You are on page 1of 1

961220-14-6937

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemahaman tentang campuran
pemasaran yang diamalkan oleh Dominos Pizza International iaitu produk, penetapan
harga dan promosi. Kajian ini mempunyai enam objektif yang perlu dicapai iaitu
mengenal pasti atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, lini produk, pendekatan
penentuan harga secara umum, penentuan harga produk baharu, campuran promosi
dan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC) yang diaplikasikan oleh Dominos Pizza
International. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk sekunder untuk mencari
data-data yang berkaitan. Kajian ini telah menggunakan sumber Internet, surat khabar,
buku rujukan dan sebagainya. Hasil kajian ini menunjukkan Dominos Pizza
International telah menggunakan atribut produk, penjenamaan dan pembungkusan
dalam elemen produk. Tambahan pula, penetapan harga yang diaplikasikan oleh
Dominos Pizza International ialah penetapan harga secara umum berasaskan
persaingan dan penentuan harga produk baharu iaitu strategi harga penarahan pasaran
dan harga penembusan pasaran. Selain itu, promosi yang diaplikasikan oleh Dominos
Pizza International ialah campuran promosi seperti pengiklanan, promosi jualan dan
perhubungan awam. Komunikasi pemasaran bersepadu (IMC) yang digunakan oleh
Dominos Pizza International ialah Groupon, Buck I.D, media sosial seperti
Facebook, Twitter, Forusquare dan e-mel yang merupakan saluran komunikasi
pemasaran untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang produk Dominos Pizza
International kepada pengguna sasaran.

ii

You might also like