You are on page 1of 6

Kesan Terhadap Strategi Kemasukan Domino’s Pizza Ke

Malaysia, Cabaran-Cabaran Perniagaan,Lini Produk Dan Kitaran


Hayat Produk Domino’s Pizza.
1.0 PENGENALAN

Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang melibatkan dua pihak atau


pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain melangkaul sempadan
geografi dan politik untuk mencapai objektif organisasi atau syarikat.
Domino’s Pizza adalah syarikat penghantaran Pizza No. 1 di dunia dan pakar
penghantaran piza yang tidak dipertikaikan. Syarikat ini mempunyai model
perniagaan dan operasi yang unik dan merupakan perintis dalam industri makanan
segera. Sejak 1960, Domino's Pizza telah berjaya berkembang daripada 3 cawangan di
Amerika Syarikat kepada 9,350 kedai yang beroperasi di tujuh puluh negara. Operasi
Domino di Malaysia dan luar negara menggunakan model francais. Syarikat induk,
Domino's Pizza LLC mempunyai ibu pejabat di Michigan, Amerika Syarikat. Ia
mengekalkan kawalan keseluruhan ke atas penyumberan dan pembekalan bahan
mentah kepada francais induk dan menguatkuasakan kualiti perkhidmatan dan produk
yang dijual.
Namun begitu, terdapat juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh Domino's
Pizza, seperti politik dan perundangan, ekonomi, sosial budaya dan struktur organisasi
yang berbeza.
Seterusnya, tentang produk Domino’s Pizza di Malaysia, didatangkan dengan 3 Sos
Pizza Signature seperti Sos Domino’s Signature, Sos Sambal Pedas dan Sos Rahsia
Teratas.Domino’s Pizza juga menyediakan pelbagai jenis pesanan sampingan seperti
Chicken Wings BBQ, Spaghetti Bolognese, Chicken Lasagna, Garlic Twisty Bread,
Garlic Cheese Onion Rings, BreadStix, Banana Kaya Desert, dan lain-lain.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan strategi kemasukan Domino’s
Pizza ke Malaysia,mejelaskan cabaran cabaran perniagaan di Malaysia. Kajian ini
turut dilakukan bagi menjelaskan lini produk Domino’s Pizza dan kitaran hayat
produk.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk :-


a. Menjelaskan strategi kemasukan Domino’s Pizza ke dalam perniagaan
antarabangsa
b. Menjelaskan cabaran-cabaran perniagaan yang dihadapi oleh dari aspek:
i. Struktur organisasi
ii. Kawalan pengurusan
iii. Politik dan perundangan
iv. Ekonomi
v. Sosiobudaya
c. Menjelaskan lini produk Domino’s Pizza dari aspek:
i. Kedalaman produk dan
ii. Kelebaran produk
d. Menjelaskan kitaran hayat salah satu produk Domino’s Pizza
3.0 LATAR BELAKANG
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan bahagian yang menjelaskan cara pengumpulan data yang
digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian juga dikenali sebagai metodologi kajian, ia
terdiri daripada analisis teoritis mengenai kaedah dan prinsip yang berkaitan dengan
cawangan pengetahuan. Biasanya, Metodologi kajian merangkumi konsep seperti
paradigma, model teori, fasa dan teknik kuantitatif atau kualitatif. Manakala, Kaedah
kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif dengan data
sekunder.Pendekatan kualitatif tidak melibatkan maklumat atau data yang berangka.
Data sekunder adalah data yang merujuk kepada sesuatu bahan rujukan. Contohnya
ialahseperti buku dari perpustakaan, internet dan sebagainya.Pengajian ini
melaksanakan kerja kursus ini menggunakan maklumat daripada data sekunder.

4.1 DATA SEKUNDER

Pengaji mengenalkan tiga data sekunder bagi mendapatkan maklumat iaitu :


a.) Rujukan Kepustakaan

Pengkaji mendapatkan maklumat tentang maksud perniagaan antarabangsa dan


cabaran perniagaan yang dihadapi oleh Domino’s Pizza melalui buku international
business yang ditulis oleh Ricky W Griffin dan Michael W Pustay.

b.) Laman Sesawang

Pengkaji mrnggunakan laman web sesawang untuk mendapatkan maksud


perniagaan antarabangsa iaitu, import, eksport, pelesenan, francais, kontrak
pengeluaran, usaha sama, operasi serah kunci dan subsidari.Pengkaji juga
menggunakan laman web untuk mendapatkan maklumat tentang cabaran yang
dihadapi oleh Domino’s Pizza di Malaysia. Selain itu, pengkaji mendapatkan
maklumat tentang lini produk dan kitaran hayat produk Domino’s Pizza melalui
laman sesawang.

c.) Berita televisyen

Pengkaji memperolehi maklumat tentang produk baharu Domino’s Pizza di


Malaysia melalui iklan televisyen.
5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Strategi Kemasukan Domino’s Pizza Ke Dalam Perniagaan Antarabangsa


Strategi perniagaan Antarabangsa adalah
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengaji strategi yang dilaksanakan oleh Domino’s
Pizza iaitu francais.

You might also like