
tertarik kepada sebarang produk yang dapat memudahkan urusan pekerjaan harian
mereka terutamanya dari segi teknologi digital seiring dengan era globalisasi kini.
Oleh itu, syarikat digital boleh menghasilkan produk-produk yang dapat
memudahkan pengguna menggunakan teknologi digital terbaru bagi memastikan
produk mereka dapat memenuhi kehendak pengguna.

Contohnya, Bella Hazel yang bekerja sebagai pengurus eksekutif akan membeli
telefon pintar boleh lipat keluaran Syarikat Samsung Elektronik versi Galaxy Z
Fold4 kerana keunikan yang terdapat pada peranti tersebut. Galaxy Z Fold 4
mempunyai ciri khas yang mana Bella Hazel sebagai pengguna boleh membuka
sehingga tiga aplikasi serentak sekaligus memudahkan proses multi-tugasan beliau
yang dapat menyelesaikan semua kerja pengguna dengan ringkas. Ianya juga hadir
dengan saiz skrin utama sebesar 7.6 inci, manakala skrin penutup ialah 6.2 inci
secara pepenjuru. Ianya amat sesuai untuk pekerja yang bekerja sebagai pengurus
eksekutif ataupun kerani kerana mereka boleh berurusan dengan mana-mana pihak
menggunakan telefon pintar tersebut dimana-mana sahaja pada bila-bila masa.

12
c. Gelagat

Segmentasi menggunakan asas gelagat adalah membahagikan pasaran kepada kumpulan


berdasarkan pengetahuan, sikap, penggunaan dan tindak balas pembeli terhadap sesuatu keluaran
atau produk. Pemasar selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas gelagat seperti status
pengguna, faedah yang dicari, tahap kesetiaan,situasi pengguna dan kadar penggunaan dalam
usaha mentakrifkan segmen-segmen yang wujud dalam pasaran.

i. Faedah yang dicari

Sebelum membuat sebarang pembelian produk, sudah pasti faedah yang bakal
diperoleh daripada barang yang ditawarkan dikaji sebelum membuat pembelian.
Malahan, sekiranya faedah yang dicari dijumpai pada produk yang dipasarkan, ia
pasti menjadi pilihan pengguna tersebut.
13
Contohnya, bagi pengguna yang lasak dan gemar mengambil foto pada waktu
malam akan berminat dan membeli telefon boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip4.
Hal ini dikatakan demikian kerana, peranti tersebut direka khas dengan skrin lipat
6.7 inci dengan Ultra Thin Glass beserta 4 Paparan lasak Flip4 yang menjadikannya
tahan lama dan tahan sehingga 200,000 kali ganda. Ianya juga hadir dengan
rintangan air.7 Z Flip4 yang membolehkannya bertahan pada kedalaman air 1.5
meter selama maksimum 30 minit. Tambahan lagi, Samsung Galaxy Z Flip4 juga
menjadikan fotografi malam lebih cerah dengan Nightography pada kamera
belakang. Butiran dalam kegelapan malam dengan piksel yang lebih besar dalam
Kamera Lebar Z Flip4 akan tampak lebih jelas dan hidup. Oleh hah demikian,
pengguna akan membeli Samsung Galaxy Z Flip4 kerana faedah yang bakal
diperolehi yang mana dapat memenuhi kehendak pengguna.

14
ii. Tahap kesetiaan

Kesetiaan pelanggan memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan


syarikat. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan mengekalkan pelanggan yang
sedia ada dan mengembangkan asas pelanggan syarikat dapat mewujudkan ekuiti
jenama yang positif. Kesetiaan pelanggan boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku
atau sikap pelanggan untuk membeli sesuatu produk jenama tertentu ke atas lain-
lain yang terdapat di pasaran untuk keperluan tertentu. Tahap kesetiaan terhadap
jenama juga boleh ditakrifkan sebagai tingkat kepercayaan pelanggan terhadap
sebarang produk yang dikeluarkan oleh sesebuah jenama.Oleh hal demikian,
syarikat mestilah terus mempromosikan produk keluaran mereka sebagai produk
yang berkualiti tinggi dan terbaik di pasaran. Kesannya, pelanggan akan membeli
semula atau mengguna semula produk jenama yang sama pada masa hadapan tanpa
menghiraukan jenama lain. Tahap kesetiaan menunjukkan sejauh mana jenama
dilindungi bentuk pesaing

15
Contohnya, pelanggan yang setia dengan produk Samsung akan terus menjadikan
produk keluaran Samsung sebagai pilihan walaupun diberi pilihan daripada
pelbagai lagi jenama produk yang lain. Syarikat Samsung Elektronik perlu
menjalankan program promosi seperti pengiklanan untuk mewujudkan dan
membina kesetiaan pengguna terhadap produk mereka. Tanpa program
pengiklanan yang baik, maka pengguna tidak akan mengenali dan mempunyai
sebarang ingatan terhadap kebaikan yang ditawarkan oleh Samsung. Oleh itu,
pengurus Syarikat Samsung Elektronik perlu memberi jaminan bahawa produk
yang dikeluarkan oleh Samsung juga adalah setanding dengan jenama-jenama lain
untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk Samsung sekaligus
menarik minat pengguna yang lebih ramai.

iv. Jelaskan bagaimana faktor berikut boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna
terhadap produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Samsung Elektronik:
a. Faktor budaya

Kumpulan manusia yang berkongsi sistem nilai yang sama berdasarkan pengalaman hidup
atau situasi yang dipengaruhi oleh kebiasaan dan kepercayaan berdasarkan kawasan
geografi, warganegara, agama, etnik dan bangsa. Selalunya faktor budaya akan diwariskan
dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ianya akan mempengaruhi keputusan

16
pengguna dalam memilih dan membeli produk yang ingin digunakan. Setiap budaya
mempunyai sub budaya. Sub budaya merupakan sesuatu kumpulan didalam masyarakat
yang mempunyai kelainan tertentu yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman
kehidupan yang sama.

Kelas sosial

Merujuk kepada susunan kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat yang


dibahagikan secara umum kepada tiga iaitu masyarakat kelas atasan, pertengahan dan
bawahan. Pengkelasan hierarki ini disebabkan perbezaan dari aspek tingkat pendapatan,
status pekerjaan dan tahap pendidikan dikalangan masyarakat. Dalam konteks ini,
pengguna dalam kelas sosial yang sama akan berinteraksi di antara satu sama lain sama
ada secara formal atau tidak formal. Pengguna dalam kelas sosial yang berbeza akan
menunjukkan gelagat pembelian yang berbeza berdasarkan kelas sosial masing-masing.
Terdapat tiga kelas sosial iaitu golongan atasan, golongan pertengahan dan golongan
bawahan. Golongan atasan terdiri daripada orang kaya dan juga ahli-ahli korporat. Mereka
mendapat kekayaan hasil titik peluh mereka. Golongan pertengahan pula terdiri daripada
kelas tentera dan kakitangan kerajaan dan kelas bawahan terdiri daripada orang biasa.

Contohnya, Dato’ Ricky Man yang mana merupakan golongan atasan akan membeli
Samsung Galaxy Flip4 yang bernilai RM 4328.96. Hal ini demikian kerana, selain daripada
kemampuan beliau untuk membeli telefon lipat yang mahal,beliau juga perlu menjaga
imejnya kerana beliau bukanlah orang biasa . Penggunaan telefon Samsung Galaxy Flip4
akan menampakkan bahawa Dato’ Ricky Man seorang yang berkelas dan gah kerana
nilainya yang tinggi dan ia merupakan keluaran terbaru daripada syarikat terkenal yang
berjenama iaitu Syarikat Samsung Elektronik

17
b. Faktor sosial

Sosial adalah segala aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat dan juga pergaulan yang
diperlukan bagi mempengaruhi keputusan pembelian pengguna. Hal ini dapat dibuktikan
apabila ramai pengguna kini yang akan bertanya tentang maklum balas yang diberikan
tentang sesuatu produk terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembelian. Faktor
sosial terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan rujukan, ahli keluarga serta peranan dan status
pengguna.

Kumpulan rujukan

Kumpulan rujukan merupakan pihak yang dijadikan sebagai rujukan oleh seseorang dalam
membentuk sikap atau kelakuannya dalam membuat keputusan pembelian seperti rakan,
selebriti, jiran, guru dan ramai lagi individu yang boleh dipercayai. Pengguna akan melihat
maklum balas oleh individu yang dirujuk tentang sesuatu produk itu untuk memastikan

18
bahawa produk yang akan dibeli itu adalah berkualiti dan sesuai citarasa mereka. Hal ini
akan dapat mempengaruhi keputusan pembelian pengguna melalui dorongan dan desakan
yang diberikan. Dalam pada itu, minat terhadap seseorang selebriti juga akan
mempengaruhi pembelian sesuatu produk. Hal ini kerana penggunaan sesuatu produk oleh
selebriti yang terkenal dan diminati ramai mampu menggalakkan penggunaan sesuatu
produk.

Contohnya, Lee Sun-Mi atau lebih dikenali sebagai Sunmi merupakan selebriti terkenal
Korea Selatan yang setia dengan produk keluaran Samsung dan sering memuat naik
gambar bersama peranti boleh lipat versi Galaxy Z Flip4 miliknya itu di media sosial.
Gambar yang dimuat naik oleh beliau menunjukkan bahawa kualiti gambar pada waktu
malam adalah jelas yang mana membuktikan bahawa kamera telefon tersebut amatlah
berkualiti. Hal ini telah menarik minat peminat-peminat beliau untuk turut
menggunakannya. Malahan, ianya juga memberikan keyakinan terhadap peminat Sun Mi
untuk membeli produk berkenaan kerana selebriti yang diminati mereka memberikan
jaminan terhadap produk berkenaan.

c. Faktor Peribadi
19
Keperibadian boleh menjadi pembolehubah yang sangat berguna dalam menganalisis
tingkah laku pengguna. Keputusan pembelian dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi seperti
umur dan kitaran hayat keluarga (Family Life Cycle), kedudukan ekonomi, personaliti serta
pekerjaan.

Kedudukan ekonomi

Situasi ekonomi individu akan mempengaruhi pilihan produk. Situasi ekonomi individu
dipengaruhi oleh tahap pendapatan seseorang pengguna seperti pendapatan boleh guna,
simpanan, aset dan lain-lain. Pemasar yang sensitive terhadap pendapatan akan
memerhatikan tren dalam pendapatan peribadi, simpanan dan kadar bunga atau kadar
faedah simpanan. Jika keadaan ekonomi meleset pemasar akan mengambil langkah untuk
meletakkan harga baharu bagi produk yang dipasarkan.

Contohnya, pengguna yang mempunyai pendapatan yang tinggi sebanyak RM10,000


hingga RM15,000 sebulan akan membeli telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip4 yang
berharga RM 4328.96 . Hal ini dikatakan demikian, selain daripada kelebihan dan
keistimewaan yang ada pada peranti boleh lipat tersebut, ,mereka juga mampu untuk
memiliki peranti tersebut tanpa bebanan dari segi kewangan.

d. Faktor Psikologi

20
Psikologi adalah kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung
dengan manusia dan haiwan. Psikologi akan mempengaruhi pemikiran pengguna terhadap
pembelian yang akan dilakukan. Pengguna akan berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa
pembelian dan pihak pemasar akan bermain dengan psikologi pengguna. Syarikat
pemasaran akan mengeluarkan produk yang sesuai dengan keinginan psikologi logikal
yang diinginkan oleh pengguna. Faktor psikologi terbahagi kepada empat perkara iaitu
motivasi diri, persepsi terhadap produk, pengalaman dan tahap kesetiaan pengguna.

Contohnya, Syarikat Samsung Elektronik mengeluarkan peranti elektronik yang


mempunyai reka bentuk menarik, prestasi berkuasa tinggi, saiz storan yang besar, kamera
pro-gred dan ketersambungan ekosistem yang lancar. Model baharu keluaran Samsung,
Galaxy Z Flip4 mempunyai cip paling berkuasa pada Samsung Galaxy boleh lipat yang
mana menjadikan permainan dan multitasking berjalan dengan lancar, Samsung Knox
dibina ke dalam perkakasan dan perisian telefon yang melindungi dengan lapisan atas
lapisan keselamatan untuk memastikan data peribadi pengguna selamat serta cap jari sisi
untuk membuka skrin utama dengan cepat dan tepat. Syarikat Samsung Elektronik
meletakkan harga yang setimpal dengan apa yang ditawarkan membuatkan pengguna akan
setia dengan produk mereka. Hal ini kerana pengalaman baik, iaitu mendapat kualiti
barangan yang terbaik dengan harga yang mampu milik, pengguna akan menjadi setia
terhadap produk mereka.

v. Huraikan lima langkah yang terlibat dalam proses pembelian produk (telefon) oleh pengguna
akhir.

1. Mengenal pasti keperluan

Mengenal pasti keperluan pelanggan merupakan langkah yang amat penting dalam
pembangunan strategi jualan. Keupayaan untuk mengenal pasti semua keperluan
pelanggan berpotensi dengan betul membolehkan pemasar mencari sepenuhnya
pendekatan individu untuk setiap pelanggan, yang membuat keputusan untuk
menggunakan perkhidmatan atau membeli produk yang dikeluarkan. Semasa

21
pengiktirafan keperluan, pengguna perlu mengenalpasti masalah atau keperluan yang boleh
dipenuhi oleh produk atau perkhidmatan yang sedia ada di pasaran. Setelah keperluan
dikenalpasti, pengguna akan terdorong untuk mencari banyak maklumat. Keperluan ini
boleh terhasil daripada dua rangsangan iaitu dalaman dan luaran. Ransangan dalaman
merujuk kepada faktor dalaman yang menyebabkan pengguna memerlukan sesuatu produk
seperti perasaan akan keperluan telefon pintar bagi setiap individu pada masa kini sebagai
alat perhubungan, pemberi akses kepada informasi dengan cepat dan tepat dan sebagainya.
Bagi rangsangan luaran pula merujuk kepada faktor luar yang menyebabkan pengguna
merasakan mereka perlu sesuatu produk seperti pengaruh daripada iklan ,media sosial atau
pun drama.

Contohnya, Mohd Arief menjadikan penstrim permainan atau gaming streamer sebagai
satu profesion seawal 19 tahun menjadikan Mohd Arief seorang yang popular di media
sosial. Oleh hal demikian, beliau amat memerlukan telefon pintar keluaran Samsung versi
Galaxy Z Fold4 kerana telefon pintar boleh lipat tersebut mempunyai ciri-ciri yang
diperlukan oleh seseorang gamers yang mana skrin Galaxy Z Fold 4 adalah 6.2” di luar
(Dynamic AMOLED 2X 120Hz ) dan 7.6” di dalam (Dynamic AMOLED 2X 120Hz,
HDR10+ ). Keluasan skrin yang ada pada telefon pintar tersebut memudahkan Arief untuk
stream permainan yang dimainkan secara langsung kerana skrin yang besar menampakkan
animasi permainan yang jelas kepada pengguna. Malahan, Galaxy Z Fold4 juga didorong
oleh 5G yang mana Hyperfast 5G membolehkan pengguna menghantar dan menerima fail
besar dalam sekelip mata. Bagi Arief, beliau memerlukan Hyperfast 5G untuk membuat
siaran langsung permainan dalam talian dengan lancar tanpa gangguan internet.

22
2. Mencari maklumat

Proses ini melibatkan penggunaan wang, masa dan tenaga. Penggunaan biasanya
mengambil masa yang lama dan melakukan pencarian secara intensif sekiranya pembelian

23
yang hendak dilakukan melibatkan kos yang tinggi. Maklumat berkaitan produk yang
dicari boleh diperolehi daripada beberapa sumber. Antaranya ialah sumber peribadi seperti
keluarga, rakan sebaya, jiran, sahabat dan kenalan. Seterusnya, sumber komersil seperti
pengiklanan, jurujual, agen pedagangan, bungkusan dan pameran. Selain itu, sumber awam
iaitu media massa seperti Instagram, Facebook, Tiktok, E-dagang dan majalah. Seterusnya,
pengalaman sendiri melalui ujian dan penggunaan produk.

Contohnya, Mohd Arief selaku penstrim permainan atau gaming streamer amat
mementingkan pencarian maklumat berkaitan telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold4
melalui sumber awam iaitu media massa sebelum melakukan pembelian terhadap produk
tersebut. Mohd Arief perlu membuat carian maklumat terlebih dahulu sebelum membeli
agar pembelian yang dibuat dapat memenuhi keperluannya sebagai seorang gaming
streamer dan berbaloi dengan harga yang akan dibayar. Arief juga perlu mengkaji terlebih
dahulu kelebihan dan keburukan apabila menggunakan produk tersebut. Dengan ini, Mohd
Arief meneliti Samsung Galaxy Z Fold 4 melalui Youtube dengan melihat video yang
memaparkan ulasan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna produk tersebut. Melalui
pemerhatian Mohd Arief berdasarkan video-video pengalaman pengguna di Youtube,
beliau akan berasa yakin untuk melakukan pembelian peranti boleh lipat Samsung Galaxy
Z Fold 4 sekiranya ulasan-ulasan tersebut dapat menyakinkan Mohd Arief sebagai bakal
pengguna. Namun begitu, sekiranya Mohd Arief masih ragu-ragu untuk membeli produk
tersebut, beliau akan membatalkan niatnya dan cuba meneroka produk keluaran jenama
lain. Ini secara tidak langsung membantu Arief dalam membuat pilihan terbaik sebelum
melakukan pembelian.

24
3. Menilai Alternatif

Alternatif bermaksud pilihan lain. Pengguna akan mencari alternatif lain dengan melakukan
penilaian dan perbandingan dari aspek kepentingan, tahap kewangan, ciri-ciri produk, kepercayaan
terhadap jenama dan tahap kepuasan yang bakal dimiliki. Penilaian alternatif ini amat diperlukan
untuk memberi peluang kepada pengguna untuk memilih produk yang dapat memberi kemudahan
serta kepuasan dalam diri pengguna. Menilai alternatif melibatkan proses meletakkan pemberat dan
pilihan keutamaan terhadap produk yang hendak dibeli.

Contohnya, Mohd Arief melakukan penilaian alternatif dengan membandingkan produk yang
diinginkan itu iaitu peranti boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold 4 dengan beberapa lagi jenama
telefon pintar boleh lipat keluaran jenama lain seperti Huawei dan Oppo. Perbandingan tersebut
dilakukan agar Mohd Arief dapat membandingkan kelebihan dan kekurangan yang ada pada telefon
pintar boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold dengan jenama yang lain. Dengan ini, Mohd Arief,
mampu melakukan pilihan yang tepat yang mana dapat memenuhi apa yang diperlukan ,
memudahkan kerjanya sebagai gaming streamer sekaligus menepati cita rasa beliau tanpa berlaku
sebarang penyesalan.

25
Ciri – ciri/ Jenama SAMSUNG HUAWEI OPPO
Samsung Galaxy Z HUAWEI Mate X2 OPPO Find N2 Flip
Fold 4

Model

Harga
-RM 6799 (256 GB) -RM 7778 (256GB) -RM 3965 (256GB)
- RM 7792.16( 512 GB) -RM 8553 (512 GB) -RM 5000 (512GB)
- RM 8299 (1 TB)

Saiz skrin 7.6 inci 8.0 inci 7.1 inci

Muatan Dalaman -128GB + 8GB RAM -256GB+8GB RAM -256GB + 12GB RAM
(Storage) + RAM -256GB + 8GB RAM -512GB+8GB RAM -512GB + 16GB RAM
-512GB + 8GB RAM
Kelebihan -Disertakan bersama S -Pelbagai sentuhan - Tiga kamera
Pen (multi-touch)
- Hyperfast 5G -Membuka telefon - Membuka telefon
-30 kali zoom kamera dengan cap jari dengan cap jari
- Membuka telefon
dengan cap jari
- Kalis air
- Paparan 120HZ

Pilihan warna -Graygreen -Crystal Blue -Hitam


-Phantom Black -Crystal Pink -Putih
-Beige -Hitam -Hijau
-Putih

Kapasiti bateri 4400mAh 4500 mAh 4520 mAh

26
4. Membuat Keputusan Pembelian

Sekiranya pengguna membuat keputusan pembelian ini bermakna pengguna membeli


berdasarkan jenama yang paling digemarinya. Dua faktor yang timbul di antara niat
membeli dengan keputusan membeli adalah sikap orang lain seperti pandangan orang
terdekat terhadap produk dan faktor situasi tidak dijangka seperti contohnya seorang
pengguna yang mepunyai niat untuk membeli tetapi tiba-tiba mendapat tahu tentang
kemerosotan fungsi produk tersebut. Pengguna boleh membuat keputusan pembelian
berdasarkan faktor-faktor seperti pendapatan dijangka, harga dijangka dan kebaikan
keluaran yang dijangka. Walau bagaimanapun niat untuk mebeli tidak semestinya
mewujudkan pembelian . Keramahan jurujual yang menerangkan tentang kebaikan produk
juga mampu menyebabkan pengguna memutuskan untuk membeli sesuatu produk. Dalam
konteks ini, keputusan pembelian merujuk kepada tahap di mana pembelian dilakukan dan
urus niaga berlaku antara pembeli dan penjual. Pembelian dilakukan setelah kedua-dua
pihak bersetuju dari segi harga dan barangan yang hendak dibeli.

Contohnya, setelah Mohd Arief selesai menilai dari aspek kewangan dengan
membandingkan beberapa buah telefon pintar boleh lipat dari tiga buah jenama, beliau
mula merasakan bahawa memilih telefon pintar Galaxy Z Fold4 daripada keluaran Syarikat
Samsung Elektronik adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana, Syarikat Samsung
Elektronik menawarkan harga mampu milik dan berpatutan iaitu RM 7792.16 yang dengan
skrin utama 7.6 inci untuk muatan dalaman (storage) sebesar 256GB. Bagi aspek
kepentingannya pula, Mohd Arief telah mengkaji dan meyakini bahawa fungsi telefon
pintar ini yang mempunyai rangkaian hyperfast 5G dapat memudahkan kerjanya sebagai
seorang penstrim permainan atau gaming streamer untuk membuat siaran langsung
permainan dalam talian dengan lancar tanpa gangguan internet. Malahan, skrin utama
sebesar 7.6 inci amatlah sesuai baginya untuk menggunakannya setiap hari kerana tidak
terlalu besar dan tidak terlalu kecil berbanding dengan telefon pintar boleh lipat yang lain.
Selain itu, Mohd Arief tertarik untuk membelinya kerana model ini merupakan model
pertama telefon pintar boleh lipat kalis air. Oleh itu, Mohd Arief telah membuat keputusan
untuk membeli Galaxy Z Fold4 ini. Arief boleh mendapatkannya di rangkaian kedai-kedai

27
Syarikat Samsung Elektronik atau melalui aplikasi-aplikasi e-dagang seperti Shopee,
Lazada dan sebagainya.

5. Gelagat selepas pembelian.

Gelagat selepas pembelian merujuk kepada kelakuan pengguna selepas membuat


pembelian. Setelah membeli pengguna mungkin akan mencapai kepuasan atau tidak
mencapai kepuasan terhadap produk atau perkhidmatan yang telah dibelinya. Ia bergantung
kepada perhubungan di antara jangkaan pengguna dengan prestasi sebenar produk yang

28
dibeli. Kadang kala selepas membuat pembelian terutamanya yang melibatkan kos yang
mahal, pengguna akan mengalami kegelisahan terhadap kelemahan-kelemahan jenama
pilihannya dan kehilangan faedah-faedah dari jenama yang tidak dipilih. Kegelisahan ini
dipanggil sebagai kesumbangan kognitif. Pemasar boleh membantu pengguna mengatasi
konflik ini dengan menyediakan khidmat jaminan, polisi pulangan wang dan perkhidmatan
selepas pembelian untuk menunjukkan komitmen pemasar sepanjang proses keputusan
membeli dibuat. Namun begitu, jika pengguna berpuas hati, pengguna akan menunjukkan
gelagat yang positif terhadap produk yang dibeli dengan mengesyorkan produk tersebut
kepada orang lain untuk bersama-sama merasai kelebihan yang diperolehi apabila
menggunakan produk tersebut.

Contohnya, Mohd Arief sangan berpuas hati dengan produk keluaran Syarikat Samsung
Elektronik model Galaxy Z Fold4 yang dibeli olehnya. Beliau mendapati bahawa siaran
langsung permainan yang dibuat berjalan lancar. Skrin telefon tersebut yang besar apabila
dibuka lipatan dapat menjadikan Arief bermain dengan selesa kerana animasi menjadi lebih
jelas dan besar. Oleh itu, beliau memuat naik gambarnya bersama telefon tersebut di media
sosial dengan memberitahu bahawa dia berpuas hati atas pembelian telefon boleh lipat
tersebut dan mengesyorkan telefon pintar itu kepada peminat-peminatnya dan juga kawan-
kawannya yang juga merupakan penstrim permainan. Malahan, jaminan waranti selama
setahun daripada Syarikat Samsung Elektronik membuatkan Mohd Arief bertambah yakin
dengan produk tersebut dan mengesyorkan telefon itu kepada kenalannya yang lain tanpa
ragu-ragu.

29

You might also like