You are on page 1of 5

SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

CABARAN FREEBIE

Menurut Kamus Cambridge “freebie” membawa maksud


sampel percuma produk makanan atau kecantikan yang diberikan
kepada pengguna di pasar raya, kedai runcit dan tempat membeli-belah
yang mana ia bebas daripada kos. Tujuan sampel percuma adalah
untuk membiasakan pengguna dengan produk baru, sama dengan
konsep pemantauan ujian, di mana seorang pelanggan dapat mencuba
sesuatu produk secara percuma sebelum melakukan pembelian. Selain
itu, kaedah pemberian sampel percuma agak menelan kos bagi pemasar
namun penukaran kepada jualan setinggi 90% menjadikan ia salah satu
strategi pemasaran utama bagi pasaran tertentu. Dengan adanya
strategi ini, pemasar boleh mewujudkan pelanggan setia dan membantu
dalam melancarkan pemasaran produk melalui kaedah mulut ke mulut.
Justeru, banyak syarikat kini menawarkan sampel percuma melalui
laman web mereka untuk menggalakkan pengguna menggunakan
produk secara teratur dan mengumpulkan data untuk senarai mel bagi
pelanggan yang berpotensi. Bagi menganjurkan Program Mount Jerai
Challenge pada 28 Mac 2020, saya selaku penolong pengerusi
diberikan tugas untuk mendapatkan sampel Fitness Bar dari Nestlé
secara percuma untuk diedarkan kepada peserta program seramai 150
orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya memilih syarikat
Nestlé, sebuah syarikat makanan dan minuman terbesar di dunia yang
berpangkalan di bandar Vevey yang mana telah diasaskan lebih
daripada 150 tahun yang lalu dan berjaya memasarkan produknya di
190 buah negara di seluruh dunia. Tujuan utama Nestlé adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang
lebih sihat. Nestlé juga mempunyai lebih daripada 2,000 rangkaian
produk yang terdiri daripada ikon global seperti Nescafé, MILO dan
MAGGI.

1|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

Seterusnya, bagi mendapatkan sampel Fitness Bar secara


percuma saya perlu melalui proses perundingan dengan pihak Nestlé
dimana ia merupakan satu proses menyatukan pendapat yang berbeza
kepada satu kedudukan sepunya, di bawah satu bentuk peraturan yang
membawa kepada satu keputusan bersama. Saya mulakan dengan
menghantar email kepada pihak Nestlé untuk menyatakan tujuan email
saya adalah bagi memohon sumbangan berupa produk untuk
kecergasan untuk expedisi yang bakal dijalankan. Ia mengambil masa
selama 24 jam untuk pihak Nestlé memberi maklum balas berkaitan
dengan permohonan. Selepas komunikasi secara bukan lisan itu, saya
dikehendaki menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pihak
Nestlé bagi tujuan penyaluran produk keluar. Hal ini dapat
memperlihatkan bahawa perundingan dapat ditakrifkan sebagai proses
tawar menawar dalam usaha mewujudkan satu matlamat bersama
berdasarkan kepada hasil yang akan diperolehi daripada sesuatu
perundingan. Kemudian, saya menggunakan komunikasi secara lisan
dimana saya perlu berunding dengan pihak pemasaran Nestlé bagi
mendapatkan produk keluaran mereka, kami menggunakan perbualan
telefon untuk maklumbalas serta mengadakan pertemuan bagi memberi
kata putus dan mengemukakan maklumat penting bagi mencapai
matlamat masing-masing.

Melalui cabaran freebie, saya dapat menimba pengalaman


dalam membuat rundingan dengan syarikat besar. Terdapat beberapa
langkah yang saya guna pakai ketika berunding dengan pihak
pemasaran Nestlé. Antaranya adalah mendefinisikan isu yang hendak
dirundingkan, mengenalpasti isu utama dan perkara yang akan
dirundingkan, mengenalpasti hasrat yang ingin dicapai dan
mengenalpasti kekangan dan alternatif. Langkah lain juga saya aplikasi
kan seperti mengenalpasti matlamat dan perkara yang boleh

2|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

dirundingkan, mengenalpasti implikasi undang-undang dan konteks


sosial dalam perundingan, menganalisa pihak lawan dan perancangan
pembentangan isu serta strategi mempertahankan matlamat. Tambahan
pula, ilmu yang telah dipelajari ini dapat digunakan dan di aplikasi
dalam situasi sebenar. Hal ini dapat dilihat ketika perundingan
dijalankan bersama Nestlé dimana saya perlu mengaplikasikan ternik
mencerap atau mendengar kerana kami lebih banyak berhubung
melalui telefon. Selain itu, saya juga perlu menyetahui jenis soalan
yang dikemukakan oleh pihak mereka. Disamping itu, saya turut
menggunakan teknik pemujukan bagi memperolehi produk secara
percuma bagi menjayakan program yang akan berlangsung pada 28
Mac 2020 nanti.

Bagi mencapai kata sepakat, kerjasama antara dua pihak sangat


diperlukan kerana ia merupakan strategi ideal malah bukan sahaja
mengambil kira keperluan dan kepentingannya, bahkan keperluan
pihak yang satu lagi (Devito, 2009). Disini saya terpaksa hadapi
perkara paling mencabar kerana memerlukan perhatian dan komitmen
yang tinggi oleh kedua-dua pihak dan memakan masa untuk bersedia
dalam berkomunikasi. Strategi ini biasanya menghasilkan kepuasan
kerana berada pada situasi “saya menang dan anda pun menang”.
Selepas keputusan dibuat, pihak Nestlé memberi saranan agar dapat
dalam beramal sambil mempromosikan produk keluarannya, pihak
kami diminta untuk mempamerkan jenama Nestlé sepanjang aktiviti
dijalankan. Jesteru, pihak kami pula menawarkan kepada pihak Nestlé
untuk mempamerkan logo syarikat mereka pada banner, bunting,
streamer dan poster sebagai kolaborasi. Selain itu, kami juga
menawarkan 1 jam untuk pihak Nestlé memberi keterangan berkaitan
khasiat produk keluaran mereka dan sesi berkongsi maklumat
berkaitan kesihatan oleh jurucakap mereka kepada para peserta. Ia

3|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

bertepatan dengan falsafah pertama Nestlé iaitu syarikat mereka akan


menjadi syarikat multinasional terkemuka dalam makanan,
pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan. Antara ciri-ciri komunikasi
perundingan yang saya perolehi disituasi ini ialah terdapat lebih dari
dua pihak yang akan membuat tawar menawar, terdapat percanggahan
matlamat antara mereka atau wakil yang membuat perundingan, dan
perundingan berlaku kerana pihak yang berunding percaya bahawa
mereka mampu mempengaruhi untuk mencapai matlamat akhir
mereka. Dalam keadaan ini salah seorang perunding akan mengalah.
Tambahan pula, kecenderungan untuk mencapai persetujuan hasil
daripada hujahan tentang hak yang diperjuangkan, wujud unsur
bertolak ansur serta perundingan melibatkan pengurusan sesuatu yang
tidak nyata (di sebalik kejayaan atau tolak ansur terhadap sesuatu
perkara) dan mengekalkan yang nyata (hasil yang pasti diperolehi
daripada perundingan itu).

Kesimpulannya, Pihak Nestlé bersetuju untuk menyumbang


produk Fitness Bar keluaran mereka untuk Program Mount Jerai
Challenge yang bakal diadakan pada 28 Mac 2020 ini membuktikan
betapa pentingnya mengkoordinasikan perundingan bagi membolehkan
kedua-dua pihak bertukar-tukar maklumat, menyatakan hasrat dan
kehendak masing-masing. Dalam komunikasi perundingan, selalunya
apa yang menjadi fokus utama ialah isu-isu penting dan substantif
kerana perunding akan kenalpasti maklumat tentang pihak lawan
terlebih dahulu. Kajian mendapati, semakin kompetitif atau
komfliktual mereka rasakan atau persepsikan hubungan itu semakin
kuat juga dirasakan wujudnya ketidaksamaan dan ketidakadilan (Molm
et.al dlm Tubbs & Moss, 2010). Selain itu, saya mendapati kemahiran
bertanya dalam perundingan juga penting untuk memastikan
kelancaran proses perundingan. Apabila menyoal, kita akan mendapat

4|Page
SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

maklumbalas segera dan mengupas sesuatu persoalan dengan lebih


mendalam. Tuntasnya, kedua-dua pihak mempunyai keperluan yang
hendak dipenuhi, makna dan piawaian tidak sentiasa sama, kedua-dua
pihak perlu mengelak daripada mengamalkan falsafah menang kalah.
Selain itu, isu mempunyai potensi untuk diselesaikan melalui
rundingan. Untuk berjaya, kita perlu mempertimbangkan keperluan
pihak lawan bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”.

5|Page

You might also like